Anda di halaman 1dari 1

BIZ BIR UMMATIZ

Disana didaerah Arakan


Mereka dihina, di buru untuk dilenyapkan
Hak untuk hidup, Turut dinafikan
Dalam jerih gusar
Antaran hidup dan mati
Setelah tiada tanah lagi
Untuk mereka terus berdiri
Negeri di langkahi , Sempadan di rentasi
Lalu.
Disini langkah terhenti
Di daerah ini
Anak-anak kecil yang berlum mengerti
Memenuhi waktu mengemis simpati
Mengharap ihsan sesuap nasi
Hanyalah untuk hari ini dan hari ini
Untuk mereka esok belum pasti
Anak-anak kecil ini
Diluar gelap tanpa cahaya
Termanggu tanpa arah dan hala
Hingga muncul tangan-tangan rela
Dengan rela menghulur pelita
Dengan kalimah biz bir ummatiz
Mereka tegakkan tiang-tiang REC
Dengan nafas ukhuwwah
Mereka bangunkan jasad REC
Wahai pejuang-pejuang ummat
Disini mereka ikat segala janji
Untuk terus di medan ini
Biar apapun yang menanti
Kerana kita adalah saudara

Anda mungkin juga menyukai