Anda di halaman 1dari 2

Saie Di Antara Safa dan Marwah:

Naik ke bukit Safa melalui Bab Safa, seboleh-bolehnya sehingga dia dapat melihat Kaabah
sambil membaca:

( َّ‫ع َخ ْي ًرا فَ ِإن‬


َ ‫ط َّو‬ َ ‫علَ ْي ِه أ َ ْن يَ َّط َّو‬
َ َ ‫ف بِ ِه َما َو َم ْن ت‬ َ ‫َّللا فَ َم ْن َح َّج ا ْلبَيْتَ أ َ ِو ا ْعت َ َم َر فَال ُجنَا َح‬ َ ‫صفَا َوا ْل َم ْر َوةَ ِم ْن‬
ِ َّ ‫شعَائِ ِر‬ َّ ‫إِنَّ ال‬
‫ع ِليم‬ َ ‫)َّللاَ شَا ِك ٌر‬.
َّ
Kemudian dia membaca:

( ‫ ال إله إال هللا وحده‬،‫ هللا أكبر على ما هدانا والحمد هلل على ما أوالنا‬،‫ هللا أكبر و هلل الحمد‬،‫هللا أكبر هللا أكبر‬
،‫ ال إله إال هللا وحده‬،‫ وهو على كل شيء قدير‬،‫ بيده الخير‬،‫ له الملك وله الحمد يحيي ويميت‬،‫ال شريك له‬
‫ وال نعبد إال إياه مخلصين له الدين‬،‫ ال إله إال هللا‬،‫ و هزم األحزاب و حده‬،‫ وأعز جنده‬،‫ ونصر عبده‬،‫صدق وعده‬
‫ وإني أسألك كما هديتني‬،‫ وإنك ال تخلف الميعاد‬,‫ ادعوني استجب لكم‬:‫ اللهم إنك قلت‬،‫ولو كره الكافرون‬
‫)لإلسالم أن ال تنزعه مني حتى تتوفاني وأنا مسلم‬

Sebanyak tiga kali.


Setelah itu dia berselawat ke atas Nabi s.a.w dan ketika setiap kali turun dari bukit Safa dia
membaca:

( ‫اللهم إني أسألك موجبات رحمتك وعزائم مغفرتك والسالمة من كل إثم والغنيمة من كل بر والفوز بالجنة‬
‫)والنجاة من النار‬

Sunat berlari-lari anak di antara dua garisan hijau (bagi lelaki sahaja).
Doa yang dibaca di antara dua garisan hijau ialah:

( ‫ وتجاوز عما‬،‫ واعف وتكرم‬،‫ رب اغفر وارحم‬،‫ربنا أتنا في الدنيا حسنة وفي اآلخرة حسنة وقنا عذاب النار‬
‫ اللهم اعني على ذكرك‬،‫ اللهم إني أسألك الهدى والتقى والعفاف والغنى‬،‫ إنك أنت األعز األكرم‬,‫تعلم‬
‫)وشكرك وحسن عبادتك‬.

Kemudian dia sampai ke bukit Marwah, dengan ini


dia berjaya menyempurnakan satu pusingan saie di
mana tujuh pusingan saie boleh dilakukan dengan
bermula dari Safa dan berakhir dari Marwah.

Bacaan yang dibaca ketika berhenti di bukit Marwah


ialah:

( َّ‫ع َخ ْي ًرا فَ ِإن‬


َ ‫ط َّو‬ َ ‫علَ ْي ِه أ َ ْن يَ َّط َّو‬
َ َ ‫ف بِ ِه َما َو َم ْن ت‬ َ ‫َّللا فَ َم ْن َح َّج ا ْلبَيْتَ أ َ ِو ا ْعت َ َم َر فَال ُجنَا َح‬ َ ‫صفَا َوا ْل َم ْر َوةَ ِم ْن‬
ِ َّ ‫شعَائِ ِر‬ َّ ‫إِنَّ ال‬
‫ع ِليم‬ َ ‫)َّللاَ شَا ِك ٌر‬.
َّ
Setelah itu dia membaca zikir dan doa yang sama sebagaimana yang telah dibaca ketika berada
di bukit Safa, (jemaah Haji perlu bertalbiah semasa bersaie tetapi jemaah Umrah tidak perlu
bertalbiah).

Selepas selesai tujuh pusingan saie, disunatkan mendirikan sembahyang sunat sebanyak dua
rakaat dan sebaik-baiknya di dalam Masjidilharam.
Sunat membaca zikir-zikir, doa-doa dan mana-mana ayat Al-Quran yang mudah dibaca di dalam
saie.

Bacaan yang dibaca selepas selesai bersaie:

(‫)ربنا تقبل منا وعافنا واعف عنا وعلى طاعتك وشكرك أعنا‬.

Tidak disyaratkan ittiba' (sopan) di dalam saie di dalam mazhab Hanafi (tetapi di dalam mazhab
Syafie adalah disyaratkan ittiba' (sopan)).

Tidak disyaratkan suci bagi sah saie tetapi dengan mengambil kira tempat bersaie yang berada
di dalam Masjidilharam, jadi disunatkan berbuat demikian.

Dalam keadaan terputus saie disebabkan sembahyang atau sebab-sebab yang lain, saie perlu
disempurnakan dari pusingan yang terputus.

Anda mungkin juga menyukai