Anda di halaman 1dari 15

KEBERKESANAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


KURSUS SIMPANKIRA DI KALANGAN PELAJAR
PROGRAM KEMAHIRAN HIDUP
(UPSI)

BAB 1

PENDAHULUAN

Pengenalan
Di dalam bab ini pengkaji akan membincangkan mengenai latar belakang sejarah penggunaan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam bidang pendidikan dan kepentingannya
kepada para pelajar di Institusi Pengajian Tinggi. Seterusnya pengkaji menjurus kepada
penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam kursus Simpankira / Pendidikan
Perakaunan yang menjadi fokus kajian ini. Pernyataan masalah bagi kajian ini diperjelaskan
berserta dengan objektif kajian, Hipotesis Kajian, kepentingan kajian, batasan kajian,
kerangka konseptual, Definisi Operasional dan Kesimpulan.

1.1 Latar Belakang Kajian


Perkembangan dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) kini dilihat semakin
rancak berkembang sejajar dengan perkembangan arus pemodenan dunia tanpa sempadan
(globalisasi). Menurut Buyong (2002), cabaran dunia pendidikan dalam meneroka dan
mengaplikasikan ICT melalui pendekatan-pendekatan yang berkesan telah membawa para
pengajar dan pelajar mengenali dan seterusnya mempraktikkannya mengikut kesesuaian
bidang yang diingini. Keberkesanan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat
dilihat seawal peringkat pra-sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah sehingga ke institusi
pendidikan tinggi.

Di Malaysia perkembangan penggunaan TMK di kalangan masyarakatnya dilihat suatu yang


positif di mana ia telah menggalakkan semua lapisan masyarakat berlumba-lumba untuk
melengkapkan diri dengan ilmu TMK. Namun demikian masih ada golongan atau pihak yang
memandang remeh dan tidak mengendahkan perkara ini kerana mereka beranggapan
penggunaan TMK tidak penting dalam kehidupan harian. Dalam usaha mengikis tanggapan
negatif segelintir masyarakat, kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah seperti kempen
satu rumah satu komputer serta membenarkan wang KWSP dikeluarkan untuk membeli
komputer. Ini bertujuan untuk memastikan masyarakat Malaysia tidak ketinggalan dalam arus
teknologi yang serba canggih.

Selain itu, Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah mengambil langkah awal dengan
memperkenalkan pelbagai program seawal sekolah rendah dalam usaha untuk
memperkenalkan dan mendedahkan penggunaan TMK di kalangan generasi muda. Antara
program tersebut ialah Program PPSMI, sekolah bestari, komputer dalam pendidikan, my-
schoolnet, Pusat Akses, portal my-GFL (Malaysian Great For Learning) dan portal
EDUWEBTV. Ini kerana mereka merupakan generasi akan datang yang diharap dapat
menjadi generasi celik TMK yang cemerlang. Maka dengan itu, wujudlah istilah pendidikan
dan TMK yang sering dilaung-laungkan Kementerian Pendidikan Malaysia. Ini dibuktikan
dengan petikan kata-kata dari Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein:
‘kementerian ini sentiasa mencari jalan terbaik bagi menyahut hasrat kerajaan untuk
memajukan bidang teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) dalam pendidikan’

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) juga dilihat telah banyak mengaplikasikan
penggunaan TMK dalam P&P. Secara umumnya, proses P&P yang dijalankan di UPSI masih
menggunakan cara tradisional iaitu kuliah syarahan dan tutorial namun TMK memainkan
peranan penting sebagai alat bantu mengajar dan belajar yang serba canggih dan lebih
berkesan daripada pendekatan ’Paper & Chalk’. Coleman dan J. Nicholas et. al(1998),
berpendapat teknologi yang digunakan adalah sebagai alat bantuan mengajar dan bukannya
sebagai pengganti guru, pensyarah, pengajar atau pelajar. Dengan ini jelaslah penggunaan
TMK dalam P&P bererti menggunakan teknologi maklumat secara efisien, terancang dan
bersesuaian dengan objektif pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan kecekapan
proses dan keberkesanan P&P. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan membincangkan
keberkesanan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran dan
pembelajaran kursus Simpankira / Pendidikan Perakaunan di kalangan pelajar Program
Kemahiran Hidup di UPSI.

1.2 Penyataan Masalah


Teknologi Maklumat boleh memberikan impak signifikan terhadap keberkesanan, kecekapan
dan produktiviti di dalam aktiviti yang dijalankan. Pada pendapat pengkaji, faktor-faktor
tertentu dapat mempengaruhi keberkesanan tersebut. Antaranya ialah pengurusan,
pengetahuan, kemahiran dan teknologi.

Dalam faktor pengurusan, pengkaji memfokuskan kepada kecekapan pengurusan Fakulti


Perniagaan dalam mengendalikan kursus Simpankira / Pendidikan Perakaunan yang
ditawarkan kepada pelajar Program Kemahiran Hidup dan aktiviti yang lain bagi memastikan
setiap pelajar Kemahiran Hidup mampu memperoleh pengetahuan tentang teknologi
maklumat. Menurut Nasrollah Ahadiat (2005) dalam jurnal ‘Factors that May Influence or
Hinder Use of Instructional Technology Among Accounting Faculty’, Association to
Advance Collegiate Schools of Business menyatakan pentauliahan memerlukan teknologi
pengajaran yang bersesuaian yang disediakan oleh fakulti perniagaan.(AACSB
International,1993).

Selain itu, penggunaan komputer yang meluas serta perkembangan sains dan teknologi
maklumat hari ini banyak memberikan manfaat kepada para pensyarah seperti
mempelbagaikan alat bantu mengajar (ABM), merekod serta menyimpan maklumat pelajar
dan sebagainya. ABM yang berasaskan TMK dapat meningkatkan minat pelajar di samping
meningkatkan kefahaman pelajar. Namun, Norazen, Hassan dan Mohd Ruzman dalam kajian
‘Tahap Kompetensi Pensyarah Menggunakan ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran’,
menyuarakan terdapat satu cabaran penting yang perlu dihadapi iaitu kesediaan dan
kompetensi pensyarah mengaplikasi dan mengintegrasi teknologi maklumat dalam
pengajarannya. Dalam erti kata lain, faktor pengetahuan dan kemahiran pensyarah atau
tenaga pengajar menyampaikan ilmu pengetahuan turut menjadi ukuran kepada keberkesanan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi di kalangan pelajar Program Kemahiran Hidup.

Seperti yang kita sedia maklum pelajar Universiti merupakan kumpulan pelajar yang perlu
menghasilkan pelbagai bentuk tugasan yang ditentukan oleh pensyarah sepanjang pengajian
mereka. Pelajar Program Kemahiran Hidup yang mendaftar kursus Simpankira / Pendidikan
Perakaunan juga tidak terkecuali menghadapi situasi sebegini. Dalam jangka masa yang
terhad mereka perlu menyiapkan setiap tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Pada hari ini,
sekiranya para pelajar menggunakan teknologi komputer, khususnya perisian seperti
Microsoft Word, Excel, PowerPoint Presentation, SPSS, UBS Accounting dan sebagainya
sudah tentu tugasan mereka dapat disiapkan dengan cekap, pantas dan tepat. Dalam kajian
‘Computer Based Accounting Education Techniques: A Response to A Dynamic Information
Technology Environment’ oleh Kathie Cooper dan Vivienne Coomb (2004), teknologi
‘Computerized Assessment’ dalam Computer Managed Learning (CML) membolehkan
pelajar merekodkan urusan kemasukan jurnal, lembaran kerja dan penyata kewangan. Justeru
itu, faktor teknologi juga dilihat mampu memainkan peranan yang penting dalam memastikan
keberkesanannya di kalangan pelajar Program Kemahiran Hidup yang mendaftar kursus
Simpankira / Pendidikan Perakaunan.

Berdasarkan kepada apa yang dinyatakan di atas maka satu kajian mengenai keberkesanan
penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran
kursus Simpankira / Pendidikan Perakaunan di kalangan pelajar Program Kemahiran Hidup
perlu dijalankan. Kajian ini perlu dijalankan bagi memastikan keempat-empat faktor yang
dinyatakan benar-benar dapat meningkatkan keberkesanan penggunaan Teknologi Maklumat
dan Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran kursus Simpankira / Pendidikan
Perakaunan di kalangan pelajar Program Kemahiran Hidup.

1.3 Objektif Kajian


Di dalam objektif kajian ini, pengkaji ingin melihat sejauhmana faktor-faktor yang terlibat
dapat mempengaruhi keberkesanan penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran
kursus Simpankira / Pendidikan Perakaunan di kalangan pelajar Program Kemahiran Hidup.
Kajian ini dijalankan berdasarkan kepada objektif-objektif berikut :

1.3.1 Untuk mengenalpasti peranan TMK dalam keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
kursus Simpankira / Pendidikan Perakaunan.

1.3.2 Untuk mengenalpasti sejauhmana penggunaan TMK dapat meningkatkan keberkesanan


pengurusan yang ditawarkan kepada pelajar Kemahiran Hidup oleh Fakulti Perniagaan.

1.3.3 Untuk melihat hubungan di antara penggunaan teknologi maklumat dengan


keberkesanannya dalam kursus Simpankira / Pendidikan Perakaunan.

1.3.4 Untuk menilai tahap pengetahuan pelajar dalam bidang teknologi serta korelasinya
dengan penggunaan TMK di kalangan pelajar kursus Simpankira / Pendidikan Perakaunan
bagi Program Kemahiran Hidup.

1.3.5 Untuk melihat adakah kemahiran penggunaan teknologi yang mencukupi di kalangan
pelajar Kemahiran Hidup yang mendaftar kursus Simpankira / Pendidikan Perakaunan dapat
menyumbang kepada keberkesanan penggunaan TMK dalam pembelajaran.

1.4 Hipotesis Kajian


Beberapa hipotesis telah dibangunkan bagi menjawab persoalan yang akan dikaji untuk
mengetahui keberkesanan penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran Kursus
Simpankira / Pendidikan Perakaunan di kalangan pelajar UPSI:

1.4.1 Pengurusan fakulti yang efisien dan sistematik akan memberi kesan positif terhadap
keberkesanan penggunaan TMK di kalangan pelajar.
1.4.2 Pengetahuan yang mencukupi dalam bidang TMK akan membantu meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

1.4.3 Kemahiran yang ada dalam penggunaan TMK dapat meningkatkan keberkesanan
pelajar khususnya dalam mengendalikan peralatan teknologi.

1.4.4 Teknologi dapat memudah dan meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan.

1.5 Kepentingan Kajian


Menurut Amir Hassan Dawi (2006), kepentingan kajian bermaksud apakah kajian berkenaan
berguna kepada mana-mana pihak. Setiap kajian yang dijalankan selalunya mempunyai
motif-motif tertentu atau untuk kepentingan pihak tertentu. Kajian ini dijalankan bagi
mengkaji faktor yang mempengaruhi keberkesanan penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kursus Simpankira / Pendidikan
Perakaunan di kalangan pelajar Program Kemahiran Hidup Universiti Pendidikan Sultan Idris
(UPSI). Dalam kajian ini, faktor yang dikaji adalah meliputi aspek pengurusan, pengetahuan,
kemahiran dan teknologi. Aspek-aspek ini dianggap sebagai tunjang utama kepada pengkaji
bagi mengukur sejauh mana keberkesanan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
dalam kursus Simpankira / Pendidikan Perakaunan khususnya di kalangan pelajar Program
Kemahiran Hidup dapat ditingkatkan. Justeru itu, dengan adanya kajian seumpama ini,
diharapkan ia dapat menarik pihak-pihak yang terlibat seperti Kementerian Pelajaran Tinggi
Malaysia, pihak Institusi Pengajian Tinggi, pensyarah dan pelajar bagi bersama-sama
memperbaiki kelemahan di samping mempertingkatkan lagi kecekapan yang ada bagi
mempersiapkan diri pelajar yang bakal menempuh alam pekerjaan yang lebih kompetitif dan
mencabar pada masa hadapan.

Dalam pada itu, kajian ini juga berguna kepada pihak institusi pendidikan untuk memberi
penekanan kepada beberapa ciri-ciri utama bagi setiap aspek bagi mengoptimumkan
penggunaan TMK seperti yang diharapkan oleh semua pihak. Seterusnya, kajian ini juga
diharapkan dapat mewujudkan kesedaran di kalangan pensyarah, pelajar dan institusi
pendidikan tinggi tentang betapa pentingnya TMK untuk di aplikasikan dalam kehidupan
seharian. Akhir sekali, hasil kajian ini diharapkan dapat memberi gambaran dengan jelas serta
dapat dijadikan garis panduan yang berguna kepada semua pihak untuk meningkatkan lagi
prestasi pengajaran dan pembelajaran serta mutu perkhidmatan dengan berbekalkan
kemudahan dan kecanggihan teknologi yang ada bagi memastikan tahap keberkesanan dan
kompetensi dapat dipertingkatkan lagi dari semasa ke semasa bagi manfaat pada masa
hadapan.

1.6 Batasan Kajian / Skop Kajian


Menurut Amir Hasan Dawi (2006), batasan kajian memberitahu tentang had-had atau
‘kekurangan’ kajian. Dalam kajian ini, penyelidik membataskan kajian kepada perkara-
perkara tertentu sahaja supaya skop kajian tidak terlalu luas. Batasan-batasan kajian meliputi
tempat kajian, sampel kajian, aspek kajian yang dipilih serta masa kajian yang digunakan.
Tempat kajian yang dilakukan adalah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjong
Malim, Perak. Kajian ini hanya terbatas kepada pelajar-pelajar Program Kemahiran Hidup
yang mendaftar kursus Simpankira / Pendidikan Perakaunan sahaja bagi semester empat.
Bagi semester tersebut, pengkaji akan memilih 60 orang pelajar daripadanya secara rawak
untuk dijadikan sampel kajian. Oleh itu, jumlah keseluruhan sampel kajian adalah sebanyak
60 orang responden sahaja.
Selain itu, terdapat faktor lain yang boleh digunakan bagi mengukur tahap keberkesanan
penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam kursus Simpankira / Pendidikan
Perakaunan. Akan tetapi, kajian ini hanya memfokuskan kepada beberapa aspek iaitu aspek
pengurusan, pengetahuan, teknologi, dan kemahiran.

1.7 Kerangka Konseptual

Rajah 1 : Modifikasi Faktor yang Mempengaruhi Penggunaan Teknologi Instruksional

Berdasarkan kepada rajah di atas, empat faktor diatas menjadi fokus dalam kajian ini, iaitu
faktor pengurusan, faktor kemahiran, faktor teknologi dan faktor pengetahuan. Pernyataan
masalah dan Objektif kajian berdasarkan kepada rajah diatas. Faktor diatas akan diterangkan
dalam bab seterusnya.

1.8 Definisi Operasional


Merujuk Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), keberkesanan ditakrifkan sebagai perihal
berkesan, atau berkesannya sesuatu tindakan atau perubahan; sesuatu tindakan itu dapat
dilihat daripada hasil yang diperoleh sesudahnya. Manakala, penggunaan pula didefinisikan
sebagai perihal perbuatan atau kegiatan menggunakan sesuatu. Selain itu, menurut Kamus
Dewan juga pengajaran bermaksud perihal mengajar, segala sesuatu yang berkaitan dengan
mengajar seperti cara atau sistem mengajar.

Ahmad Fuad (2003), dalam kajian ‘Kesan Efikasi Kendiri Guru Sejarah Terhadap Amalan
Pengajaran Berbantukan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)’ oleh Azwan Ahmad,
Abdul Ghani, Mohamad Zohir et al (2005), menyatakan dalam konteks pendidikan, teknologi
maklumat merupakan satu rangkaian elektronik untuk mencari, mengumpul, menyimpan,
memproses, menyalur dan menyampai maklumat secara efektif, pantas dan banyak bagi
membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

Ting Kung Shing (2007) dalam kajian ‘Penggunaan E-Pembelajaran (E-Learning) di


Kalangan Pelajar Jurusan Pendidikan Teknik dan Vokasional di Institusi Pengajian Tinggi
(IPTA) Negeri Johor’ pula, menyatakan pembelajaran elektronik atau lebih dikenali sebagai
e-learning adalah merupakan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi bagi
memudahkan cara pembelajaran. Dalam kajian itu juga pembelajaran ditakrifkan sebagai
sebarang perubahan tingkah laku hasil daripada pengalaman yang menyebabkan seseorang
menghadapi situasi sesudah itu dengan cara yang berlainan (Gagne, 1970). Dalam kajian
yang sama juga Morgan (1995) mendefinisikan pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku
dari segi perasaan, pemikiran dan tindak balas kesan daripada pengalaman yang berlaku pada
pelajar melalui sistem pendidikan secara formal di sekolah. Seterusnya, Eh (1994) dalam
kajian tersebut, berpendapat pembelajaran dikatakan telah berlaku apabila seseorang individu
telah berjaya mengaitkan pengetahuan baru dengan pengetahuan yang sedia ada padanya.

Selain itu, Ting Kung Shin (2007) dalam kajian ‘Penggunaan E-Pembelajaran (E-Learning)
di Kalangan Pelajar Jurusan Pendidikan Teknik dan Vokasional di Institusi Pengajian Tinggi
(IPTA) Negeri Johor’, mentakrifkan E-pembelajaran sebagai pendekatan pembelajaran di
mana pendidikan, latihan dan maklumat yang berstruktur disepadukan dan disampaikan oleh
komputer melalui Internet khususnya web, atau dari cakera keras, CD ROM, storan mudah
alih berkeupayaan tinggi atau melalui sistem jaringan organisasi (Jamaludin Mohaiadin,
2000). Seterusnya dalam kajian yang sama Victor Jeurissen (2004) mendefinisikan e-
pembelajaran sebagai penggunaan teknologi berinovasi dan model pembelajaran yang dapat
menukarkan cara seseorang dan juga organisasi memperolehi kemahiran dan menambah
pengetahuan yang baru. Bagi beliau pembelajaran merupakan satu kerja secara berkumpulan
yang melibatkan pertukaran penggunaan maklumat iaitu berinteraksi secara perseorangan
atau di dalam kumpulan.

1.9 Kesimpulan
Di dalam bab ini pengkaji telah menjelaskan latar belakang Teknologi Maklumat dan
komunikasi dalam bidang pendidikan di Malaysia serta hubungan penggunaan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi dengan pengajaran dan pembelajaran di kalangan pelajar IPT.
Seterusnya, beberapa isu yang wujud dalam mempengaruhi keberkesanan penggunaan
teknologi turut dikemukakan bagi menyokong permasalahan kajian ini. Tumpuan diberikan
kepada empat faktor utama yang menyumbang kepada keberkesanan penggunaan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran kursus Simpankira /
Pendidikan Perakaunan iaitu pengurusan, pengetahuan, kemahiran dan teknologi. Akhir
sekali pengkaji mengemukakan pernyataan masalah, objektif kajian, hipotesis kajian,
kepentingan kajian, batasan yang dihadapi dan kerangka konseptual. Pengkaji turut
menjelaskan beberapa istilah dalam kajian ini supaya tidak berlaku kesilapan tafsiran
terhadap beberapa perkataan dalam tajuk penyelidikan ini.

BAB 2

TINJAUAN PUSTAKA

Pengenalan
Di dalam bab ini, pengkaji membuat tinjauan kajian-kajian lepas berkenaan dengan faktor-
faktor yang mempengaruhi keberkesanan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
dalam pengajaran dan pembelajaran kursus Simpankira / Pendidikan Perakaunan di kalangan
pelajar Program Kemahiran Hidup. Tinjauan kajian memberi tumpuan kepada empat faktor
utama iaitu pengurusan, pengetahuan, kemahiran dan teknologi. Di samping itu, pengkaji
juga cuba mengenal pasti faktor-faktor lain yang dapat menyumbang kepada fokus kajian
yang dijalankan.

2.1 Kajian Keberkesanan Penggunaan TMK Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran


Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran
bermaksud menggunakan TMK secara efisien, terancang dan bersesuaian untuk
meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Pada abad
ke 21, kepentingan menguasai kemahiran TMK dilihat sebagai satu perkara yang amat
penting kepada sesebuah institusi terutamanya institusi pendidikan. Keupayaan setiap
individu dalam menguasai penggunaan TMK dapat membantu mengharungi dunia ledakan
maklumat yang semakin pantas. Justeru, pendedahan kepada alam perkomputeran perlu
dilakukan pada peringkat awal secara sistematik dan terancang agar budaya perkomputeran
dapat dibina dalam suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih positif. Bagi menyahut
cabaran ledakan TMK, semua pihak tidak terlepas untuk merealisasikan cabaran ini kerana
penggunaan TMK yang efektif akan dapat menyumbang kepada keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas. Oleh yang demikian, pengkaji berpendapat terdapat faktor-
faktor utama yang dapat membantu meningkatkan keberkesanan penggunaan TMK dalam
pengajaran dan pembelajaran. Ini dibuktikan melalui pembacaan kajian-kajian penyelidik
yang lepas yang mana faktor-faktor keberkesanan itu adalah terdiri daripada pengurusan,
pengetahuan, kemahiran dan teknologi.
2.1.1 Keberkesanan Dari Aspek Pengurusan
Merujuk kepada artikel ‘Applications Of Technology In Accounting Education And Analysis
Of Its Use Among Faculty’ yang ditulis oleh Nas Ahadiat, terdapat sebilangan badan-badan
professional yang telah meminta supaya pihak fakulti menggunakan teknologi dalam kursus
yang disediakan. Berdasarkan The Association to Advance Collegiate Schools of Business
(1993), di dalam artikel ini juga meminta pihak fakulti menyediakan serta menggunakan
teknologi instruksional yang bersesuaian. Penggunaan TMK juga didapati boleh mengesan
sebarang kesilapan ‘human errors’. Ini bukan sahaja membolehkan tugas–tugas perakaunan
dilakukan dengan cekap, malah lebih tepat dan jitu.

Walau bagaimanapun, hasil kajian jurnal ‘Factors that May Influence or Hinder Use of
Instructional Technology among Accounting Faculty’ oleh Nasrollah Ahadiat (2005)
mendapati pihak fakulti kurang memberi penekanan berkaitan penggunaan teknologi. Ini
adalah berpunca daripada kekurangan masa dan minat terhadap teknologi, bahan kursus yang
tidak relevan, ketiadaan peralatan serta perisian teknologi yang terkini, kurangnya sokongan
dari aspek pentadbiran dan aspek teknologi. Maka, pentadbiran universiti atau pengarah
program harus berikhtiar mencari langkah-langkah yang terbaik untuk memberikan
kemahiran komputer dan teknologi keseluruhannya kepada semua pihak seperti staf
akademik dan pelajar. Di samping itu, sokongan dari pihak pentadbiran juga amatlah penting
dalam menyalurkan tahap teknologi yang sebenarnya kepada pihak fakulti.

Manakala, kajian yang dijalankan oleh Rohaila, Faridah dan Norasmah (2007) dalam jurnal
’Kesan Strategi Pembelajaran Pengalaman Terhadap Pembangunan Kompetensi: Perspektif
Pendidikan Perakaunan’, mendapati kelemahan graduan dalam mempamerkan kompetensi
yang diharapkan terhadap diri mereka menyebabkan banyak pihak yang menuding jari
kepada pihak Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab
pihak fakulti supaya inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran diberikan perhatian
sewajarnya agar pembangunan kompetensi pelajar dijadikan sebagai agenda utama. Bidang
pendidikan yang dianggap tunjang dalam pembangunan modal insan perlu diberi perhatian.
Induk kepada pendidikan iaitu amalan pengajaran dan pembelajaran haruslah menjurus ke
arah menyediakan pelajar agar dapat menjadi tenaga kerja yang bertaraf antarabangsa dalam
semua bidang kerjaya dan mampu bersaing dalam pasaran kerja tempatan dan global.

Di samping itu, Suryanti Awang (2008) dalam jurnal ‘ICT: Senario dan Cabaran Dalam
Pendidikan’, menjelaskan bahawa terdapat juga universiti di Malaysia yang menyediakan
nota atas talian (online notes) kepada pelajarnya. Para pelajar perlu ke laman yang disediakan
dan memuat turunkan nota berkenaan. Sesetengah universiti membenarkan sesiapa sahaja
yang melayari laman berkenaan untuk mencapai nota yang disediakan dan ada juga yang
hanya boleh dicapai oleh para pelajar mereka sahaja dengan menyediakan kata laluan dan
kata kunci. Terdapat laman web yang menyediakan perkhidmatan secara percuma untuk
membaca buku elektronik atau nota atas talian. Laman tersebut juga menyediakan nota
pensyarah secara percuma. Pengguna boleh memasuki laman tersebut untuk melihat
kandungan buku elektronik berkenaan dan memuat turunnya dalam bentuk PDF.

Berdasarkan kajian-kajian lepas di atas, penggunaan TMK dapat membantu meningkatkan


keberkesanan sesebuah pengurusan kerana TMK dikatakan sebagai alat pemudah komunikasi
yang membolehkan pelajar dan pihak tertentu daripada lokasi yang berbeza menghantar,
menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk.
2.1.2 Keberkesanan Dari Aspek Pengetahuan Dan Kemahiran
Merujuk kepada artikel ‘Tahap Kompetensi Pensyarah Menggunakan ICT Dalam Pengajaran
dan Pembelajaran’ oleh Norazen, Hassan Ash’ dan Mohd Ruzman pula, pengetahuan dan
kemahiran mengguna serta mengintegrasikan TMK dapat membantu meringankan beban
tugasan di kolej. Kelebihan seseorang pensyarah dalam menyepadukan alat teknologi
pendidikan seperti komputer di dalam pengajaran, bukan sahaja dapat menarik minat dan
rangsangan pelajar untuk menguasai pelajarannya dengan lebih mudah, malah dapat
memotivasikan pelajar berfikir secara kreatif di samping menambahkan keseronokan kepada
pensyarah itu sendiri dalam proses pendidikan (Budin, Kendall & Lengel, 1986). Pengkaji
berpendapat adaptasi TMK dalam proses pengajaran pensyarah dapat meringankan beban
tugas pensyarah yang semakin mencabar dewasa ini. Justeru itu, inovasi dalam pendidikan
adalah merupakan agenda penting yang perlu direalisasikan oleh para pensyarah selaras
dengan apa yang terkandung di dalam misi reformasi pendidikan negara.

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dari segi pengajaran memerlukan


perancangan yang cekap dan efisien supaya ilmu pengetahuan dapat disampaikan kepada
setiap pelajar mengikut gaya pembelajaran masing-masing. Teknologi maklumat dan
komunikasi yang digunakan dalam pengajaran juga dapat memberi peluang pembelajaran
yang lebih dinamis, menarik minat serta meningkatkan ilmu pengetahuan yang relevan dan
berguna kepada pelajar. Oleh yang demikian, bagi melaksanakan tugas ini pensyarah
seharusnya bijak dan kreatif mendidik serta merancang pelbagai strategi, kaedah dan
pendekatan dengan jayanya melalui bantuan TMK ini.

Berdasarkan kajian ‘Tahap Kompetensi Pensyarah Menggunakan ICT Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran’ oleh Norazen, Hassan Ash’ dan Mohd Ruzman, pensyarah atau tenaga
pengajar perlu menguasai seberapa banyak pengetahuan dan kemahiran seiring dengan
keperluan semasa mengikut kesesuaian pelajar dan persekitaran masa kini. Kajian ini
menunjukkan kebanyakan pensyarah mempunyai sikap positif terhadap komputer dan ICT
apabila hasil kajian yang diperolehi memberikan perbezaan min yang ketara iaitu 0.81
berbanding 0.00. Justeru itu, pengetahuan dan kemahiran pensyarah adalah kompeten
terhadap penggunaan komputer. Menurut Gage dan Berliner (1984) dalam kajian ini juga
sikap positif terhadap penggunaan komputer merupakan faktor penting dalam meningkatkan
motivasi pengajaran dan pembelajaran.

Di samping itu, menurut Hawa binti Rahmat, Rohaidah Mashudi dan Noor Watee Rahman
(2008) dalam artikel ‘Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Melalui IT Di Peringkat
Universiti’, mendapati hasil kajian yang dijalankan melalui temu bual dengan responden (di
kalangan pensyarah) dalam keberkesanan penggunaan IT dapat dilihat berdasarkan kepada
Academic Evaluation System (AES). Melalui AES pensyarah akan dinilai oleh pelajar
mereka pada setiap semester dan penilaian tersebut akan diakui sah sekiranya jumlah pelajar
melebihi daripada 100 orang maka peratus penilai haruslah lebih 50 peratus. Seramai 70
peratus daripada 30 responden menyatakan bahawa AES mereka semakin menunjukkan
kemajuan hasil penggunaan IT di dalam kelas.

Menurut Campeau dan Higgins (1995), dalam kajian ‘Penggunaan E-Pembelajaran (E-
Learning) di Kalangan Pelajar Jurusan Pendidikan Teknik dan Vokasional di Institusi
Pengajian Tinggi (IPTA) Negeri Johor’ yang ditulis oleh Ting Kung Shiung (2007),
pengguna yang mempunyai tahap kecekapan diri yang tinggi akan kurang mengalami
halangan ketika menggunakan e-pembelajaran. Menurut Eastin & LaRose (2000) dalam
kajian tersebut juga seseorang yang memiliki tahap kecekapan diri terhadap Internet yang
kurang akan merasa tidak yakin terhadap kebolehan beliau mengakses Internet dan tidak
cekap dalam menggunakan kemahiran tersebut dalam kehidupan.

Pengetahuan juga memainkan peranan yang penting untuk meramalkan kecekapan diri
seseorang menggunakan komputer. Tsai et al. (2001) dalam kajian ‘Penggunaan E-
Pembelajaran (E-Learning) di Kalangan Pelajar Jurusan Pendidikan Teknik dan Vokasional
di Institusi Pengajian Tinggi (IPTA) Negeri Johor’ oleh Ting Kung Shiung (2007), mendapati
pengetahuan sedia ada seseorang menggunakan Internet akan mempengaruhi sikap seseorang
pelajar terhadap internet. Pelajar yang berpengetahuan menggunakan internet mempunyai
sikap yang positif terhadap Internet begitu juga dengan penggunaan komputer. Menurut Tsai
et al. (2001) dalam kajian tersebut, pengetahuan membantu pengguna mempunyai sikap yang
lebih positif terhadap Internet terutama kepada seseorang yang mempunyai sikap bimbang
dan kurang berkeyakinan terhadap Internet.

Menurut Tina dan Lim Swee Kim (2004) dalam kajian bertajuk ’Kesan Efikasi Kendiri Guru
Sejarah Terhadap Amalan Pengajaran Berbantukan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(ICT)’ yang ditulis oleh Azwan Ahmad, Abdul Ghani, Mohamad Zohir et al (2005), pula
mendapati penggunaan ICT dalam P&P membolehkan pelajar bersikap aktif dalam pencarian
maklumat dan membina pengetahuan daripada maklumat yang diperolehnya serta berpeluang
menghubungkait pengetahuan merentas mata pelajaran tanpa disekat oleh masa dan jarak.

2.1.3 Keberkesanan Dari Aspek Teknologi


Menerusi kajian ’Aplikasi Tm Dalam Pembelajaran Penulisan Ilmiah: Tinjauan Dari Aspek
Kemahiran dan Persepsi Pelajar’ oleh Nasariah Mansor, Nafisah Mahmud dan Faizah
Ahmad, Hansman dan Wilson (1998) mengatakan bahawa komputer merupakan alat yang
membolehkan para pelajar menguasai proses penulisan dengan lebih mudah berbanding
kertas dan pen. Walaupun pada peringkat permulaan, komputer berfungsi sebagai mesin taip
untuk menaip draf akhir sahaja, lama-kelamaan komputer menggantikan pen dan kertas
sebagai alat menulis. Komputer dikatakan sebagai alat menulis dan dapat membantu
mewujudkan suasana kerjasama sama ada dalam menulis atau belajar menggunakan
teknologi.

Menurut Nasariah Mansor, Nafisah Mahmud dan Faizah Ahmad dalam kajian ’Aplikasi Tm
Dalam Pembelajaran Penulisan Ilmiah: Tinjauan dari Aspek Kemahiran dan Persepsi
Pelajar’, Hansman dan Wilson (1998) berpendapat komputer juga amat berguna dalam
pencarian maklumat atau bahan. Para pelajar dapat menggunakan komputer untuk mencari
artikel dan jurnal-jurnal tertentu melalui pangkalan data perpustakaan online. Merujuk kajian
ini juga Caverly (2000) menyatakan keadaan ini akan dapat menjimatkan masa kerana
mereka tidak perlu lagi ke perpustakaan untuk mendapatkan maklumat. Nor Hafidah (2002)
dalam kajian yang sama turut menjelaskan bahawa selain pelajar, guru-guru juga
menggunakan komputer, khususnya Internet bagi tujuan mencari bahan untuk pengajaran dan
pembelajaran seperti mencari bahan-bahan rujukan.

Selain itu, kajian ‘Tahap Kompetensi Pensyarah Menggunakan ICT Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran’ oleh Norazen, Hassan Ash’ dan Mohd Ruzman, mendapati bahawa
penggunaan alat bantu mengajar dapat meningkatkan minat serta merangsang minda para
pelajar dan diakui sebagai pemangkin kepada proses pengajaran dan pembelajaran
(Kamps,1994; Slavin,1995; Jonassen,1996; Mackenzie & Jansen,1998; Heinich et al,1999).
Antara teknik yang boleh digunakan bagi mempelbagaikan penyampaian ialah penggunaan
perisian Ms PowerPoint Presentation yang dapat dipersembahkan dalam pelbagai bentuk
grafik, animasi, warna, suara dan video. Alat-alat teknologi yang digunakan secara efisien
dan efektif bukan sahaja dapat menarik minat dan rangsangan pelajar untuk menguasai
pelajaran dengan mudah malah dapat memotivasikan mereka untuk berfikir secara kreatif
(Budin, Kendall & Lengel, 1986).

Pada masa yang sama juga, kajian oleh Abdul Razak (2005) yang bertajuk ‘Penggunaan
Perisian Komputer dan LCD Sebagai Bahan Bantu Mengajar dan Pemudahcara’, turut
menyatakan bahawa penggunaan teknologi seperti perisian komputer iaitu PowerPoint dan
Excel serta penggunaan LCD sebagai bahan bantu mengajar perlu diterapkan dalam
pengajaran dan pembelajaran bagi menarik minat pelajar untuk menguasai kemahiran IT.
Melalui hasil kajian itu, beliau telah dapat mengenalpasti keberkesanan penggunaan perisian
komputer dan LCD dalam subjek tersebut. Ini dibuktikan dengan berlakunya peningkatan
kemahiran pelajar setelah mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan
perisian serta LCD dalam merekod dokumen perniagaan.

Kajian ‘Computer Based Accounting Education Techniques: A Response to A Dynamic


Information Technology Environment’ yang ditulis oleh Kathie Cooper dan Vivienne Coomb
(2004) pula melihat kepada beberapa teknik dalam penggunaan teknologi kepada para
pelajar. Sebagai contoh, salah satu teknik dalam Computer Managed Learning (CML) iaitu
computer based assignment membolehkan pelajar kursus Simpankira / Pendidikan
Perakaunan menyiapkan tugasan seperti penyediaan jurnal, pengeposan ke lejar, imbangan
duga, kunci kira-kira dan penyata kewangan.

Irfan Naufal Umar (2004) menerusi kajian ‘Penggunaan E-Pembelajaran (E-Learning) di


Kalangan Pelajar Jurusan Pendidikan Teknik dan Vokasional di Institusi Pengajian Tinggi
(IPTA) Negeri Johor’ oleh Ting Kung Shiung (2007) pula mendapati penggunaan TMK
dalam proses pengajaran dan pembelajaran membolehkan bilik darjah bertemu dengan dunia
nyata serta membolehkan pelajar-pelajar sendiri mencari maklumat dan bahan asal;
memudahkan kolaboratif dan perbandingan global; serta membolehkan bahan-bahan
multimedia dicipta dan disebarkan dengan mudah.

Hasil kajian ‘Penggunaan E-Pembelajaran (E-Learning) di Kalangan Pelajar Jurusan


Pendidikan Teknik dan Vokasional di Institusi Pengajian Tinggi (IPTA) Negeri Johor’ oleh
Ting Kung Shiung (2007) terhadap 306 orang responden menunjukkan bahawa terdapat
sebanyak 81.4% responden menyatakan bahawa e-pembelajaran adalah berguna untuk
pengajian mereka. Sebanyak 15.4% orang responden tidak pasti sama ada e-pembelajaran
berguna atau sebaliknya terhadap pengajian mereka. Manakala, hanya 3.3% responden yang
mengatakan e-pembelajaran tidak berguna untuk mereka. Ini bermakna e-pembelajaran telah
diperkenalkan sebagai satu strategi baru untuk menyokong kelemahan yang terdapat dalam
sistem pendidikan yang lama.

Menurut Wallace (1999) dalam jurnal ‘Technology Readiness, Internet Self-Efficacy and
Computing Experience of Professional Accounting Students’ yang ditulis oleh Ming-Ling Lai
(2008), menjelaskan bahawa mata pelajaran yang lebih menekankan kepada pembacaan dan
pemahaman seperti dari jabatan social and Human Science (SAHS) yang merangkumi,
Psikologi, Moral dan Etika, Pengajian Islam, Malaysia Studies, dan pembangunan Manusia,
75 peratus memberikan reaksi positif terhadap keputusan AES mereka apabila mereka
menggunakan banyak gambar dan animasi di dalam kelas berbanding hanya menggunakan
white board dan juga transparensi sahaja. Di samping itu juga, komen daripada pelajar
melalui AES menyatakan mereka sangat berpuas hati sekiranya pensyarah atau pengajar
dapat menggunakan pendekatan IT di dalam kelas. Ini disebabkan oleh persembahan yang
berwarna warni dan penuh emosi bukan sahaja dapat membantu penghayatan pelajar, bahkan
juga cara penyampaian pensyarah menjadi lebih yakin dan bersemangat.

Menurut Hawa binti Rahmat, Rohaidah Mashudi dan Noor Watee Rahman (2008), dalam
artikel yang bertajuk ‘Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Melalui IT di Peringkat
Universiti’, hasil daripada pemerhatian dan temu bual ke atas pensyarah yang tidak
mengkhusus di dalam bidang IT juga turut memberikan reaksi yang positif (70 peratus)
terhadap kemahiran mereka mengendalikan komputer, aplikasi komputer dan internet. Para
pensyarah boleh memuat naik nota mereka ke dalam MMLS sendiri. Mereka tidak perlu
menggunakan khidmat juruteknik atau pensyarah komputer untuk memuat naik nota-nota
mereka. Nota-nota tersebut bukan hanya dalam bentuk Ms words bahkan juga menggunakan
perisian terkini seperti flash. Dengan kemudahan MMLS juga mereka boleh berbual melalui
chat room dengan pelajar dan memuat naik markah.

Dalam jurnal ‘Technology Readiness, Internet Self-Efficacy and Computing Experience of


Professional Accounting Students’ oleh Ming Ling Lai (2008), Wallace (1999) melihat kesan
teknologi kepada para pelajar iaitu mereka tidak perlu beratur di bilik pensyarah atau merasa
kecewa pensyarah yang ditunggu tiada di bilik. Ini berikutan 80 peratus memberikan respon
positif ke atas kecanggihan IT pada masa sekarang yang membantu para pelajar
menggunakan talian komunikasi sebagai alat hubungan untuk mendapatkan informasi
mengenai pembelajaran mereka. Sebagai contoh khidmat General Packet Radio Service
(GPRS) membolehkan pelajar menerima data seperti gambar, email, penggunaan Internet dan
Intranet.

Menurut Suryanti Awang (2008), dalam jurnal yang bertajuk ‘ICT: Senario dan Cabaran
Dalam Pendidikan’, kaedah pembelajaran e-Pembelajaran memberikan beberapa impak
kepada keberkesanan dalam penyampaian ilmu dan maklumat kepada pengguna. Antara
kesan yang positif dari kaedah pembelajaran ini ialah penjimatan masa, lokasi dan kos,
capaian maklumat yang tidak terhad disebabkan maklumat yang di arkibkan serta mempunyai
potensi tinggi untuk meningkatkan bilangan pelajar apabila ia di sebarkan melalui Internet.
Pendidikan di Malaysia juga tidak ketinggalan dalam mengaplikasikan e-Pembelajaran
selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan rakyat yang celik IT. Kebanyakan universiti
terutamanya Universiti Multimedia menggunakan e-Pembelajaran sebagai satu kaedah
pembelajaran di mana semua maklumat berkaitan pembelajaran dimasukkan ke dalam e-
Pembelajaran bagi memudahkan pelajar mencapai maklumat yang diperlukan sama ada nota,
tutorial ataupun mendapatkan markah.

Bates (1997) dalam jurnal ‘ICT: Senario dan Cabaran Dalam Pendidikan’ oleh Suryanti
Awang (2008) pula percaya terdapat empat tujuan utama yang menyebabkan penggunaan
teknologi di Institusi Pendidikan Tinggi, antaranya termasuk membaiki kualiti pembelajaran,
membaiki pengaksesan kepada pendidikan dan latihan, mengurangkan kos pendidikan serta
membaiki kos efektif bagi pendidikan. Walaupun begitu, penggunaannya yang meluas dalam
bidang pendidikan adalah dipengaruhi oleh iklim atau persekitaran tempat seseorang itu
belajar, institut atau kampusnya, kelompok dan juga masyarakatnya.

2.2 Kesimpulan
Berdasarkan kajian-kajian lepas yang telah dibincangkan, dapatlah disimpulkan bahawa
aspek pengurusan, pengetahuan, kemahiran dan teknologi adalah faktor-faktor yang dapat
meningkatkan keberkesanan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam
pengajaran dan pembelajaran kursus Simpankira / Pendidikan Perakaunan di kalangan pelajar
Program Kemahiran Hidup. Maka, pengkaji terdorong untuk mengadakan kajian terhadap
empat faktor tersebut ke atas pelajar kursus Simpankira / Pendidikan Perakaunan di
Universiti Pendidikan Sultan Idris bagi memastikan faktor-faktor tersebut mempunyai
hubungan signifikan yang amat positif dengan keberkesanan penggunaan TMK dalam
pengajaran dan pembelajaran.

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

Pengenalan
Metodologi penyelidikan merujuk Nasariah Mansor, Nafisah Mahmud & Faizah Ahmad
(2002), merupakan suatu kajian yang berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah
tinjauan untuk mendapatkan maklumat. Pengumpulan maklumat melibatkan proses yang
memerlukan tempoh masa yang agak panjang, rumit serta mahal. Oleh itu, kegagalan
menggunakan kaedah pengumpulan data secara efisien akan menghasilkan maklumat yang
kurang relevan serta akan meningkatkan perbelanjaan sesuatu penyelidikan. Sehubungan itu,
bab ini akan membincangkan reka bentuk untuk kajian yang telah dijalankan, populasi dan
sampel yang terlibat dalam kajian yang telah dijalankan, instrumen kajian yang telah
digunakan dalam kajian, prosedur-prosedur dalam menjalankan kajian ini serta
penganalisisan data iaitu bagaimana data dianalisis selepas kerja lapangan dijalankan.

3.1 Reka Bentuk Kajian


Reka bentuk sesuatu penyelidikan adalah teknik dan kaedah tertentu untuk memperoleh
maklumat yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah. Khususnya, rekabentuk sesuatu
penyelidikan membincangkan bagaimana untuk mencapai sesuatu objektif penyelidikan.
Rekabentuk merupakan keseluruhan rangka projek penyelidikan yang menyatakan apakah
corak jenis kajian yang hendak dilaksanakan, jenis maklumat yang perlu dikumpul, daripada
mana sumber maklumat boleh didapati dan dengan kaedah apa maklumat boleh diperolehi.
Sekiranya penyelidikan direkabentuk dengan berhati-hati, reka bentuk akan memastikan
bahawa maklumat yang diperolehi adalah sesuai dengan persoalan masalah yang ingin
diselesaikan. Di samping itu, maklumat yang dikumpul akan diperolehi dengan kaedah yang
paling berkesan (Mohd. Majid Konting, 2005). Reka bentuk kajian ini dibuat dengan cara
mengumpulkan maklumat atau data-data tentang penggunaan TMK dalam pengajaran dan
pembelajaran kursus Simpankira / Pendidikan Perakaunan di kalangan pelajar Program
Kemahiran Hidup.

Menurut Mohd. Majid Konting (2005), reka bentuk kajian ini adalah bersifat kuantitatif dan
mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang merujuk kepada ketekalan maklumat yang
diperolehi daripada responden. Selain itu, kaedah ini juga lebih cepat dari segi masa
pengutipan data serta penyiapan tinjauan. Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji
menggunakan kaedah tinjauan dan deskriptif. Kaedah tinjauan adalah satu cara yang spesifik
untuk mengumpulkan maklumat mengenai populasi. Kaedah tinjauan sering dijalankan dalam
penyelidikan pendidikan. Dua jenis tinjauan yang penting dan sering dilakukan dalam bidang
pendidikan ialah tinjauan sekolah dan tinjauan komuniti (Mohd. Majid Konting, 2000).
Kaedah tinjauan digunakan kerana kajian ini memfokus kepada pemboleh ubah yang
dianggap boleh diukur. Selain itu, data yang akan perolehi adalah bersifat empirikal. Melalui
kaedah tinjauan, dengan melibatkan sekumpulan elemen yang kecil dan terperinci, maka
maklumat yang banyak boleh dikumpul dan direkodkan.
Walau bagaimanapun data yang lengkap atau mendalam jarang sekali dapat dihasilkan
namun data yang dikumpulkan adalah tepat. Strategi tinjauan ini juga sesuai digunakan
kerana penyelidikan yang dijalankan ini hanyalah untuk membuat kenyataan umum tentang
sesuatu populasi (Mohamad Najib Ghaffar, 1999). Justeru, pengkaji menyelaraskan teknik
tinjauan terlebih dahulu untuk menentukan cara dan alat penyelidikan yang sesuai dengan
praktikal dengan mengambil kira beberapa kriteria seperti faktor masa, kos dan peraturan-
peraturan organisasi tempat kajian dijalankan.

Penyelidikan deskriptif pula merupakan penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan


sesuatu fenomena yang sedang berlaku. Bagi mendapatkan maklumat mengenai sesuatu
peristiwa yang sedang berlaku, kaedah deskriptif digunakan. Seringkali juga penyelidikan
deskriptif bermatlamat untuk menerokai sesuatu bidang yang belum atau kurang dikaji.
Sekiranya penyelidikan bermatlamat untuk menerokai sesuatu bidang, penyelidikan yang
dijalankan adalah berbentuk penerokaan. Kaedah penyelidikan deskriptif tidak memerlukan
usaha mengawal sesuatu olahan. Ini adalah kerana penyelidikan tidak menentukan terlebih
dahulu faktor-faktor yang mendatangkan kesan ke atas sesuatu peristiwa (Mohd Majid
Konting, 1993:96).

Sungguhpun setiap penyelidikan akan menentukan teknik masing-masing, secara umumnya


boleh dibezakan antara teknik yang dipilih oleh penyelidikan kualitatif dan penyelidikan
kuantitatif. Dalam penyelidikan ini borang soal selidik digunakan telah digunakan untuk
mengambilkira keberkesanan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam
kursus Simpankira / Pendidikan Perakaunan di kalangan pelajar Program Kemahiran Hidup
yang mana ia menjurus kepada objektif kajian ini. Amir Hasan Dawi (2006), berpendapat
teknik menggunakan borang soal selidik mempunyai kelebihan dan kekurangan. Teknik soal
selidik dapat merangkumi jumlah sampel yang ramai, lebih cepat dan sesuai untuk soalan-
soalan yang sensitif. Namun penyediaan soalan-soalan mungkin memakan masa, tidak dapat
mencungkil data secara mendalam dan kemungkinan sampel tidak mengisi borang soal
selidik berkenaan.

3.2 Populasi Dan Persampelan


Sebelum memilih sampel, populasi kajian ditentukan terlebih dahulu. Populasi ialah satu
kumpulan perkara yang mengandungi unsur, objek, individu atau ciri-ciri yang
dipertimbangkan dalam suatu kajian yang ingin di ambil oleh penyelidik (Azhar Harun dan
Nawi Abdullah, 2004:52). Dalam kajian ini pengkaji telah memilih kaedah persampelan
rawak mudah (Simple Random Sampling). Dalam kaedah ini kebiasaannya dengan
menggunakan nombor rawak atau angka rawak sama ada bercetak atau digunakan secara
elektronik. Teknik ini dipilih kerana jumlah populasi yang sedikit dan mempunyai variasi
yang kecil di antara unit-unit dalam populasi. Ini bermakna perbezaan yang terdapat antara
ahli dengan ahli yang lain adalah tidak ketara. Oleh itu, mana-mana ahli yang dipilih sebagai
sampel mampu mewakili ciri-ciri populasinya. Tiap-tiap ahli dalam populasi berkenaan
mempunyai kebarangkalian yang sama untuk dipilih sebagai sampel.

Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih untuk menjalankan kajian ini di Universiti
Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak. Populasi kajian adalah pelajar yang
mengambil kursus Simpankira / Pendidikan Perakaunan di kalangan pelajar Program
Kemahiran Hidup di universiti tersebut dan sampel kajian terdiri daripada pelajar Program
Kemahiran Hidup yang berada dalam semester empat yang pernah mengambil kursus
Simpankira / Pendidikan Perakauan. Saiz sampel bagi kajian ini adalah 60 orang pelajar yang
dipilih secara rawak dalam semester yang dinyatakan. Maka, jumlah keseluruhan responden
dalam kajian ini ialah 60 orang pelajar dari Program Kemahiran Hidup yang mendaftar
kursus Simpankira / Pendidikan Perakaunan.

3.3 Instrumen Penyelidikan


Instrumen penyelidikan yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah soalan soal selidik yang
ditadbirkan kepada 60 orang pelajar Program Kemahiran Hidup yang mendaftar kursus
Simpankira / Pendidikan Perakaunan di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Sebanyak 60 set
soal selidik diedarkan kepada responden. Soal selidik merupakan alat untuk mengumpul data
bagi penyelidik sains sosial. Soal selidik sebenarnya tidak lebih daripada satu borang yang
dibentuk khusus untuk mengisi maklumat yang diberikan oleh setiap responden dalam temu
bual (Ahmad Mahdzan Ayob, 2005). Bagi satu-satu kajian, satu soal selidik yang sama
hendaklah digunakan untuk semua responden. Ini bagi memastikan keseragaman dalam
jawapan yang diberikan. Keseragaman bermaksud semua mereka memberi jawapan yang
sama, tetapi jawapan itu diletakkan di ruang yang sama bagi membolehkan pemprosesan data
melalui komputer. Soalan itu juga dikemukakan mengikut urutan yang sama (Ahmad
Mahdzan Ayob, 2005).

Dalam kajian ini, soal selidik yang dibuat adalah diambil daripada soalan-soalan yang
terdapat di dalam jurnal dan kajian yang dikaji oleh pengkaji. Soal selidik tersebut terdiri
daripada empat bahagian. Bahagian A mengandungi maklumat responden yang terdiri
daripada 4 soalan yang berbentuk nominal iaitu yang berkaitan diri responden mengikut
jantina dan opsyen. Bahagian B, C dan D ialah soal selidik berkenaan empat faktor yang
diandaikan oleh pengkaji yang dapat mempengaruhi keberkesanan penggunaan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran kursus Simpankira /
Pendidikan Perakaunan di kalangan pelajar Program Kemahiran Hidup seperti pengurusan,
pengetahuan, kemahiran dan teknologi.

Bahagian B soal selidik ialah bagi faktor yang pertama iaitu pengurusan oleh fakulti dalam
meningkatkan keberkesanan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi di kalangan
pelajar Progaram Kemahiran Hidup. Bahagian ini adalah soalan berbentuk ‘checklist’ di
mana pelajar dikehendaki memberikan jawapan sama ada ‘Ya’ atau ‘Tidak’ bagi setiap
pernyataan yang telah diberikan. Bahagian C pula adalah soalan-soalan berkaitan faktor
kemahiran dan pengetahuan. Di bahagian ini pengkaji ingin melihat tahap pengetahuan
kemahiran dan pengetahuan para pensyarah serta pelajar terhadap penggunaan TMK dalam
pengajaran dan pembelajaran kursus ini. Dalam kajian soal selidik bahagian C ini pengkaji
menggunakan kod skala Likert, dan sebagai contoh respon yang disediakan ialah :

Sila bulatkan nombor jawapan. Pilihan anda mengikut skala berikut sekiranya anda:

Sangat
tidak setuju Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju
12345

Jadual 1 : Kod skala likert

Akhir sekali, dalam bahagian D terdapat 14 soalan yang berkisarkan faktor teknologi. Di
bahagian ini responden perlu membuat pilihan berdasarkan penyataan yang diberikan sama
ada teknologi menjadi penghalang atau tidak kepada mereka untuk menggunakan TMK.
3.4 Kaedah Analisis Data
Bagi kaedah analisis data ia bermula di mana borang soal selidik akan diedarkan untuk
mendapatkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan. Sebelum
memulakan analisis, borang-borang soal selidik akan ditapis dahulu bagi memastikan hasil
yang diperolehi adalah tepat dan menjawab persoalan kajian.
Untuk soal selidik, data-data yang diperolehi akan dikumpul dan dianalisis secara prosedur
statistik deskriptif. Skor-skor mentah akan dianalisis menggunakan kekerapan, peratus, min
dan sisihan piawai untuk menentukan keberkesanan penggunaan TMK dalam pengajaran dan
pembelajaran kursus Simpankira / Pendidikan Perakaunan di kalangan pelajar Program
Kemahiran Hidup.

3.5 Prosedur Kajian


Prosedur kajian ialah langkah-langkah kajian yang perlu diambil oleh pengkaji untuk
melaksanakan kajian dari awal hingga kajian berakhir. Ini termasuklah menyediakan
cadangan penyelidikan, melaksanakan modul dan menganalisis data serta menyediakan
laporan akhir penyelidikan. Segala prosedurnya perlu diperjelaskan secara terperinci dan satu
persatu. Untuk menjalankan kajian ini, prosedur-prosedur kajian adalah seperti berikut:
i. Menyediakan kertas cadangan penyelidikan iaitu proposal.
ii. Mengenal pasti masalah dan menyatakan objektif
iii. Mencadangkan hipotesis
iv. Menyediakan instrumen kajian
v. Memproses dan menganalisis data yang melibatkan pemprosesan maklumat daripada soal
selidik yang diedarkan.
vi. Menulis laporan akhir kajian.

3.6 Kesimpulan
Secara keseluruhannya pengkaji menjelaskan tentang kaedah penyelidikan yang digunakan
dari segi reka bentuk kajian, pemilihan populasi dan sampel, instrumen penyelidikan, kaedah
menganalisis data dan prosedur kajian. Semua kaedah ini dilakukan secara berturutan bagi
memudahkan pengkaji mencapai objektif kajian ini.

Anda mungkin juga menyukai

  • 12APRIL
    12APRIL
    Dokumen2 halaman
    12APRIL
    che mohd rozairi bin che mohd nor -
    Belum ada peringkat
  • 15JAN
    15JAN
    Dokumen3 halaman
    15JAN
    che mohd rozairi bin che mohd nor -
    Belum ada peringkat
  • Minggu RPT
    Minggu RPT
    Dokumen4 halaman
    Minggu RPT
    che mohd rozairi bin che mohd nor -
    Belum ada peringkat
  • 9APRIL
    9APRIL
    Dokumen2 halaman
    9APRIL
    che mohd rozairi bin che mohd nor -
    Belum ada peringkat
  • 12APRIL
    12APRIL
    Dokumen2 halaman
    12APRIL
    che mohd rozairi bin che mohd nor -
    Belum ada peringkat
  • 8APRIL
    8APRIL
    Dokumen2 halaman
    8APRIL
    che mohd rozairi bin che mohd nor -
    Belum ada peringkat
  • Disiplin
    Disiplin
    Dokumen1 halaman
    Disiplin
    che mohd rozairi bin che mohd nor -
    Belum ada peringkat
  • Rancangan Tahunan Pendidikan Kesihatan Tahun 2 KSSR 2012
    Rancangan Tahunan Pendidikan Kesihatan Tahun 2 KSSR 2012
    Dokumen12 halaman
    Rancangan Tahunan Pendidikan Kesihatan Tahun 2 KSSR 2012
    syazalina83
    100% (1)
  • Bahagian A Bahagian Ini Mengandungi 40 Soalan. Jawab Semua Soalan
    Bahagian A Bahagian Ini Mengandungi 40 Soalan. Jawab Semua Soalan
    Dokumen11 halaman
    Bahagian A Bahagian Ini Mengandungi 40 Soalan. Jawab Semua Soalan
    che mohd rozairi bin che mohd nor -
    Belum ada peringkat
  • BALASAN SATU KEBAIKAN Cerita
    BALASAN SATU KEBAIKAN Cerita
    Dokumen2 halaman
    BALASAN SATU KEBAIKAN Cerita
    che mohd rozairi bin che mohd nor -
    Belum ada peringkat
  • RPT KSSR Tahun 5 Pend Moral 2015 SK
    RPT KSSR Tahun 5 Pend Moral 2015 SK
    Dokumen18 halaman
    RPT KSSR Tahun 5 Pend Moral 2015 SK
    Miz Mony
    Belum ada peringkat
  • 24 (Jumaat)
    24 (Jumaat)
    Dokumen1 halaman
    24 (Jumaat)
    Siti Ruwaida Shaari
    Belum ada peringkat
  • SK RPT Dunia Seni Visual Tahun 1
    SK RPT Dunia Seni Visual Tahun 1
    Dokumen52 halaman
    SK RPT Dunia Seni Visual Tahun 1
    Kamarul Mohamad Shukor
    Belum ada peringkat
  • 2
    2
    Dokumen20 halaman
    2
    che mohd rozairi bin che mohd nor -
    100% (1)
  • 24 (Jumaat)
    24 (Jumaat)
    Dokumen2 halaman
    24 (Jumaat)
    che mohd rozairi bin che mohd nor -
    Belum ada peringkat
  • 24 (Jumaat)
    24 (Jumaat)
    Dokumen2 halaman
    24 (Jumaat)
    che mohd rozairi bin che mohd nor -
    Belum ada peringkat
  • 3nov (Khamis)
    3nov (Khamis)
    Dokumen2 halaman
    3nov (Khamis)
    che mohd rozairi bin che mohd nor -
    Belum ada peringkat