Anda di halaman 1dari 16

SAF226 : APLIKASI FIQH

PERKAHWINAN

Definisi dari Sudut Bahasa dan Istilah

Pelbagai definisi tentang perkahwinan telah diberikan oleh para sarjana (ulama) Islam,
antara yang terpilih ialah ; Suatu akad yang menghalalkan pergaulan di antara seorang
lelaki dengan seorang perempuan yang bukan muhrim dan menimbulkan hak serta
kewajiban antara kedua-dua mereka.

Manakala dalam pengertiannya yang lebih luas perkahwinan adalah satu ikatan lahir di
antara dua orang, lelaki dan perempuan untuk hidup bersama di dalam sebuah
rumahtangga di samping melahirkan zuriat sebagai meneruskan kelangsungan hidup
manusia menurut batas-batas (disiplin) hak dan tanggungjawab yang telah ditetapkan oleh
syarak.

Perkahwinan atau nikah dari segi terminologi (bahasa) ialah himpunan,


pengumpulan, percantuman, persetubuhan dan akad. Nikah dari segi Bahasa diertikan juga
sebagai menindas, setubuh dan senggama. Di kalangan ulama ushul berkembang tiga
macam pendapat tentang erti lafaz nikah ; Menurut golongan Hanafi nikah menurut asalnya
adalah setubuh dan menurut erti majazi (metaforis) adalah akad yang dengan akad ini
menjadi halal hubungan kelamin antara lelaki dan perempuan Manakala menurut golongan
Syafi’e pula nikah menurut erti asalnya ialah akad yang dengan akad ini menjadi halal
hubungan kelamin antara lelaki dan perempuan, sedangkan menurut erti majazi ialah
bersetubuh.
Nikah dari segi syarak(analogi) pula bererti suatu akad yang menghalalkan
pergaulan dan membatasi hak-hak kewajipan serta tolong-menolong antara seorang lelaki
dengan seorang perempuan yang di antara keduanya bukan mahram. Dari segi syarak pula
ialah satu akad yang mengandungi rukun-rukun dan syarat-syarat tertentu untuk
mengharuskan pergaulan dan menghalalkan persetubuhan.Menurut Imam Hanafi, nikah
merupakan akad yang membolehkan persetubuhan setelah bersatunya suami isteri dalam
perkahwinan tersebut.

CATATAN:
SAF226 : APLIKASI FIQH

Rukun dan Syarat-syarat Perkahwinan dalam Islam

Sesuatu perkahwinan tidak akan berlaku menurut undang-undang Islam tanpa berasaskan
beberapa perkara penting yang diistilahkan oleh para ulama sebagai rukun-rukun
perkahwinan. Tanpa sebahagian atau salah satunya maka perkahwinan tidak akan wujud.
Kesempurnaan serta kesahannya amat bergantung dengan kewujudan semua rukun
tersebut.

Rukun-rukun perkahwinan

Menurut jumhur ulama, akad nikah tersusun pada lima rukun yang mengesahkan nikah
tersebut, iaitu : lelaki, perempuan, wali, dua orang saksi dan lafaz akad”. Kata Imam Malik :
Rukun nikah lima iaitu : wali, mas kahwin (namun tidak disyaratkan menyebutnya dalam
akad, suami, isteri dan lafaz akad. Para ulama’ Hanafiyah pula berpendapat bahawa rukun
nikah itu hanya tiga. Iaitu ; Ijab, Kabul, dan perpautan antara keduanya. (antara ijab dengan
kabul itu).

a) Lafaz ( Ijab Kabul)


b) Wali
c) Pengantin Lelaki
d) Pengantin Perempuan
e) Dua orang saksi

Setiap rukun di atas diikat dengan beberapa syarat tertentu agar segalagalanya berlaku
dengan sempurna. Di situlah letaknya perbezaan antara rukun dan syarat, yang mana
syarat merupakan sesuatu yang mesti ada dalam perkahwinan tetapi tidak termasuk salah-
satu bahagian daripada hakikat perkahwinan, misalnya syarat wali iatu lelaki, baligh, berakal
dan lain-lain.

CATATAN:
SAF226 : APLIKASI FIQH

Syarat-syarat bagi Setiap Rukun Perkahwinan Islam


(i) Syarat-syarat Bagi Ijab dan Kabul :
 Syarat-syarat bagi Ijab
- Mestilah menggunakan kalimat atau sebutan nikah atau terjemahannya yang
tepat.
- Ijab hendaklah dari wali atau wakilnya.
- Nikah yang diakad itu bukan buat waktu yang terbatas.
- Bukan dengan kata-kata sindiran.
- Bukan dengan cara ta'liq (syarat yang masih tergantung)

Contoh lafaz Ijab umpamanya :


"Ya Umar, Aku nikahkan kamu dengan anakku, Hamidah Binti Bidin dengan mas
kahwinnya sebanyak 50 ringgit, tunai"

 Syarat-syarat Bagi Kabul


- Jangan ada kelengahan masa di antara ijab dan kabul.
- Sesuai dengan kehendak ijab
- Dari bakal suami atau wakilnya.
- Bukan dengan cara ta'liq.
- Bukan dengan kalimat sindiran.
- Menyebut nama bakal isteri atau ganti namanya.

Contoh lafaz Kabul umpamanya :


"Aku terima nikah Hamidah Binti Bidin dengan mas kahwin sebanyak yang tersebut".

- Imam Hanafi menambah, lafaz ijab dan kabul antara khatib dengan wali
sudah terlaksana dengan bertanya khatib kepada wali, “Adakah engkau
hendak menikahkan anak perempuanmu? Dijawab Wali; “Ya,” bersama dua
orang saksi.Namun tidak sah sekiranya lafaz kabul mendahului ijab.

CATATAN:
SAF226 : APLIKASI FIQH

(ii) Syarat Bagi Wali ialah:


- Beragama Islam
- Seorang lelaki
- Baligh lagi berakal
- Waras pemikirannya
- Adil dan tidak fasiq ketika aqad
- Tidak dalam ihram
- Bukan seorang safih atau orang yang dicabut wilayahnya ke atas hartanya sebab
mubazzir dan boros
- Merdeka bukan sahaya.

(iii) Syarat bagi Pengantin Lelaki ialah:


- Beragama Islam
- Nyata calon itu lelaki
- Lelaki diketahui dan tertentu
- Lelaki itu halal bagi calon isteri
- Lelaki itu mengetahui bahawa calon isterinya halal baginya.
- Lelaki itu tahu dan kenal calon isterinya.
- Tidak mempunyai isteri yang halal dimadukan
- Tidak di dalam ihram haji atau 'umrah
- Tidak sedang mempunyai empat orang isteri
- Tidak dipaksa dan terpaksa

(iv) Syarat-syarat Bagi Pengantin Perempuan :


- Beragama Islam atau ahli kitab
- Nyata calon itu wanita dan bukannya khunsa
- Wanita yang halal dikahwini (bukan muhrim)
- Wanita yang tertentu
- Wanita yang telah memberikan izin untuk dinikahkan dengan calon suami
- Wanita yang bukan sedang dalam ihram haji atau 'umrah.

CATATAN:
SAF226 : APLIKASI FIQH

(v) Syarat bagi Dua Orang Saksi ialah ;


- Beragama Islam
- Lelaki
- Baligh lagi berakal
- Mampu Mendengar dan melihat
- Waras Pemikiran
- Adil tidak fasiq
- Mempunyai marwah
- Dia bukan wali yang melakukan akad nikah
- Faham perkataan ijab dan kabul dan
- Merdeka bukan sahaya.

Dalil dan Hukum Perkahwinan dalam Islam

Sumber Dalil Dari Nas-nas al-Quran dan al-Hadith

Terdapat banyak nas-nas al-Quran dan al-Hadith Rasulullah S.A.W yang menerangkan
tentang galakan dan suruhan Islam berhubung perkahwinan terhadap umatnya dengan
menggariskan syarat-syarat yang teratur dalam menegakkan konsep perkahwinan Islam
secara syumul, universal dan berhikmah. Antaranya, Firman Allah S.W. dalam Surah al-Nur
(24) : 32

“Dan kahwinkanlah orang-orang yang bersendirian di antara kamu dan orang-orang


yang layak berkahwin dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba
sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka
dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberianNya) lagi Maha Mengetahui.’

Ayat di atas jelas menerangkan galakan berkahwin ke atas umat Islam. Ia menjelaskan juga
bahawa kemiskinan bukanlah penghalang untuk berkahwin kerana keperluan kepada
pasangan hidup adalah perlu selama mana keadaan jasmani seseorang itu berkemampuan.

CATATAN:
SAF226 : APLIKASI FIQH

Firman Allah S.W.T lagi dalam Surah al-Nisa’ (4) : 3:


“Maka kahwinilah wanita yang kamu senangi, dua, tiga dan empat. Maka jika kamu
takut tidak dapat berlaku adil, maka kahwinilah seorang sahaja.”

Ayat tersebut merupakan dalil atau sumber yang kukuh dan telus dalam perundangan
hukum Islam mengenai galakan supaya umatnya berkahwin. Kaum lelaki disuruh memilih
seorang, dua, tiga dan empat untuk dijadikan isteri. Jika lelaki tersebut tidak mampu untuk
menunaikan kewajipan atau tanggungjawab sebagai suami dan takut tidak dapat
melaksanakan keadilan sekiranya mempunyai beberapa orang isteri, maka Islam
menghendaki mereka berkahwin dengan seorang perempuan sahaja.

Firman Allah S.W.T lagi dalam menggalakkan berkahwin ialah sebagaimana berikut dalam
Surah ar-Rum : 21:

" Dan di antara tanda-tanda (KekuasaanNya) ialah bahawa Dia menciptakan jodoh
untuk kamu daripada diri kamu(bangsa kamu) supaya kamu bersenang-senang
kepadanya, dan Dia (Allah) mewujudkan sesama kamu kasih sayang dan rahmat.
Sesungguhnya tentang demikian itu menjadi tanda bagi kaum yang memikirkan."

Perkahwinan juga merupakan salah satu amalan ataupun Sunnah yang diamalkan oleh para
Nabi. Daripada Ayyub r.a sabda Rasulullah S.A.W:

“Empat perkara daripada sunnah para Rasul ialah bersifat malu, memakai wangi-
wangian, bersugi dan berkahwin”.

Hukum perkahwinan

Harus

Hukum asal perkahwinan adalah harus iaitu bagi mereka yang tidak terdesak oleh sebab-
sebab yang mewajibkan segera berkahwin atau kerana sebab-sebab yang
mengharamkannya untuk berkahwin.

CATATAN:
SAF226 : APLIKASI FIQH

Wajib

Bagi mereka yang berkemampuan berkahwin sedang nafsunya telah mendesak dan merasa
bimbang akan terjerumus dalam penzinaan.

Sunat

Bagi mereka yang berhajat untuk berkahwin, cukup syarat dan berkemampuan tetapi masih
dapat menahan dirinya daripada melakukan kemaksiatan.

Haram

Bagi mereka yang tidak cukup syarat, tidak berkemampuan dan tidak bertanggungjawab
kerana dikhuatiri akan merosakkan rumah tangga.

Makruh

Bagi lelaki yang tidak berkemampuan memberikan nafkah tetapi bakal isteri dengan rela hati
sanggup untuk menyara keluarganya.

Objektif Perkahwinan dalam Islam

a) Memelihara keturunan dan menjamin berkembang serta berkekalan zuriat umat


manusia yang beriman mengikut landasan yang betul.
b) Memenuhi dan menyempurnakan tuntutan hawa-nafsu mengikut jalan yang diredhai
Allah S.W.T serta menyelamatkan manusia daripada kejahatan nafsu syahwat dan
memelihara manusia dari perkara yang haram.
c) Mewujudkan satu ikatan kekeluargaan yang kukuh, mantap dan berkekalan
berasaskan kasih sayang dan kerahmatan Allah S.W.T.
d) Mewujudkan dan melaksanakan satu sistem pengurusan dan tanggungjawab serta
metode berinteraksi di dalam keluarga dan masyarakat, melalui kerjasama yang
menguatkan hubungan kekeluargaan dan masyarakat.
e) Mendirikan keluarga, mengukuh dan memperluaskan ikatan kekeluargaan serta
mengukuhkan hubungan di kalangan anggota masyarakat.

CATATAN:
SAF226 : APLIKASI FIQH

Tujuan dan Matlamat Perkahwinan dalam Islam

1. Untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T di samping meramaikan zuriat, menjaga


maruah, memperdekatkan saudara yang jauh, mengharmonikan masyarakat dan
menjadi individu yang lebih bertanggungjawab.
2. Untuk membentuk sebuah keluarga yang harmoni, berkasih sayang, tolong
menolong di antara satu sama lain. Rumahtangga sebegini akan merupakan asas
kukuh pembentukan sebuah masyarakat yang baik dan gemilang.
3. Menambahkan lagi kekuatan rohani, khusyuk dalam beribadah serta pengabadian
diri kepada Allah S.W.T. Menerusi perkahwinan dapat mententeramkan perasaan
berahi yang membara dalam jiwa manusia. Begitu juga dapat mendamaikan
kerunsingan-kerunsingan kejiwaan kerana segala permasalahan hidup dapat
dikongsi bersama dengan pasangan masing-masing.
4. Mengamalkan sunnah dan syari'at Islam yang dibawa oleh nabi Muhammad SAW
serta dapat membina masyarakat manusia selaras dengan naluri semulajadi
manusia.

Pertunangan (Pra-perkahwinan) di dalam Islam

Peminangan (khitbah) atau lamaran disyari’atkan Islam sebagai titik permulaan dalam
proses perkahwinan bagi calon suami dan isteri mengikat tali perkahwinan. Peminangan
dibuat oleh calon suami atau wakilnya atau calon isteri atau wakilnya. Peminangan hanya
boleh dilakukan terhadap wanita-wanita yang boleh terus dikahwini atau yang bebas dari
halangan-halangan syar’ie.

Oleh itu haram dilamar wanita-wanita berikut iaitu:

a) Wanita yang sedang dalam ‘iddah, samada talaq raj’ie ataupun talaq bain.

Wanita yang sedang ber’iddah talaq raj’ie haram dilamar secara terangterangan atau
secara sindiran. Namun wanita yang ber’iddah dalam talaq bain haram dilamar
secara terang-terangan tetapi boleh dilamar secara sindiran. Larangan tersebut

CATATAN:
SAF226 : APLIKASI FIQH

bertujuan menjaga tali persaudaraan antara sesama Islam, sementara bekas suami
masih lagi berhak atas bekas isterinya yang ber’iddah kerana talaq raj’ie

b) Wanita yang kematian suami. Wanita yang kematian suami wajib ber’iddah selama
empat bulan sepuluh hari atau atau sampai bersalin jika ia mengandung. Semasa
‘iddahnya ia haram dilamar secara terangterangan tetapi boleh secara sindiran.
Walaupun hubungan antara suami yang meninggal dan isteri yang ditinggalkan tiada
harapan lagi untuk disambung kembali tetapi demi menjaga perasaan keluarga yang
ditinggalkan, maka dilarang melamar secara terang-terangan.

c) Tunangan orang. Wanita yang telah dipinang oleh orang lain haram dilamar, kecuali
lamarannya telah ditolak atau si empunya diri telah memberi izin. Larangan ini
penting untuk menjaga perpaduan dan persaudaraan Islam.

Susunan Wali

- Bapa
- Datuk sebelah bapa hingga ke atas
- Saudara seibu sebapa
- Saudara sebapa
- Anak saudara lelaki seibu sebapa hingga ke bawah.
- Anak saudara lelaki sebapa hingga ke bawah
- Bapa saudara seibu sebapa hingga ke atas.
- Bapa saudara sebapa hingga ke atas.
- Anak bapa saudara seibu sebapa (sepupu) hingga ke bawah.
- Anak bapa saudara sebapa (sepupu) hingga ke bawah.

Kemudian hakim (Sultan) termasuklah orang-orang yang dilantik oleh Sultan seperti Kadhi
atau naib Kadhi.

Di dalam susunan wali tersebut, wali yang paling hampir kepada perempuan digelar
dengan wali aqrabdan yang terjauh digelar dengan wali ab’adh.

CATATAN:
SAF226 : APLIKASI FIQH

Untuk menjadi wali perkahwinan itu mestilah didahulukan yang lebih aqrab kemudian
kalau tidak ada yang lebih aqrab baharulah yang selepas dan begitulah seterusnya.

Wali Hakim

Hakim mempunyai kuasa untuk menjadi wali dalam satu-satu perkahwinan di masa yang
tertentu seperti berikut :

i. Ketika tidak ada wali yang tersebut, sebagaimana sabda Rasulullah Salallahu Aalihi
Wassallam : Ertinya :Sultan menjadi wali bagi mereka yang tidak ada wali.

ii. Wali enggan mengahwinkannya walaupun wali mujbir (bapa atau datuk) sekiranya
keengganan itu kurang dari tiga kali, tetapi jika keengganan itu lebih dari tiga kali
maka wali yang lebih jauh darinya berhak menjadi wali sebagaimana dalam susunan
wali.

Sebagai contoh wali yang enggan menikahkan yaitu : perempuan yang baligh,
berakal memohon kepada wali supaya mengahwinkan dengan seorang lelaki yang
setaraf dengannya sedangkan wali bapa atau datuk mahukan seorang yang lain
yang setaraf juga. Bentuk yang demikian tidaklah dianggap wali itu enggan atau
ingkar, kerana wali itu lebih matang daripada perempuan itu dari segi perhatian dan
pandangan untuk kepentingan atau kebahagiaan perempuan tersebut.

iii. Wali berada di tempat yang jauh sekadar perjalanan yang mengharuskan qasar
sembahyang iaitu kira-kira enam puluh batu dan tidak ada pula wali yang sedarjat
dengan wali yang jauh itu di tempat perempuan yang akan dikahwinkan itu.

iv. Wali sedang di dalam ihram dan tidak ada wali yang lain yang sedarjat yang tidak di
dalam ihram.

CATATAN:
SAF226 : APLIKASI FIQH

v. Wali itu sendiri berkahwin dengan sempurna itu, seperti anak bapa saudara yang
ketika sepatutnya beliau menjadi wali, tetapi oleh kerana beliau inginkan perempuan
itu untuk menjadi isterinya dan tidak ada wali yang lain yan sedarjat dengannya
maka ketika itu hakimlah yang menjadi wali.

vi. Hakim menjadi wali untuk mengahwinkan perempuan yang sudah baligh tetapi gila,
sekiranya perlu dikahwinkan dan tidak ada wali yang mujbar (bapa atau datuk).

vii. Wali di dalam tahanan dan tidak boleh dihubungi sama sekali.

viii. Wali bersembunyi.

ix. Wali ghaib dan tidak diketahui hidup atau mati atau di mana ia tinggal.

WALI MUJBIR

Sebelum ini telah dinyatakan susunan wali, di dalam susunan wali tersebut terdapat dua
golongan iaitu :

1) Wali mujbir: iaitu bapa dan datuk (bapa kepada bapa) sekiranya bapa sudah tidak
ada, kedua-dua ini berhak mengkahwinkan perempuan yang masih gadis (anak
dara) tanpa meminta keizinan daripada gadis tersebut lbih dahulu dengan syarat-
syarat yang akan diterangkan kemudian. Walau bagaimanapun kedua-duanya
disunatkan meminta keizinan gadis itu terlebih dahulu, sabda Rasulullah SAW.

Ertinya : Janda lebih berhak ke atas dirinya dan anak dara dikahwinkan dia oleh
bapanya.

CATATAN:
SAF226 : APLIKASI FIQH

2) Bukan Mujbir iaitu : wali perkahwinan bagi yang bukan anak dara atau yang
berkahwin itu anak dara tetapi bukan wali bapa atau datuk.Dalam keadaan ng begini
wali tidak boleh mengkhwinkan tanpa meminta keizinan terlebih dahulu,kerana
sabda Rasulullah SAW.

Ertinya : Janganlah kamu kahwinlah janda sehingga kamu meminta keizinan mereka
terlebih dahulu. (Riwayat At-Tarmidzi)

Oleh sebab seorang janda sudah mengetahui maksud atau tujuan perkahwinan
sebab itulah tidak boleh dipaksa dengan tidak mendapat keizinan.

Perempuan Yang Haram Dikahwini

Perempuan yang haram dikahwini terbahagi kepada dua bahagian :

1. Haram buat selama-lamanya.


2. Haram buat sementara waktu.

Sebab-Sebab Haram Dikahwini Selamanya

1. Haram dengan sebab keturunan


2. Haram dengan sebab susuan
3. Haram dengan sebab persemendaan (musoharah).

 Haram Dengan Sebab Keturunan

o Ibu dan ibu kepada ibu (nenek) hinggalah ke atas.


o Anak, cucu dan seterusnya ke bawah.
o Saudara perempuan seibu atau sebapa atau seibu sahaja.
o Saudara perempuan bagi bapa (emak saudara) hingga ke atas.
o Saudara perempuan ibu (emak saudara) hingga ke atas.
o Anak saudara dari saudara lelaki hingga ke bawah.
o Anak saudara dari saudara perempuan hingga ke bawah.

CATATAN:
SAF226 : APLIKASI FIQH

Sebagai dalil bagi pengharaman tersebut ialah firman Allah :

Ertinya : Diharamkan ke atas kamu mengahwini ibu kamu, anak saudara, emak saudara
sebelah bapa, emak saudara sebelah ibu, anak saudara dari saudara lelaki, dan anak
saudara dari saudara perempuan kamu.

(Surah An-Nisa : ayat 23)

Perhatian :

Anak perempuan yang lahir hasil dari perzinaan, tidak haram dengan bapa zinanya kerana
anak perempuan yang lahir dari zina dianggap orang asing (ajanabiah) baginya, ini ialah
kerana mani zina itu tidak dihormati, walau bagaimanapun makruh bagi bapa zina
mengahwini anak zinanya, berdasarkan perselisihan pendapat di antara utalam Abu
Hanifah (mazhab Hanafi) yang berpendapat :

Tidak halal bagi bapa zina mengahwini anak perempuan yang hasil dari zinanya dan anak
zinanya itu dianggap sebagai muhrimnya, iaitu sama seperti anak biasa.

Walaupun tidak halal dikahwini tetapi tidak berhak mendapat pusaka dari bapa zinanya itu.

Bagi ibu yang berzina dan semua muhrimnya adalah haram mengahwini anak zinanya,
begitu juga anak zina itu berhak mendapat pusaka dari ibunya.

 Haram Dengan Sebab PEnyusuan

o Ibu yang menyusukan.


o Saudara perempuan yang sepersusuan.

Firman Allah :

Ertinya : Dan diharamkan ibu-ibu yang menyusukan kamu dan saudara-saudara


kamu sepersusuan.

CATATAN:
SAF226 : APLIKASI FIQH

Perempuan-perempuan yang haram dengan sebab susuan adalah sama dengan


orang-orang yang haram dengan sebab keturunan, sebagaimana sabda Nabi SAW :

Ertinya : Haram dari susuan sebagaimana haram dari keturunan.

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Syarat-Syarat Haram Dengan Sebab Susuan

1. Ibu yang menyusukan itu telah baligh.


2. Anak yang disusukan itu berusia dua tahun, sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

Ertinya : Tidaklah susuan itu melainkan dalam lingkungan umur dua tahun.

(Riwayat Al-Dar Qatni)

3. Bilangan menyusunya sampai lima kali yang berasingan dan setiap kali menyusu
mesti sampai kenyang, sebagaimana tersebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh
Muslim dari Aishah :

Ertinya : Adalah pada ayat yang diturunkan dari Quran ialah sepuluh kali susu yang
maklum lagi mengharamkan kemudian dimansuhkan dengan lima kali susu sahaja.

(al-Hadith)

4. Susu yang diberi kepada anak-anak itu mestilah ditelan dan sampai ke perut kanak-
kanak itu pada kelima-lima kalinya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

Ertinya :Tidak diharamkan kahwin dari susuan itu melainkan susuan yang sampai
kepada perut kanak-kanak itu dan penyusuan itu pula mesti budak yang menyusu itu
belum berumur dua tahun.

(Riwayat : At-Tarmidzi)

Sekiranya tidak memenuhi syarat-syarat yang tersebut maka tidaklah haram


berkahwin di antara ibu yang menyusukan dengan anak yang disusukan dan

CATATAN:
SAF226 : APLIKASI FIQH

seterusnya.

 Haram Dengan Sebab Persemendaan (Berambil-Ambilan)

o Ibu mertua samada dari keturunan atau penyusuan.


o Ibu tiri, datuk tiri hingga ke atas.
o Menantu perempuan (isteri anak), isteri cucu hingga ke bawah.
o Anak tiri dengan syarat sudah disetubuhi ibunya, jika belum disetubuhi kemudian
diceraikan, maka tidaklah haram mengkahwinkan anak tiri itu samada anak tiri itu
dari keturunan atau penyusuan.Pengharaman keempat-empat orang ini berdasarkan
firman Allah :

Ertinya : Dan diharamkan ibu isteri kamu, dan anak tiri yang dalam pemeliharaan
kamu jika ibunya telah kamu setubuhi, maka jika ibunya itu belum kamu setubuhi
maka bolehlah kamu mengkahwini anak tiri itu dengan begitu juga haram
mengkahwini isteri anak kamu yang sejati.

(Surah An-Nisa:ayat 23

Dan firman Allah :

Ertinya:Janganlah kamu kahwini perempuan-perempuan yang telah dikahwini oleh


bapa kamu (ibu tiri).

(Surah An-Nisa : ayat 22)

Perempuan-Perempuan Yang Haram Dikahwini Buat Sementara Waktu Dengan Sebab


Menghimpunkannya

1. Saudara-saudara perempuan bagi isteri.Sebagaimana firman Allah :

Ertinya : Da haram kamu menghimpunkan dua perempuan yang bersaudara kecuali


apa yang telah lalu.

CATATAN:
SAF226 : APLIKASI FIQH

2. Anak saudara isteri sebelah bapa.


3. Anak saudara isteri sebelah ibu.
4. Anak saudara isteri dari saudara lelaki.
5. Anak saudara isteri dari saudara perempuan.

Sabda Rasulullah SAW :

Ertinya : Tidak boleh dikahwini seorang perempuan yang dihimpunkan dengan emak
saudara sebelah bapa dan tidak boleh antara emak saudara sebelah bapa dengan
anak perempuan saudara lelakinya dan tidak boleh dikahwini seorang perempuan
dihimpun dengan emak saudaranya sebelah ibu begitu juga di antara emak saudara
sebelah ibu dengan anak perempuan dari saudara perempuan, tidak yang besar
dengan yang kecil dan tidak yang kecil dengan yang besar.

(Riwayat At-Tarmidzi)

CATATAN:

Anda mungkin juga menyukai