Anda di halaman 1dari 7

Isi kandungan

1.0 Pengenalan ........................................................................................ 1


2.0 Isu dan trenda ................................................................................. 1-1
2.1 Faktor ibu bapa ............................................................................... 1-1
2.2 Rakan sebaya .................................................................................... 2
3.0 Kesan terhadap remaja hamil luar nikah ......................................... 2-2
3.1 Perkembangan sosial remaja .......................................................... 2-2
3.2 Perkembangan kognitif remaja ........................................................... 3
4.0 Kesimpulan ..................................................................................... 3-4
Rujukan
Lampiran

i
1.0 Pengenalan

Remaja pada masa kini sering melakukan tingkah laku negatif yang memudaratkan diri sendiri
dan orang lain di sekelinglilingnya. Suzana (1996) menyatakan bahawa ahli-ahli psikologi
berpendapat terdapat dua kategori masalah remaja iaitu kecelaruan luaran dan kecelaruan
dalaman. Kecelaruan luaran ialah masalah yang dapat dilihat melalui mata iaitu tingkah laku.
Jurnal yang saya pilih adalah Hamil Luar Nikah: Memahami Remaja Sebagai Asas Intervensi
Keluarga, iaitu hasil jurnal daripada Sarnon, N. and Mohamad, M. S and Fauziah, I and Alavi, K
and Nen, S and Hoesni, S.M and Zaizul, R and Wan Azreena, J. Sebenarnya, hamil luar nikah
ialah mengandung sebelum berkahwin di mana kewujudan hubungan seks di antara dua
pasangan yang tidak mempunyai pertalian nikah yang sah. Tujuan artikel ini adalah untuk
memahami perkembangan seks remaja, pengaruh perkembangan sehingga berlakunya
kehamilan dan mencadangkan intervensi keluarga yang boleh digunapakai oleh mereka yang
terlibat dalam profesion pertolongan. Metod kajian yang digunakan adalah kajian perpustakaan.
Artikel ini juga melibatkan asas intervensi iaitu pendekatan sistem teori, intervensi krisis, dan
penyelesaian masalah yang boleh dilaksanakan ke atas keluarga yang sedang dibelenggu
masalah kehamilan remaja. Perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara bagi tahun 2000 hingga
Julai 2008 mencatatkan sebanyak 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa.
Hal ini menunjukkan bukti bahawa isu hamil luar nikah yang berlaku di Malaysia adalah banyak.
Oleh itu, semua pihak perlu peka tehadap isu hamil luar nikah tersebut, agar dapat mengatasi
masalah hamil luar nikah.

2.0 Isu dan trenda

2.1 Faktor ibu bapa

Kes hamil luar nikal berlaku disebabkan faktor keluarga Rumberger (1991) menyatakan keluarga
merupakan punca remaja terlibat dalam salah laku seksual sehingga hamil luar nikah. Namun
terdapat juga kajian yang telah menunjukkan, sesetengah remaja mengalami masalah
interpersonal yang hebat dengan ibu bapa mereka, tetapi majoriti remaja rapat dengan ibu bapa
mereka, hormat dengan penilaian ibu bapa, mempersepsikan ibu bapa sebagai penyayang dan
ambil berat tentang diri mereka (Steinberg, 1990). Hal ini juga disokong oleh Offer, Ostrov dan
Howard (1981) yang menyatakan walaupun ibu bapa dan remaja mempunyai konflik generasi ,
tetapi tidak akan mempengaruhi kualiti atau perhubungan remaja dengan ibu bapanya. Hal ini
kerana, remaja pada peringkat awal merupakan suatu tempoh masa mengalami perubahan

1
dalam keupayaan penaakulan, maka wujudlah perubahan dalam cara memahami peraturan-
peraturan keluarga dan masyarakat. Sewaktu kanak-kanak, mereka hanya mengikut sahaja
arahan ibu bapa seperti “Jangan sepah-sepahkan bilik” , tetapi apabila jadi remaja mereka telah
faham bahawa sesetengah isu itu merupakan sesuatu tanggungjawab berdasarkan pilihan
peribadi dan bukannya peraturan sosial.

2.2 Rakan sebaya

Apabila seseorang remaja dihantar oleh ibu bapa pergi ke alam persekolahan, masa bersama-
sama dengan ahli keluarga akan menjadi kurang, lebih-lebih lagi apabila meningkat remaja.
Csikszentmihalyi dan Larson (1984) telah mengkaji kehidupan 75 orang murid sekolah menengah
selama seminggu. Murid dikehendaki menulis laporan tentang apa yang sedang dilakukan setiap
2 jam, di mana dan dengan siapa. Keputusan menunjukkan remaja yang dikaji menghabiskan
lebih 50% masa berjaganya dengan remaja lain. Contohnya dengan rakan sebanyak 29% dan
rakan sekelas 23%. Mereka hanya menggunakan 5% masa berjaga dengan ibu bapa sendiri.
Melalui data ini buktilah bahawa remaja akan lebih mendekati dan mendamping rakan sebayanya
berbanding dengan ibu bapa sendiri.

3.0 Kesan terhadap remaja hamil luar nikah

3.1 Perkembangan sosial remaja

Sebenarnya, isu hamil luar nikah akan mengganggu perkembangan sosial remaja. Hal ini
kerana, apabila seseorang remaja wanita mengalami hamil tanpa nikah, ia akan menyebabkan
berlakunya rendah diri pada remaja tersebut. Kesannya, remaja tersebut akan kurangkan
bersosial dengan rakan sebayanya. Hal ini dikata demikian kerana, remaja wanita tersebut takut
dipandang rendah oleh rakan sebayanya. Maka, jika seseorang wanita remaja kurang
berinteraksi dengan orang disekelilingnya ia akan membantutkan perkembangan sosial
seseorang remaja. Seterusnya , remaja juga akan mengalami kebimbangan, iaitu di mana
keadaan perasaan yang bercirikan perasaan bimbang yang melampau disertai dengan simptom
somatik seperti ketegangan fizikal (Feldman, 1990). Oleh itu, remaja terutamanya perempuan
yang hamil luar nikah bimbang tentang pandangan orang lain terhadapnya. Hal ini kerana,
dalam masyarakat Malaysia amat mementingkan maruah dan identiti seseorang terutamanya
nama baik keluarga. Maka, remaja yang hamil luar nikah kemungkinan mempunyai
kebimbingan dari segi pengaruh sosial.

2
Selain daripada itu, remaja yang hamil luar nikah mungkin akan mengalami kemurungan kerana
kurang sokongan keluarga. Keluarga yang tidak memberi perhatian terhadapnya, akan
menyebabkannya seseorang mengalami kemurungan. Hal ini kerana, remaja tersebut perlu
menangung segala kesusahan. Apabila seseorang individu kekurangan dorongan akan
menyebabkannya mudah murung dan seterusnya melakukan perkara yang negatif.

3.2 Perkembangan kognitif remaja

Selain itu, isu hamil luar nikah juga akan menjejaskan perkembangan kognitif remaja.
Perkembangan kognitif remaja ialah pemikiran atau kognisi mengalami banyak perubahan
semasa zaman remaja. Bukan sahaja pemikiran remaja berubah dari segi daya penaakulan,
tetapi juga pemikiran jadi abstrak serta wujudnya kognisi sosial. Kognisi sosial bermaksud berfikir
tentang manusia, tentang perhubungan sosial dan institusi sosial (Lapsley, 1989). Pemikiran dan
pemahaman remaja tentang hubungan interpersonal dan tingkah laku manusia bertambah. Idel-
idel tentang institusi dan organisasi sosial juga bertambah kompleks dan remaja berupaya
memahami dan meneka apa yang orang lain fikir. Tetapi jika remaja pada masa ini tidak
mempunyai hubungan sosial yang baik dengan orang sekelilingnya, maka kesannya mungkin
akan menyebabkan remaja mempunyai egosentrik yang rendah. Seterusnya, remaja tersebut
mungkin akan berfikiran tidak rasional dengan melakukan tingkah laku yang negatif seperti
melakukan pembungan bayi, penderaan bayi dan sebagainya untuk melindungi diri. Baron dan
Byrne menyatakan kelangsangan dan keganasan adalah apa sahaja tingkah laku yang diarahkan
ke matlamat untuk merosak, mencelaka, menyakit dan mencederakan manusia lain, yang mana
manusia lain itu cuba mengelak daripada tindakan dan perlakuan tersebut. Oleh itu, remaja yang
didesak oleh keluarga sampai ke tahap maksimum mungkin akan melakukan perkara di luar
jangkaan. Contohnya, remaja mungkin melakukan pembungan bayinya di tong sampah dan
tandas untuk menglidungi diri daripada dikesan oleh orang lain bahawa dia sudah hamil dan
beranak.

4.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, Guru Bimbingan dan Kaunseling perlulah peka terhadap isu semasa yang
berlaku dalam kalangan murid di sekolah agar dapat mengelakkan berlakunya tingkah laku murid
yang negatif. Oleh itu, Guru Bimbingan dan Kaunseling seharusnya mengamalkan nilai kerajinan,
iaitu memberikan masa yang ada di sekolah kepada para murid untuk memastikan para murid
yang berada di sekolah tidak wujudnya keruntuhan sahsiah dan dislipin. Hal ini disokong oleh

3
Joseph Conrad, yang menyatakan bahawa tiada manusia berjaya dalam semua yang
dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah
kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalan usaha hingga ke akhir hayat.
Jelaslah, sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling perlulah mempunyai hati yang tidak berputus
asa untuk mencapai kesejahteraan dan kecemerlangan seseorang insan.

4
Lampiran

5
6

Anda mungkin juga menyukai