Anda di halaman 1dari 2

PERNYATAAN SEBELUM INTERNSHIP

Sebelum melaksanakan internship di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ramakrishna,

saya telah diberi taklimat berkenaannya yang disampaikan oleh pensyarah penyelaras bagi

internship tahun ini. Ini merupakan kali pertama saya sebagai guru pelatih semester lapan

daripada Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) menjalankan Internship.

Pada semester ini, saya dikehendaki membuat internship selama 4 minggu. Selepas

mendengar taklimat daripada pensyarah dan unit praktikum, barulah kami memahami serba

sedikit tentang internship ini. Selain itu, antara fokus utama tugasan internship adalah

melaksanakan satu projek inovasi dengan berbantukan pelbagai sumber dan teknologi yang

berkaitan kurikulum atau kokurikulum yang dijalankan di sekolah. Objektif sampingan adalah

untuk melatih pelajar guru menyesuaikan diri di sekolah dan di bilik darjah serta melatih pelatih

guru untuk mengajar subjek-subjek tertentu. Selain itu, intenship juga bertujuan untuk memberi

pendedahan awal tentang alam pekerjaan sebagai seorang guru.

Melalui internship, saya ingin menghayati kerjaya seseorang guru di samping melihat

bagaimana seorang guru tersebut melaksanakan tanggungjawabnya. Saya juga membuat tekad

untuk mendapatkan pendedahan awal tentang pembelajaran murid dan memahami pengurusan

dan strategi pengajaran dan pembelajaran. Secara tidak langsung, pengalaman kemahiran

berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah juga merupakan salah satu di antara

objektif internship.

Terdapat beberapa tugasan yang perlu saya laksanakan semasa menghadiri internship.

Dengan itu, saya akan mengambil kesempatan semaksima mungkin untuk mengumpul data

mengenai pengurusan sekolah, iklim pengajaran dan pembelajaran serta budaya sekolah. Saya

juga akan berjumpa dengan guru-guru serta semua yang terlibat dalam pengurusan sekolah

tersebut untuk menimba segala pengalaman baru. Saya juga akan memerhatikan dan menemu
bual serta mencari maklumat berkaitan tugasan saya pada masa yang sama untuk menimba ilmu

baru.

Walaubagaimanpun, terdapat satu perkara yang akan saya patuhi iaitu saya akan

mengikut resmi padi iaitu semakin berisi semakin tunduk. Sikap rendah diri akan sentiasa berada

dalam diri saya. Saya kemudiannya akan membuat refleksi terhadap setiap perkara yang saya

pelajari supaya dapat saya terapkan dalam diri saya dan boleh mengambil iktibar daripadanya.

Anda mungkin juga menyukai