Anda di halaman 1dari 8

FALKULTY APPLIED OF SOCIAL SCIENCES

ABSS 2103

PRINSIP PEMASARAN

MAY 2017

SEGMENTASI DALAM PEMASARAN

HASNITA BINTI ALIAS

730710016627001

730710-01-6627

012-9460149

amrantalib@oum.edu.my

Nama tutor:

PN

Pusat pembelajaran:

Kuantan Pahang

Semester May 2017


Isi kandungan

Isi Muka surat

1.0 Pengenalan 2

2.0 Teori undang-undang abadi 3

3.0 Teori etika klasik doenteologi 5

4.0 Teori keadilan teragih 6

5.0 Penutup 7

6.0 Rujukan 8

1.0 Pengenalan
Eutanasia berasal dari perkataan Yunani “Eu” yang bermaksud "baik", dan “ thanatos “ yang
bermaksud kematian). Secara umumnya Eutanasia adalah keputusan dan tindakan yang
dilakukan untuk menamatkan hayat manusia atau haiwan dengan kaedah perubatan. Eutanasia
dilakukan dengan sebab-sebab tertentu seperti menderita kesakitan secara fizik yang lama atau
tidak mampu membiayai perubatan. Proses eutanasia boleh dilakukan dengan beberapa kaedah
seperti melalui suntikan atau menghentikan talian hayat . Ia dikatakan tidak menimbulkan rasa
sakit atau rasa sakit yang minima. Manusia pertama menggunakan perkataan eutanasia ialah
seorang doktor yang bernama Hipokrates dalam "sumpah Hippokrates" yang ditulis pada 400-
300 SM. Antara yang tertulis dalam ‘Sumpah Hippokrates’ ialah:-

"Saya tidak akan mencadangkan atau memberikan ubat yang mematikan kepada siapapun
meskipun telah dimintakan untuk itu". (Hipokrates)

Eutanasia Sukarela merujuk kepada kebenaran oleh seseorang untuk mempercepat


kematiannya secara mudah akibat ketidakmampuan menanggung derita yang panjang dan tidak
ada lagi harapanuntuk hidup atau disembuhkan.

Terdapat lima jenis eutanasia iaitu:-


Eutanasia aktif merujuk kepada tindakan pengamal perubatan perubatan mempercepatkan
proses kematian secara langsung melalui tindakan memberi suntikan ubatan tertentu yang
mengakibatkan kematian dengan segera. Saranan untuk tindakan ini diambil disebabkan
penyakit yang dideritai oleh pesakit berada di peringkat akhir dan tidak ada harapan lagi
untuk sembuh, penerusan proses rawatan menyebabkan pesakit menanggung kesakitan fizikal
yang berpanjangan.

Eutanasia Pasif merujuk kepada tindakan pengamal perubatan mempercepatkan kematian


secara tidak langsung melalui tindakan menghentikan proses rawatan. Pesakit dibiarkan tanpa
rawatan yang perlu bagi meneruskan hidup hingga meninggal dunia secara semulajadi akibat
penyakit yang dihidapinya.

Eutanasia secara sukarela (voluntary) Apabila seseorang yang dipercepatkan kematiannya


berdasarkan permintaannya sama ada secara lisan atau bertulis.

Euthanasia secara tidak sukarela (non-voluntary) Apabila seseorang yang dipercepatkan


kematiannya tidak membuat sebarang permintaan atau wasiat supaya dipercepatkan
kematiannya. Juga merujuk kepada proses mempercepatkan kematian pesakit yang berada
dalam keadaan tidak sedar, koma atau tidak mampu memberikan reaksi yang dapat difahami.
Dalam kes ini, biasanya ahli keluarga si pesakit yang membuat permohonan supaya
dipercepatkan kematian.

Involuntary eutanasia Apabila seseorang pesakit dipercepatkan kematiannya tanpa


permintaan yang jelas.

2.0 Teori Undang-undang abadi

2.1 Eutanasia dari sudut pandangan Islam dan Al-Quran.


“Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan
Allah (membunuhnya), melainkan dengan sesuatu (alasan) yang
benar.
Dan barang siapa yang dibunuh secara dzalim, maka sesungguhnya kami
telah memberi kekuasaan kepada ahli warisnya, tetapi janganlah ahli
waris itu melampaui batas dalam membunuh. Sesunguhnya ia
adalah
yang mendapat pertolongan”. (Q.S. Al-Isra’/ 17 : 33)

Ayat ini memberi petunjuk kepada kita bahawa nyawa manusia adalah sesuatu yang sangat
berharga. Tindakan membunuh jiwa tanpa alasan yang benar merupakan suatu kesalahan
yang besar dan tidak dapat diterima disisi agama Islam. Membunuh jiwa yang dimaksudkan
ialah membunuh manusia, haiwan. Dalam konteks menjatuhkan hukum kepada kesalahan
membunuh, membalas dendam, dalam peperangan , manusia diarahkan agar tidak
melampaui batas kemanusiaan. Islam menekankan peri pentingnya nilai nyawa sehingga
perbuatan yang boleh memberi impak negative terhadap diri sendiri adalah dilarang. Ini
termasuklah larangan membunuh diri.

Dr. Yusuf al-Qaradawi menerangkan bahawa eutanasia aktif adalah haram kerana dalam
kaedah ini pengamal perubatan bertindak mengakhiri hayat pesakit dan menyebabkan
kematiannya dengan cara suntikan bahan tertentu, kejutan elektrik, senjata tajam dan
sebagainya. Ini adalah sama dengan membunuh dan membunuh adalah dosa besar di dalam
Islam. Sebaliknya beliau berpendapat, bahawa menghentikan rawatan kepada pesakit adalah
dibenarkan di dalam Islam dengan syarat setelah pakar-pakar perubatan sepakat bahawa
pesakit tersebut sudah tidak ada harapan lagi untuk sembuh. Manusia diamanahkan supaya
menjaga tubuh badan dengan baik mengikut landasan yang telah ditetapkan. Islam tidak
membenarkan membunuh diri kerana manusia bukan pencipta kepada diri mereka sendiri dan
bukan pemilik mutlak. Kematian adalah waktu yang ditentukan oleh Allah S.W.T dan Allah
juga yang memiliki semua hidupan. Ini sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

“Kemudian apabila sampai tempoh mereka, tiadalah mereka dapat meminta dikemudiankan sesaat
pun dan tidak pula mereka dapat mendahulukan.” (Surah al-Nahl 16: ayat 61)

2.2 Eutanasia dari perspektif Agama

Kristian

Gereja Katolik melihat bahawa hidup manusia merupakan anugerah tuhan yang paling luhur.
Justeru, setiap orang dituntut untuk wajib menghargai, menjaga, dan membela kehidupan
walaupun menghadapi masalah dan kesukaran. Keprihatinan Gereja Katolik terhadap
masalah eutanasia ini jelas terbukti dalam Konsul Vatikan II yang tertulis dalam dokumen
Gaudium et Spes art. 27.
Hindu

Membunuh diri adalah suatu perbuatan yang tidak dibenarkan didalam ajaran Hindu,
Perbuatan tersebut dapat menjadi penyebab yang mengganggu reinkarmasi yang sangat
penting menghasilkan “karma” buruk. Kehidupan manusia merupakan suatu kesempatan yan
penting untuk meraih tingkat yang lebih baik dalam proses kelahiran semula. Berdasarkan
kepercayaan Agama Hindu, apabila seseorang membunuh diri, maka rohnya tidak akan
masuk neraka ataupun syurga melainkan tetap berada didunia fana sebagai roh jahat dan
berkelana tanpa tujuan hingga tiba masa untuk dilahirkan semula.

Budhha

Eutanasia atau ‘mercy killing’ baik yang aktif atau pasif tidak dibenarkan dalam agama
Buddha karana perbuatan membunuh atau mengakhiri kehidupan seseorang ini, walaupun
dengan alasan kasih sayang, tetap melanggar peraturan pertama dari Peraturan Agama
Buddha. Perbuatan membunuh atau mengakhiri hidup seseorang ini sesungguhnya tidak
mungkin dapat dilakukan dengan kasih sayang . Orang yang memiliki kasih sayang tidak
mungkin akan melakukan perbuatan mengakhiri hidup seseorang kerana ia tahu
sesungguhnya hidup merupakan milik yang paling berharga bagi setiap makhluk.

Antara frasa terkenal yang ditulis oleh Thomas Jefferson ialah “jika seseorang mempunyai
hak,bebas dan mencari kebahagian maka mereka mempunyai kewajiban memastikan hak
yang sama kepada orang lain bebas”.

3.0 Teori etika klasik deontology : Universalisme

3.1 Kes Eutanasia

Dr. Nigel Cox, United Kingdom

Pada tahun 1992, Dr. Nigel Cox mencabar undang-undang secara terbuka dan bersetuju
kepada permintaan Puan Boyes yang berumur 70 tahun untuk menjalankan euthanasia
sukarela aktif. Puan Boyes berada dalam keadaan kritikal sehingga beliau akan menjerit jika
sesiapa menyentuh tubuhnya. Ubat biasa tidak dapat melegakan penderitaannya. Dalam hari-
hari terakhirnya, setelah membuat permintaan yang berterusan, akhirnya Dr. Cox
memberinya satu suntikan kalium klorida dan akhirnya Puan Boyes meninggal dunia.
Akibatnya Dr. Cox telah digantung kerja dan dihukum oleh mahkamah .

Sue Rodriguez, Kanada

Sue Rodriguez seorang ibu berusia awal tiga puluhan, menghadapi penyakit Lou Gehrig. Dia
mengetahui bahawa otot-ototnya akan merosot hingga boleh menyebabkan tercekik sehingga
mati dalam keadaan sedar diri. Oleh itu, dia meminta mahkamah supaya membenarkan
pengamal perubatan membantu dia dalam memilih saat kematian untuk menenteramkannya.
Akan tetapi, permintaannya ditolak dan dia terpaksa meneruskan hidupnya dalam ketakutan.
Akhirnya pada bulan Februari 1994, seorang pengamal perubatan telah melanggar undang-
undang dan membantunya untuk meninggal dunia.
Dianne Pretty

Dianne Pretty menghadapi penyakit neuron motor kritikal. Dia dan suaminya merayu kepada
mahkamah agar tidak memberikan dakwaan terhadap suaminya jika suaminya membantu dia
membunuh dirinya tetapi permintaan tersebut telah ditolak. Akhirnya, Dianne Pretty telah
mati di hospital dalam keadaan yang dia tidak inginkan. Seorang perakam dokumentari
berjaya merekodkan penderitaan Dianne Pretty semasa melawan penyakitnya dan ini
membuat kesnya amat terkenal di England

3.2 Faktor Eutanasia Sukarela

Faktor Perasaan :- Melihat salah seorang anggota keluarga menderita sakit yang tidak
pasti sembuh merupakan satu kepedihan. Akhirnya waris tidak mampu melihat orang yang
disayanginya tersiksa dengan rasa sakit. Justeru, waris bersetuju untuk melakukan eutanasia.

Faktor Ekonomi :- Kos perubatan yang sangat tinggi ditambah lagi pesakit tidak mapu
untuk bekerja, ahli keluarga terpaksa menjaganya. Penyakit yang dihidapinya berada
diperingkat akhir dan peluang untuk sembuh adalah sangat tipis pastinya memerlukan
perbelajaan yang sangat tinggi,akhirnya pesakit memutuskan untuk melakukan eutanasia.

Mati Otak :- Menurut penelitian yang dilakukan oleh Dr. James Dubois dari
Universiti SaintLouis dan Tracy Schmidt dari Intermountain Donor Service, sekitar 84% dari
seluruh warga Amerika setuju dengan pendapat bahawa seseorang dapat dikatakan mati
apabila yang membuatnya terus bernafas adalah alat bantuan pernafasan. Hal ini menjadi
alasan beberapa orang untuk melakukan euthanasia. Mereka sedar bahawa seseorang yang
hanya bernafas karana bantuan alat pernafasan tersebut sudah tidak menunjukkan adanya
suatu interaksi dengan orang lain atau bertindak balas. Secara umumnya orang tersebut sudah
mati dengan kata lain tidak ada istilah mencabut nyawa seseorang.

Teori deonteologi mengatakan bahawa nilai moral sesuatu tindakan tidak boleh bergantung
kepada akibat kerana akibat tidak jelas dan tidak menentu semasa keputusan diambil.
Sebaliknya nilai moral sesuatu tindakan hendaklah bergantung kepada niat orang yang
membuat keputusan atau mengambil tindakan itu sendiri.

Justeru, dapat disimpulkan bahawa tindakan yang diambil oleh pengamal eutanasia bukan
untuk kepentingan diri tetapi untuk kepentingan orang lain. Mereka tidak mahu menyusahkan
keluarga,masyarakat dan pengamal perubatan dalam menangani masalah kesihatan sangat
kritikal.
4.0 Teori Keadilan teragih

Pada tahun 1895, seorang peguam Jerman bernama Jost telah menyediakan sebuah buku
bertajuk Killing Law. Jost menekankan bahawa hanya mereka yang menghidapi penyakit
maut boleh diizinkan kematian jika mereka sendiri meminta untuk dimatikan.

Penyokongan isu euthanasia di Jerman diteruskan dengan penerbitan sebuah buku kecil
bertajuk “The Release of the Destruction of Life Devoid of Value” pada tahun 1920 oleh dua
orang profesor Jerman, Alfred Hoche dan Karl Binding yang menyokong pengambilan nyawa
makhluk yang tidak bernilai. Mereka juga berpendapat bahawa seseorang pesakit yang
meminta bantuan untuk mati berhak untuk mendapatkan bantuan tersebut daripada pengamal
perubatan jika di bawah keadaan yang terkawal. Buku inilah yang telah menjadi asas panduan
non-voluntary (bukan sukarela) euthanasia kepada Nazi Jerman [9].

Pada tahun 1935, satu persatuan yang menyokong euthanasia sukarela, iaitu Voluntary
Euthanasia Society (VES) telah dibentuk di England pada tahun 1935. Persatuan tersebut
adalah merupakan jenis persatuan yang pertama kali ditubuhkan di seluruh dunia. VES
ditubuhkan dengan tujuan mengesahkan euthanasia sukarela supaya mereka yang menderita
daripada penyakit serius boleh mendapatkan bantuan untuk mati apabila mereka
memintakannya [10]. Beberapa tahun kemudian, persatuan euthanasia Amerika Syarikat iaitu
Euthanasia Society of America (ESA) juga ditubuhkan pada tahun 1938 oleh Charles Francis
Potter [11].

Aktion 4 yang merupakan satu program euthanasia Nazi Jerman telah dilancarkan pada
Oktober 1939 ditujukan kepada kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah yang menderita
daripada kecacatan fizikal dan mental ataupun disamakan sebagai makhluk yang tidak
sepatutnya hidup. Pada mulanya penumpuan diberikan kepada bayi yang baru dilahirkan dan
kanak-kanak. Para pengamal perubatan perlu mendaftarkan kanak-kanak yang menunjukkan
gejala yang berkaitan. Selepas program tersebut dilancarkan dan semakin berkembang,
tindakan euthanasia bukan sukarela ini bukan sahaja melibatkan kanak-kanak bahkan juga
orang dewasa yang kurang upaya. Pada Oktober 1939, Adolf Hitler telah memerintahkan
supaya mereka yang didapati menghidap sesuatu penyakit yang tidak dapat diubati setelah
menjalani diagnosis terhadap tahap penyakit mereka haruslah diberikan euthanasia bukan
sukarela ataupun menurutnya, mercy death .

Dalam teori keadilan teragih keadilan dirasakan sifat kebaikan pertama institusi sosial,
sepertimana kebenaran sifat kebaikan pertama sistem pemikiran.

5.0 Kesimpulan

Euthanasia berlaku apabila manusia hilang rasa hormat pada kehidupan manusia itu sendiri.
Sekiranya manusia mengerti dan menghormati kesucian dari kehidupan maka mereka tidak
akan memutuskan untuk mengakhiri kehidupannya dengan cara yang sedemikian. Bagi yang
menyokong perlaksanaan euthanasia, mereka menerbitkan karya-karya sendiri dan
menubuhkan persatuan tetapi bagi sebahagian yang membantah, mereka bertindak melalui
penggubalan undang-undang. Ini membuktikan bahawa isu euthanasia tidak dapat diterima
oleh semua lapisan masyarakat dan tindakan ini dianggap sebagai pembunuhan, walaupun
tujuan awalnya adalah untuk menamatkan hidup pesakit yang tidak dapat menahan kesakitan
yang kritikal. Oleh itu, manusia perlu bijak dalam mentafsir dan menganalisis sebelum
mengaplikasikan serta mengamalkan etika yang betul

Rujukan

1- Nugroho, F. 2008. Euthanasia dalam Hukum Pidana Islam. Universitas Muhammadiyah


Surakarta.
2- Ibid.
3- The Irish Council for Bioethics, Euthanasia: Your Body, Your Death, Your Choice?
www.rte.ie/science/euthanasia_leaflet.pdf.
4- Michael North, National Library of Medicine, Hippocratic Oath. 2002.
http://www.nlm.nih.gov/hmd/greek/greek_oath.html.
5- History of Euthanasia. 2009. http://www.euthanasia.com/historyeuthanasia.html
6- Ibid.
7- Aysegil Demirhan Erdemir dan Omur Elcioglu. 2001. Eubios Journal of Asian and
International Bioethics 11. Eubios Ethics Institute. 47–49.

Anda mungkin juga menyukai