Anda di halaman 1dari 41

Faculty Of Applied Social Sciences

SEMESTER SEPTEMBER 2014

AMSS5303
MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA

NO. MATRIKULASI : CGS00920725


NO. KAD PENGNEALAN : 650517025871
NO. TELEFON : 017-6116056
E-MEL : muhamadlatiffi@yahoo.com
PUSAT PEMBELAJARAN : PAHANG LEARNING CENTRE
KANDUNGAN
BIL TAJUK MUKA SURAT
1. Kandungan i
2. Kata-kata Aluan ii
3. Pendahuluan 1
4. Definisi 2
5. Status Perlembagaan Persekutuan 3-11
6. Mengemukakan EMPAT peruntukan Perlembagaan Persekutuan sebagai 12-18
undang-undang tertinggi di Malaysia
7. EMPAT peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dengan 18-29
agama dan undang-undang Islam
8. Menggariskan EMPAT peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang 29-35
berkaitan dengan agama dan undang-undang Islam
9. Kesimpulan 36
10 Rujukan
i
Kata-kata Aluan

‫حيم‬
ِ ‫الر‬
‫الرحمٰ ِن ه‬ ِ ‫سم ه‬
‫َّللا ه‬ ِ ِ‫ب‬

َ ‫س ِيدنَا ُم َح هم ٍد َو َع ٰلى ٰا ِل ِه َو‬


‫صحْ ِبه ِا َ ْج َم ِعيْن َو َم ْن تَبِعَ ُه ْم‬ َ ‫هللا‬ِ ‫س ْو ِل‬ ٰ ‫سالَ ُم َع‬
ُ ‫لى َر‬ ‫ب ْال ٰعلَ ِميْنَ َوال ه‬
‫صالَة ُ َوال ه‬ ِ ِ ُ‫ا َ ْل َح ْمد‬
ِ ‫هلل َر‬
ْ ْ ْ ‫ه‬ ْ
‫سبْحٰ نَكَ الَ ِعل َم لَنَا اِاله َما َعل ْمتَنَا اِنهكَ ا َ ْنتَ العَ ِل ْي ُم ال َح ِك ْي ُم َوالَ َح ْو َل َوالَ قُ هوة َ اِاله ِباهللِ العَ ِل ِى‬
ُ ‫الدي ِْن‬ ٰ
ِ ‫ان اِلى يَ ْو ِم‬ ٍ ‫س‬ َ ْ‫ِباِح‬
ْ
‫العَ ِظي ِْم‬

‫سانِى يَ ْفقَ ُهوا قَ ْو ِلي‬ ُ ‫صد ِْرى َويَس ِْر ِلى ا َ ْم ِرى َواحْ لُ ْل‬
َ ‫ع ْقدَة ً ِم ْن ِل‬ َ ‫ب ا ْش َرحْ ِلى‬
ِ ‫َر‬

Saya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t atas rahmat dan izinNya dan inayahNya, dapat
juga saya menyiapkan tugasan Kerja Kursus ini bagi subjek MSS5303 MAHKAMAH
SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA . Saya telah di beri masa selama
satu bulan bagi menyiapkan tugasan ini. Sebelum itu, saya ingin mengucapkan ribuan dan
jutaan terima kasih khususnya kepada pensyarah pembimbing saya bagi subjek ini iaitu DR.
MAHYUDDIN ISMAIL kerana beliau telah banyak membantu dengan memberi segala
tunjuk ajar kepada saya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada isteri saya banyak membantu
dengan memberi sokongan moral yang padu dan jitu serta mengingatkan saya tentang tugasan
yang perlu disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Beliau juga menasihati saya banyak
berdoa setiap kali selepas solat dan memohon pertolongan Allah s.w.t. agar segala tugasan
yang diberikan ini akan menjadi lebih senang dan mudah untuk disiapkan dengan izinNya
dan Alhamdulillah nasihat itu saya ikuti dan saya dapati bahawa tugasan ini lebih mudah
disiapkan.

Akhir sekali, jutaan terima kasih saya ucapkan kepada sesiapa sahaja yang membantu
saya menyiapkan tugasan ini secara langsung mahupun tidak langsung hanya Allah s.w.t.
sahaja yang mempu membalas jasa kalian. Wsllahualam.
ii
Pendahuluan

Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan yang


mengandungi 183 perkara. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah
dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah
Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957. Perlembagaan Malaysia dinamakan
sebagai Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan asalnya digunakan untuk
seluruh Semenanjung Malaysia (1957) dan kemudiannya diperluaskan ke Sabah dan Sarawak
selepas kedua-dua negeri itu menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.
Perlembagaan Persekutuan digubal oleh suruhanjaya reid yang diketuai oleh Lord Reid, Sir
Ivor Jenning, Sir William Mckell (Australia), B.Malik dan Hakim A.Hamid.

Perlembagaan Persekutuan yang asal mengandungi 14 perkara dengan 181 perkara


tetapi pada tahun 1984, pindaan telah dibuat dengan menambah 1 lagi bahagian dengan 2
perkara, menjadikannya 15 bahagian dengan 183 perkara. Perlembagaan juga dikenali
sebagai suatu kumpulan peraturan atau set undang-undang utama yang menentukan sistem
kerajaan, pembahagian kuasa, peranan dan fungsi organisasi tertinggi negara, hak-hak rakyat
dan pelbagai perkara yang lain. Perlembagaan merupakan suatu dokumen undang-undang
tertinggi yang menjadi rujukan pemerintahan negara. Ia juga dikenali sebagai sumber segala
perundangan atau sumber rujukan perundangan tertinggi negara.

Konsep ketertinggian perlembagaan ialah tiada undang-undang lain yang boleh


mengatasi perkara-perkara dalam perlembagaan. Hal ini dikenali sebagai keluhuran
perlembagaan. Mahkamah berkuasa membatalkan mana-mana undang-undang yang digubal
oleh mana-mana status apabila bertentangan dengan perlembagaan. Oleh itu, semua rang
undang-undang hendaklah tertakluk kepada kehendak-kehendak perlembagaan. Mana-mana
undang-undang yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan adalah terbatal dengan
sendirinya, setakat mana yang bertentangan itu. Menentukan corak pemerintahan negara dan
hak-hak rakyat. Menentukan garis panduan atau kuasa-kuasa kepada semua badan dalam
sesebuah kerajaan. Menjamin kestabilan politik dan keamanan negara.
1
Definisi Perlembagaan

Mengikut Robertson, perlembagaan mengandungi satu set hak kuasa dan prosedur
yang mengawal hubungan antara autiriti awam dengan rakyat dalam sesebuah negara.Sebagai
pengertian yang mudah,perlembagaan ialah undang-undang umum yang tertinggi negara
yang menjadi asas dalam pembentukan undang-undang seterusnya, samada bagi keperluan
pentadbiran kerajaan dan institusi-institusinya ataupun seterusnya kepada organisasi-
organisasi bukan kerajaan. Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi
asas kepada pembentukan sesebuah Negara.Professor A. V. Dicey menyatakan bahawa
perlembagaan menentukan pengagihan kuasa sesebuah Negara atau masyarakat politiknya.

Perlembagaan dijadikan dokumen rasmi dan didalamnya terkandung segala peraturan


dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk mentadbir Negara. Parti politik yang
memerintah akan mengetahui hala tuju pentadbir Negara dan hal ini menjamin kerajaan
menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui peruntukan yang terkandung didalamnya.
Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Baru perlembagaan merupakan undang-
undang atau peraturan negeri atau dasar pemerintah negeri. Menurut Kamus Dewan dan
Pustaka Edisi ketiga perlembagaan merupakan suratan prinsip asas undang-undang atau
peraturan negeri sesebuah unit dengan sesebuah unit dasar yang memerintah negeri.Hala tuju
pentadbir

Negara ditentukan melalui parti politik yang mentadbir Negara. Mengikut D


Roberston perlembagaan merupakan satu set hak, produser dan kuasa yang mengawal
hubungan antara autoriti awam dalam sesebuah Negara antara autoriti awam dengan rakyat.
Berdasarkan padangan Tun Mohd Salleh Abas menyatakan bahawa perlembagaan merupakan
suratan atau suratcara yang mengandungi undang-undang yang tertinggi yang dikatakan
penting bagi menghasilkan semua undang-undang tertinggi yang dikatakan penting bagi
menghasilkan semua Negara maju. Menurut Md. Bohari Ahmad (1997), perlembagaan
merupakan satu dokumen yang mengandungi semua undang-undang asas Negara
Perlembagaan wujud daripada kehendak keadaan semasa dan diasaskan atas kebolehan
kerajaan untuk menjamin semua yang terkandung di dalam perlembagaan itu.
2
Status Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan Persekutuan mengandungi pelbagai peruntukan mengenai susunan


sosial atau adat-susila dan amalan ketatanegaraan untuk menjamin keharmonian, perpaduan,
kemakmuran dan keselamatan serta kelangsungan Malaysia sebagai sebuah negara majmuk.
Susunan ini merangkumi aneka cabang kehidupan termasuk mengenai Islam dan lain-lain
agama, kesamarataan, kebebasan, kewarganegaraan, keselamatan negara, keistemewaan
bangsa melayu dan bumiputra serta kepentingan-kepentingan sah rakyat bukan Melayu.
Peruntukan ketatanegaraan ini penting untuk dimaktubkan di dalam Perlembagaan
Persekutuan kerana warganegara Malaysia berbilang bangsa daripada lingkungan sosio-
budaya dan agama yang berlainan dan memiliki warisan serta sejarah yang berbeza.

Ia juga penting untuk kerana menurut Martin Marget konflik etnik adalah ciri-ciri asas
dalam sesuatu negara majmuk dan menurut stuart Kaufman konflik inilah yang menyebabkan
keadaan tidak selamat sejak berzaman lamanya. Menyedari hakikat inilah maka antara aspek
penting yang dititikberatkan dalam Perlembagaan Persekutuan adalah perlindungan kepada
kepentingan-kepentingan sah bukan Melayu. Perlindungan ini, menurut Zelman Cowen
adalah kesinambungan kepada peruntukan dalam perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948
yang telah dipersetujui oleh wakil seluruh bangsa si era sebelum merdeka. Pemberian
perlindugan ini mencerminkan keprihatian Raja-Raja Melayu dan kepimpinan Perikatan
terhadap perpaduan, kemakmuran, keselamatan dan survival negara.

Oleh sebab itulah Tunku Abd Rahman Putra menyifatkan Perlembagaan Persekutuan
sebagai lambang semangat muhibah dan kebijaksanaan yang dimeteraikan secara erat dan
penuh takzim oleh semua bangsa di Malaysia. Datuk Prof. Shad Saleem Frugi menegaskan,
Perlembagaan, ini mencerminkan kesederhanaan, keikhlasan sera persefahaman yang
berlndaskan semangat tolak- ansur orang Melayu dan bukan melayu terhadap keistemewaan
serta kepentingan masing-masing. Tan Chee Beng pula berpendapat, Perlembagaan tersebut
memaktubkan pelbagai etnik sebagai panduan kepada proses pembangunan negara. Berasas
keseimbanagan inilah majoriti warganegara Malaysia memilih hidup penuh muafakat, rukun
dan damai.
3
Di era penjajah mereka disingkan secara terancang oleh pihak British. Tindakan
positif ini selaras dengan pendapat Birte Siim dan Judith Squires bahawa warganegaraan
adalah status yang di anugerahkan dengan hak-hak dan tanggungjawab seseorang untuk
menyuburkan perasaan cintakan negara. Bagaimanapun, pemaufakatan, kedamaian dan
keharmonian ini terjejas apabila mulai 1964 muncul seorang individu yang meniupkan
propaganda Malaysian Malaysia yang kemudiannya diumumkan secara rasmi di Sungapura
pada 6 Jun 1964 muncul oleh enam parti politik, lima daripadanya penentang pembentukan
Malaysia. Intipati propaganda ini, kata Ghazali Ismail ialah “seluruh rakyat, tanpa mengira
bangsa, budaya dan agama, berhak memperolehi layanan yang sama, berhak menuntut hak
yang sama, berhak menikmati apa jua keistimewaan yang sudah di berikan kepada kepada
orang-orang Melayu”.

Sama ada disengajakan atau sebaliknya, propaganda ini mengugat susunan sosio –
ekonomi, agama dan siasah yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan sejak tahun
1957. Menurut Ooi Kee Beng propaganda ini menyebabkan hubungan kaum di Singapura
jadi tegang. Patrick Keith pula menegaskan, Tunku Abdul Rahman pun mengeluarkan kata
dua bahawa Singapura mesti dipisahkan daripada Malaysia. Singapura dipisahkan daripada
Malaysia pada 9 Ogos 1957 untuk mengelakkan susunan sosio-ekonomi, agama dan siasah
dalam perlembagaan Persekutuan .

Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Malah sebenarnya bertujuan


memperkukuhkan Hak Istimewa Orang Melayu sebagaimana dinyatakan dalam Perkara 153.
Sesungguhnya, hak-hak istimewa orang Melayu bukan suatu perkara baru yang hanya
muncul selepas kemerdekaan (31 Ogos 1957); sebaliknya sudah sedia tercatat dalam
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Dalam Wasiat Raja-raja Melayu yang
ditandatangani pada 5 Ogos 1957, Raja-raja Melayu secara tegas menetapkan syarat untuk
memastikan akan kekal terjamin (antara lain) status agama Islam, tanah simpanan Melayu
serta kedudukan istimewa orang Melayu. Termasuk dalam senarai Hak Istimewa Orang
Melayu menurut Perkara 153 adalah jawatan dalam kerajaan, peruntukan biasiswa dan
bantuan ekonomi Kesemua hak ini sesungguhnya dilindungi Yang di-Pertuan Agong
4

Kesemua hak ini sesungguhnya dilindungi Yang di-Pertuan Agong selaku primus inter pares.
Majlis Raja-raja Melayu perlu memberi perkenan jika apa-apa perkara berkaitan mahu
diubah.

Ramai yang tidak tahu dan tidak sedar bahawa ada sepuluh perkara yang termaktub
dalam Perkara 2 (a), Perkara 38 (4) dan Perkara 159 (5) Perlembagaan Persekutuan yang
tidak boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-raja. Ketidaktahuan dan kejahilan
seperti inilah yang membuatkan pihak tertentu cepat melatah, melenting, melalak dan
mengamuk dengan andaian palsu bahawa ada orang yang sedang cuba menggugat Hak
Istimewa Orang Melayu. Dalam akhbar Sinar Harian (1 Disember 2010), Profesor Emeritus
Tan Sri Dr Khoo Kay Kim dilaporkan berkata bahawa dari aspek sejarah, hanya Ketuanan
Raja yang termaktub dalam Perlembagaan kerana rakyat perlu menunjukkan taat setia kepada
Raja-raja Melayu.

“Sebelum ini tidak pernah disebut ‘Ketuanan Melayu’ dalam masyarakat Melayu.
Dalam sejarah, hal sebegitu tidak betul. Yang ada dalam Perlembagaan cuma Ketuanan Raja.
Orang Melayu mendapat hak keistimewaan kerana mereka adalah rakyat raja, kerana itu raja
yang penting. Kedudukan orang Melayu memang diberikan pertimbangan khas dan tidak
perlu dipersoalkan,” katanya. Sebaliknya, apa yang dipersoalkan adalah mengenai “ketuanan”
kumpulan elit tertentu yang katanya membinasakan kaum sendiri (orang Melayu) selain
mendiskriminasi (menafikan hak dan kepentingan sah) kaum-kaum lain yang sebenarnya
termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Wasiat Raja-raja Melayu.

Masalah timbul apabila Rakyat dikelirukan dan terkeliru antara “Hak Istimewa
Melayu”, “Ketuanan Raja-raja Melayu” dan “Ketuanan Melayu”. Atas sebab itulah juga saya
tidak akan terkejut jika ada pihak yang memutar-belitkan fakta dan cuba mengatakan bahawa
makalah ini bertujuan mempersoalkan “Hak Istimewa Orang Melayu”. Selain daripada itu,
5

ada pihak parti politik yang sering dikatakan cuba menghapuskan Hak Istimewa Orang
Melayu . Tidak ramai yang tahu apakah pendirian rasmi parti politik dalam isu-isu ini kerana
tidak disiarkan di media arus perdana; akhbar mahupun televisyen.

Pada pandangan dan penelitian saya, segala peruntukan berhubung Hak Istimewa
Orang Melayu (dan Bumiputera) tidak akan tergugat walau sedikit pun selagi keluhuran
Perlembagaan Persekutuan terpelihara. Walaupun apabila kerajaan pusat berubah (jika
demikian pilihan Rakyat sebagai pengundi), saya optimis bahawa Raja-raja Melayu akan
tetap mempertahankan wasiat yang ditandatangani pada 5 Ogos 1957. Sebenarnya, apa yang
lebih membimbangkan saya adalah apabila memikirkan kemungkinan Perkara 160
Perlembagaan Persekutuan dimanipulasi golongan “Bukan Melayu” tertentu yang menjadi
“musuh dalam selimut” lalu “merampas” Hak Istimewa Orang Melayu secara sah.

Perlembagaan Persekutuan sudah tercatat bahawa Islam merupakan agama rasmi


negara di samping bukan Islam bebas mengamalkan agama masing-masing.Semua kaum
sebelum ini telah bersetuju dengan perlembagaan tersebut di bawah Perkara 3 bahawa Islam
adalah agama rasmi Malaysia dan raja-raja Melayu sebagai ketua agama di setiap negeri.
pegangan agama dan fahaman budaya rakyat pelbagai kaum di negara ini tidak sewajarnya
dijadikan isu politik hanya semata-mata untuk meraih sokongan serta populariti. Malaysia
sebagai sebuah negara Islam telah diiktiraf oleh seluruh dunia dan diperakui sebagai
sederhana dan menolak sebarang bentuk keganasan.

Oleh sebab itu jelasnya, dasar kerajaan tetap berlaku adil kepada penganut bukan
Islam dan tidak pernah menyekat hak mereka selagi tidak bercanggah dengan perlembagaan
dan undang-undang. kedudukan Malaysia sama ada dari segi sejarah, georafi dan politik
nusantara jelas menunjukkan ajaran Islam sudah lama bertapak sejak zaman kerajaan
Kesultanan Melayu Melaka. Raja dan rakyat negerl Melaka mula memeluk agama Islam pada
awal abad ke-15 Masihi. Bukti-bukti sejarah seperti penerapan idea-idea Islam dalam
6

kehidupan mereka, agama Islam yang sangat dikenali rapat di kalangan masyarakat Melayu
di Melaka serta orang bukan Islam yang memeluk agama Islam dianggap masuk Melayu',
jelas menunjukkan bahawa Islam telah bertapak kukuh sejak awal-awal lagi di Tanah
Melayu.

Menurut Profesor Ahmad Ibrahim peruntukan ini antara yang penting dalam
perlembagaan Persekutuan. Menurut beliau, telah berlaku banyak salah faham tentang
tafsirannya. Antara salah faham yang paling nyata ialah pendapat yang menyatakan bahawa
setiap upacara rasmi di Persekutuan mesti diselitkan dengan unsur-unsur amalan agama
Islam. Beliau berpendapat bahawa ini tidaklah benar kerana Perkara 3 memberi kebebasan
yang meluas untuk penganut-penganut agama lain mengamalkan kepercayaan mereka.
Lagipun terdapat banyak amalan agama Islam yang hanya boleh dilakukan oleh orang-orang
Islam sahaja seperti sembahyang dan sebagainya. Dan sini tidak timbul isu bahawa orang-
orang bukan Islam rnesti melakukan amalan orang-orang Islam

Perkara 3 secara nyata memberi jaminan kepada orang-orang bukan Islam untuk
mengamalkan kepercayaan mereka secara aman tanpa apa-apa gangguan. Jika perkataan
“agama” merangkuini bukan sahaja aspek kepercayaan dan amalan keagamaan tetapi
termasuk juga undang-undang yang terpakai kepada penganut-penganut agama tersebut maka
makna yang sama juga sepatutnya diberi kepada agama Islam. Islam bukan sahaja satu
kepercayaan keagamaan dan upacara agama, tetapi satu cara hidup yang merangkuini semua
aspek termasuklah undang-undang.Melihat daripada perspektif undang-undang perlembagaan
dan jika dirujuk secara keseluruhan kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia maka
beberapa kesan boleh dilihat daripada peruntukan Perkara 3 tersebut. Antaranya:

Perkara 160 memberi definisi Melayu sebagai seorang beragama Islam, lazim
bercakap bahasa Melayu dan menurut adat istiadat Melayu. Menurut Tun Salleh Abas
Melayu dan Islam adalah unsur yang bercantum dan tidak boleh dipisahkan untuk tujuan
undang-undang dan Perlembagaan.Yang di-Pertuan Agong dilantik daripada kalangan raja-

raja di negeri-negeri Melayu dan di dalam setiap perlembagaan negeri mengkehendaki


rajanya seorang berbangsa Melayu beragama Islam dan dan keturunan diraja. Di dalam
sumpah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong beliau mengangkat sumpah dengan
didahului oleh lafaz, Wallahi, wabillahi, watallahi' yang merupakan lafaz sumpah yang
dikehendaki dalam agama Islam, (Perkara 37 dan jadual keempat Perlembagaan
Persekutuan).

Yang di-Pertuan Agong mengikut peruntukan Perkara 3 (3) adalah ketua agama Islam
di negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan juga Wilayah Persekutuan yang
tidak mempunyai raja.Raja dan Sultan di negeri-negeri yang beraja ialah ketua agama Islam
bagi negeri masing-masing. Dalam menjalankan tugas sebagai ketua agama Is1am mereka
mempunyai budibicara dan tidak terikat dengan nasihat Majlis Mesyuarat Negeri (EXCO).
Adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi hak istimewa
orang-orang Melayu seperti yang termaktub di dalam Perkara 153 Perlembagaan
Persekutuan. Oleh kerana Melayu dan Islam ialah dua entiti yang tidak holeh dipisahkan
maka tugas menjaga hak-hak istimewa orang-orang Melayu juga termasuk menjaga dan
melindungi agama Is1am.

Dengan itu jelas bahawa institusi Yang di-Pertuan Agong itu sendiri mempunyai
peranan yang amat penting terhadap agama Islam. Baginda ialah,Kepala Utama Negara bagi
Persekutuan yang mengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam Persekutuan (Perkara
32 fasal 1 Perlembagaan)Perkara 4 fasal 1 memperuntukkan, Perlembagaan ini adalah
undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari
Merdeka dan yang berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang
berlawanan itu'. Walau bagaimanapun peruntukan ini tidak menjadikan mana-mana undang-
undang yang sedia wujud (sebelum Merdeka) batal walaupun ia bertentangan dengan
perlembagaan.
8

Namun demikian undang-undang tersebut boleh diubahsuai untuk diselaraskan


dengan peruntukan-peruntukan perlembagaan (Perkara 162 fasal (6)). Apa yang boleh
dipertikaikan ialah sama ada Perlembagaan boleh mengatasi peruntukan-peruntukan di dalam
al-Quran dan Sunnah ( Perkara 4 merujuk kepada undang-undang bertulis sahaja. Tapi tidak

memberi kesan kepada undang-undang Syariah, undang-undang yang tidak bertulis dan yang
telah wujud sejak sebelum Merdeka. Perkara 76 menyebut bahawa Parlimen boleh membuat
undang-undang tentang perkara-perkara negeri (perkara-perkara perundangan dalam
bidangkuasa negeri-negeri sahaja).

Namun dalam hal ehwal agama Islam undang-undang hanya boleh dibuat setelah
kerajaan-kerajaan negeri yang terlibat dirujuk.Perkara 150 membenarkan Parlimen atau Yang
di-Pertuan Agong meluluskan apa juga undang-undang untuk keperluan ketika darurat setelah
ia diisytiharkan. Undang-undang untuk tujuan ini dibenarkan walaupun ia tidak konsisten
dengan mana-mana peruntukan Perlembagaan. Walaupun begitu terdapat satu perlindungan
yang penting dalam fasal (6A) iaitu kuasa ini tidak boleh diperluas dengan apa-apa perkara
mengenai hukum Syarak atau adat istiadat Melayu.

Perkara 11 fasal (1) memperuntukkan, Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan
mengamalkan agamanya dan tertakluk kepada fasal (4), mengembangkan agamanya .Perkara
11 fasal (4) memperuntukkan, "Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-wilayah
Persekutuan, Kuala Lumpur dan Labuan, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau
menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang yang
menganuti agama Islam. Untuk tujuan ini beberapa buah negeri telah meluluskan enakmen-
enakmen untuk mengawal dan menyekat penyebaran agama-agama lain di kalangan orang
Islam. contohnya negeri Kelantan telah meluluskan enakmen untuk tujuan itu dan
berkuatkuasa pada 1 Januari 1987. Kedah, Melaka dan Selangor meluluskan undang-undang
yang serupa dalam tahun 1988.
9

Undang-undang di negeri Selangor antaranya memperuntukkan bahawa menjadi


kesalahan menggalakkan, mempengaruhi atau membangkitkan perasaan seorang Islam untuk
menukar agama; menyebabkan seorang kanak-kanak Islam dipengaruhi oleh unsur-unsur
bukan agama Islam; mendekati seorang Islam untuk tujuan bersyarah atau menunjukkan
beliau apa-apa perkara tentang agama bukan Islam; menghantar apa-apa juga bahan bertulis
tentang agama bukan Islam kepada seorang Islam; dan mengedarkan apa-apa jua bahan
bertulis tentang agama bukan Islam kepada orang Islam di tempat awam.

Perkara 13 fasal (2) memperuntukkan;Tiap-tiap agama adalah berhak menubuhkan


dan menyenggara institusi untuk pelajaran kanak-kanak dalam agama kumpulan itu sendiri,
dan tidaklah boleh ada perbezaan semata-mata undang-undang berkaitan dengan institusi-
institusi itu atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang itu; tetapi adalah sah bagi
Persekutuan atau sesuatu negeni menubuhkan atau menyenggara institusi-institusi Islam atau
mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan
apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang diperlukan bagi maksud itu.

Untuk tujuan ini seksyen-seksyen 36 dan 37 Akta Pendidikan 1961 menghendaki


sebarang sekolah yang menerima bantuan kerajaan menyediakan dan mengajar pelajaran
pengajian Islam dengan syarat jumlah pelajar-pelajar yang layak mempelajarinya tidak
kurang daripada 15 orang.Undang-undang Islam pada dasarnya adalah di bawah bidangkuasa
Dewan Undangan Negeri. Namun begitu perkara dalam bidangkuasa mereka sangatlah
terhad. Antaranya ialah dalam hal ehwal keluarga, nikah, cerai, penjagaan anak, harta
sepencarian, harta pusaka, wakaf dan beberapa perkara lain (lihat Senarai II, Jadual
kesembilan Perlembagaan Persekutuan).
10

Bidangkuasa jenayah hanyalah merangkuini kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh


orang-orang yang menganut agama Islam terhadap rukun-rukun Islam; kecuali tentang
perkara-perkara yang termasuk dalam senarai Persekutuan (di mana Parlimen mempunyai
bidangkuasa). Apa yang nyata ialah bidangkuasa ini hanya ke atas orang-orang Islam dan
tidak termasuk semua aspek perundangan. Mahkamah di zaman penjajahan Inggeris
menerima hakikat bahawa undang-undang Islam ialah undang-undang asal di Tanah Melayu.

Pindaan kepada Perkara 121 dan Perkara 5 memberi nafas baru khususnya kepada
bidangkuasa Mahkamah Syariah. Perkara 121 fasal (1) menyatakan bahawa terdapat dua
Mahkamah Tinggi yang mempunyai bidangkuasa yang selaras dan setaraf. Fasal (IA) telah
ditambah kepada Perkara 121 dengan memperuntukkan, "Mahkamahmahkamah yang
disebutkan dalam fasal (1) tidaklah boleh mempunyai bidangkuasa berkenaan dengan apa-apa
perkara dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah .

Profesor Ahmad Ibrahim menyatakan;Satu cara pendekatan lain kepada Perlembagaan


Malaysia ialah dengan cara yang lebih positif iaitu dengan menerimanya dan mencuba sedaya
upaya kita untuk mempertahankan prinsip-prinsip sebuah negara Islam. Penerimaan terhadap
Perlembagaan Persekutuan dapat dicapai melalui perundingan dan kompromi yang dicapai
oleh semua kaum di Malaysia. Kita seharusnya menghormati perjanjian yang berdasarkan
persefahaman dan persahabatan di antara pelbagai kaum. Pada masa yang sama kita mesti
cuba untuk memikirkan dan melakukan perkara yang positif supaya menjadikan
perlembagaan dengan cara tertentu dapat mempertahankan prinsip-prinsip kerajaan Islam
dengan mengambil kira hak-hak kepentingan semua kaum di Malaysia.

Jika undang-undang yang dikanunkan berlandaskan perlembagaan yang tidak dapat


dijalankan atau hak yang dijanjikan di dalamnya tidak dapat ditunaikan, maka perlembagaan
itu tidak bermakna. Oleh itu, perlembagaan mestilah dipegang teguh dan seimbang dengan
hasrat orang ramai. Yang nyata ialah perlembagaan bukan sahaja merupakan sebuah fikiran
atau syor, tetapi merupakan undang-undang agung negara.
11

Mengemukakan EMPAT peruntukan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-


undang tertinggi di Malaysia

Diantara cirri-ciri penting di dalam Perlembagaan Malaysia ialah Islam merupakan


agama bagi Persekutuan. Dalam Perlembagaan Malaysia terdapat beberapa peruntukan yang
boleh menjelaskan kedudukan Islam dalam Perlembagaan. Peruntukan ini bergantung kepada
sejauh mana ia diberi kedudukan dalam Perlembagaan sebagai undang-undang utama
Persekutuan (perkara 4(1). Peruntukan Islam dalam Perlembagaan tidak bebas daripada
peruntukan-peruntukan lain. Perkara 3(4) Perlembagaan Malaysia ada menyatakan bahawa
tiada apa-apa dalam Perkara 3 (mengenai agama Islam) mengurangkan kuasa mana-mana
peruntukan lain dalam Perlembagaan.

Peruntukan agama Islam sebelum merdeka pertama kalinya dimasukkan ke dalam


Perlembagaan bertulis Terengganu 1911 dan Perlembagaan Johor 1895. Persoalan sama ada
peruntukan Islam sebagai agama Persekutuan perlu dimasukkan dalam Perlembagaan
Persekutuan telah ditimbang oleh Suruhanjaya Reid ketika mana negara berada diambang
kemerdekaan. Majoriti anggota Suruhanjaya tidak mencadangkannya setelah mengambil kira
pandangan Raja-raja Melayu dan memandangkan kedudukan agama Islam sudah dianggap
kukuh kerana telahpun menjadi agama negeri sebelum itu. Namun demikian peruntukan
Islam dan kebebasan beragama akhirnya diterima berasaskan pandangan Jawatankuasa Kerja,
dan sebenarnya pandangan ini telah dicadangkan oleh parti Perikatan dan telah mendapat
sokongan daripada salah seorang anggota Suruhanjaya Perlembagaan iaitu Hakim Abdul
Hamid dalam note of dissent beliau kepada Suruhanjaya Reid.

Ketika Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, masyarakat pada ketika itu adalah
berbilang kaum yang terdiri daripada orang-orang Melayu yang diwakili UMNO, orang-
orang Cina yang diwakili MCA dan orang-orang India yang diwakili MIC. Peruntukan
Perlembagaan antaranya adalah berkaitan dengan kedudukan agama Islam dan kebebasan
beragama adalah hasil daripada tawar-menawar dan persetujuan berbagai-bagai kaum. Islam
diterima sebagai agama Negara oleh orang-orang Cina dengan syarat diberi jaminan
12

kebebasan beragama. Jaminan ini dipersetujui oleh orang-orang Melayu selama mana hak
penyebaran agama bukan

Islam tidak ditujukan kepada orang-orang Islam. Hasil daripada persetujuan tersebut
Perkara 3(1) telah dimasukkan dalam Perlembagaan Merdeka iaitu Islam adalah agama bagi
Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-
mana bahagian persekutuan. Hak kebebasan agama dipekukuhkan di bawah perkara 11(1),
tetapi dengan dikenakan syarat penyebaran apa-apa kepercayaan atau agama bukan Islam
tidak dibenarkan dilakukan dikalangan orang-orang Islam (perkara 11(4).Apabila Malaysia
hendak ditubuhkan dengan menggabungkan Negeri-Negeri Sarawak, Sabah dan Singapura
dengan Tanah Melayu, kerisauan dan bangkangan sekali lagi disuarakan oleh penduduk
bukan Islam yang membentuk majoriti penduduk negeri tersebut mengenai Perkara 3, kerana
mereka takut dikuasai oleh orang-orang Melayu baragama Islam.

Suruhanjaya Cobbold mencadangkan supaya peruntukan itu tidak dipakai untuk


Sabah dan Sarawak. Perkara ini telah dibincangkan dalam intergovernmental committee 1962
dan semua pihak sekali lagi bersetuju dengan peruntukan tersebut dan penegasan dinyatakan
secara khusus dalam report of the governmental committee 1962. penegasan yang sama juga
telah diberikan kepada Perkara 11 iaitu peruntukan tambahan mengenai kebebasan beragama.
Menurut Profesor Ahamad Ibrahim, peruntukan Perkara 3 merupakan antara yang terpenting
dalam Perlembagaan. Ini adalah kerana banyak salah faham berlaku mengenai tafsirannya
yang diantaranya ialah mengenai pendapat yang menyatakan bahawa setiap ucapan rasmi di
Persekutuan mesti diselitkan dengan unsur-unsur amalan daripada agama Islam.

Tafsiran seperti ini adalah tidak benar sama sekali kerana perkara 3 memberi
kebebasan yang meluas untuk penganut-penganut agama lain dalam mengamalkan
kepercayaan mereka masing-masing.. Apabila diteliti kepada perkara 11 ini, maka satu
persoalan akan timbul iaitu sejauh mana dan setakat mana yang dikatakan Islam sebagai
agama persekutuan itu diamalkan dan dilindungi. Fasal (4) dalam Perkara 11 telah
memperuntukan bahawa undang-undang negeri dan undang-undang Persekutuan boleh
13

mengawal dan menyekat pengembangan mengenai apa-apa iktikad atau kepercayaan agama
daripada kalangan orang yang menganuti agama Islam.

Hakikat sejarah yang kita tidak dapat dinafikan ialah, raja-raja Melayu merupakan
pencetus dan menjadi dasar kepada identiti tanahair kita. Perkara ini telah diambil perhatian
dalam proses penggubalan Perlembagaan dalam membentuk Malaysia sebagai sebuah
negara merdeka dan berdaulat. Menerusi dua institusi raja-raja, iaitu Majlis Raja-Raja dan
Yang diPertuan Agong, Perlembagaan Persekutuan meletakkan raja-raja Melayu pada suatu
yang tempat yang tinggi dan penting. Terdapat pelbagai peruntukan khusus mengenai
Majlis Raja-Raja dengan kuasa dan peranan yang tertentu. Manakala Yang di-Pertuan Agong
puladiangkat sebagai Ketua Utama Negara. Baginda sebahagian daripada Badan
Perundangan atau Parlimen. Baginda juga diletakhak oleh Perlembagaan Persekutuan dengan
kuasa Pelaksana atau kuasa eksekutif.

Kefahaman mengenai kedudukan raja-raja Melayu tidak menjadi lengkap jika tidak
dihayati falsafah hidup orang-orang Melayu, terutamanya dalam aspek ‘kedirajaan’. Ada
pandangan yang menggambarkan Raja-raja Melayu bukan sahaja puncak kepada ketuanan
Melayu, tetapi juga mempunyai ciri-ciri kerabbanian atau ‘bayangan Tuhan di muka
bumi.Ringkasnya, hakikat sejarah bahawa Raja-Raja Melayu merupakan sumber kekuasaan
sudah begitu sinonim dengan falsafah masyarakat Melayu. Kekusaan tersebut dihujahkan
oleh sesetengah penulis sebagai satu warisan yang dirujuk kepada kehendak agama
Islam.Walau apa juga pandangan atau kritikan terhadap perndapat ini, ia menunjukkan
kedudukan yang begitu tinggi bagi dipadankan dengan status raja-raja dalam masyarakat
Melayu.
Perlembagaan Persekutuan meletakkan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua utama
negara(per. 32), yang secara undang-undangnya menganggotai tiga badan kerajaan, iaitu
badan Perundangan (Legislatif), Badan Pemerintah (Eksekutif) dan Badan Kehakiman

14

(Judisiari).Perkara 44 meletakkan Yang di-Pertuan Agong sebagai satu daripada tiga unsur
Parlimen. Baginda mempunyai kuasa memanggil, menangguh dan membubarkan Parlimen
(per. 55) serta meletakkan cop mohor kepada Rang undang-undang yang telah diluluskan
oleh Badan Perundangan dalam proses penggubalan undang-undang (per. 66).

Baginda merupakan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera (per. 41). Yang di-
Pertuan Agong berkuasa mengampunkan dan menangguhkan sesuatu hukuman (per. 42).
Baginda bertangjungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa
orang Melayu serta kepentingan bangsa lain (per. 153). Melalui kuasa budi bicara,
menitahkan Majlis Raja-Raja Melayu mengadakan mesyuarat bagi membincangkan
keistimewaan, kedudukan, kehormatan dan kemuliaan Raja-Raja Melayu (per. 40(2)(c) ),
Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau
Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah (per. 3).

Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana
Menteri daripada mana-mana ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mungkin
mendapat kepercayaan (per. 40(2)(a) dan 43(2)(a). Baginda juga boleh menggunakan kuasa
budi bicara untuk membubar Parlimen sekiranya terdaapt permintaan Perdana Menteri (per.
40(2)(a)(b). Baginda mempunyai kuasa melantik dan melucutkan jawatan Jemaah Menteri
dan Timbalan Menteri setelah mendapat nasihat Perdana Menteri (per. 43(5). Yang di-
Pertuan Agong boleh membuat pengisytiharan darurat (per. 150) dan juga membuat undang-
undang (ordianan) darurat sekiranya kedua-dua Dewan Parlimen tidak bersidang secara
serentak (per. 150(2B). Atas nasihat Perdana Menteri, baginda mempunyai kausa melantik
ahli suruhanjaya-suruhanjaya yang ditubuhkan oleh Perlembagaan, seperti Suruhanjaya Polis
(per. 140), Pelajaran (per. 141A). Baginda juga melantik Peguam Negara atas nasihat Perdana
Menteri (per. 145).

15

Bagi menjamin kelangsungan tradisi institusi raja, sudah tentu perubahan perlu
berlaku dalam institusi raja. Ini akan menjadikan kedudukan institusi tersebut selaras dengan
selaras dengan tuntutan masa. Sikap tekun memajukan diri, berkongsi kekayaan dan
penegasan dalam beberapa perkara adakalanya sangat diperlukan. Walaupun
kedudukan institusi raja dalam Perlembagaan dan sistem perundangan negara agak
menyerlah, kita tidak boleh mengharapkan apa yang terpahat dalam undang-undang itu tidak
terhakis. Ini kerana apa yang disebut mengenai Perlembagaan ialah, ia undang-undang
organik yang boleh diubah serta bergantung dan berpunca kepada tatarajah politik.

Selain daripada itu, sistem monarki dan beperlembagaan tidak patut dijadikan alasan
menyekat sumbangan raja kepada negara. Melonjakkan kredibiliti sebagai raja; mendekatkan
diri dengan masalah rakyat serta meningkat taraf hidup rakyat adalah juga boleh ditakrifkan
sebagai maksud tersirat dalam raja berperlembagaan. Raja beperlembagaan bukan hanya
merujuk kepada raja yang bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri semata-mata hatta
dalam hal yang begitu jelas bermotifkan politik. Raja berperlembagaan harus bijaksana
mempastikan konsep ‘constitutionlism’ terutamanya penyalahgunaan kuasa dilaksana
sepenuhnya.

Bahasa Kebangsaan adalah Bahasa Melayu (bukan Bahasa Malaysia) adalah


diperuntukkan dibawah Perkara 152 Perlembagaan dan tiada sesiapapun boleh dilarang atau
ditahan daripada menggunakan atau mengajar atau belajar apa-apa bahasa yang lain. Artikel
ini adalah jelas mengenai kedudukan Bahasa Melayu. Seperti yang termaktub dalam Perkara
152 Perlembagaan Persekutuan bahasa telah dimartabatkan sebagai Bahasa Kebangsaan dan
asas pembinaan negara. Sesungguhnya Perkara 152 ini telah mengiktiraf dan
mengisytiharkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta bahasa rasmi negara.
Semestinya sebagai warga Malaysia yang merdeka kita harus bangga kerana memiliki bahasa
kita sendiri sebagai identiti jati diri yang unggul sejajar dengan tuntutan Wawasan 2020. dan
membincangkan bahasa Melayu bukan sahaja berperanan sebagai bahasa kebangsaan

16

malahan menjadi wadah warga Malaysia dari semua aspek dalam menjalankan ranah dan
agenda negara dalam konteks Negara Bangsa. Oleh yang demikian, peranan bahasa Melayu
tidak boleh dipandang ringan oleh warga Malaysia jika mahu melihat negara kita maju
seiring dengan negara lain khususnya dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa
ilmu di persada antarabangsa.

Status atau kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pembentukan tamadun bangsa
kini makin tercabar di negara kita kerana sikap sesetengah pihak yang memandang remeh
terhadap kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sekali gus meminggirkan
peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam konteks negara bangsa. Malah
kedudukan bahasa kini mula mengalami perubahan ketara apabila bahasa Inggeris digunakan
sebagai bahasa pengajaran dalam mata pelajaran Sains dan Matematik telah menafikan
kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Pelbagai usaha telah, sedang, dan akan
dijalankan bagi mempertahan dan memantapkan penggunaan bahasa Melayu agar tidak
lenyap di telan zaman. Seperti kata Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan Datuk Dr. Hassan
Ahmad ketika membentangkan kertas kerja ‘Masalah Bahasa Atau Masalah Pengguna
Bahasa? Membetulkan Sikap dan Persepsi Manusia Terhadap Bahasa Melayu’, di DBP di
Kuala Lumpur.

Parlimen terdiri dari Dewan Rakyat dan Dewan Negara sebagai satu badan
perundangan, Parlimen terdiri dari Yang Di Pertuan Agong dianggotai oleh ahli-ahli yang
dipilih melalui pilihraya dan Dewan Negara dianggotai oleh ahli=ahli dewan negeri dan ahli-
ahli yang dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong. Parlimen Malaysia terdiri daripada dua buah
Dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Tugas utama Dewan rakyat adalah untuk
meluluskan undang-undang, menetukan belanjawan Negara dan mengawasi perjalanan
pentadbiran kerajaan.

17

Tugas utama Dewan Negara ialah membahaskan sesuatau rang undang-undang yang
telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan juga bagi membincangkan perkara-perkara yang
menjadi kepentingan umum. Menurut Perkara 68 Perlembagaan Persekutuan, Dewan Negara
tidak mempunyai kuasa menolak undang-undang tetapi mempunyai kuasa menangguh
sesuatu rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat sebelum dikemukan kepada
Yang Di Pertuan Agong untuk diperkenankan, contohnya Rang Undang-undang Kewangan.
Tempoh penangguhan oleh Negara ialah 30 hari, bagi rang undang-undang yang lain
tempohnya ialah setahun.

EMPAT peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dengan agama dan


undang-undang Islam

Kedudukan Islam di dalam kerangka perundangan Malaysia sudah dibahaskan seawal


zaman pra-merdeka. Kedatangan penjajah British ke Tanah Melayu bukan sahaja membawa
pedagang dan muballigh Kristian, tetapi juga para hakim yang bertanggungjawab mengubah
landskap perundangan sedia ada. Kebanyakkan negeri-negeri Melayu ketika itu telah sedia
melaksanakan hukum syarak ke atas orang Islam secara berdaulat dan mutlak sebelum dijajah
dan kemudiannya disekat kepada perkara yang berkaitan dengan undang-undang keluarga,
hartanah dan perwarisan sahaja. Sikap yang diambil oleh hakim-hakim Inggeris ini terhadap
aplikasi undang-undang Islam berbeza dari satu kes kepada kes yang lain.

Mahkamah di dalam kes Ramah lawan Laton (1927) umpamanya memutuskan


undang-undang Islam berkaitan pewarisan harus digunapakai bagi memutuskan perebutan
harta yang melibatkan isteri si mati. Begitu juga di dalam kes Shaik Abdul Latif lawan Shaik
Elias Bux. Isu utama dalam kes ini berkaitan undang-undang manakah yang harus
digunapakai bagi menentukan kesahihan wasiat yang dibuat oleh si mati. Mahkamah
memutuskan undang-undang Islam harus digunapakai bagi menentukan kesahihan wasiat
tersebut. Walaubagaimanapun, pendekatan sebegini tidak bersifat menyeluruh. Undang-
undang Islam diberikan haknya pada satu masa dan dinafikan pada suatu masa yang lain.

18
Keadaan ini berterusan sehinggalah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dan
mempunyai Perlembagaannya sendiri. Aplikasi undang-undang Islam (walaupun hanya
terhad kepada perkara tertentu) dilihat lebih stabil dan konsisten. Keadaan ini bertambah baik
dengan pindaan perlembagaan pada Perkara 121 dengan memasukkan Klausa 1(A) yang
meletakkan Mahkamah Syariah berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan
Mahkamah Sivil. Sehinggalah pindaan ini dibuat, Mahkamah Syariah bersifat kelas kedua
dan keputusanya boleh dicabar di Mahkamah Sivil dan bukan sebaliknya.

Semenjak kewujudan perlembagaan Malaysia, polemik berkaitan kedudukan Islam


bertitik tolak dari pemahaman dan penafsiran Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan. Perkara 3
Perlembagaan Persekutuan menyebut: “Islam merupakan agama rasmi persekutuan dan
agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan harmoni”.Peruntukan seumpama ini
dimasukkan buat pertama kali di dalam Perlembagaan Negeri Johor semasa pemerintahan
Sultan Abu Bakar. Seterusnya ia dicadang dan dipersetujui untuk dimasukkan ke dalam draf
perlembagaan Malaysia bersama dengan jaminan kebebasan beragama kepada rakyat yang
beragama lain.

Penafsiran popular terhadap Islam sebagai agama rasmi dalam Perkara 3


Perlembagaan Malaysia mengatakan perkataan Islam adalah terhad kepada perkara yang
bersifat ritual dan keramaian. Ia tidak menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam,
bahkan ia kekal dengan sifatnya sebagai sebuah negara sekular. Penafsiran ini berdasarkan
pada beberapa sandaran.Pertama: Kertas Putih kepada Draf Perlembagaan Malaysia
menyebut:“….di sana telah dimasukkan peruntukan yang menjadikan Islam sebagai agama
rasmi persekutuan di dalam Perlembagaan Malaysia. Peruntukan ini walaubagaimanapun,
ama sekali tidak menjejaskan sifat sekular persekutuan”.Kedua: Kenyatan daripada Perdana
Menteri pertama Malaysia, Tuanku Abdul Rahman di dalam Parlimen Malaysia yang
menyebut:“

19
Saya ingin menjelaskan di sini bahawa negara ini bukanlah sebuah negara Islam
seperti yang difahami oleh kebanyakkan, kita hanya memasukkan perkataan Islam di dalam
perlembagaan dengan maksud ianya sekadar agama rasmi persekutuan…”Ketiga: Mahkamah
di dalam beberapa kes telah membuat ketetapan berhubung penafsiran maksud Islam sebagai
agama rasmi persekutuan.Di dalam kes Che Omar bin Che Soh lawan Pendakwa Raya
umpamanya, mahkamah tidak berganjak dari memberi mafhum yang sempit kepada
perkataan Islam di dalam perlembagaan. Perayu di dalam kes ini mencabar di mahkamah
kesahihan hukuman mati yang dijatuhkan ke atasnya berdasarkan kepada Perkara 3.

Perlembagaan Persekutuan. Perayu mendakwa, memandangkan Islam sebagai agama


persekutuan, maka hukuman mati yang dijatuhkan bercanggah dengan Perlembagaan
Malaysia kerana hukuman gantung tidak termasuk di dalam mana-mana hukuman Islam.
Walaubagaimanapun Hakim Tun Salleh Abbas di dalam penghakimannya menolak
penghujahan ini dengan katanya:“...di sana tidak ada keraguan bahawasanya Islam bukan
sekadar agama yang berkaitan dengan perkara ritual, bahkan ia sebuah agama yang
merangkumi cara hidup yang merangkumi soal politik, undang-undang, ekonomi, akhlak,
sosial dan sebagainya. Cuma persoalanya di sini, adakah Islam yang sebegini yang difahami
oleh penggubal Perlembagaan Malaysia ketika memasukkan perkataan Islam di dalam
perlembagaan?

Maka menurut pandangan saya, berdasarkan kepada pertimbangan sejarah


perundangan Malaysia, Islam yang difahami oleh penggubal perlembagaan, bukan Islam
yang kita fahami, sebaliknya Islam yang difahami oleh mereka ketika memasukkan Islam
sebagai agama rasmi adalah Islam yang memisahkan soal agama dan politik. Sekiranya Islam
yang difahami oleh penggubal perlembagaan sebagai Islam yang lengkap dan syumul,
pastinya di sana akan terdapat peruntukan khusus di dalam Perlembagaan Malaysia yang
menyebut, mana-mana undang-undang yang bercanggah dengan undang-undang Islam akan
terbatal dengan sendiri...”Penafsiran yang sama juga dapat dilihat di dalam kes Hajjah
Halimatussaadiah lawan Perkhidmatan Awam.

20
Dalam kes ini Plaitif merupakan seorang kerani di pejabat Penasihat Undang-Undang
Negeri Perak memakai purdah di waktu pejabat. Pemakaian purdah itu dikatakan bercanggah
dengan surat pekeliling yang berbunyi “ apa-apa pakaian yang menutup muka tidak boleh
dipakai sewaktu bekerja”.Mahkamah memutuskan, dalam kontek Islam sebagai agama rasmi
dan kebebasan beragama yang dijamin oleh perlembagaan tidak membenarkan sebarang
tindakan yang menjejaskan ketenteraman awam. Larangan terhadap seseorang pegawai awam
wanita untuk memakai pakaian yang menutup aurat semasa bekerja tidak menjejaskan hak
perlembagaan beliau untuk mengamalkan agama Islam.Hakim Mohd Noor Abdullah di
dalam kes Meor Atiqulrahman bin Ishak lawan Fatimah bt Sihi memperlihatkan suatu
pembaharuan berani yang sangat positif.

Pendekatan yang diambil memberi perspektif baru kepada penafsiran Islam di dalam
Perlembagaan Persekutuan.. Kalimah Islam diberikan penafsiran yang lebih luas, lunak dan
Islamik. Didalam kes ini perayu merupakan adik-beradik yang dibuang oleh pihak sekolah
akibat kesalahan memakai serban. Memakai serban semasa sesi persekolahan dianggap
bertentangan dengan peraturan pakaian seragam Sekolah Kebangsaan Serting Hilir Bandar
Baru Serting Negeri Sembilan. Perayu merayu perintah mahkamah untuk mengisytiharkan
pembuangan sekolah itu tidak sah dan terbatal serta mereka hendaklah diterima semula
belajar di sekolah itu.Semasa penghakimannya, Hakim Mohd Noor Abdullah menyebut:
“..Islam sebagai ad-deen merangkumi keseluruhan aktiviti kehidupan manusia dari lahir
sehingga mati, dari bangun pagi hingga ke tidur malam seperti yang ditunjukkan oleh baginda
Rasulullah s.a.w. Islam di dalam Perlembagaan Malaysia bukan setaraf dengan agama lain,
bukan duduk bergandingan bahu atau berdiri sama tegak. Ia duduk di atas , ia berjalan
dahulu, terletak di tempat medan dan suaranya lantang kedengaran.

Walaupun kes yang berkaitan dengan penafsiran Islam sudah beberapa kali
diputuskan oleh mahkamah, Hakim Mohd Noor dengan berani memilih untuk tidak terikat
dengan keputusan sebelumnya yang memberi pengertian sempit kepada perkataan Islam di
bawah Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan Beliau memetik kata-kata Raja Azlan di dalam
kes Dato Menteri Othman bin Baginda lawan Dato Ombi Syed Alwi Syed Idrus di mana

21
beliau menyebut“…di dalam menafsir peruntukan perlembagaan dua perkara perlu diingat.
Pertama, keputusan duluan hendaklah memainkan peranan yang minima. Kedua,
perlembagaan mesti dilihat sebagai suatu dokumen yang hidup dan peruntukannya perlu
diberi maknanya yang luas bukannya sempit”.Berpandukan kepada kata-kata ini, beliau
membuat kesimpulan dengan menyebut “…..adalah suatu penghinaan kepada Raja-raja
Melayu yang mendesak dimasukkan ‘the Muslim or Islamic faith to be the established
religion of the federation’ sekiranya perjuangan itu sekadar ‘menelurkan’ ‘Islamic rituals and
ceremonies’ sahaja dan bukan ad deen as a complete way of life…’. Beliau menutup
penghakiman dengan menyebut ”masalah ini timbul kerana orang Melayu takut kepada
bahasa Melayu dan orang Islam takut pada Islam. Mereka bertindak atas apa kata orang
bukannya atas apa kata diri sendiri.”

Secara kesimpulannya, kita boleh mengatakan dilalah yang terdapat di dalam


Perlembagaan Malaysia berhubung kedudukan Islam bersifat zonni bukannya qot’ie. Ini
kerana perlembagaan tidak menyebut dengan jelas dan peruntukan sedia ada boleh menerima
pelbagai penafsiran. Oleh yang demikian, tokoh perundangan Malaysia Prof Tan Sri Ahmad
Ibrahim menekan kepentingan untuk melihat Perlembagaan Malaysia melalui perspektif
positif dalam konteks perlaksanaan Islam di Malaysia. Adalah tidak bijak menurut beliau
untuk kita selamanya mengambil pendekatan negatif yang sering melabel dan melihat
Perlembagaan Malaysia sebagai sekular. Ini kerana kebanyakkan peruntukan di dalam
Perlembagaan Malaysia bersifat anjal dan boleh dilenturkan mengikut kehendak perundangan
Islam.

Sebagai contoh, Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan perlembagaan


sebagai undang tertinggi negara dilihat menjadi cabaran kepada perlaksanaan syariat Islam di
Malaysia. Sekiranya di cermati Perkara 4 ini, kita akan mendapati peruntukan ini menyebut
mana-mana undang-undang yang diluluskan selepas merdeka dan bercanggah dengan
Perlembagaan Persekutuan maka undang-undang tersebut terbatal dengan sendirinya.
Maka menurut Prof Ahmad Ibrahim, undang-undang Islam tidak termasuk di dalam ruang
lingkup peruntukan dengan dua alasan.Pertama, yang dimaksudkan undang-undang di dalam

22
Perkara 4 merupakan undang-undang yang diistilahkan sebagai undang-undang bertulis.
Undang-undang bertulis merujuk kepada undang-undang ciptaan manusia yang diluluskan di
parlimen. Justeru, undang-undang Islam tidak termasuk didalam pengertian ini kerana ia
merupakan syariat yang diturunkan oleh Allah s.w.t dan bersih dari campuran akal manusia.

Kedua, undang-undang yang dimaksudkan di dalam Perkara 4 juga merujuk kepada


undang-undang yang diluluskan selepas merdeka. Ini sekali lagi mengeluarkan undang-
undang Islam kerana ia tidak diluluskan selepas merdeka bahkan diluluskan oleh Allah s.w.t
semenjak dari awal kerasulan baginda Nabi Muhammad s.a.w.Mungkin akan ada yang
berhujah bahawa undang-undang Islam tidak diiktiraf oleh Perlembagaan Malaysia kerana
Perkara 160 tidak memasukkan undang-undang Islam sebagai sebahagian daripada undang-
undang yang diiktiraf. Maka sekali lagi Perkara 160 perlu dicermati. Perkara 160 tidak
menyenaraikan dengan terperinci tentang apakah yang dikatakan undang-undang Malaysia
sebaliknya menggunakan perkataan “undang-undang Malaysia termasuklah…..”. Perkataan
“termasuklah” menunjukkan senarai undang-undang yang dinyatakan tidak bersifat
“exhaustive” (penghabisan) sebaliknya memasukkan undang-undang lain yang tidak
dinyatakan didalam Perkara 4 Perlembagaan Malaysia.

Undang-undang yang tidak dinyatakan disini termasuklah Undang-Undang Islam.Di


sana terdapat pelbagai jalan keluar kepada setiap peruntukan yang dianggap sebagai
menghalang perlaksanaan syariat Islam di Malaysia. Ruangan yang ada tidak mengizinkan
untuk dibentangkan kesemuanya. Cukuplah sekadar dua contoh utama yang dinyatakan oleh
Prof Ahmad Ibrahim sebagai gambaran betapa sikap positif terhadap Perlembagaan Malaysia
menatijahkan jalan keluar kepada kekangan yang ada. Maka dalam konteks ini, selain dari
kehendak politik, sikap para pengamal undang-undang amat mustahak dalam menentukan
perlaksanaan syariat Islam dalam kerangka Perlembagaan Malaysia sebagai suatu yang boleh
dilaksanakan.
23

Hanya ada dua fasal dalam perlembagaan negara yang menyentuh secara jelas
mengenai kedudukan agama Islam iaitu dalam Perkara 3 dan Perkara 11.
Kedua-dua perkara ini sering dijadikan asas dan kayu pengukur perbahasan yang
membabitkan isu berkaitan kebebasan beragama dalam kalangan rakyat Malaysia.
Perkara 3 menyebut bahawa Islam adalah agama rasmi persekutuan, manakala Perkara 11
menyentuh larangan menyebarkan dakwah ajaran selain Islam kepada umat Islam.
"Mula-mula kita harus faham bahawa istilah ‘agama rasmi persekutuan’ bermaksud Islam
adalah agama rasmi semua negeri di Malaysia, kecuali Sarawak.

Ia hanyalah satu konsep di peringkat persekutuan, tetapi tidak mempunyai kuasa


mutlak terhadap perlaksanaan dan penguatkuasaan agama Islam di negeri-negeri. "Ketua
agama setiap negeri adalah raja-raja. Yang di-Pertuan Agong bukanlah ketua agama Islam
negara tetapi baginda bertindak sebagai ketua agama Islam di Wilayah Persekutuan
(Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan) dan beberapa negeri lain yang tidak mempunyai raja.
Meskipun Islam diiktiraf sebagai agama rasmi, Perkara 3 turut menjelaskan bahawa agama
lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan. mengenai
Perkara 11 yang menyatakan tiap-tiap individu di negara ini berhak menganuti dan
mengamalkannya, tetapi tidak dibenar mengembangkan ajaran mereka kepada orang
beragama Islam."Anda boleh sebarkan ajaran agama anda kepada sesiapa pun. Tetapi dalam
kurungan empat (4) perkara ini, undang-undang negeri dan persekutuan boleh mengawal atau
menyekat perkembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama dalam kalangan orang
yang menganuti agama Islam,

.Di sinilah selalu berlakunya kekeliruan. Pengertian ‘mengembangkan ajaran’ kepada


orang Islam amat mudah disalah erti, jika tiada pengetahuan yang mendalam daripada aspek
undang-undang mengenainya. Penjelasan mengenai Perkara 3 dan Perkara 11 di atas
menunjukkan bahawa secara umum, tiada larangan terhadap penggunaan mana-mana
perkataan yang boleh dikaitkan dengan identiti Islam.Jika ia mahu digunakan secara tertutup,
tidak melibatkan individu beragama Islam, tiada masalah. Ambil contoh, jika paderi Andrew

24

mahu menggunakan ayat “Musim ini musim haji, orang Islam pergi ke Mekah mengelilingi
Kaabah sebagai tanda ibadah mereka kepada Allah" dalam ceramahnya kepada pengikutnya
di gereja, itu tidak menyalahi undang-undang.untuk makluman, perkataan ‘haji’, ‘Mekah’,
‘ibadah’ dan ‘Kaabah’ adalah antara perkataan lain selain ‘Allah’ yang dilarang
penggunaannya oleh masyarakat bukan Islam menurut Enakmen 1988 Negeri
Selangor Enakmen itu turut menguatkan lagi Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan yang
tidak membenarkan orang bukan Islam mengembangkan ajarannya kepada orang Islam.

"Istilah ‘mengembangkan ajaran’ boleh diertikan dengan cara pujuk rayu, paksaan
atau memberi sebarang pemberian berkenaan agama (bukan Islam) tentang agamanya kepada
orang Islam', kata Azam.Ini termasuklah aktiviti mengedarkan naskah Al-Kitab kepada orang
Islam dan buku-buku dan komik-komik yang mengajarkan tentang konsep ‘trinity’ kepada
pelajar sekolah beragama Islam.Menjelaskan hal di mana orang bukan Islam perlu mengguna
istilah ‘ALLAH’ dalam keadaan tertentu, contohnya, pelajar sekolah menyanyikan lagu
negeri yang terdapat perkataan Allah dalam liriknya. "Contohnya, lirik '... ALLAH lanjutkan
usia Tuanku...' dalam lagu negeri Selangor. Itu tidak salah jika dinyanyikan orang bukan
Islam kerana ia bukan satu bentuk dakwah".

Walaupun ada pihak yang berpendapat bahawa undang-undang berkaitan agama


Islam tidak tertakluk ke atas orang bukan Islam, Enakmen 1988 ada satu ciri istimewa iaitu ia
diwartakan sebagai undang-undang sivil negeri Selangor."Jika ada pihak yang langgar
peraturan ini, mereka boleh didakwa di mahkamah ALLAH - BOLEHKAH?
Perbalahan paling hangat mengenai penggunaan kalimah ALLAH. Berlandaskan hujah-hujah
yang telah dinyatakan Azam, jelas menunjukkan bahawa orang bukan Islam boleh
menggunakannya jika menepati syarat.Penggunaan kalimah ALLAH dalam kalangan
penganut Kristian tidak pernah menimbulkan masalah sehinggalah sejak akhir-akhir ini
kerana penggunaannya yang tidak terkawal.

25

Menggunakan perkataan Allah itu sendiri adalah satu bentuk ‘prima facie’(bukti awal)
bahawa terdapat niat untuk mengembangkan ajaran itu.Menterjemah perkataan ‘god’ kepada
ALLAH itu sendiri mengelirukan umat Islam kepada kepercayaan bahawa ALLAH orang
Islam dan ALLAH orang Kristian itu sama, ALLAH bagi orang Islam ialah hanya satu,
ALLAH yang Maha Esa tetapi bagi orang Kristian, konsep ‘Trinity’ dalam ketuhanan, tidak
boleh diterjemah kepada perkataan ALLAH sebagaimana dianuti orang Islam.Perlu kita sedar
bahawa kes yang dibicarakan di mahkamah, yang menjadi isu hangat hari ini sedikit pun
tidak menyentuh tentang penggunaan perkataan Allah dalam Al-Kitab, tetapi hanyalah
penggunaannya dalam penerbitan majalah The Herald edisi Bahasa Melayu sahaja."Isu
penggunaan perkataan Allah dalam Al-Kitab masih belum pernah dibawa ke mahkamah
hingga ke hari ini.

Pindaan kepada Perlembagaan yang disebut itu boleh dikatakan telah memulihkan
taraf Mahkamah Syariah dan ia tidaklah dipandang lebih rendah dari Mahkamah Sivil.
Mahkamah Syariah telah dibebaskan daripada gangguan dari Mahkamah Sivil dan ia juga
perlu dibebas dari kawalan Majlis Agama Islam di tiap-tiap negeri. Di dalam penyusunan
semula hal ehwal pentadbiran agama Islam di negeri-negeri dibezakan dan diasingkan
antarakuasa majlis AgamaIslam, Mufti dan mahkamah Syariah. Mahkamah Syariah diadakan
di.tiga peringkat Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah
Rayuan Syariah. Rayuan boleh dibuat dari Mahkamah Rendah Syariah kepada Mahkamah
Tinggi Syariah dan dari Mahkamah Tinggi Syariah ke Mahkamah Rayuan Syariah.

Di beberapa negeri juga telah diadakan undang-undang berasingan mengenai acara


mal dan acara enayah dan undang-undang keterangan bagi Mahkamah Syariah. Langkah juga
telah diambil untuk memberi latihan profesional kepada hakim-hakim di Mahkamah Syariah
dengan adanya kursus Diploma Kehakiman Syariah. Setakat ini hakim-hakim yang bertugas
di beberapa negeri telah diberi latihan itu dan telah dicadangkan juga mengadakan kursus dua
tahun untuk siswazah dari Universiti tempatan dan luar negeri untuk membolehkan mereka

26

menjadi hakim di Mahkamah Syariah. Beberapa undang-undang lain juga perlu untuk
membolehkan Mahkamah Syariah menjalankan kuasa tambahan yang telah diberi kepada
mereka khususnya di dalam pentadbiran harta pesaka orang-orang Islam, yang dahulunya di
bawah ke Mahkamah Sivil.

Antara undang-undang yang perlu ialah undang-undang wasiat, undang-undang


Pentadbiran Harta Berwasiat dan Tidak Berwasiat dan undang-undang wakaf. Oleh kerana
undang-undang Islam ditadbirkan di Mahkamah Syariah tiap-tiap negeri perlu juga diadakan
undang-undang untuk penyampaian saman dan waran yang dikeluarkan oleh Mahkamah
Syariah sebuah negeri di negeri lain dan juga untuk menguatkuasakan hukuman yang dibuat
termasuk perintah membayar nafkah di suatu negeri di negeri-negeri lain. Bagi mengemaskan
sistem pendaftaran perkahwinan, perceraian dan rujuk perlu juga diadakan penggunaan
komputer untuk tiap-tiap negeri dan untuk keseluruhan Malaysia bagi pendaftaran itu.
Akhirya diharapkan boleh diadakan Mahkamah Rayuan Syariah untuk seluruh Malaysia
dengan cara rayuan dari Mahkamah Tinggi dibuat kepada Yang di Pertuan Agung atau Raja
di tiap-tiap negeri dan rayuan itu dirujukan kepada Mahkamah Rayuan Syariah di peringkat
Persekutuan yang akan memberi nasihat kepada Ketua Agama Islam bagi negeri yang
berkenaan.

Fenomena murtad dan implikasinya menjadi isu hangat yang mencabar keputusan dan
kedudukan Mahkamah Shariah. Hal ini menjadi lebih sulit sekiranya disulami dengan
campurtangan politik dan ketidakcekapan (incompetence) birokrasi. Ada pula yang
mengambil untung dari kemelut kekeluargaan yang timbul berikutan fenomena murtad dan
perceraian ini. Apakah kepentingan mereka ini adalah untuk mendamaikan perpecahan
keluarga atau mengambil kesempatan politik (political mileage)? Apa yang berlaku kini cuba
ditunjuk-tunjukkan sebagai permulaan satu perpecahan besar yang sudah tidak terelak, hanya
retak menanti belah.

27

Bagaikan kaum-kaum tertentu dihimpit, didiskriminasi habis-habisan tanpa belas


kasihan dan dianiayai manakala kaum-kaum lain begitu zalim menguasai dan mendominasi.
Sedangkan nilai-nilai yang menyatukan pelbagai kaum jauh lebih banyak dari yang
membezakan mereka. Sesetengahnya pula begitu alergik dengan istilah-istilah kemelayuan
dan Islami. Manakala sesetengah yang lain pula melihat sesuatu hanya menerusi kaca mata
politik. Segala-gala dihitung melalui untung rugi politik dan perspektif perkauman sempit.

Sudah tidak ada lagi yang sanggup berlapang dada.Hari ini apa yang disifatkan
berlapang dada ialah mengorbankan prinsip asasi yang mendefinisi seseorang. Sedangkan
sebenarnya kita perlu bersatu dalam soal-soal yang dibolehkan dan berlapang dada dalam
soal-soal prinsip yang memerlukan kita berbeza. Yang penting bukannya berbeza atau tidak
berbeza; tetapi memahami di mana titik-titik perbezaan tersebut dan memastikan kita tidak
akan berpecah hatta ketika kita berbeza.Sememangnya kita bersetuju dengan pandangan
ramai pihak untuk kita mempertahankan Perlembagaan Persekutuan. Ini termasuklah seruan
YM Raja Dr Nazrin Shah, Raja Muda Perak pada 3 April 2007 ketika menyampaikan
ucaputama di Young Malaysians’ Roundtable Discussion on National Unity and
Development in Malaysia: Prospects and Challenges for Nation Building. Di dalam
ucaptamanya, beliau juga menganjurkan agar semua mengamalkan sikap kompromi
(compromise) dan akomodasi (accommodation) ketika begitu ramai enggan berkorban dan
hanya ingin menang serta mendominasi.

Malah, ramai yang masih tidak mahu menerima hakikat bahawa Mahkamah Shariah
adalah setaraf dengan Mahkamah Sivil, sebagaimana yang telah diperakui oleh Perlembagaan
Persekutuan sejak hampir 20 tahun lalu. Ketika golongan-golongan ini bersetuju dengan
pendirian untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, pada masa yang sama, mereka
menafikan kedudukan dan peranan Islam di dalam Perlembagaan. Sesungguhnya kedudukan
Islam tersebut bukannya sekadar hiasan. Ia perlu diagendakan. Usaha untuk menterjemahkan
Islam dalam dasar pentadbiran dan sebagainya tidak boleh diharapkan ke atas mereka yang
sinis dengan potensi dan peranan Islam meskipun mereka beragama Islam.

28
Di atas pertimbangan tersebut, demi memastikan tiada sebarang pencapaian generasi lampau
dalam mengukuhkan peranan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan, beberapa usaha
perlu difikirkan. Pertama, sebuah gerakan pencerdasan undang-undang kepada masyarakat
Islam perlu diusahakan

Ia perlu menjelaskan tentang hak dan keperluan mempertahankan serta melaksanakan


peruntukan Perlembagaan khususnya yang bersangkutan dengan Islam. Gerakan pengilmuan
ini lebih menjamin keberkesanannya pada tempoh jangka panjang. Kedua, sebab-sebab yang
mendorong fenomena murtad berlaku perlu didalami dengan mengkaji apakah mereka
terdorong murtad kerana ketidakyakinan mereka kepada Islam atau sebab-sebab lain yang
belum kita ketahui. Seandainya ia disebabkan oleh ketidakyakinan mereka, maka cara
bagaimana mereka mempelajari Islam dan bagaimana masyarakat Islam mendekati mereka
perlu diperkemaskan. Akhirnya yang menjadi keutamaan kita ialah proses pengilmuan dan
pendakwahan. Hanya inilah benteng ketahanan yang paling ampuh yang boleh dibina di
dalam setiap diri penganut Islam, tanpa sebarang pindaan kepada mana-mana peruntukan
Perlembagaan

Menggariskan EMPAT peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dengan


agama dan undang-undang Islam

Negara Malaysia “Beragama” Islam

Negara Malaysia “Beragama” Islam ini adalah suatu realiti yang perlu dikenal pasti
oleh ramai orang. Kita sedia maklum kedudukan Perlembagaan Persekutuan sebagai yang
tertinggi di Malaysia, namun acuannya mempunyai unsur-unsur keislaman. Memang tidak
disebutkan Al-Qur’an dan As-Sunnah sebagai sumber hukum tertinggi di Malaysia, tetapi
agama Islam sebagai agama Persekutuan Malaysia juga sebenarnya sudah merangkumi hal
yang demikian atau sekurang-kurangnya memperuntukkan usaha ke arah yang demikian.
Disebutkan dalam Perlembagaan Persekutuan: Perkara 3.

29
Agama bagi Persekutuan.(1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain
boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.(2) Di dalam
tiap-tiap Negeri selain Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai
Ketua Agama Islam di Negerinya mengikut cara dan setakat yang diakui dan ditetapkan oleh
Perlembagaan Negeri itu, dan, tertakluk kepada Perlembagaan itu, segala hak, keistimewaan,
prerogatif dan kuasa yang dinikmati

Olehnya sebagai Ketua agama Islam, tidaklah tersentuh dan tercacat; tetapi dalam apa
apa perbuatan, amalan atau upacara yang berkenaan dengannya Majlis Raja-Raja telah
bersetuju bahawa perbuatan, amalan atau upacara itu patut diperluas ke seluruh Persekutuan,
setiap Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua Agama Islam membenarkan Yang di-
Pertuan Agong Di samping agama Islam sebagai agama Persekutuan, agama Islam juga perlu
dipertahankan dalam kalangan masyarakat Islam terutamanya daripada anasir-anasir luar
seperti dakyah ajaran agama lain ke dalam masyarakat Islam dan sebagainya. Ia dijelaskan
sendiri dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu:-
Perkara 11(4): Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau
menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang
menganuti agama Islam.5

Peruntukan bagi Menjaga Orang-orang Islam daripada Dakyah Agama-agama


Lain

Di bawah peruntukan ini, undang-undang persekutuan dan negeri boleh digubal dalam
rangka untuk mengawal sebarang usaha mengembangkan apa-apa doktrin atau kepercayaan
agama yang bertentangan dengan ajaran Islam dalam kalangan orang- orang Islam.
Peruntukan ini sedikit sebanyak memberi penjagaan secara bertulis kepada umat Islam di
Malaysia agar agama Islam mereka terjaga. Ini jaga menolak konsep Pluralisme Agama dan
Liberalisme Agama yang cuba dipopularkan dalam masyarakat Islam sejak akhir-akhir ini.

30
Bahkan, kebebasan beragama dan memilih agama hanyalah tertakluk kepada orang- orang
yang bukan beragama Islam, tidak kepada orang-orang Islam, berdasarkan ajaran Islam
sendiri yang menentang gejala murtad secara tegas, dan berdasarkan semangat Perlembagaan
Persekutuan secara tidak langsung, yang menghalang penyebaran agama-agama lain kepada
orang-orang Islam.

Kedudukan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu-Islam di Malaysia

Jika kita lihat juga, di sebalik semangat ketuanan Melayu (Siyadah al-Malayuwiyyah)
yang diamalkan dalam masyarakat di Malaysia melalui kontrak sosial, ianya juga memberi
kelebihan tersendiri kepada agama Islam untuk terus dipertahankan melalui perlembagaan
dan amalan dalam masyarakat setempat. Bahkan, ia juga melibatkan kedudukan Raja-raja
Melayu sebagai ketua agama di negeri masing-masing dan Yang di-Pertuan Agong sebagai
yang tertinggi dalam negara, yang termaktub dalam perlembagaan.Hal ini jelas ketika mana
disebutkan bahawa, ketua yang tertinggi dalam Persekutuan adalah Yang di-Pertuan Agong
yang dilantik oleh Majlis Raja-raja. Disebut dalam Perlembagaan Persekutuan:-
Perkara 32(1): Maka hendaklah ada seorang Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, digelar
Yang di-Pertuan Agong, yang hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang di dalam
Persekutuan dan yang tidak boleh dikenakan apa-apa jua pun prosiding di dalam mana-mana
mahkamah kecuali di dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian XV.

Perkara 32(3): Yang di-Pertuan Agong hendaklah dipilih oleh Majlis Raja-Raja bagi
tempoh lima tahun, tetapi boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui surat
yang ditandatangani sendiri olehnya yang ditujukan kepada Majlis Raja-Raja atau boleh
dipecat daripada jawatannya oleh Majlis Raja-Raja, dan hendaklah berhenti memegang
jawatan apabila terhenti menjadi Raja. Berdasarkan Fiqh al-Siyasah dan Fiqh al-Daulah,
kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara bagi Persekutuan [Perkara
32(1)] dan kedudukan baginda dalam masa yang sama sebagai ketua agama bagi
Persekutuan, menunjukkan baginda adalah al-Imam atau al-Amir (pempimpin tertinggi)
dalam sesebuah negara Islam (al-Daulah al-Islamiyyah).
31
Ini menunjukkan secara asasnya, kepimpinan politik (qiyadah siasiyyah) dan
kepimpinan agama di peringkat tertinggi adalah bersepadu iaitu merujuk kepada kedudukan
Yang di-Pertuan Agong. Ia adalah konsep Ulil Amri yang jelas sebagaimana dibahaskan
dalam kitab-kitab ulama’ Islam tentang kenegaraandalam Islam.Dari sudut sejarah sendiri,
Majlis Raja-raja mempunyai kedudukannya yang tersendiri dalam tamadun Islam yang lebih
luas. Kedaulatan sultan-sultan di Malaysia yang merupakan anggota-anggota kepada Majlis
Raja-raja pada masa sekarang berkait rapat dengan kedaulatan Khilafah Islamiyyah iaitu pada
zaman Kerajaan Uthmaniyyah di Turki. Berdasarkan sejarah, kesultanan Melayu secara jelas
merupakan cabangdaripada Khilafah Uthmaniyyah sebelum kejatuhannya, yang mana
kerajaan-kerajaan Islam di tanah Melayu duduk bernaung di bawah kerajaan Islam terbesar
pada ketika itu. Justeru, kedudukan institusi Beraja di Malaysia adalah identiti kedaulatan
empayar Islam tanah Melayu di sisi tamadun Islam secara umum dan di sisi khilafah
Islamiyyah pada zaman Uthmaniyyah.

Mungkin dalam keadaan sekarang, di mana Malaysia mengamalkan dasar Demokrasi


Berparlimen ( Raja Berpelembagaan) yang membataskan raja -raja atau Yang di- Pertuan
Agong dari sudut politik dan pemerintahan, namun tidak dinafikan kedudukan tertinggi
mereka dari sudut kepimpinan keagamaan (iaitu Islam). Mungkin, agenda sekularisasi
terhadap negara-negara Islam yang dilancarkan oleh dunia Barat turut memberi kesan kepada
politik di Malaysia sehingga membenihkan dasar Raja Berpelembagaan ini, namun dalam
konteks politik Islam yang sebenar dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang asas,
Yang di-Pertuan Agong tetap mempunyai kedudukan sebagai Ulil Amri yang tertinggi di
negara ini.

Oleh sebab itu juga, sewajarnya bagi para penentang Sekular di kalangan aktivis
Islam secara khusus, perlu terus setia kepada Ulil Amri yang asal ini (institusi beraja)
berbanding `kesetiaan’ yang keterlaluan terhadap politik kepartian yang sekadar menentukan
pemilihan wizarah al-tafwidh (kementerian yang menerima tugas memerintah negara) yang
dipimpin oleh Perdana Menteri. Disebabkan ini jugalah, politik kepartian tidak wajar
mempengaruhi atau mengatasi kedudukan institusi raja-raja dan Yang di-Pertuan Agong,
berdasarkan semangat Daulah Islamiyyah sendiri, dan semangat Perlembagaan Persekutuan
32
[Perkara 159 dan 161 E].Kedudukan ini bukan sekadar memberi keistimewaan kepada
institusi beraja di Malaysia, tetapi di sebalik itu semua, terletaknya tanggungjawab untuk
mempertahankan kesucian agama Islam di Malaysia.

Bahkan, kedudukan institusi beraja sebagai yang tertinggi terutamanya dari sudut
kepimpinan agama Islam yang merupakan agama Persekutuan, menjadikan ianya sebuah
benteng terutama dan terakhir terhadap agama Islam, terutamanya jika suasana politik
kepartian sudah tidak memihak kepada Islam lagi.Kedudukan Yang di-Pertuan Agong
sebagai ketua agama dan negara di Malaysia, yang mempunyai kuasa untuk memanggil dan
membubarkan parlimen, dewan rakyat dan sebagainya, Ketua Panglima Angkatan Tentera
dan sebagainya, menjelaskan peranan terbesar yang dimainkan oleh Yang di-Pertuan Agong
dalam mempertahankan agama Islam dan negara. Oleh sebab itu juga, kedudukan kedaulatan
Majlis Raja-raja secara tidak langsung mencerminkan kedaulatan agama Islam di Malaysia.

Ketuanan Bangsa dan Fitrah

Walaupun ajaran Islam mengajar tentang keluasan ajarannya yang menjangkau


perbezaan bangsa dan sempadan daerah, namun dalam masa yang sama tidak menafikan
hikmah di sebalik perbezaan bangsa yang menghuni di sesuatu tempat tersebut. Ketika Allah
s.w.t. menyebut tiada beza di sisi Allah s.w.t. antara mana-mana kaum melainkan dengan
takwa, dalam masa yang sama, Allah s.w.t. juga menjelaskan wujudnya fungsi perbezaan
kaum tersebut yang perlu dihayati. Dalam firman Allah s.w.t. yang bermaksud:“Wahai
manusia sesungguhnya kami jadikan kamu lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu
berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu kenal-mengenal. Sesungguhnya sebaik-
baik kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa di antara kamu." (Al-Hujurat: 13)
Ayat ini menjelaskan sebahagian fungsi perbezaan antara jantina dan bangsa adalah
untuk saling mengenali dengan ciri-ciri keistimewaan mereka yang tersendiri. Antara ciri-ciri
keistimewaan masing-masing adalah tanah asal mereka itu sendiri yang akhirnya akan
disentuh secara lebih terperinci selepas ini. Jadi, seseorang tidak dapat menolak kepentingan

33
ciri-ciri keistimewaan dalam kelainan antara sesama bangsa yang berbeza dalam pada
menetapkan ke luasan ajaran Islam. Ia adalah dua perbahasan yang berbeza tetapi tidak
terpisah.

Mempertahankan ketuanan sesuatu bangsa di tempat mereka adalah fitrah manusia itu
sendiri yang lahir dari mencintai bangsa sendiri secara tabi'e. Rasulullah s.a.w. sendiri pernah
ditanya: ‫يا رسول اهلل امن العصبية أن يحب الرجل قومه‬Maksudnya:”Wahai! Rasulullah, adakah dari
kalangan Asabiyyah, seseorang itu sayang kaumnya sendiri?"Rasulullah s.a.w. menjawab: ‫ال‬
‫ ولكن من العصبية أن ينصر الرجل قومه على الظلم‬Maksudnya: 7"Tidak... Akan tetapi Asabiyyah adalah
seseorang itu membela kaumnya ke atas kezaliman..." Dari hadis ini, ianya menjadi
panduan kepada kita bahasawanya, asal kecintaan kepada bangsa dan tanah air adalah suatu
perkara yang diraikan di dalam syarak, kerana ianya adalah fitrah manusia. Cinta kepada
tanah air dan bangsa inilah yang mendasari konsep ketuanan Melayu, jika ianya difahami
secara adil.benarnya, mempertahankan ketuanan Melayu di "Tanah Melayu" bukanlah suatu
agenda politik parti-parti "kebangsaan" tertentu kerana para ulama' Nusantara yang
menyimpan semangat "ketuanan Melayu" (ketuanan Nusantara) tidak pernah mewakili mana-
mana parti politik. Bahkan, semangat "Ketuanan Melayu" hanyalah suatu fitrah murni yang
memahami asal-usul, sejarah dan kedudukan asal sesuatu bangsa di tanah air mereka.
Ketuanan Melayu yang ditolak oleh Islam adalah yang terpisah daripada Islam itu sendiri.
Kalau mempertahankan ketuanan Melayu di Tanah Melayu berteraskan semangat
"mempertahankan agama dan sejarah tanah air" tidak salah kerana dalam banyak catatan
hadith, Rasulullah s.a.w. sendiri mempertahankan ketuanan Quraisy (kepimpinan Quraisy)
dalam urusan khilafah islamiyyah secara umum.

Islam Menjaga Konsep Ketuanan


Islam itu adalah agama yang mengajar cara hidup yang sempurna. Islam adalah
pedoman, sedangkan "tuan" terhadap sesuatu tanah asal itu berkait rapat dengan sifat
manusia. Islam mengajar seseorang untuk menjaga hak manusia sama ada secara individu
atau berkelompok. Ketuanan "rumah" seseorang pun dijaga oleh Islam, apatah lagi ketuanan
sesuatu bangsa bagi sesuatu tanah air. Ketika Pembukaan Kota Mekah (Fath Makkah),

34
Rasulullah s.a.w. sendiri mengisytiharkan sesiapa yang duduk dalam rumah "masing-masing"
tidak akan diapa-apakan. Itulah Islam, meraikan tanah asal sesuatu bangsa, walaupun bangsa
tersebut pernah mengusir Saidina Rasulullah s.a.w. Bahkan, setelah itu, Rasulullah s.a.w.
pulang ke Madinah dan menyerahkan urusan politik tempatan kepada bangsa Quraisy semula
di samping Baginda s.a.w. memimpin umat Islam sebagai suatu daulah islamiyyah yang lebih
menyeluruh dalam segenap aspek kehidupan

Inilah ajaran Rasulullah s.a.w. yang sangat lapang dan tidak menyalahi fitrah. Dalam
mana-mana negara Islam sejak zaman khilafah Islam pun ada konsep meraikan hak bangsa
yang membangunkan ketamadunan di sesuatu tempat, untuk terus menguruskan tanah air
sendiri. Kita janganlah bicara soal “syariah Islam” sehingga terlupa sudut maqasid syar'iyyah
(tujuan pensyariatan)nya. Antaranya adalah menjaga "hak pemilikan", dan sebagainya. "Kita
boleh lihat di sekitar khilafah Islamiyyah yang pernah wujud, mempunyai kerajaan-kerajaan
tempatan yang menjadi cabang yang bernaung kepada khilafah Islamiyyah yang terbesar
dalam zaman tersebut Bahkan, ketika zaman Khilafah Uthmaniyyah, Kesultanan Melayu
dianggap sebagai cabang kepada khilafah Islamiyyah pada ketika itu bahkan "politik
tempatan" yang diamalkan di Tanah Melayu tidak pernah ditolak oleh Khilafah Islamiyyah
yang terbesar pada ketika itu.

Ini menunjukkan kedudukan konsep "ketuanan" sesuatu bangsa di tanah asal mereka
tidak pernah bercanggah dengan Islam. Apa yang salah adalah Asabiyyah, iaitu membela
individu dalam bangsa sendiri yang melakukan kezaliman atas dasar sama bangsa. Hal ini
jelas bagi sesiapa yang menguasai ajaran Islam yang menyeluruh dan konsep hadarah
Islamiyyah yang luas.Istilah ketuanan dan tuan itu sendiri perlu difahami melalui konteks
ayat, bukan secara bebas, demi mengelakkan salah faham. Tuan dalam kalimah ketuanan
Melayu bukan lawan bagi kalimah hamba, iaitu selain bangsa Melayu, mereka adalah hamba.
Dalam Kamus Dewan Edisi Kedua, perkataan “tuan” mempunyai 5 pengertian. Sudah
tentulah tuan yang dimaksudkan dalam ketuanan Melayu adalah dengan pengertian yang
keempat iaitu: “yang empunya; pemilik.” Seperti contoh: Siapa tuan kedai ini? Dan
sebagainya.

35
Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, perlembagaan adalah asas undang – undang di dalam


sesebuah negara.Perlembagaan memainkan perana yang besar dalam membentuk perjalanan
pemerintahan negara Malaysia.Perlembagaan Malaysia yang panjang, terperinci, dan rumit
namun memberi banyak manfaat kepada perjalanan pentadbiran negara. Perlembagaan
merupakan tunjang utama dalam pentadbiran sesebuah negara.Malah perlembagaan
memainkan peranan dalam membentuk dan mengekalkan keharmonian serta perpaduan
masyarakat majmuk di Malaysia.Justeru, perlembagaan merupakan komponen penting dalam
sesebuah negara.

Perlembagaan Persekutuan atau perlembagaan Malaysia sebenarnya telah dipinda


lebih dari sekali. Iaitu selepas Merdeka, pada ada tahun 1963, ia dipinda apabila Singapura,
Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia. Selain memuatkan peruntukan-peruntukan khusus
untuk negeri-negeri ini ada beberapa kesan lain terhadap persekutuan yang asal.Pada tahun
1971, pindaan perlembagaan dilakukan selepas berlaku peristiwa berdarah 13 Mei 1969, yang
membawa kesan kepada kedudukan Raja-Raja dan orang-orang Melayu serta terhadap ruang
lingkup kebebasan bersuara yang dijamin oleh Perlembagaan.Tahun 1983, satu pindaan
perlembagaan yang dilakukan melibatkan kuasa Yang di-Pertuan Agong telah dilakukan dan
seterusnya pada tahun 1988, sekali lagi pindaan dilakukan ke atas kehakiman.Selain pindaan-
pindaan yang formal tersebut, ada juga ‘pindaan-pindaan’yang tidak formal khususnya yang
berlaku akibat daripada tafsiran mahkamah.

Sesuai dengan kedudukannya beberapa keputusan mahkamah telah mengubah ruang


lingkup berapa peruntukan tertentu. Keputusan mahkamah mempunyai implikasi meluas atau
menyempitkan ruang lingkup sesuatu peruntukan itu.Memandangkan kepada perkembangan-
perkembangan selama 43 tahun yang lalu, adalah jelas bahawa perlembagaan akan terus
berkembang mengikut keperluan masa dan kehendak zaman. Yang pasti, perlembagaan tidak
statik kerana itu akan menyebabkan tidak relevan dengan kehidupan bernegara di tanah air
kita. Baik yang berbentuk pindaan secara formal atau sebaliknya perlembagaan tetap akan
berubah. Paling tidak dari cara kita memahami atau melaksanakannya.

37
Rujukan

Nazri Muslim, Ahmad Hidayat Buang, Jurnal, Islam Dalam Perlembagaan Persekutuaan
Dari Perspektif Hubungan Etnik di Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dan
Universiti Malaya :Jurnal Kemanusiaan Bil.20 ISSN: 1675-1930

Nazri Muslim, and Zaharah Hassan, and Abdul Latif Samian, Jurnal, Bahasa Melayu dalam
perlembagaan persekutuan: kedudukan dan peranannya dalam konteks komunikas
perpaduan, Universiti Kebangsaan Malaysia: 29 (1). pp. 103-120. ISSN 0127-2721.
Aaaaaa
Abdul Aziz Bari,Jurnal, Kedudukan Syariah dalam perlembagaan Persekutuan, Jurnal Hukum
Jilid 26 Bahagian 2, 0823-092X1544.

Nazri Muslimin, Amsari Alias, Wan Zulkifli Wan Hassan, Azizi Umar, Nasruddin
Yunos.Jurnal,Analisis Peruntukan Orang Melayu Dalam Perlembagaan Persekutuan
Konteks Hubungan Etnik Jurnal Melayu Jilid 11Disember (2013)

Faiza Tamby Chil, 1 Malaysia Dari Sudut Undang-Undang dan Perlembagaan Persekutuan,
Malaysian Jornal Of syariah And Law Vol.2/2010

Khoo kay Kim (2009), Kedaulatan Raja dan Peranannya Dalam Sebuah Negara Berbilang
Bangsa,Wacana: Kedaulatan Raja-Warisan Yang Mesti Dipertahankan: Dewan Jubli Perak
sultan Abdul Aziz, Shah Alam Selangor.

Raja Nazrin Shah (2012), Peranan Institusi Raja Melayu Dalam Memupuk
Perpaduan.Selangor: Warga NS Publications

Zainal Kling (2008), Gerakan memperjuangkan Melayu. Dewan Masyarakat, Jun.

Mohd Rizal Yaacob (2014), Kontrak Sosial Perlembagaan Persekutuan 1957 Bangsa
Malaysia Merdeka, Kuala Lumpur : ITPM
Siti Zalikhah Md. Nor (2008) Al-Syariah Jilid 4: Fiqh Jenayah, Kuala Lumpur : DBP

Mohd Salleh Abas (2010) Unsur-Unsur Tradisi dalam Perlembagaan Malaysia , Kuala
Lumpur : DBP

Faris Sufian Shuib (2997) Sumber Undang-undang Malaysia,Selangor: UKM

budakbahagia.blogspot.com/.../malaysia-sejarah-

akarimomar.wordpress.com/.../tuntutan-comango-men

www.guatv.com/.../islam-dalam-perlembagaan-malays...

i mpak.uitm.edu.my/.../101-pemerkasaan-anak-bangsa..

Anda mungkin juga menyukai