Anda di halaman 1dari 6

a) Ciri-ciri penting lima tahap kepimpinan yang dicadangkan oleh John Maxwell

Kepimpinan dapat ditafsirkan dalam pelbagai maksud . Mengikut Kamus Dewan,

kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Melalui teladan seorang dapat memimpin

seseorang,organisasi atau masyarakat. Pemimpin adalah model kepada orang yang

dipimpinnya. Segala perbuatan,gaya dan tindakannya menjadi perhatian dan ikutan oleh

masyarakat. Istilah kepimpinan turut juga digunakan dalam istilah-istilah lain sebagai kuasa,

autoriti, pengurusan, pentadbiran, kawalan dan pemantauan. Menurut Wan Azmi Ramli (2001),

melontarkan bahawa ciri kepimpinan kait rapat dengan kemahiran yang ada pada pemimpin

yang mahir dalam kepimpinan tersendiri. Kepimpinan mempunyai ciri-cirinya tersendiri. Para

pengkaji telah mengemukakan beberapa ciri kepimpinan. Menurut John Maxwell, terdapat lima

tahap penting dalam kepimpinan.

Tahap pertama adalah Kepimpinan Berdasarkan Kepada Kedudukan (Position

Level). Menurut John Maxwell menggelar pemimpin tahap ini sebagai sebagai “The one-liner,

it is lonely at the top” , kerana menurut Maxwell kakitangan bawahan lebih suka untuk

mengelak daripada bekerja dengan pemimpin jenis ini. Tahap ini adalah perkara biasa dalam

organisasi yang semakin meningkat. Jabatan semakin besar dan ini bermakna

peningkatan keperluan pengurus. Ini bermaksud , pemimpin ini adalah Guru Besar, Pengetua

(PGB) yang menerima mandat atau lantikan daripada KPM untuk memimpin sekolah. .

Biasanya, salah seorang pekerja diberi status pemimpin yang baru dianugerahkan. Kerana

dia mempunyai pengalaman sedikit atau tidak, ia hanya mengenai statusnya dan bukan

tentang siapa dia atau bagaimana dia mengendalikan pekerjanya. Hanya apabila

pemimpin baru ini menyedari bahawa terdapat lebih banyak kepimpinan, dia a kan dapat

berkembang ke peringkat seterusnya. Oleh itu tahap ini adalah titik permulaan yang baik

untuk mengalami dan mempelajari tali kepimpinan.Kesimpulannya, tidak semua ketua

adalah pemimpin, tetapi setiap pemimpin adalah ketua.


Tahap kedua hubungan (Relationships) iaitu Kepimpinan Berasaskan Kepada

Penerimaan. Tahap kepimpinan ini adalah mengenai hubungan manusia yang dibina oleh

pemimpin itu. Ia seperti dia diberikan 'izin' untuk bertindak sebagai pemimpin. Dalam kontek

ini,pemimpin tahap kedua adalah individu yang boleh dipercayai dan pekerjanya cenderung

bersetuju dengan keputusan yang dibuatnya. Beliau mempunyai hubungan yang baik dengan

mereka, pemimpin menyedari bahawa menjadi lebih mudah bagi para pekerja untuk melakukan

lebih banyak usaha. Hubungan baik mengukuhkan kerjasama dan meningkatkan kesetiaan dan

kepercayaan bersama. Sebagai contoh, PGB mula mempelajari untuk mewujudkan

perhubungan yang baik dengan warga sekolah. Ini kerana hubungan yang baik bukan sahaja

berjaya mendapatkan komitmen organisasi malah, menjadikan mereka lebih bermotivasi untuk

berkerja bersama-sama PGB. Tuntasnya,seorang pemimpin di peringkat ini akan menunjukkan

minat yang tulus kepada rakan-rakan dan pekerja mereka dan mengenali mereka secara lebih

baik secara peribadi. Rakan-rakan dan pekerja mempunyai kehidupan rumah, isu-isu kesihatan,

sifat-sifat peribadi dan hobi yang pasti mendapat perhatian. Ia juga bijak untuk memuji rakan

dan pekerja dan memberikan yang terbaik di dalamnya. Membina hubungan yang baik, yang

berdasarkan rasa saling menghormati, membawa kepada suasana kerja yang menyenangkan dan

semangat berpasukan. Walau bagaimanapun, ia tidak semestinya membawa kepada keputusan

yang positif. Itu memerlukan berkembang ke tahap kepimpinan ketiga.

Tahap ketiga pula adalah Produktiviti (Results / hasil) iaitu individu yang mengikut

pemimpin kerana melihat perubahan positif, sumbangan atau jasa yang telah dilakukan oleh

pemimpin untuk sesuatu organisasi. Contohnya PGB telah memiliki pengalaman dan prestasi

serta kredibiliti dalam kepimpinan. Tahap ini adalah mengenai hasil yang dapat diukur yang

telah dicapai di bawah kepimpinan pemimpin. Tahap ini membina hubungan interpersonal yang

baik, ada kaitannya dengan fakta bahawa rakan sekerja dan pekerja adalah penting untuk

mencapai keputusan yang positif. Hanya apabila pasukan boleh mengambil langkah bersama,

percaya satu sama lain dan saling mempercayai antara satu sama lain, adakah mungkin untuk

mencapai pengeluaran yang betul. Apabila pekerja hanya diberitahu untuk bekerja keras tanpa
menunjukkan apa-apa jika minat atau empati terhadap mereka daripada pemimpin, terdapat

risiko . Para pemimpin di peringkat ini menggunakan hubungan baik mereka untuk menjadikan

realiti penglihatan mereka.

Tahap keempat adalah mengembangkan orang lain (Reproducion / reproduksi).

Pemimpin tahap ini boleh menjadi seorang pemimpin kerana berupaya untuk membangunkan

pimpinannya supaya dapat mencapai keberhasilannya mereka sendiri. Pemimpin ini

menganggap penting untuk melatih para pekerja. Dengan maksud, pemimpin tahap ini memberi

keyakinan dan memberi mereka kuasa untuk mengembangkan diri. Keyakinan ini harus tulus

dan dikomunikasikan dengan jelas kepada pekerja. Menurut John C. Maxwell, pemimpin

peringkat 4 membelanjakan kira-kira 80% waktunya untuk melatih rakan sekerja dan pekerja,

dan hanya 20% pada produktiviti sendiri. Berbeza dengan kepimpinan level 3, ini bermakna

melepaskan diri. Tumpuan pada keputusan adalah kepentingan kedua.

Tahap ke lima adalah puncak kepemimpinan (Respect / rasa hormat) iaitu individu

yang mengikut pemimpin kerana mengetahui siapa pemimpin mereka dan apa yang telah

dihasilkan oleh pemimpinnya. Peringkat terakhir ini dipanggil Kepimpinan Berasaskan

Kepada Penghormatan. Statusnya berdasarkan asas penghormatan. seorang pemimpin yang

masih disebut jasanya walaupun mereka telah lama meninggalkan organisasi, sama ada kerana

pertukaran atau persaraan. Mereka adalah pemimpin yang meninggalkan legasi yang baik dan utuh.

Mereka juga telah melahirkan pemimpin-pemimpin tahap 4 yang lebih ramai. Matlamat jangka

panjang yang paling penting bagi sesebuah organisasi adalah untuk terus membina generasi pemimpin

yang berjaya iaitu, seorang pemimpin Tahap 5 perlu menghasilkan lebih ramai pemimpin Tahap 4.
B) Bezaan antara kepimpinannya pada tahap ketiga dengan tahap kelima?

Pada pendapat saya, kesan kepimpinan terhadap sesuatu organisasi merupakan salah

satu perbezaan yang dapat dilihat dengan jelas.Hakikatnya, kesan kepimpinan pada tahap

ketiga hanya pada luaran sahaja berbanding kesan pemimpin pada tahap kelima adalah

memori dan semangat yang berkekalan. Oleh yang demikian, pemimpin boleh mencapai

kepimpinan tahap ketiga dalam masa yang singkat malah untuk ke tahap kelima memerlukan

masa yang lama. Pemimpim pada tahah kelima memerlukan masa,pengalaman, dan

pengetahuan yang luas yang dijadikan sebagai dorongan dan ikutan pengikutnya.

Seterusnya, hubungan antara satu sama lain juga dapat dilihat dengan ketara pada

tahap ke ketiga dan kelima .Dalam konteks ini,pemimpin menjalinkan hubungan

interpersonal yang baik, ada kaitannya dengan fakta bahawa rakan sekerja dan pekerja adalah

penting untuk mencapai keputusan yang positif. Pemimpin ini sangat disukai dalam

pasukannya. Pemimpin merupakan pokok besar kepada organisasinya. Organisasi berupaya

mencapai keputusan yang baik dalam masa yang singkat. Walaupun ini merupakan kelebihan

kepada pemimpin tahap ketiga. Namun, ia juga merupakan kelemahana kepadanya.

Sekiranya, pemimpin tahap ketiga meninggalkan organisasi tersebut. Hasil atau kejayaan

yang dicapai pada sebelumnya akan berkurangan kerana pengikut sangat bergantung kepada

pemimpin untuk mencapai kejayaan.


Malah dalam kepimpimpinan tahap lima ,mereka menghormati usaha pemimpin

terhadap organisasi.Jasa mereka tidak dilupai walaupun telah lama meninggalkan organisasi

tersebut kerana pertukaran atau persaraan. Biasanya pemimpin tahap kelima telah

menghasilkan ramai pemimpin tahap keempat. Matlamat jangka panjangyang paling penting

bagi sebuah organisasi adalah untuk terus membina generasi pemimpin yang berjaya iaitu,

seorang pemimpin tahap kelima perlu menghasilkan lebih ramai pemimpin tahap keempat.

Tuntasnya, kita dapat melihat keberkesaan pemimpin tahap ketiga dan kelima

terhadap sesebuah organisasi. Bagi menjadi seorang pemimpin berdibawa,kita perlu berusaha

untuk mencapai tahap kelima. Selain itu, perlu berterusan serta mempunyai kesinambungan

menjadi momentum kepada pemimpin yang bakal mencapai kepimpinan tahap kelima.

Anda mungkin juga menyukai