Anda di halaman 1dari 6

1.

0 PENDEKATAN MENULIS KARANGAN

1.1 PENDEKATAN PROSES

I) Pendekatan proses menekankan proses dalam penghasilan sesebuah karangan, bukan kepada hasil
penulisan tersebut.
II) Dalam pendekatan ini penulisan akan dimulai dengan proses menulis draf, menyemak dan
membincangkannya.
III) Dalam pendekatan ini juga, penulisan akan dilihat dari aspek format yang betul, struktur penulisan
yang sesuai, dan penggunaan tatabahasa yang tepat, sebagai suatu penulisan yang baik.
IV) Sehubungan dengan itu, pendekatan ini memerlukan penulis menguasai kemahiran bahasa yang baik,
di samping mempunyai pengetahuan tentang format atau model penulisan yang baik.

Langkah pelaksanaan
(i) Tidak memberatkan hasil tetapi melibatkan proses yang dilalui oleh murid-murid. Murid-murid
mengumpul bahan berdasarkan tajuk yang diberikan oleh guru
(ii) Boleh dilakukan secara berkumpulan atau individu.
(iii) Bahan-bahan yang telah dikumpul disimpan di dalam folio
(iv) Bahan-bahan daripada folio disaring untuk menentukan kesesuaian dengan tajuk
karangan yang diberikan kepada mereka.
(v) Penggunaan sumber bahan berasaskan ICT adalah sangat digalakkan.
(vi) Bahan yang tidak digunakan disimpan semula ke dalam folio untuk digunakan kepada tajuk
karangan yang lain.
(vii) Murid-murid menyusun isi . Dalam peringkat menyusun isi, murid-murid berbincang dengan guru
Isi yang telah disusun, ditulis dalam bentuk rangka karangan
(viii) Rangka karangan yang telah mantap, ditulis dalam bentuk penulisan yang lengkap.
(ix) Murid-murid mengedit karangan yang telah disiapkan dan melakukan pembetulan.
(x) Setelah siap dan lengkap, karangan dihantar kepada guru untuk dinilai.
(xi) Tumpuan guru adalah terhadap proses mengarang yang dilalui oleh murid-murid
bermula daripada mengumpul bahan, menyaring bahan, menyusun bahan,
mengolah bahan ke dalam bentuk pemerengganan yang sesuai, mengedit penulisan
dan menghantar hasil penulisan kepada guru.

1
1.2 PENDEKATAN KOMUNIKATIF
I) Pendekatan berasaskan prinsip bahawa bahasa ialah alat komunikasi yang penting. Justeru penulisan
perlu diajarkan dalam bentuk fungsinya untuk berkomunikasi.
II) Dalam hal ini, tajuk-tajuk atau persoalan yang ada kaitannya dengan situasi komunikasi boleh
dieksploitasi untuk memotivasi pelajar.
III) Pendekatan ini mencadangkan pengajaran kemahiran menulis dalam konteks situasi komunikasi
sebenar.
IV) Dalam pendekatan ini, bahan-bahan berbentuk autentik seperti dialog, perbahasan, ceramah dan
sebagainya sangat sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran & pembelajaran.
V) Bahan autentik ini membolehkan pelajar menulis dalam keadaan bebas dan tidak terikat dengan
sebarang unsur bahasa berbentuk formal. Hal ini kerana pendekatan ini beranggapan bahawa
penulisan ialah proses menukarkan bentuk pertuturan kepada tulisan.
VI) Oleh itu, pendekatan ini mencadangkan agar guru bertolak ansur dengan kesalahan dan kesilapan
pelajar, khususnya dalam aspek bahasa. Hal ini kerana, kesalahan bahasa dalam komunikasi ialah
perkara biasa. Itu menunjukkan bahawa berlakunya perkembangan dalam penguasaan bahasa
tersebut.

Pelaksanaan.
(i) Penulisan karangan berdasarkan fungsi bahasa sebagai alat perhubungan .
(ii) Penekanan diberikan kepada penggunaan bahasa yang berkesan dalam mengungkapkan isi cerita
dan kurang kepada aspek penstrukturan karangan
(iii) Murid-murid diberikan latihan mengemukakan pendapat mereka tentang sesuatu idea.
(iv) Murid-murid diminta bercerita tentang sesuatu dalam konteks perbincangan yang autentik
(v) Bentuk penulisan murid-murid lebih mirip kepada melaporkan sesuatu kejadian dalam konteks
dan suasana kejadian sebenar.
(vi) Penggunaan bahan rangsangan seperti bahan multi media dapat membantu murid-murid dalam
mengemukakan penceritaan.

1.3 PENDEKATAN PENGALAMAN BAHASA (LEA)


I) Pendekatan pengalaman berbahasa (LEA) berasaskan prinsip bahawa kemahiran berbahasa tidak
boleh dipecah-pecahkan dalam bentuk yang berasingan, seperti kemahiran mendengar, bertutur,
membaca, dan menulis.
II) Sehubungan dengan itu pendekatan ini menekankan konsep dan penggunaan struktur bahasa yang
bermakna, yang boleh dituturkan dan dituliskan.

2
III) Pendekatan ini juga mengeksploitasi pengalaman bahasa yang bermakna dalam kalangan pelajar
untuk dijadikan bahan perbincangan dalam proses penulisan karangan.

Langkah pelaksanaan
(i) Guru meransang perbincangan berkaitan dengan tajuk yang dipilih
(ii) Murid-murid digalakkan memberi sumbangan untuk membina cerita
(iii) Perkataan-perkataan tertentu yang akan digunakan dalam petikan disebut dalam perbincangan oleh
guru
(iv) Murid-murid diminta membina ayat berdasarkan idea yang mereka berikan
(v) Setelah selesai, guru membimbing murid memberi tajuk cerita
(vi) Guru menulis ayat-ayat untuk membina cerita bertulis
(vii) Setelah cerita selesai, Guru membaca secara nyaring, murid mendengar
(viii) Murid menyalin teks yang telah ditulis oleh guru
(ix) Murid menggariskan perkataan yang mereka tahu
(x) Guru meminta murid-murid menggunakan perkataan yang mereka tahu dalam situasi.

2.0 JENIS PENULISAN KARANGAN


1) Terdapat pelbagai jenis penulisan yang boleh dieksploitasi untuk tujuan pengajaran & pembelajaran
kemahiran ini.
2) Penjenisan ini dibuat berdasarkan bentuk dan cara penulisan itu dibuat. Dalam konteks pengajaran &
pembelajaran kemahiran menulis, penentuan dan pemilihan jenis-jenis penulisan ini perlu disesuaikan
dengan tahap pencapaian pelajar itu sendiri.
3) Antara jenis penulisan yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah penulisan
terkawal, separa terkawal, penulisan berpandu, separa berpandu, penulisan bebas dan penulisan
kreatif. Jenis penulisan tersebut dijelaskan seperti
berikut.

2.1 PENULISAN TERKAWAL


I) Penulisan terkawal ialah penulisan yang dikawal sepenuhnya oleh oleh guru, sama ada dalam aspek
format, pilihan kata dan tatabahasa.
II) Dalam penulisan terkawal, pelajar banyak menulis berdasarkan model-model yang diberikan guru.
III) Pelajar didedahkan dengan bentuk penulisan yang baik dengan cara meniru atau menulis semula
petikan, ayat-ayat, atau karangan yang dianggap baik.

3
IV) Penulisan terkawal ialah tahap pertama ke arah penulisan bebas, kerana latihan-latihan penulisan
terkawal akan membantu pelajar menguasai bentuk bahasa yang tepat, pengolahan isi, dan gaya
penulisan yang baik.
V) Bentuk-bentuk penulisan terkawal ialah:
 Menulis semula cerita yang dibaca atau didengar
 Menulis surat:isi disediakan
 Menuliskan isi perbincangan/dialog yang didengar
 Mengisi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai dalam karangan yang disediakan.
 Menyusun ayat-ayat yang disediakan mengikut urutan supaya menjadi sebuah karangan
lengkap.

2.2 PENULISAN SEPARA TERKAWAL


(i) Penulisan separa terkawal ialah jenis penulisan yang tidak dikawal sepenuhnya oleh guru.
(ii) Pelajar diberi peluang menggunakan daya pemikiran sendiri untuk memilih perkataan yang sesuai
dengan tajuk yang diberi.
(iii) Latihan-latihan seperti menyalin semula petikan yang diberikan dan pelajar dibenarkan menukarkan
beberapa perkataan yang sesuai dalam petikan tersebut, ialah satu contoh bagaimana pelajar
diberikan kebebasan dalam penulisan ini.
(iv) Bentuk-bentuk penulis separa terkawal yang lain ialah:
 Mengisi tempat kosong dalam petikan
 Menuliskan cerita daripada gambar
 Membuat ayat daripada perkataan
 Menjawab soalan berdasarkan tajuk

2.3 PENULISAN BERPANDU


(i) Penulisan berpandu ialah jenis penulisan yang bahan asasnya dikawal oleh guru, tetapi pelajar diberi
kebebasan menyambung, melengkap atau menukarkan perkataan-perkataan yang terdapat dalam
bahan yang dikawal itu.
(ii) Penulisan jenis ini akan memotivasi pelajar untuk terus menulis.
(iii) Aktiviti-aktiviti atau latihan yang digunakan dalam penulisan jenis ini ialah;
 Menukarkan dialog kepada bentuk naratif.
 Menukarkan bentuk puisi kepada prosa

4
2.4 PENULISAN SEPARA BERPANDU
(i) Penulisan separa berpandu ialah jenis penulisan yang memberikan kebebasan kepada pelajar untuk
menulis berdasarkan sedikit panduan daripada guru.
(ii) Penulisan jenis ini merupakan suatu kaedah untuk membiasakan pelajar terhadap struktur penulisan
dan pemerengganan.
(iii) Dalam penulisan jenis ini pelajar akan diberikan asas atau klu yang menjurus kepada tajuk atau
perkara yang akan ditulis.
(iv) Aktiviti penulisan yang boleh dikaitkan dengan penulisan separa berpandu ialah:
 Menyudahkan cerita
 Menulis karangan yang isinya disediakan guru
 Menulis semula cerita yang diperdengarkan.
 Menulis karangan berdasarkan gambar bersiri atau tunggal.
 Menulis karangan daripada perenggan atau isi-isi yang disediakan.
 Menulis karangan berdasarkan ayat atau frasa yang diberikan.

2.5 PENULISAN BEBAS


(i) Penulisan bebas dijalankan setelah pelajar menguasai aspek mekanikal, dan tatabasa yang baik.
(ii) Penulisan jenis ini tidak lagi menitikberatkan persoalan proses untuk menulis, tetapi sebaliknya
pelajar diminta memberikan tumpuan kepada apa yang akan ditulis.
(iii) Tegasnya, pelajar sepatutnya boleh mengeksploitasi kemahiran sedia ada untuk menghasilkan
suatu tulisan yang baik dan bermakna.
(iv) Dalam penulisan jenis ini, penglibatan guru adalah di peringkat minimum. Guru hanya akan
campur tangan jika terdapat kesalahan-kesalahan atau kesilapan dalam penulisan sahaja.
(v) Secara umumnya terdapat beberapa bentuk penulisan yang boleh dilakukan dalam penulisan bebas;
iaitu:
 Naratif: cerita, berita, laporan, rencana, ulasan.
 Argumentatif: bahas, perbincangan, kritikan.
 Deskriptif: gambaran, peristiwa, benda, perwatakan
 Imaginatif: pengalaman.
 Kreatif: puisi, cerpen, drama

5
2.6 PENULISAN KREATIF
(i) Penulisan kreatif adalah salah satu bentuk penulisan yang terdapat dalam penulisan bebas.
(ii) Dalam penulisan ini, pelajar bukan sahaja telah mahir dalam pengolahan idea, tetapi juga telah
boleh mengeksploitasi pengalaman atau imaginasi untuk dijadikan bahan tulisan.
(iii) Penulisan kreatif mempunyai keistimewaan dan kelebihan berbanding dengan bentuk penulisan
bebas yang lain kerana penulisan jenis ini bukan hanya memfokuskan terhadap isi yang akan
ditulis, tetapi memerlukan kemahiran estetika untuk mengolah dan mempersembahkan isi tersebut
dengan cara yang berkesan dan menarik.
(iv) Bentuk-bentuk penulisan yang terdapat dalam penulisan kreatif ialah:
 Cerpen
 Puisi
 Drama
 Novel

Anda mungkin juga menyukai