Anda di halaman 1dari 7

Soalan 1

Konsep Penjajaran Konstruktif merupakan strategi yang membolehkan guru mengenal


pasti kemahiran dan pengetahuan kandungan yang diperlukan dalam sesuatu mata
pelajaran. Biggs (2007) telah menjelaskan Penjajaran Konstruktif (Constructive
alinggment) merupakan kesinambungan antara objektif yang melambangkan
pengukuruan objektif pembelajaran. Oleh itu, tujuan penjajaran konstruktif adalah untuk
memastikan murid dapat mempelajari sesuatu mata pelajaran yang diajar oleh guru.
Selain itu, Penjajaran Konstruktif juga merupakan sesuatu proses dalam bilik darjah
tentang proses pengajaran dan pemudahcaraan guru terhadap murid.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Penjajaran Konstruktif serta kaedah pentaksiran


yang sesuai untuk memastikan hasil pembelajaran Pendidikan Moral Tahun 6 tercapai
adalah guru perlu mengenal pasti hasil pembelajaran. Contohnya, guru perlu
mengenal pasti kandungan standard mata pelajaran Pendidikan Moral tersebut, seperti
kandungan standard ini adalah menyayangi alam sekitar untuk menjamin kesejahteraan
negara. Jadi, guru perlu mengikut kandungan standard tersebut mereka rancangan
pembelajaran yang bersesuaian dan memilih bahan pengajaran yang bersesuaian.

Selain itu, guru juga perlu membuat Penjajaran Konstruktif dengan merancang
pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, dalam proses Penjajaran Konstruktif tersebut
guru juga perlu mengenal pasti kaedah pengajaran. Tamsilannya, berdasarkan
maklumat jadual 1 tajuk pengajaran Pendidikan Moral Tahun 6 ini, guru boleh
mengunakan kaedah dan teknik pengajaran seperti lawatan, iaitu di mana guru boleh
mengadakan lawatan ke Taman Negara dengan murid-murid, agar dapat membolehkan
murid-murid lebih mendekati alam sekitar. Dengan ini, juga dapat boleh memupuk
murid untuk menyayangi alam sekitar dan menjamin kesejahteraan negara.

Di samping itu, guru juga perlu melakukan tugasan pentaksiran. Hal ini kerana,
mentaksir hasil pembelajaran sebenar murid dapat membolehkan guru lebih
mengetahui tahap pencapaian murid. Oleh itu, kesahan dan kebolehpercayaan
pentaksiran juga penting dalam proses Penjajaran Konstruktif. Sebagai contoh, dalam
hal ini guru boleh mengukur tahap pengetahuan dan pemahaman murid terhadap topik
kasih saying ini dengan bertannya soalan tertutup atau terbuka tentang topik kasih
saying tersebut, atau pun memberi lembaran kerja kepada murid. Lembaran kerja
tersebut boleh dibuat dalam bentuk ujian objektif atau pun ujian subjektif.

Akhirnya, selepas bertannya soalan terhadap murid atau selepas memberi murid
membuat lembaran kerja tersebut, guru perlulah melakukan penggredan dan
maklum balas. Penggredan dan maklum balas perlulah dibuat oleh guru, di mana agar
dapat membolehkan guru mengetahui tahap-tahap pemahaman dan penguasaan murid
terhadap topik tersebut. Apabila murid menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru,
guru boleh segera memberi maklum balas agar dapat membolehkan murid mengetahui
tentang kelemahan dan kekuatannya terhadap pemahaman topik tersebut.

Rujukan

Azizi Ahmad & Mohd Isa Awang. (2008). Pengukuran dan penilaian dalam pendidikan.

Kuala Lumpur: Open University Malaysia.

Biggs P.Y, Lee L.H, & Lawrence A. A, (2007). Pentaksiran dalam pendidikan. Selangor:

Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Cronbach, L.J. (19970). Essential of psychological testing (3rd ed). New York : Harper &

Row Gay
Soalan 2
Menurut Khodori (2008), lima komponen utama sebagai pelengkap dalam pelaksanaan
Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) menjelang 2011 ialah pentaksiran
sekolah, pentaksiran pusat, peperiksaan pusat, pentaksiran aktiviti jasmani dan
kokurikulum dan ujian psikometrik. Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
(PBS) termasuk dalam komponen pentaksiran pusat merupakan sebahagian daripada
aktiviti yang menyumbang kepada kejayaan SPPK pada masa akan datang. Oleh itu,
dengan kata lain Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) memainkan peranan yang
penting dalam sekolah. Persoalannya apakah impak pelaksanaan PBS terhadap guru
dan pelajar di sekolah?

Antara impak pelaksanaan PBS terhadap guru dan murid di sekolah ialah murid-murid
dapat dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat
berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa
dibandingkan dengan orang lain. Oleh itu, dengan adanya PBS guru mampu
mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif
yang merangkumi semua aspek tentang diri seseorang murid iaitu dari aspek jasmani,
emosi, rohani, intelektual, sosial. Selain itu, PBS juda dapat membolehkan guru lebih
mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai
insane yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada
pembangunan Negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-
masing.

Selain itu, impak pelaksanaan PBS terhadap guru dan murid ialah dapat
memudahkan guru untuk merujuk pencapaian murid dalam sesebuah kelas
mahupun sekolah. Sistem penilaian berasaskan sekolah berkait rapat dengan
penggunaan ICT. Semua data-data tentang murid-murid akan disimpan rapi. Oleh itu,
jika ingin membuat perbandingan pencapaian murid, guru hanya perlu membuka data-
data tersebut dan sudah mendapat maklumatnya. Dengan ini, dapat memudahkan
guru untuk membuat laporan dan tidak perlu mencari fail yang tersimpan data-data
murid-murid. Selain itu, guru juga dapat mengetahui dengan cepat pelajar yang
cemerlang dan lemah. Dengan ini, guru-guru dapat memperbaiki prestasi murid yang
lemah ke arah cemerlang dan meningkat dalam pencapaian pembelajaran mereka.

Seterusnya, impak pelaksanaan PBS terhadap guru dan murid ialah PBS
membebankan kerja para guru. Hal ini dikata demikian kerana, terdapat kelemahan
dalam sistem yang ditubuhkan. Antara kelemahannya ialah guru perlu mengekod band
murid-murid. Jika setiap guru mengajar dalam 100 orang murid dalam sesuatu sekolah,
maka hal ini akan membebankan guru. Sebernarnya, kerja guru bukan sahaja
memfokuskan untuk menyiapkan kerja PBS ini sahaja. Malahan tanggungjawab lain
yang perlu ditanggung oleh guru juga banyak. Namun masa yang diberikan juga amat
terhad. Selain itu, hal ini juga pernah dipaparkan dalam media massa seperti surat
khabar, televisyen dan sebagainya tentang bebanan guru-guru di sekolah. Di samping
itu, jika adanya pentaksiran yang tidak dapat disiapkan di sekolah, guru juga akan
membawa pulang kerja ini ke rumah dan ini akan mengganggu masa rehat guru.
Jelaslah bahawa, pentaksiran berasaskan sekolah ini amat membebankan guru-guru.

Di samping itu, impak pelaksanaan PBS terhadap guru dan murid ialah PBS
menyebabkan guru perlu adanya pencapaian internet yang baik. Pentaksiran
berasaskan sekolah ini berkait rapat dengan penggunaan ICT. Semua guru perlu ada
jalur lebar atau dalam kata lain adalah pencapaian internet untuk menyiapkan PBS ini.
Jika berlakunnya tiada capaian yang cepat dalam menyiapkan pentaksiran berasaskan
sekolah ini, akan menyebabkan seseorang guru menghadapi masalah ICT dalam
melakukan aktiviti mengekod band-band murid ke dalam data. Contohnya, system
mungkin akan berhenti seketika atau terus hilang fail yang sudah masukkan. Hal ini
amat menyebabkan guru perlu mengambil masa yang lama, tambahan lagi jika jalur
lebar yang ada adalah lembab. Masalah ini juga pernah dinyatakan oleh guru dalam
akhbar-akhbar yang lepas dan mengharapkan pihak berkenaan ubah proses ini ke arah
yang lebih cepat dan maju.

Akhirnya, dari segi kelebihan penilaian berasaskan sekolah adalah dapat mendidik
guru menjadi lebih berintegriti. Merujuk kepada maksud integriti dalam Kamus
Dwibahasa DBP, 2015, integriti ialah kejujuran, ketulusan, kesempurnaan dan
keutuhan. Oleh itu, integrity adalah merujuk kepada prinsip moral bagi seseorang
individu. Guru sebagai penjawat awam perlulah melaksanakan amanah dan kuasa yang
dipertanggunjawabkan mengikut kepentingan profesionnya. Oleh hal demikian, dengan
melakukan tugas penilaian berasaskan sekolah ini terhadap murid-murid dengan penuh
ikhlas dan jujur maka terdidiklah sifat integrity seseorang guru tersebut. Penilaian
berasaskan sekolah ini memerlukan kejujuran, keutuhan mental dan fizikal,
kesempurnaan dalam melakukan tanggungjawab dan tulus adalah penting bagi
melancarkan lagi proses tersebut. Maka, tanggungjawab seseorang guru amat berat
dalam mendidik pelajar dengan penuh keikhlasan dan kejujuran untuk melahirkan
generasi yang berguna kepada masyarakat dan negara kita.

Rujukan

Azizi Ahmad & Mohd Isa Awang. (2008). Pengukuran dan penilaian dalam pendidikan.

Kuala Lumpur: Open University Malaysia.

Biggs P.Y, Lee L.H, & Lawrence A. A, (2007). Pentaksiran dalam pendidikan. Selangor:

Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Khodori, L.J. (2008). Essential of psychological testing (3rd ed). New York : Harper &

Row Gay
Soalan 3

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) merupakan salah satu komponen utama dalam
kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. KBAT ialah keupayaan untuk
mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan
refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya
mencipta sesuatu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2013). Dengan kata lain,
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) melibatkan kemahiran intelek yang tinggi.
Kemahiran ini kebiasaan melibatkan merujuk kepada empat aras teratas dalam
Taksonomi Bloom iaitu mengaplikasi, menganalisa, menilai dan mencipta.

Berdasarkan soalan di atas, saya berpendapat bahawa KBAT dapat diterapkan dalam
Pentaksiran Prestasi. Hal ini kerana, Pentaksiran Prestasi merupakan aktiviti atau
tugasan yang dapat menilai apa yang murid boleh buat berdasarkan pengetahuan dan
kemahiran yang telah mereka pelajari dalam keadaan dunia sebenar. Contohnya, guru
boleh memberi mereka melakukan pembelajaran berasaskan projek. Guru boleh
memberi murid arahan seperti memberi murid dalam masa 7 hari, secara berkumpulan
untuk menghasilkan satu vedio rakaman tentang tema cintai alam sekitar.

Dalam fasa mengaplikasi, murid tahun 6 yang mempelajarai pendidikan moral,


bertajuk kasih saying, dan standard kandungan iaitu menyayangi alam sekitar untuk
menjamin kesejahteraan negara. Guru boleh mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT) dengan mengemukakan soalan seperti untuk mencintai alam sekitar apa
yang perlu kita lakukan, secara berkumpulan dan menghasilkan satu rekaan vedio
pendek. Dengan ini, murid dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam tajuk
pendidikan ke atas kehidupan seharian, seperti cara menyayangi alam sekitar.

Semasa dalam mereka cipta jalan cerita vedio pendek tersebut, guru juga
menggalakkan murid untuk menjalankan menganalisis, seperti bertannya soalan
kepada murid, apa tujuan utama kamu reka jalan cerita ini, dan apa kesannya jika tidak
memupuk nilai mencintai alam sekitar. Selepas itu, guru dan murid boleh saling
mengemukkan jawapan tentang pendirian masing-masing. Semasa dalam
perbincangan, guru juga dapat menggalakkan murid saling menilai kekuatan dan
kelemahan tentang sumbangan saran ideal tersebut.

Dalam fasa mecipta pula, tumpuan diberikan kepada objektif pembelajaran, alat
taksiran, latihan isi kandungan, perancangan pengajaran dan pembelajaran
(storyboad), dan pemilihan media (telefon pintar). Fasa mencipta bentuk rakaman vedio
pendek alam sekitar ini dilaksanakan secara sistematik dan teliti dan menggunakan
teori konstruktivisme dalam rakaman tersebut. Oleh itu, jelaslah bahawa penerapan
KBAT dalam pentaksiran prestasi adalah berkesan dan secara sistematik.

Rujukan

Lee Shok Mee & Moh Soon Sang. ( 1991 ). Pengujian dan penilai dalam pendidikan.

Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

Mehrenss, W.A & Lehmann, I.J (1991). Measurement and evaluation in education and

psychology ( 4th ed.). Chicago : Holt, Rinehart and Winston.

Modul Pentaksiran,(2015) . Putrajaya; Institut Pendidikan Guru Malaysia.

Popham,

Anda mungkin juga menyukai