Anda di halaman 1dari 2

THADCHAYANI A/P KATHIRESAN

D20112055241
KUMPULAN UPSI 01

KEPADA,
CIK. NORLY BINTI JAMIL
PENSYARAH E- LEARNING,
FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA,
JABATAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK,
UPSI. 14 / 06 / 2014

PER : PENILAIAN DAN PEMBERIAN MARKAH BAGI TUGASAN KAF3013 – NUTRISI DAN
KESIHATAN

Saya seperti nama dan nombor pendaftaran di atas, dari kumpulan UPSI 01 ingin membawa
perhatian Cik kepada perkara yang dinyatakan di atas iaitu tugasan saya yang tidak dapat
dinilai dan belum diberi markah. Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana kelewatan
menghantar tugasan tersebut. Untuk makluman Cik, saya telah menghantar tugasannya
melalui email UPSI Cik kerana tapak telah ditutup semasa saya membukanya. Saya telah
maklumkan kepada Cik melalui private message sebanyak 2 kali mengenai penghantaran
tugasan ini. Oleh kerana saya tidak mendapat sebarang respons daripada Cik sehingga hari
ini, saya bercadang untuk menghantar CD yang dirakamkan tugasan kepada Cik untuk
penilaian.

2. Saya tidak dapat hantar tugasan saya pada tapak kerana anak – anak saya tidak
sihat pada masa tersebut. Saya juga berkerja di tempat lain dari rumah saya. Rumahnya di
Ipoh dan saya berkerja di Parit Buntar, Perak. Ia mengambil sejam tiga puluh minit sampai di
sana. Seminggu sekali sahaja saya dan anak – anak saya akan balik ke rumah. Saya perlu
menjaga mereka sewaktu kami di Parit Buntar. Kami sewa di sana.

3. Saya memohon maaf kepada Cik untuk kelewatan menghantar tugasan ini. Saya juga
merayu kepada Cik untuk menerima dan menilai tugasan tersebut dan membantu untuk
meluluskan saya dalam kursus ini supaya tidak mengulang kursus ini semula. Saya
berharap Cik dengan besar hati dapat membantu saya. Terlebih dahulu saya ingin
merakamkan jutaan terima kasih kepada Cik.
Sekian, terima kasih. Sebarang kesulitan amat dikesali.

Yang benar,

________________________
(THADCHAYANI A/P KATHIRESAN)

Anda mungkin juga menyukai