Anda di halaman 1dari 9

KERTAS CADANGAN

SUKANEKA TADIKA CILIK PINTAR 2018

TEMA: PAHLAWAN MELAYU

JAWATANKUASA PELAKSANA
Penaung : Puan Haslinda
Penasihat : Cik Norsuada Binti Ahmad
Rozali
Pengarah : Cik Ana Nadira Binti Abdul
Rahman
Timb.Pengarah : Puan Afifah Binti Sazali
Setiausaha : Puan Siti Noor Khadijah Binti
Mohammed Khairulzaman

1
SUKANEKA TADIKA CILIK PINTAR

1. PENDAHULUAN

Sukan in dikenali sebagai Sukaneka Tahunan Tadika Cilik Pintar adalah


program bagi memberi peluang murid-murid tadika menyertai serta
mempamerkan bakat dan kebolehan dalam bidang sukaneka. Ia juga
merupakan satu cara menyemai minat bersukan dikalangan murid-
murid.

2. RASIONAL

 Dapat melahirkan generasi yang berketerampilan serta


mempunyai jati diri yang tinggi.
 Memberikan ruang yang jelas dan hala tuju penglibatan mereka
dalam mengharumkan nama rumah sukan dalam acara yang
disertai.
 Melahirkan warganegara Malaysia yang cintakan kecemerlangan
dalam apa jua bidang akademik dan kokurikulum

3. OBJEKTIF

 Memupuk semangat bekerjasama dalam satu pasukan.


 Memupuk semangat setiakawan dalam kalangan murid, guru dan
ibu bapa.
 Melahirkan masyarakat yang sentiasa berdaya saing dan
berlumba-lumba untuk kejayaan.
 Membangkitkan semangat bersaing yang sihat dalam kalangan
murid.
 Melahirkan murid yang aktif dan berpotensi di dalam bidang
kokurikulum.

2
 Menggilap bakat istimewa murid di dalam bidang sukan.
 Melahirkan murid yang berkeyakinan dan memantapkan diri
untuk berjaya dengan lebih cemerlang.

4. TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM


Temasya ini dilaksanakan bagi mempertandingkan acara sukaneka .Tarikh,
hari, masa, dan tempat adalah seperti di bawah:

 Tarikh : 29/12/2018
 Hari : Sabtu
 Masa : 7.30 – 12.00
 Tempat : Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam

5. KUMPULAN SASARAN/PESERTA
Semua murid Tadika Cilik Pintar

6. RUMAH SUKAN
Rumah Merah ( HANG TUAH )
 Norsuada Binti Ahmad Rozali (ketua)

Rumah Hijau ( HANG KASTURI )

 Siti Noor Khadija Binti Mohammed Khairuzaman(ketua)

Rumah Biru ( HANG JEBAT )


 Afifah Binti Sazali (ketua)

Rumah Kuning ( HANG LEKIR)


 Ana Nadira Binti Abdul Rahman

3
7. ACARA YANG DIPERTANDINGKAN BERSAMA IBUBAPA
KATEGORI A ( 4&5 TAHUN )
1. SUSUN MENARA ( Murid Lelaki )
 Satu kumpulan 4 orang
 Lari bergilir untuk menyusun menara ( tin )
 Setiap larian hanya boleh susun 1 tin sahaja
2. BOLA KANGARU (Murid Lelaki )
 Satu kumpulan 4 orang
 Duduk dan lompat 50 meter
 2 orang pergi dan 2 orang balik
3. BOLA BOLA GOL ( Murid Perempuan )
 Satu kumpulan 4 orang
 Melontar bola kecil ke dalam bakul
 Markah dikira mengikut jumlah yang berjaya dimasukkan dalam masa
2 minit
 Satu kumpulan 12 biji bola
4. BAWA BOLA DALAM GELUNG ( Lelaki & Perempuan )
 Satu kumpulan 4 orang
 2 orang lari 50 meter pergi
 2 orang lari 50 meter balik
 Lari secara ke belakang sambil menarik bola menggunakan gelung
5. LARI KASUT BUT ( Murid Perempuan )
 Satu kumpulan 4 orang
 2 orang lari 50 meter pergi
 2 orang lari 50 meter balik
 peserta mestilah menggunakan kasut but

4
KATEGORI B ( 6 TAHUN )
6. LARI DALAM GUNI ( Lelaki )
 Satu kumpulan 4 orang
 Lari 25 meter secara bergilir dengan memakai guni
 2 orang lari pergi dan 2 orang lari balik.
7. BOWLING PADANG ( Murid Lelaki )
 Satu kumpulan 4 orang
 Bergilir meleret bola bagi menjatuhkan tin
8. BALING PUNDI KACANG ( Murid Perempuan )
 Setiap kumpulan 6 orang
 Setiap kumpulan diberi 1 pundi kacang
 Kumpulan yang paling cepat dikira pemenang
9. BALING GELUNG ( Murid Perempuan )
 Satu kumpulan 4 orang
 Setiap kumpulan diberi 1 gelung
 Mereka bergilir baling gelung , peserta yang membaling akan mengutip
semua gelung dan diberi kepada rakan nya
 Masa diberi hanya 3 minit an markah diberi berdasarkan jumlah gelung
yang dimasukkan.
10. BELON BERACUN ( Murid Lelaki dan Perempuan )
 Satu kumpulan 4 orang
 Melontar belon berisi air ke dalam bakul
 Markah dikira berdasarkan jumlah belon yang berjaya di kumpul tanpa
pecah
 Setiap kumpulan akan dibekalkan 8 biji belon.

5
8. AHLI JAWATANKUASA KECIL

AJK Peralatan & Persiapan Tempat


 Ust. Hassanuddin Bin Aziz
 Ust. Mohamad Hafizul Bin Abdullah Omar
 Ust. Ha Hilmi B.Yusof

AJK Makanan & Minuman


 Mud. Nazirah Bt Awang
 Teacher Noor Atiqah B Tab. Rahman
 Mud. Huwaina Bt Abdul Jamil
 Mud. Siti Nur Fadhilah Bt Jaafar
 Mud. Nurul Izzati Bt Latiff
 Mud. Nur Nazirah Bt Mat Brham
 Mud. Jamilah Bt Mohd Fudzi
 Mud. Afifah Bt Mat Jusoh
 Mud. Sakinah Bt Md Bahran

AJK Kecemasan & Perubatan


 Mud. Siti Esah Bt Mustaffa (BJ)
 Mud. Nurul Syaheera Bt Abd Rashid (GH)
 Mud. Nurulhuda Bt Abdullah(DA)

Juru Gambar
 En.Syafiq

6
Ketua Juri
 Mud. Norina Bt Tuaka

Pengadil
 Ust. Ahmad Shukri B. Abas
 Ust. Muhammad Fitri Bin Md Isa
 Ust. Malek Bin Saro

AJK Hadiah & Cenderahati


 Mudirah Rosnah Bt Ishak
 Mudirah Nuurul Izzah Bt Daud
 Mudirah Siti Nurbaya Bt Othman

Ajk Kebersihan
 Semua guru

Juru Acara
 Ustaz Khairul Azhar B. Abd Manaf

9.0 KESIMPULAN
Diharapkan kertas cadangan ini dapat diterima dan program yang dirancang ini
dapat dilaksanakan dengan jayanya. Diharapkan juga guru-guru serta semua yang
terlibat dapat memberikan kerjsama yang terbaik.

Disediakan Oleh:

………………………….
(ANA NADIRA BINTI ABDUL RAHMAN)
Pengarah Sukan
Tadika Cilik Pintar

7
ANGGARAN PERBELANJAAN KEWANGAN

Bil. Perkara Amaun


1. Sewa Dewan Majls Bandaraya Shah Alam Rm 800.00
2. Makan dan Minum Rm 700.00
Rm 5.00 x 2 kali x 70 orang
3. Sewa PA system Rm 500.00
Rm 500.00 x 1 unit
4. Kain rentang Rm 90.00
Rm 30.00 x 3 unit
5. Barang hiasan untuk murid Rm 250.00
Rm 5.00 x 50 orang murid
6. Urusan pertandingan / alatan hiasan penyediaan gelanggang Rm500.00
7. Hadiah ( hamper ) Rm 1200.00
8. Perbelanjaan luar jangka Rm 300.00
9. T.shirt / Kuasa Penganjur Rm 1950.00
Rm 25.00 x 50 orang
Rm 35.00 x 20 orang
10. Pengacara Majlis ( Jemputan ) Rm 150.00
JUMLAH RM 6440.00
( Dengan perkataan RM : Enam Ribu Empat Ratus Empat Puluh sahaja )

8
LAMPIRAN GAMBAR KETIKA SUKANEKA BERLANGSUNG

Anda mungkin juga menyukai