Anda di halaman 1dari 5

SK.

ISKANDAR PERDANA
BANDAR BARU SERI ISKANADR
32610 SERI ISKANDAR

Tajuk :
“Adik Boleh Membaca”

Tarikh : 3 Mac – 3 Oktober 2017


Masa : 15 minit setiap hari
Tempat : Kelas Prasekolah Ibnu Sina dan
Ibnu Khaldun
PROGRAM AKADEMIK PRASEKOLAH
“ Adik Boleh Membaca”

Tajuk : Adik Boleh Membaca


Tarikh : Mac Hingga Oktober 2017
Masa : 15 minit setiap hari
Tempat : Kelas Prasekolah

Rasional.
Program ini bertujuan untuk memberi lebih pendedahan secara
terperinci tentang bunyi dan bentuk huruf seterusnya dapat membaca suku
kata, perkataan dan ayat mudah.

Matlamat.
1. Memberi bimbingan berterusan kepada pelajar lemah dan kurang
mengenal huruf.
2. Menaik dan meningkatkan minat pelajar untuk mengenal huruf dan
membaca.
3. Meninggalkan kesan yang mendalam. Supaya pelajar dapat mengingati
setiap apa yang diajar.

Objektif.
1. Program ini diharapkan dapat membolehkan pelajar dapat membaca
sebelum masuk ke Tahun 1.
2. Mendorong pelajar untuk berusaha dengan lebih gigih lagi untuk
membaca.
3. Menarik perhatian pelajar untuk membaca.
Kumpulan Sasaran.
Pelajar yang belum mengenal huruf dan pelajar yang tidak dapat
membaca suku kata.

Perlaksanaan.
Program dijalankan selama 15 minit selepas waktu pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas setiap hari selepas waktu persekolahan. :-

Cara dijalankan :
1. Mengecam huruf dan bunyi.
 Huruf di bentuk dengan plastisin
 Huruf ditulis di atas pasir
 Huruf dicat di atas kertas lukisan
 Huruf dibentuk dengan tali dan lidi.
 Huruf dibentuk dengan tubuh badan.

2. Mengecam bentuk huruf kecil dan besar.:


 Pilih huruf kecil didalam sebuah kotak yang dicampur dengan
huruf besar. ( sebaliknya )
 Menulis huruf besar/kecil yang disebut oleh guru.

3. Membunyikan huruf vokal : -


 Lagu pak mamat ada kebun
 Lagu-lagu versi Didi and freinds

4. Mengecam dan membunyikan huruf konsonan.


5. Menyebut suku kata hasil gabungan huruf konsonan dan vokal.
6. Mencantum dua suku kata terbuka ( vkv )
Cth: bu + ku  buku
7. Membaca suku kata terbuka ( vkv )
Cth : ibu ( guna kad cantuman )
8. Membaca suku kata tertutup ( kvk )
Cth : bas, pen, jam ( permainan huruf yang dicantum )
9. Membaca dua suku kata.
a) ( kv + kvk )  cth : pokok
b) ( kvk + kv )  cth : lampu
c) ( kvk + kvk )  cth : pensel
10.Latih tubi membaca
11.Membuat aktiviti latih tubi membaca secara berulang sampai murid
boleh menguasai.

Rumusan.
Diharapkan program ini dapat membantu pelajar yang amat lemah dalam
perkembangan Bahasa dan Komunikasi yang amat penting untuk meneruskan
pengajaran dan pembelajaran di Tahun Satu 2018 nanti.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………………… …………………………………
(SARINAH BINTI MADJIT) (AZLI BIN HASHIM,PPT)
Guru Prasekolah Guru Besar

Anda mungkin juga menyukai