Anda di halaman 1dari 2

PENULISAN JURNAL

(MINGGU 2)

Nama : KUMARESSAN SARGUNAN

Tarikh : 25/02/2019 – 01/03/2019

1. Masalah yang difokuskan

Pada minggu ini, saya telah memerhatikan kehadiran murid di SJK (T) Ramakrishna. Setiap
hari pasti akan ada murid yang tidak hadir ke sekolah dan ini akan memberikan kesan kepada
murid tersebut. Justeru, mereka akan ketinggalan dalam pembelajaran yang telah diajar.

2. Analisis masalah yang difokuskan

Setiap hari pasti akan ada murid yang tidak hadir ke sekolah dengan sebab dan ini akan
menjejaskan sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini menyebabkan murid tersebut tercicir
dalam proses pembelajaran yang dijalankan. Kebanyakan dari mereka adalah dari keluarga
yang bermasalah seperti kesulitan wang dan ibu bapa yang kurang prihatin tentang prestasi
murid. Masalah ini dikaji dan dianalisis melalui rekod kehadiran murid dan perbincangan
melalui pihak pentadbir dan beberapa orang guru sekolah.

3. Cadangan untuk menyelesaikan masalah yang difokuskan

Saya seharusnya membaca dan membuat rujukan melalui buku-buku yang berkaitan dengan
bagaimana untuk mengawal kelas dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran agar
sesi tersebut akan lebih terurus. Saya akan menyediakan ganjaran untuk murid yang
bermasalah ini. Ganjarannya adalah seperti hadiah dan pujian. Bagi murid yang hadir
sepenuhnya pada setiap minggu akan diberi ganjaran dan diikuti dengan hadian pada hujung
bulan. Saya rasa cadangan ini akan merangsang tingkah laku mereka secara berterusan.
Selain itu cadangan yang lain iaitu pemberian bintang kepada murid juga merupakan satu
idea yang menarik. Contohnya, saya memberi bintang kepada murid yang datang ke sekolah
tanpa ponteng. Setaip bulan saya akan mengira dan murid yang dapat bintang yang banyak
akan dapat hadiah. Cara ini juga sebagai satu penghargaan kepada mereka serta mendorong
mereka untuk terus hadir ke sekolah untuk mendapatkan hadiah. Saya akan mendapatkan
bimbingan dan nasihat daripada pensyarah pembimbing di samping berbincang dengan guru
pembimbing.
4. Tempoh masa

Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin. Kehadiran murid adalah penting
dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Sekiranyan, masalah
ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu objektif yang telah dirancang tidak tercapai
sepenuhnya.

5. Tindakan Susulan

Saya akan membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan, mereka akan diberi
sekeping kad kehadiran dimana, jika ahli kumpulan tersebut mempunyai kehadiran yang
penuh maka, kumpulan tersebut akan menerima stiker. Mereka perlu mengumpul stiker
tersebut sehingga pada hujung bulan bagi mendapatkan ganjaran bagi kehadiran penuh.
Dengan cara ini, rakan kumpulan juga akan mendorong rakan lain untuk kehadiran penuh
bagi mendapatkan stiker dan hadiah pada hujung bulan. Saya akan melakukan bacaan
tambahan dan merujuk kepada pensyarah dan guru pembimbing mengenai hal ini. Saya juga
akan mendapatkan maklumat tambahan dari sumber internet bagi menjayakan tindakan
susulan ini.

6. Pelaksanaan

Saya akan melaksanankan pemberian stiker setiap hujung minggu selama tempoh praktikum
saya. Justeru akan mencadangkan idea yang sama bagi guru kelas mereka untuk
mendapatkan hasil yang diingini dari murid.

7. Penilaian Kerjaya

Saya akan meminta kerjasama pensyarah pembimbing untuk memberi penilaian tentang
kejayaan saya di samping meminta pandangan dari guru pembimbing.

8. Kesimpulan

Secara kesimpulannya, saya akan menilai keberkesanan kajian saya dari semasa ke semasa
bagi memastikan pencapaian positif.

....................................................................... ........................................................................
. ......................................................................
Tandatangan Pelajar Guru Tandatangan Guru Pembimbing Tandatangan Pensyarah Penyelia

Nama: KUMARESSAN SARGUNAN Nama: Nama:

Tarikh: Tarikh: Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai