Anda di halaman 1dari 3

Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH


TEMUBUAL DENGAN MENTOR
Tarikh :
Masa :
Nama :

Guru Berapa lamakah cikgu berkhidmat dalam bidang pendidikan?


Pelatih :

Guru : Saya telah memulakan kerjaya ini sejak tahun 2015 hingga
sekarang dan mula berkhidmat di sekolah ini pada tahun 2018

Guru Apakah subjek yang diajar oleh cikgu sekarang?


Pelatih :

Guru : Saya ajar Subjek Bahasa Melayu, Matematik serta Teknologi


Maklumat dan Komunikasi dan Pendidikan Jasmani.

Guru Berapa pelajar yang diajar oleh cikgu pada masa ini?
Pelatih :

Guru : Saya biasanya akan mengajar murid dalam bilangan yang lebih
kurang 100 orang pelajar.
Guru Adakah guru membuat persediaan awal sebelum mengajar?
Pelatih :

Guru : Ya, saya akan membuat persediaan awal dengan merujuk kepada
DSKP dan Rancangan Tahunan serta RPH yang telah disediakan.

Guru Apakah masalah yang dihadapi oleh cikgu sepanjang anda


Pelatih : melibatkan diri dalam bidang ini?

Guru : Saya menghadapi situasi yang amat mencabar dalam mengajar


murid kerana pelbagai aras kefahaman murid yang memerlukan
masa yang lebih untuk menyediakan Pembelajaran dan
Pemudahcaraan (PDPC)

Guru Bagaimanakah cikgu menyelesaikan masalah yang dihadapi


pelatih : itu?

Guru : Bagi mengatasi masalah-masalah tersebut, saya akan


menggunakan bantuan teknologi dan maklumat seperti melayari
internet untuk mencari bahan. Selain itu, penggunaan “software”
dalam PDPC dapat membantu mengatasi masalah-masalah
tersebut juga.

Guru Adakah guru akan menggunakan alat bantu mengajar seperti


Pelatih : penggunaan smart board dan “software” dalam proses
pengajaran dan pembelajaran?

Guru : Ya.
Guru Pelatih : Bagaimanakah cikgu memahami seseorang murid?

Guru : Saya akan cuba memahami seseorang murid melalui guru


darjahnya. Saya akan mendapat latar belakang keluarga daripada
guru darjahnya. Selain itu, saya akan mendapat analisa dokumen
murid seperti kerja sekolah dan penglibatan murid dalam kelas.

Guru Pelatih : Apakah harapan guru terhadap sekolah ini?

Guru : Murid-murid seharusnya dititikberatkan dengan kemenjadian di


mana setiap murid seharusnya menguasai 4 aspek yang penting
sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yakni Jasmani,
Emosi, Rohani dan Intelek. Sekolah haruslah berperanan secara
holistik dalam memberikan sokongan dan dorongan kepada
semua murid dalam menyertai setiap aktiviti yang dianjurkan baik
dari peringkat sekolah mahupun dari peringkat antarabangsa.

Anda mungkin juga menyukai