Anda di halaman 1dari 8

1.

0 Ringkasan Eksekutif

Bee Factory adalah sebuah syarikat bumiputera melayu sepenuhnya yang


mengeluarkan produk-produk kesihatan berasakan madu lebah asli. Antara produk
terawal yang dikeluarkan oleh syarikat kami adalah madu batang atau ‘Honey Madu
Stick’ dan sarang lebah mini atau ‘Honey Mini Bar’. Menurut Fitri Affendi Mustafa
(2016), menyatakan bahawan setiap urus niaga penjualan barangan perlu berdaftar
dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Justeru, syarikat ini telah didaftarkan
di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. Suruhanjaya Syarikat Malaysia
bertanggungjawab ke atas pentadbiran dan penguatkuasaan undang-undang di
bawah akta tersebut (Mohamad Hafizan Baharum, 2013).

Penyelidikan dan pembangunan perlu ditumpu terhadap meningkatkan mutu


produk dan mendapatkan produk baru dengan nilai ditambah yang tinggi
menggunakan bahan pengganti alternatif (Raziah Mat Lin, 2003). Justeru, kami
berusaha untuk mementingkan kualiti dan mutu produk syarikat kami. Kami turut
menitikberatkan keselamatan makanan serta kebajikan pelanggan kami. Bee Factory
akan terus berkembang sebagai sebuah organisasi yang dinamik dengan sokongan
yang berterusan daripada pihak pengurusan dan kakitangan yang progresif dan
berdedikasi bermula pada 12 Januari 2019 sehingga kini. Pada peringkat awal, madu
lebah asli ini dibungkus oleh Puan Wan Siti Aishah (CEO) bersama suaminya di rumah
secara kecil-kecilan. Bee Factory sedang berusaha untuk mengembangkan lagi
perniagaan dengan membeli kilang pembotolan sendiri dan membuka cawangan di
seluruh Malaysia.
2.0 Pasaran Sasaran

Penentuan pasaran sasaran adalah langkah pertama dalam strategi


pemasaran yang dilakukan oleh kebanyakan organisasi (Zafir Mohd Makhbul &
Fazilah Mohamad Hasun, 2006). Bee Factory mensasarkan pembeli yang berumur 10
tahun hingga 18 tahun dan 40 tahun hingga 50 tahun, iaitu pelanggan yang masih
bersekolah dan warga emas yang memerlukan makanan tambahan untuk kesihatan
diri. Produk kami adalah produk yang tidak begitu mahal dan mampu milik oleh
pelbagai peringkat pendapatan. Selain itu, produk berasaskan madu lebah asli ini juga
sesuai dimakan oleh lelaki dan wanita serta mengecualikan dari latar belakang lain
iaitu bangsa dan agama. Kami juga mensasarkan dan menjual produk kami di sekitar
Bukit Mertajam, Pulau Pinang dengan menumpukan pasaran produk kami di kawasan
yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi. Hal ini kerana, kebanyakan pelanggan
yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi akan mengetahui dan menyedari
mengenai khasiat madu asli. Bee Factory menyediakan mementingkan penjimatan
masa dan memastikan semua masyarakat yang sibuk bekerja dan bersekolah tanpa
mengambil kira tahap kesihatan tanpa perlu menggunakan masa yang lama untuk
menggunakannya.

Berasaskan tinjauan am, pengalaman dan kemahiran usahawan, kami menjalankan


perniagaan ini di kedai-kedai runcit dalam kawasan Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Penduduk kawasan tersebut terdiri daripada dua golongan utama iaitu :

1. Kumpulan berpendapatan sederhana (pendapatan keluarga antara RM 1800 – RM


2500 sebulan) yang terdiri daripada lebih kurang 1300 buah keluarga.
2. Kumpulan berpendapatan tinggi (pendapatan keluarga antara RM 2500 – RM 5000
sebulan) yang terdiri daripada 500 buah keluarga sahaja.

Kedua-dua kumpulan penduduk ini mempunyai purata 5 orang ahli keluarga dengan
ibu bapa yang bekerja dan 3 orang anak yang bersekolah rendah atau menengah.
Purata perbelanjaan makanan bulanan mereka adalah :

1. RM 1000 sebulan untuk keluarga berpendapatan sederhana


2. RM 1400 sebulan untuk keluarga berpendapatan tinggi
Corak pembelian keluarga berpendapaatan sederhana merangkumi membeli-belah di
kedai-kedai runcit dan pasar basah secara tunai. Corak pembelian keluarga
berpendapatan tinggi lebih condong kepada pembelian di pasar raya dan sering kali
menggunakan kad kredit. Berdasarkan maklumat ini, kumpulan berpendapatan
sederhana dipilih sebagai Pasaran Sasaran bagi perniagaan madu lebah ini.

3.0 Trend dan Saiz Pasaran

Bee Factory akan terus menjalankan penyelidikan terhadap pasaran yang ingin
dimasuki. Penyelidikan dibuat bertujuan untuk mengenal pasti aliran perkembangan
semasa industri makanan kesihatan ini.Penyelidikan juga dilakukan secara
berterusan di dalam mengenal pasti perubahan terhadap keinginan dan cita rasa
penggun. Pasaran sasaran sekitar 20 km persegi dari lokasi perniagaan. Dua
kumpulan pembeli utama ialah :

1. Murid sekolah rendah dan menengah pembeli utama :


a. Sekolah Kebangsaan Mengkuang
b. Sekolah Kebangsaan Sri Penanti
c. Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkuang
d. Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti
2. 4500 keluarga bermastautin di kawasan yang sama
a. Taman Mutiara Indah
b. Taman Mengkuang Height
c. Taman Seri Berapit
d. Kampung Mengkuang Titi
e. Kampung Kubang Semang

Hasil Kajian :

1. Murid sekolah = Pembelian RM 700.00 seminggu atau RM 21,000.00


sebulan
2. Keluarga = Pembelian RM 6,000.00 sebulan
Berdasarkan saiz pasaran jika 12 bulan (1 tahun)

RM 252,000.00 (RM 21,000.00 X 12 bulan)


+ RM 72,000.00 (RM 6,000.00 X 12 bulan)
= RM 324,000.00

Justeru, saiz pasaran bagi perniagaan Bee Factory adalah RM 300,000.00 setahun
dengan mengambil kira cuti sekolah.

4.0 Analisis SWOT/TOWS

Kekuatan (Strength) Kelemahan (Weakness)


 Menggunakan khidmat video  Persaingan harga dengan
percubaan daripada artis pesaing mengurangkan hasil
terkenal perniagaan
 Penggunaan yang mudah dan  Video percubaan yang singkat
menjimatkan masa disebabkan bayaran yang mahal
 Boleh dibawa ke mana-mana  Kelengkapan perngilangan yang
sahaja tidak mencukupi
 Terhad kepada pelanggan di
kawasan Bukit Mertajam
Peluang (Oppurtunities) Ancaman (Threats)
 Menggunakan khidmat tunai  Isu-isu kesihatan dan
semasa penghantaran ke rumah keselamatan dalam pembotolan
pelanggan berdekatan dengan madu lebah
ibu pejabat  Perkembangan yang pesat
 Peredaran zaman yang terhadap jenis makanan
mementingkan makanan tambahan yang lain.
tambahan yang berkhasiat  Madu yang dihasilkan oleh lebah
tidak berkualiti tinggi
5.0 Persaingan

Pesaing yang dikenal pasti termasuk :


1. Kismis Pak Ali yang terletak berdekatan dengan sekolah
2. Syarikat Vida Beauty di dalam kompleks perniagaan berdekatan dengan kawasan
tersebut.
3. Sarang Burung Walit di dalam pasar basah di kawasan tersebut.

6.0 Syer Pasaran

Berasaskan maklumat berkaitan kekuatan dan kelemahan pesaing, anggaran


syer pasaran dengan kemasukan perniagaan Bee Factory adalah seperti berikut :

1. Kismis Pak Ali 30%


2. Syarikat Vida Beauty 45%
3. Bee Factory 25%

7.0 Ramalan Jualan

Pasaran sasaran iaitu kumpulan berpendapatan sederhana dianggarkan akan


berbelanja lebih kurang RM 75 sebulan setiap keluarga untuk makanan atau vitamin
tambahan. Dengan lebih kurang 1400 keluarga di dalam kawasan tersebut, maka saiz
pasaran adalah RM 105,000 sebulan (RM 75 sebulan X 1400 keluarga).

Berdasarkan syer pasaran, perniagaan Bee Factory meramalkan jualan purata


bulanan sebanyak RM 26,250 (25% daripada RM105,00). Adalah dianggarkan
bahawa jualan akan meningkat pada bulan Januari, Mac, Julai dan Oktober kerana
waktu persekolahan dan musim kemarau menyebabkan ramai yang mudah jatuh sakit.
Oleh itu, jumlah jualan tahun pertama dianggarkan sebanyak
Bulan Ramalan Jualan
Januari RM 30,000
Februari RM 25,000
Mac RM 30,000
April RM 24,000
Mei RM 26,000
Jun RM 20,000
Julai RM 30,000
Ogos RM 26,000
September RM 25,000
Oktober RM 30,000
November RM 20,000
Disember RM 20,000
Jumlah RM 306,000

8.0 Strategi Pemasaran

Menurut Ismail Ab.Wahab (2008), menyatakan strategi pemasaran adalah


perancangan dan strategi yang akan digunakan oleh perniagaan untuk menarik minat
pelanggan sasaran untuk membeli produk yang dikeluarkan atau perkhidmatan yang
ditawarkan. Justeru, pihak pengurusan dan eksekutif Bee Factory telah merangka
suatu pelan pemasaran bagi meningkatkan keuntungan syarikat. Produk-produk yang
akan dikeluarkan menggunakan jenama dan logo sendiri iaitu Bee Factory. Untuk
menarik minat sasaran iaitu murid sekolah, kami mengeluarkan produk yang bersaiz
kecil yang mudah dibawa dan fleksibel untuk dimakan di mana-mana sahaja tanpa
memerlukan sebarang peralatan bantuan. Madu lebah asli dibungkus di dalam tiub
plastik berbentuk batang yang mudah dibuka dan dimakan dengan nama produk yang
menarik iaitu Madu Batang atau “Honey Madu Stick”. Honey Madu Stick hanya
berharga RM 1.00 bagi satu batang dapat membekalkan nutrien yang diperlukan oleh
seorang manusia untuk satu kali sajian. Sasaran kedua iaitu keluarga akan membeli
produk kami ini yang juga dibungkus di dalam kotak yang mengandungi 100 stick untuk
dibekalkan kepada anak-anak untuk ke sekolah. Produk kedua kami iaitu sarang lebah
mini atau “Honey Mini Bar” yang berharga RM25.00 setiap botol dapat memberi
kepuasan kepada pengguna dengan makan sarang lebah yang tulen di dalam botol
yang kecil.
Bagi tujuan pengedaran, Bee Factory telah menggunakan 2000 batang Honey
Madu Stick untuk diedarkan kepada murid sekolah terpilih secara percuma.
Pengedaran secara percuma tersebut berhasil memasarkan lagi produk-produk kami
ini kepada kumpulan sasaran utama. Bee Factory sedang berusaha untuk
menggunakan medium media sosial dan artis sebagai medium promosi bagi
perniagaan kami ini. Kami telah menggunakan khidmat sepasang artis iaitu Shuib
Sepahtu dan Siti Sarah sebagai artis pertama yang mencuba dan mengamalkan
produk madu asli kami ini. Dengan kebenaran mereka, kami telah mengedarkan video
mereka mencuba produk kami di media sosial seperti Instagram dan Facebook. Bee
Factory mempunyai laman web tersendiri bertujuan untuk meluaskan lagi promosi
produk ini secara atas talian tanpa halangan.

9.0 Belanjawan Pemasaran

Butir-Butir Aset Tetap Bulanan Lain-Lain Jumlah


Keperluan Aset Tetap
Motorsikal RM 6,000.00 RM 6,000.00
Penghantaran
Komputer RM 2,000.00 RM 2,000.00

Keperluan Modal Kerja


Risalah / Brochure RM 600.00 RM 600.00
Internet RM 75.00 RM 75.00
Petrol RM 300.00 RM 300.00

Keperluan Lain & Pra-Operasi


Perbelanjaan Lain - -
Deposit - -
Pendaftaran & Lesen - -
Insurans & Cukai RM 200.00 RM 200.00
Jalan
Belanja Pelbagai RM 400.00 RM 400.00

JUMLAH RM 8,000.00 RM 975.00 RM 600.00 RM 9,575.00


10.0 Rumusan

Rancangan pemasaran ini diyakini dapat membantu mengingkatkan jualan dan


keuntungan syarikat Bee Factory. Namun, penyelidikan dan pembangunan harus
sentiasa dilakukan oleh syarikat untuk mengembangkan lagi perniagaan dalam bidang
makanan tambahan yang berkhasiat ini. Syarikat akan sentiasa mencari peluang
untuk memasarkan lagi produk-produk dan menambah baik kualiti dan kuantiti madu
lebah asli ini. Bee Factory berhasrat untuk meluaskan perniagaan ini ke seluruh
negara Malaysia pada masa akan datang.

11.0 Rujukan

Fitri Affendi Mustafa. (2016). Jual barang persendirian secara


online perlu daftar SSM. Utusan Malaysia. Diakses pada 9
Mac 2019, http://www.utusan.com.my/berita/nasional/jual-
barang-persendirian-secara-online-perlu-daftar-ssm-1.206154
Raziah Mat Lin. (2003). Penilaian kecekapan firma pemprosesan produk makanan berasaskan
ikan di Malaysia, 1996–1998. Journal of tropical agriculture and food science, 31(2),
273-280.

Zafir Mohd Makhbul & Fazilah Mohamad Hasun. (2003). Menjadi Usahawan. Kuala Lumpur:
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Ismail Ab. Wahab. (2008). Panduan Memulakan Perniagaan. Selangor: Arah Pendidikan Sdn.
Bhd.

Anda mungkin juga menyukai