Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KONSEP

KARNIVAL BIJAK PRASEKOLAH KPM TAHUN 2018


PERINGKAT NEGERI PERAK

NYANYIAN SOLO

1.0 PENGENALAN

Muzik merupakan satu rekreasi atau kesenggangan minda amat sesuai


sebagai satu pilihan dalam aktiviti kokurikulum di kelas prasekolah. Muzik dapat
membantu murid-murid prasekolah menggerakkan minda untuk mereka berfikir
secara lebih aktif ke arah perkembangan kendiri yang lebih positif. Minat dan
bakat murid prasekolah dapat dicungkil seawal umur mereka 5 tahun dan 6 tahun
serta dapat menerapkan keyakinan diri dalam berhadapan di khalayak ramai.

2. MATLAMAT

2.1 Membentuk disiplin murid dalam membuat persembahan dan


menikmati muzik ke arah pembentukan insan yang mempunyai
emosi yang seimbang, kreatif dan inovatif.
2.2 Mencungkil dan menampilkan bakat dan minat murid dalam seni
nyanyian.

3. OBJEKTIF

Nyanyian adalah salah satu elemen muzik yang tidak dapat dipisahkan dalam
pendidikan prasekolah. Nyanyian merupakan satu elemen penting dalam PdP
prasekolah bagi menarik minat murid-murid prasekolah mengikuti
pembelajaran mereka di dalam kelas. Penyertaan murid-murid prasekolah
dalam Nyanyian Solo bertujuan mencapai objektif-objektif berikut:
3.1. Mencungkil potensi murid-murid prasekolah dalam Nyanyian Solo
dan seterusnya memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk
memperkembangkan potensi tersebut ke peringkat yang lebih
tinggi.

1
3.2. Meningkatkan kemahiran mendengar, menghayati dan menghafal
lirik lagu atau beraksi secara spontan mengikut lirik lagu dan irama
lagu.
3.3. Membolehkan murid meluahkan perasaan melalui nyanyian.
3.4. Meningkatkan keyakinan diri dan mendorong murid meluahkan
perasaan.
3.5. Melatih murid tentang kesedaran penggunaan ruang.
3.6. Mencungkil kreativiti murid dan meningkatkan kemahiran
lokomotor.
4. SYARAT PERTANDINGAN:
4.1 Penyertaan
1.1 Penyertaan terbuka kepada murid-murid prasekolah yang
berumur lingkungan lima dan enam tahun.
1.2 Bilangan peserta adalah 1 orang (Lelaki/Perempuan).
1.3 Setiap peserta akan mempersembahkan sebuah lagu sahaja.
1.4 Lagu mestilah disampaikan dengan iringan muzik dan CD
secara ”minus one”.
1.5 Pakaian peserta mestilah bersesuaian dengan pilihan lagu
dan tidak mencolok mata.
1.6 Ketua Hakim akan menentukan sama ada peserta
dibenarkan membuat persembahan ulangan jika berlaku
kerosakan teknikal pada CD atau pemain CD.
1.7 CD hendaklah diserahkan kepada urusetia semasa
pendaftaran dan dilabelkan dengan Nama Sekolah, Nama
Peserta dan Tajuk Lagu.
1.8 Setiap peserta TIDAK DIBENARKAN menggunakan
khidmat penari atau bantuan prop.
1.9 Setiap peserta akan diiringi oleh seorang guru pengiring.
4.2 Masa
4.2.1 Masa yang diperuntukkan ialah tidak boleh melebihi 5
minit.
4.2.2 Masa hanya akan dikira sebaik sahaja muzik dimainkan.

4.3 Tatacara Persembahan


4.3.1 Murid digalakkan memakai pakaian yang bersesuaian
dengan tema lagu yang dipilih. Penggunaan prop TIDAK
DIBENARKAN.
4.3.2 Murid juga digalakkan untuk membuat pergerakan sambil
menyanyi.

2
5. Skema Permarkahan
Skema pemarkahan adalah seperti berikut :

5.1 Pic(Ketepatan suara) - 30%


5.2 Ton(Mutu Suara) - 30%
5.3 Dinamik(ansur kuat/perlahan) - 10% 100%
5.4 Tempo(Ketepatan mengikut rentak) - 10%
5.4 Attack/Release(mula dan akhir rangkai lagu) - 10%
5.5 Sebutan(suara dan senikata jelas) - 5%
5.6 Ketrampilan(keyakinan, kostum dan - 5%
penguasaan pentas)

5 Keputusan Hakim

5.1 Keputusan hakim adalah muktamad

6. Peraturan Am

6.1 Pertandingan akan dijalankan dalam satu pusingan (akhir).

6.2 Setiap pasukan dikehendaki menyediakan lagu minus one dalam


bentuk CD/USB untuk kegunaan semasa pertandingan dan salinan
CD/USB tersebut hendaklah dihantar kepada urusetia berkenaan
selewat-lewatnya seminggu sebelum tarikh pertandingan. Salinan
lirik perlu diserahkan semasa pendaftran.

6.3 Jika berlaku kerosakan teknik semasa persembahan sedang


berjalan maka pasukan itu akan dikehendaki mengambil giliran
sekali lagi di akhir pasukan yang mengambil bahagian.

7. Cadangan Hakim

7.1

7.2

7.3

7.4

7.5

3
8. Borang Pemarkahan

TARIKH : ________________________
HARI : ________________________
TEMPAT : ________________________
ATTACK/ KETRAMPILAN JUMLAH
BIL. PIC TON DINAMIK TEMPO RELEASE SEBUTAN (KEYAKINAN/ (100%)
(30%) (30%) (10%) (10%) (20%) (5%) KOSTUM/
PENGUASAAN
PENTAS)
(5%)

T/TANGAN HAKIM

………………………………..

1
9. Borang Keputusan

TARIKH : ________________________

HARI : ________________________

TEMPAT : ________________________

NAMA MARKAH
BIL NAMA SEKOLAH KEDUDUKAN
PESERTA KESELURUHAN

T/TANGAN KETUA HAKIM

………………………………..

2
1

Anda mungkin juga menyukai