Anda di halaman 1dari 3

Laporan Makmal 1 Taksonomi Kemahiran 2 Dimensi Gentile

Kemahiran : Taksonomi Kemahiran 2 Dimensi Gentile Dalam Sukan Bola Baling Kump : 1 Prog : AS20 Psikologi Sukan
Pergerakan Badan Stabil Badan Bergerak
Tiada Manipulasi Objek Manipulasi Objek Tiada Manipulasi Objek Manipulasi Objek
Konteks
Persekitaran
1 kedudukan posisi dalam 2 Ulang langkah 1 dan 3 Pemain berada di dalam 4 Ulang langkah 3 dan pemain
keadaan bersedia pemain diberikan sebiji bola keadaan bersedia untuk diberikan sebiji bola baling
Tetap baling menjaring sambil melompat
Tiada beza antara
percubaan

5 Pemain berada di kawasan 6 Ulang langkah 5 dan 7 Pemain berada di kawasan 8 Ulang langkah 7 dan pemain
gol tetapi berada di jarak dan pemain diberikan sebiji bola gol dan boleh bergerak ke diberikan sebiji bola baling
Tetap posisi yang sama baling hadapan
Beza antara
percubaan

9 mempelbagaikan arah 10 Ulang langkah 9 dan 11 Mempelbagaikan arah 12 Ulang langkah 11 dan
pergerakan di pelbagai posisi pemain diberikan sebiji bola pergerakan di pelbagai posisi pemain diberikan sebiji bola
Dinamik (Bergerak) baling dan boleh melompat untuk baling
Tiada beza antara menjaringkan gol
percubaan

13 pemain berada di posisi 14 Ulang langkah 13 dan 15 Pemain berada di posisi 16 Ulang langkah 15 dan
Dinamik yang berbeza dan melakukan pemain diberikan sebiji bola yang berbeza dan melakukan pemain diberikan sebiji bola
Beza antara pergerakan untuk baling pergerakan untuk menjaringkan baling
percubaan menjaringkan gol gol dihalang oleh pertahanan
Taksonomi Kemahiran 2 Dimensi Gentile

Pengenalan

Model yang dikemukakan oleh Gentile adalah lebih kompleks daripada kontinum pengelasan satu
dimensi (iaitu berasaskan saiz otot, ketepatan pergerakan dan kestabilan persekitaran).
Model Gentile mengambilkira dua dimensi : (1) konteks persekitaran di mana sesuatu tugasan /
kemahiran dan (2) perlakuan tugasan / kemahiran tersebut.
Tujuan asal Model Gentile adalah untuk membantu fisioterapis memulihkan pesakit namun modelini
boleh digunakan untuk pengajaran kemahiran pergerakan atau sukan

Dimensi Konteks Persekitaran (lihat pada lajur)

Dimensi ini merujuk kepada persekitaran yang samada tetap (stationary) atau dinamik (in motion) dan
juga samada ada perbezaan antara percubaan atau tidak (inter-trial variability). Sebagai contoh, aktiviti
duduk dan bangun dari kerusi adalah aktiviti yang dilakukan dalam persekitaran yang tetap dan tiada
perbezaan antara percubaan. Aktiviti yang sama tetapi bangun dan berhenti pada ketinggian yang
berbeza dianggap sebagai persekitaran tetap tetapi ada perbezaan antara percubaan.

Seterusnya contoh pergerakan seperti duduk dan bangun sambil imbangkan badan dengan bola fisio
(exercise ball) dianggap sebagai persekitaran perlakuan adalah dinamik (bergerak), tetapi tiada
perbezaan antara percubaan, Contoh aktiviti dalam persekitaran dinamik dan ada perbezaan antara
percubaan ialah imbangkan badan dengan duduk atas bola senam dan angkat kaki.

Dimensi Konteks Perlakuan Kemahiran (lihat pada baris)

Dimensi kedua ini membincangkan orientasi pergerakan tubuh (body transport) serta anggota badan
(stabil atau bergerak) dan samada memanipulasikan objek atau tidak. Contoh duduk di atas kerusi dan
bangun adalah orientasi badan yang stabil dan tiada manipulasi objek.Sekiranya individu tersebut
dikehendaki memegang sesuatu objek (cth: bola segar) sambil duduk dan berdiri adalah contoh anggota
badan stabil tetapi memanipulasikan objek.
Seterusnya contoh badan bergerak dan memanipulasikan objek ialah seperti berjalan dan melambung /
melantun bola segar

Petak pertama (hujung atas kiri) dalam taksonomi Gentile akan menunjukkan satu kemahiran yang
dilakukan delam persekitaran tetap (tiada pergerakan) dan tiada manipulasi objek. Perlakuan kemahiran
akan mengikut urutan ansur maju sehingga ke petak ke 16 (penjuru kanan bawah) di mana perlakuan
kemahiran itu adalah dilakukan dalam persekitaran yang dinamik, terdapat perbezaan antara percubaan,
melibatkan pergerakan badan dan memanipulasikan objek. Contoh adalah seperti seorang pesakit dapat
berjalan naik dan turun tangga sambil memegang objek (beg).Contoh dalam perlakuan kemahiran sukan
ialah seperti pemain dapat menerima hantaran bola dan menjaring.
Taksonomi dua dimensi Gentile dapat membantu seorang fisioterapis atau jurulatih
merancang,memantau dan menilai kemajuan sesorang melakukan sesuatu kemahiran secara ansur
maju. Tahap perlakuan yang ditetapkan (1-16) boleh menjadi pengukur kepada keupayaan seseorang
individu tersebut serta membantu fisioterapis dan jurulatih melaksanakan program pemulihan / latihan
secara individu dan sistematik.

Arahan Amali 1

Dalam kumpulan, pilih satu kemahiran sukan.

Rancang aktiviti ansur maju dan terangkan aktiviti ansur maju latihan kemahiran tersebut mengikut
urutan taksonomi tersebut.

Teliti kepada dimensi konteks persekitaran (lajur) dan perlakuan kemahiran (baris). Jelaskan aktiviti-
aktiviti dari petak 1 (hujung kiri atas) mengikut urutan sehinggalah ke petak ke 16 (hujung kanan bawah)
dalam rajah yang dilampirkan.

Siapkan tugasan ini dengan menaipkan hasil kerja dalam format word font 12 pt.

Tuliskan semua nama ahli kumpulan serta no matrik.

Serahkan tugasan ini pada sesi amali seterusnya dan kendalikan aktiviti yang telah dirancang.
Sediakan semua peralatan yang diperlukan. Libatkan pelajar lain sebagai peserta (sekiranya masa
mengizinkan).

Anda mungkin juga menyukai