Anda di halaman 1dari 2

MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA

UNIT KECEMASAN DAN KEBAKARAN


SEKOLAH KEBANGSAAN (FELDA) PASIR BESAR
73420 GEMAS

BIL. 1/2017

Tarikh : 16 Januari 2017 (Isnin)


Masa : 1.35 petang
Tempat : : Bilik Gerakan SKPB

Kehadiran:
1. En. Mohamad Zain Md Sevan - Penasihat
(Guru Besar)
2. Tn.Hj. Sazali Bin Jaafar - Pengerusi
(GPK HEM)
3. Pn. Intan Nazlia Binti Tormudzi - Penyelaras
4. Cik Puteri Nurellina Shafiqa Binti Rosli - Setiausaha
5. En. - AJK (Guru)
6. Pn. - AJK (Guru)
7. Pn. - AJK (Guru)
8. En. - AJK (Guru)
9. En. - AJK (Guru)
10. En. - AJK (Kakitangan)

1. Ucapan Aluan Pengerusi


1.1 Pengerusi memulakan majlis dengan bacaan ummul kitab Al-fatihah

1.2 Berharap piawaian kecemasan dan kebakaran dibuat mengikut standard yang telah
ditetapkan mencakupi aspek sistem keselamatan berfungsi dan persekitaran yang selamat
(Contoh :Alat pemadam api serta pelan laluan kebakaran)

Tindakan: Makluman

2. Ucapan Penasihat
2.1 Berharap semua pihak dapat berusaha untuk mengekalkan markah sekolah dalam aspek
kecemasan dan kebakaran demi merealisasikan visi sekolah iaitu mencapai tahap sekolah
berprestasi tinggi menjelang 2019.

Tindakan: Makluman

3. Perkara yang dibincangkan


3.1 Aktiviti Tahunan Unit Kecemasan dan Kebakaran 2017
3.1.1 Mengadakan mesyuarat pertama
3.1.2 Pelan kebakaran dikemaskini mengikut bangunan serta bilik-bilik khas dan
perlu ditampal setiap kawasan.
3.1.3 Fire Drill peringkat sekolah kali pertama
3.1.4 Program bersama JPAM berkaitan dengan ceramah keselamatan serta
demonstrasi memadam kebakaran, menangkap ular dan pertolongan cemas.

Tindakan : Semua Guru, Murid dan


Kakitangan
3.2 Perancangan Aspek Keselamatan
3.2.1 Laluan keluar masuk sekolah perlu lebih sistematik

Tindakan : En. Hairi bin Ismail

3.2.2 Papan tanda dan poster keselamatan perlu ditambah terutamanya di kantin
dan bangunan baru apabila siap nanti

3.2.3 Pemeriksaan alat pemadam api yang sudah tamat tempoh dan perlu ditukar
ganti

3.2.4 Pelan laluan kecemasan perlu dikemaskini

3.2.5 Latihan Kebakaran peringkat sekolah akan diadakan sekali lagi untuk
penggal kedua persekolahan.

4. Hal-hal lain
4.1.1 Pn. Nazlia menyarankan agar setiap ahli menjalankan tugas serta
menjadikan unit kecemasan dan kebakaran sebagai teladan dan contoh
yang baik.
4.1.2 Tn Hj Sazali juga mengingatkan agar segala tugas dilaksanakan mengikut
SOP.

5. Penutup

5.1 Guru Besar berharap semua pihak akan melaksanakan tanggungjawab masing-masing
demi sekolah tercinta dan juga untuk anak-anak murid hasil didikan kita supaya mereka
dapat belajar dalam suasana yang lebih kondusif dan lebih selamat.

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang hadir dan mesyuarat
ditangguhkan pada jam 3:30 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………. ………………..
(Cik Puteri Nurellina Shafiqa Binti Rosli) (En. Mohamad Zain bin Md Sevan)
Setiausaha Guru Besar
Unit Kecemasan dan Kebakaran Sek Keb Felda Pasir Besar
Sek. Keb Felda Pasir Besar

Tarikh: 20 Januari 2017

Anda mungkin juga menyukai