Anda di halaman 1dari 3

KUIH KUNDAS

SEJARAH

Kuih Kundas ini adalah makanan tradisi yang berasal dari negeri Perak. Nama lain yang
popular dalam kalangan orang Perak bagi kuih ini adalah ‘Kuih Kundeh’. Makanan ini sesuai
dihidangkan pada waktu pagi atau sebagai hidangan petang.

BAHAN

- 2 cawan tepung gandum


- ½ sudu kecil soda bikarbonat
- 3 sudu besar gula
- 1 cawan air

CARA MEMBUAT

- Campurkan semua bahan kering, gaul rata.


- Masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam adunan bahan kering.
- Kacau adunan sehingga sebati (menjadi doh).
- Rehatkan doh selama 30 minit.
- Alas tangan dengan tepung dan ambil sedikit adunan kemudian leperkan guna
penggelek.
- Goreng dalam minyak yang banyak dgn api sederhana besar.
- Kuih ini boleh dihidangkan bersama kuah kacang atau boleh dimakan begitu sahaja.
GULAI DAGING BATANG PISANG

SEJARAH

Gulai batang pisang ini sangat popular di utara tanah air terutamanya di Kedah dan Hulu
Perak. Hidangan ini biasa dihidangkan semasa majlis perkahwinan atau keramaian orang
Melayu utara.

BAHAN

- 500 g daging - dipotong kiub.


- 1/2 kg empulur batang pisang - dipotong 1 inci panjang dan dibuang tali-talinya, terus
rendam dalam air untuk mengelakkan ia jadi lebam.
- 1 cawan santan pekat
- 3 cawan air
- 1 sudu makan kerisik
- 1 peket kecil rempah kari daging
- 2 tangkai daun kari.
- Bahan Tumbuk: 1 inci halia, 3 ulas bawang putih, 1 biji bawang besar

CARA

- Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
- Masukkan daun kari dan rempah kari yang sudah dicampurkan sedikit kepala santan
hingga menjadi pes. Tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan daging, gaul rata dan masak hingga keluar air daging.
- Masukkan santan, air, batang pisang dan kerisik. Gaul rata dan biarkan masak hingga
daging empuk.
- Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Masak lagi untuk seketika.
- Sedia untuk dihidangkan.
LEMPENG KELAPA

(PEKNGA)

SEJARAH

Masyarakat Melayu Kedah sudah pastinya sinonim dengan makanan tradisi pek nga atau
lempeng kelapa. Pada zaman dahulu, makanan ini menjadi pembuka selera terutama dalam
kalangan pesawah padi bagi mendapatkan tenaga.

BAHAN

- 2 cawan tepung gandum


- 1/2 biji kelapa muda parut putih
- 2 cawan air biasa
- Sedikit garam

CARA

- Panaskan 1 sudu minyak dalam kuali dan biar hingga panas.


- Tuangkan sesenduk adunan ke dalam kuali dan ratakan tepung tu secara membulat
hingga agak nipis menggunakan belakang sudu.
- Masak dengan api perlahan
- Terbalikkan lempeng setelah bahagian bawah garing atau masak.
- Hidangkan bersama pencicah kegemaran atau boleh dimakan begitu sahaja.

Anda mungkin juga menyukai