Anda di halaman 1dari 1

2.

Bincangkan kepentingan motivasi dari perspektif ahli psikologi dalam menanangani


permasalahan atlit dalam persekitaran pertandingan.

Motivasi ialah penggerak kepada kemahuan dan keinginan hendak berjaya ataupun
hendak mencapai sesuatu. Motivasi boleh juga dikatakan sebagai rangsangan untuk kejayaan
seseorang ataupun rangsangan hendak mengelakkan diri daripada kegagalan. Orang yang
mempunyai motivasi bererti dia sudah memperoleh kekuatan bagi mencapai kecemerlangan
dalam hidup sama ada di dunia ataupun akhirat ataupun keduanya sekali. Ahli psikologi
memfokuskan pada tiga persoalan asas mengenai motivasi iaitu : Apakah yang menyebabkan
seseorang memulakan satu tingkah laku? Apakah yang menyebabkan seseorang bergerak ke
arah matlamat atau impian? Apakah yang menyebabkan seseorang tabah dan berkeras hendak
mencapai impian itu?

Dalam konteks pembelajaran dalam sukan, kebanyakan tingkahlaku manusia boleh


dibentuk dengan cara menggunakan skema-skema peneguhan, sama ada peneguhan positif
atau negatif. Peneguhan positif ialah stimulus atau peristiwa yang menyebabkan kemajuan
dalam pembelajaran ataupun perubahan kelakuan positif. Peneguhan ini lazimnya
menggembirakan dan dipanggil sebagai ganjaran. Peneguhan negatif adalah stimulus atau
peristiwa yang juga menyebabkan kemajuan dalam suatu tingkahlaku tetapi untuk mengelak
daripada berlaku sesuatu yang tidak dikehendaki. Contohnya seorang pemain bola sepak
tidak melakukan tackle terhadap pihak lawan kerana dia takut dibagi amaran oleh pengadil.

Peneguhan utama dalam motivasi terdiri daripada benda ataupun peristiwa yang
memberi kesan langsung kepada kelakuan seseorang dan tidak bergantung pada pembelajaran
bagi kuasa peneguhan. Contohnya jurulatih memberi ganjaran kasut asics jika prestasi
atletnya cemerlang.

Motivasi juga memainkan peranan yang sangat penting dalam atlet untuk
memotivasikan diri sendiri adalah tenaga yang mengangkat diri atlet ke tahap yang diingini
dan orang yang benar-benar berjaya sentiasa sedar tanggungjawabnya dalam memotivasikan
diri sendiri kerana dia akan memulakan daripada dirinya sendiri, kerana dialah yang memiliki
kunci penggerak dirinya. Motivasi juga penting untuk mengenalpasti peluang berada di
mana-mana bagi orang yang mengerti dan menggunakan motivasi diri sendiri.

Antara motivasi dalam sukan juga ialah apabila seseorang pelajar itu bersukan,
mereka akan lebih mudah menerima pelajaran. Ini adalah disebabkan apabila mereka
bersukan, otak mereka akan menjadi lebih cerdas dan dapat menerima pelajaran mereka
dengan baik. Sukan juga dapat membantu meningkatkan pengaliran darah dalam tubuh badan
dan menjadikan seseorang atlet itu sihat dan bertenaga.

Anda mungkin juga menyukai