Anda di halaman 1dari 29

JABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

IPG KAMPUS DARULAMAN

PBKK3113
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KERJAYA
JABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
IPG KAMPUS DARULAMAN

INTERAKSI 9

TAJUK 5 : KAUNSELING KERJAYA


KAUNSELING KERJAYA
Definisi
Kaunseling kerjaya adalah sejenis perkhidmatan yang disediakan
kepada seorang klien atau sekumpulan klien yang datang untuk
mendapatkan bantuan dalam pemilihan kerjaya atau masalah
penyesuaian kerjaya. (Brown,D., 2007)
Kaunseling kerjaya itu sendiri bukanlah kaunseling yang
berfokus kepada kerjaya semata-mata tetapi kaunseling kerjaya
perlu berfokuskan kerjaya sepanjang hayat dengan mengambil
kira perkembangan sepanjang hayat seseorang.
(Gysbers,Heppner dan Johnson, 2009)
Merupakan satu bidang kaunseling yang khusus untuk
membantu individu yang menghadapi masalah dalam pemilihan
kerjaya. (Sidek, 2002)

4
Keperluan terhadap Kaunseling Kerjaya

• Kaunselor perlu mempunyai kemahiran bukan sahaja


dalam kaunseling kerjaya malahan juga dalam
kaunseling individu.
• Sebanyak 84% (undicided) boleh membuat pemilihan
dengan baik jika diberikan bantuan.
• Kajian terkini menunujukkan bahawa kesihatan
mental adalah berkaitan dengan isu kerjaya,
Kaunselor perlulah mengenalpasti masalah klien
sebelum sesi kaunseling kerjaya dapat dimulakan.

5
• Jenis pekerjaan yang dipilih atau diceburi harus
memberi peluang kepadanya untuk:
i. menampilkan diri yang terbaik,
ii. dapat melakukan kerja dengan mahir dan cekap,
iii. berpeluang melahirkan daya kreativiti,
iv. dapat mengembangkan potensi,
v. dapat membentuk sikap iltizam terhadap kerja
vi. dan akhirnya mendapatkan kepuasan daripada
kerja yang dilakukan oleh individu tersebut.

6
Kepentingan Kaunseling Kerjaya

•Kesedaran diri
•Kesedaran ekonomi
•Kesedaran pendidikan
•Kesedaran kerjaya
•Sikap dan apresiasi
•Pengambilan Keputusan

7
1. Kesedaran Diri

Pelajar perlu mempunyai kesedaran tentang dirinya sendiri,


kehendak atau keinginan dalam hidupnya, kekuatan, kegemaran,
minat atau kebencian peribadi. Oleh itu, mudah bagi pelajar
untuk membina pengetahuan diri dan mempunyai identiti
keperibadian yang positif yang akan membantunya membuat
keputusan kerjaya seumur hidupnya supaya lebih berkesan dan
bermanfaat.

8
2. Kesedaran Ekonomi
Pelajar diharapkan supaya lebih jelas dan faham akan
perhubungan antara ekonomi peribadi, gaya hidup dan juga
pekerjaan. Ini penting supaya pelajar menyedari atau mengerti
bahawa hidup memerlukan usaha bagi mengisi setiap sudut
keperluan dalam kehidupan. Maka pekerjaan merupakan antara
salah satu usaha yang dapat memenuhi dan mengisi keperluan
hidup tersebut. 

9
3. Kesedaran Pendidikan

Pelajar diharapkan dapat mengenali kepentingan asas kemahiran


perkembangan dan penguasaan kandungan pengetahuan untuk
mencapai sesuatu matlamat kerjaya. Kesedaran terhadap
pendidikan yang di peroleh dapat membekalkan mereka dengan
pengetahuan untuk membolehkan mereka melaksanakan
pekerjaan dengan baik.

10
4. Kesedaran Kerjaya
Pelajar diharapkan dapat mengerti dan memahami bahawa
perkembangan kerjaya termasuk dalam kemajuan pendidikan,
pengalaman kerja, kefahaman terhadap pelbagai jenis pekerjaan
dan kaitannya dengan kehidupan manusia mengikut peringkat-
peringkat tertentu. 

11
5. Sikap dan Apresiasi
Pelajar dapat membentuk satu sistem nilai dalaman yang
menyertakan sama penilaiannya terhadap kerjaya peribadi dan
juga peranannya sebagaimana sebagaimana anggapan dan
pemikiran orang lain. Apresiasi terhadap peranan kerjaya
peribadi seseorang akan mendorongnya lebih bersikap aktif dan
mampu memberi prestasi yang memuaskan bukan sahaja dalam
kerjayanya malah juga kehidupan bermasyarakatnya. 

12
6. Membuat Keputusan

Selepas pelajar di bekalkan dengan pelbagai input/maklumat


lengkap berkaitan setiap prospek keperluan kerjaya, maka, ini
akan memudahkan mereka membuat penilaian dan keputusan
yang lebih tepat dan dapat memuaskan hati selaras dengan
kehendak diri mereka. 

13
2.Kaunseling
3.Kaunseling
1.Proses Kerjaya
Kerjaya
Kaunseling Berbantukan
Pelbagai
Kerjaya Ujian
Budaya
Psikologi
1) PROSES KAUNSELING KERJAYA
Antara model yang mempunyai proses
kaunseling kerjaya ialah:
a) Model tret dan faktor
b) Model membuat keputusan
c) Model pendekatan teori super
d) Model kaunseling kerjaya berorentasikan
matlamat.
a) Model proses kaunseling kerjaya model
tret dan faktor

Penilaian personal Integrasi maklumat


Hubungan dengan Penjelajahan
berhubung dengan dan mebuat
klien pekerjaan
kerjaya pilihan.

1. Temuduga 1) Bahan bertulis


2. Ujian 2) Temuduga pekerja
3. Inventori 3) Job shadowing
4. Senarai semak 4) Sistem
5. Maklum balas berkomputer
ujian dan
kaunselor

Rajah 1
Model tret dan faktor yang mudah
Kaunseling
TIDAK
peribadi
Penilaian
Membina tentang
hubungan kejelasan
dengan klien kognitif dan
motivasi YA Kaunseling
kerjaya

Rajah 2
Model tret dan faktor yang lebih kompleks
YA
1) Kesesuaian pilihan kerjaya
2) Kesan peranan lain terhadap kerjaya
3) Kemungkinan penyesuaian dalam lingkungan peranan
Kejelasan
jika sedang bekerja
kognitif ada
4) Kesedaran kendiri bersesuaian dengan pilihan kerjaya
5) Kesedaran peluang-peluang dalam struktur pekerjaan
Kaunseling
6) Kesan individu yang signifikan terhadapa pilihan kerjaya.
kerjaya

Penilaian yang
akan dibuat 1) Pendekatan berorentasikan tret dan
faktor terhadap pilihan kerjaya
2) Penyesuaian dalam peranan kerja
3) Penyesuaian antara peranan
Alternatif
pendekatan
kaunseling Rajah 3
Model tret dan faktor yang lebih kompleks
b) Proses kaunseling kerjaya
model membuat keputusan
Meneroka latar
Membina Meneroka
belakang klien
hubungan kekuatan dan
berkaitan
kaunseling potensi klien
kerjaya

Mengenal pasti Mengenal pasti


Membuat
alternatif yang matlamat
pilihan kerjaya
ada kerjaya

Membuat
tindakan Penamatan Susulan

Rajah 4
Model membuat keputusan
1) Membina hubungan kaunseling
 Kemesraan kaunselor dan klien- prasyarat kepada kepercayaan dan
kepercayaan merupakan prasyarat kepada kerjasama.

2) Meneroka latar belakang klien berkaitan kerjaya


 Latar belakang pendidikan dan pekerjaan ibu bapa dan anggota keluarga,
sikap klien terhadap sekolah, pencapaian, gred, minat, hobi dll.

3) Meneroka kekuatan dan potensi klien


 Meneroka ciri-ciri kekuatan dan kelemahan diri klien. Contohnya, minat,
personaliti, nilai dan pencapaian individu.

4) Mengenal pasti matlamat kerjaya


 Matlamat kerjaya yang benar-benar sesuai dengan diri klien mestilah
dikenal pasti secara bersama antara kaunselor dan klien.

5) Mengenal pasti alternatif yang ada


 Kebaikan dan keburukan setiap alternatif yang ada perlu ditentukan dan
dikenal pasti.
6) Membuat pilihan kerjaya
 Perbincangan agar satu keputusan telah dikenal pasti oleh
kaunselor dan klien tetapi keputusan perlu dibuat sendiri
oleh klien.

7) Membuat tindakan
 Proses pelaksanaan segala perancangan yang dibuat demi
mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

8) Penamatan
 Dilakukan setelah berjaya menyelesaikan masalah yang
berkaitan dengan pemilihan kerjaya yang mereka diceburi.

9) Susulan
 Untuk menentukan sama ada klien telah berjaya
melaksanakan tindakan dan menentukan jika ada apa-apa
masalah yang dihadapi oleh klien.
c) Proses kaunseling kerjaya
model pendekatan teori super
Menurut Donald E. Super (dlm. Janet Maursund
1985), salah seorang pakar terawal dalam dunia
kaunseling kerjaya, mencadangkan bahawa
pemilihan pendekatan dalam kaunseling kerjaya
adalah bergantung kepada di mana kedudukan
klien dalam keseluruhan proses kaunseling
kerjaya tersebut.
(Sidek Mohd Noah, 2002)
• Super dan Crites menggabungkan idea mereka
dalam peringkat i, ii, dan iii.

Peringkat I
Super- pendekatan yang tidak berarah atau non-
directive dengan klien digalakkan untuk meneroka
diri. Apabila peringkat ini mula menampakkan hasil,
klien mula ditolong untuk mengarahkan prosesnya
sendiri dengan menentukan topik-topik khusus yang
perlu diterokai. (Super 1957 dlm. Moursund 1985
dalam Sidek Mohd Noah)
Crites- pendekatan non-directive ini mestilah
cukup panjang, memberikan peluang yang
cukup untuk klien bercerita tentang dirinya,
mengenal pasti masalah dan mewujudkan
suasana kerja yang baik antara kaunselor dengan
klien .kaunselor tidak boleh berpindah ke
peringkat 2 dan 3 terlalu cepat kerana ini akan
menyebabkan klien berasa terancam dan
ditolak. ( Crites dlm. Moursund 1985 dalam
Sidek Mohd Noah)
Peringkat 2
Super Crites
• Kaunselor akan melakukan • Pada peringkat ini, sebahagian
perubahan besar yang pertama daripada cerita klien
iaitu kaunselor mula memberikan dibandingkan dengan cerita
struktur dan arahan untuk klien orang lain. Perbandingan dan
mengendalikan sumber pertentangan cerita bertindak
maklumat yang khusus seperti untuk memfokus perhatian
ujian-ujian, risalah pekerjaan, terhadap isu-isu yang releven,
pencapaian akademik dan maklumat yang signifikan serta
sebagainya. (Super 1957 dlm. untuk menjelaskan proses
Moursund 1985 dalam Sidek menyelesaikan masalah. (Crites
Mohd Noah) dlm. Moursund 1985 dalam
Sidek Mohd Noah)
Peringkat 3

Super Crites
• Klien ditolong untuk membuat • Kaunselor akan bersifat paling
pemilihannya sendiri tentang mengarah atau directive.dengan
rancangan tindakan yang akan peringkat pertama agak lembut
memberi arah kepadanya dan peringkat kedua yang lebih
untuk membuat keputusan berfokus, klien telah membentuk
dan penglibatan yang pendirian dan keyakinan diri, jadi
klien sekarang boleh berinteraksi
sepenuhnya untuk
dengan kaunselor dengan satu
melaksanakan tindakan.
semangat bekerjasama serta
(Super 1957 dlm. Moursund terbuka. (Crites dlm. Moursund
1985 dalam Sidek Mohd Noah) 1985 dalam Sidek Mohd Noah)
d) Proses kaunseling kerjaya
model kaunseling kerjaya
berorentasikan matlamat.

• Kaunseling kerjaya berorentasikan matlamat atau


Goal Oriented Counseling ialah satu pendekatan yang
telah diperkenalkan oleh Sidek Mohd Noah (1992)
bertujuan untuk menolong klien yang mempunyai
masalah untuk melaksanakan segala alternatif dan
strategi yang telah ditentukan dan dipersetujui kerana
kekurangan motivasi.

(Sidek Mohd Noah, 2014)


Antara andaian mengenai model ini ialah:-
a) Motivasi tidak akan wujud tanpa matlamat.
Individu tidak nampak keperluan untuk
bertindak dan bergerak ke arah yang positif.
b) Matlamat terbahagi kepada 4 jenis iaitu
matlamat semasa, matlamat jangka pendek,
matlamat jangka panjang dan matlamat terakhir.
c) Masalah terbahagi kepada ranting dan masalah
pokok.
Masalah Matlamat
ranting
1. Keluarga Masalah -Semasa Matlamat
2. Kewangan pokok -Jangka pendek terakhir
3. Rakan -Jangka panjang
sebaya Akademik Syurga
4. Dadah 1) Selesaikan tugasan
5. Peribadi 2) Spm gred A
3) Jurutera

Pergerakan motivasi

Negatif Positif
Model Kaunseling Berorientasikan Matlamat

Anda mungkin juga menyukai