Anda di halaman 1dari 6

Nama Peserta : Caroline Utih Ak Sabli

Umur : 11 Tahun

Sekolah : Sekolah Kebangsaan Sebauh

Tajuk : Lagenda Batu Menangis

Tersebutlah kisah satu cerita,

Cerita bermula kisah derita,

Sedihnya ibu kecewa hatinya,

Kerana dihina anak kandungnya

Salam sejahtera saya ucapkan . Terima kasih kepada Pengerusi Majlis. Yang

saya hormati, barisan para hakim, guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan sekalian.

Pada hari ini, saya Caroline akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk

Lagenda Batu Menangis.

Dengar ya kawan-kawan,

Pada zaman dahulu, tinggal seorang ibu tunggal miskin bernama Mak Enah

di hujung kampung. Dia mencari rezeki diladang peninggalan suaminya. Selepas

bekerja diladang, Mak Enah kebiasaanya akan mencari kayu dihutan. Kayu-kayu itu

kemudiannya dijual di tempat yang jauh dari kampungnya.

Mak Enah mempunyai seorang anak gadis ,bernama Jelita. Jelita mempunyai

raut wajah yang cantik, tetapi sayangnya dia seorang yang sangat pemalas. Setiap

hari, masanya dihabiskan untuk berdandan dan menatap cermin. Dia sangat

mengagumi kecantikan dirinya. (Nyanyian lagu Syantik)..”Aku pasti dikampung ini,


akulah gadis yang paling cantik”. Meskipun berkali-kali Mak Enah mengingatkan

anaknya itu agar berubah sikap, namun Jelita tetap tidak memperdulikan akan nasihat

ibunya.

Bukan sahaja seorang yang pemalas, Jelita juga seorang gadis yang suka

meminta-minta. Setiap apa yang dikehendakinya harus dituruti oleh ibunya. Sekiranya

tidak dituruti, Jelita akan marah dan memberontak. “Ibu..oh ibu, kawan-kawan Jelita

semuanya ada baju yang mahal. Baju Jelita semuanya murah dan tidak cantik.Malu

la Jelita ibu”. Sedangkan kawan-kawan, sudah habis duit Mak Enah membeli baju

untuk Jelita. Walaupun kelakuan anak gadisnya sebegitu, Mak Enah tetap sayang

akan Jelita. Mak Enah berusaha memerah keringat demi memenuhi permintaan anak

gadisnya itu. Namun, Jelita tidak pernah berasa kasihan pada ibunya malah sikap

buruknya semakin keterlaluan.

Pada suatu hari, Mak Enah mengajak anaknya itu pergi ke pasar. Jelita

bersetuju mengikut ibunya ke pasar tetapi dia telah menetapkan syarat, “Aku tidak

mahu berjalan dengan mu ibu. Ibu harus berjalan dibelakangku.Nanti apa kata orang

sekeliling melihat ibu yang berpakaian lusuh.Aku malu ibu.” Mak Enah dengan berat

hati terpaksa menuruti permintaan anaknya itu. Jelita pun pergi ke pasar dengan

mengenakan pakaian yang baru dan cantik. Sedangkan ibunya pula hanya

mengenakan pakaian yang lusuh dan membawa bakul untuk mengisi barang yang

dibelinya dipasar.

Setibanya di pasar, semua orang terpsesona dengan kecantikan Jelita.Tiba-

tiba datang seorang pemuda yang tampan bertanyakan kepada Jelita. “Wahai gadis

yang cantik rupawan, siapakah wanita yang berjalan dibelakangmu itu. Adakah

ibumu? Jelita tiba-tiba merasa sangat malu untuk mengakui Mak Enah itu adalah ibu
kandungnya. “Ha,ha,ha.Bukan! Itu bukan ibuku,mana mungkin wanita sehodoh ini

ibuku. Ini pembantu ku.” Mak Enah terkejut dengan jawapan Jelita.Dia berasa sedih

dan sakit hati mendengar jawapan anak gadisnya.

Mak Enah menasihati Jelita agar tidak lagi berkata seperti itu. “Jelita anakku,

aku ini ibu mu. Orang yang melahirkanmu, mengapa kau berkata begitu anakku.”

Namun Jelita tidak mendengar nasihat ibunya. Bahkan perangainya kian menjadi-jadi.

Mak Enah berasa sungguh kecewa. Dia tidak dapat menahan rasa kesakitan

dihatinya. Mak Enah pun menadah tangan berdoa kepada Tuhan. “Ya Tuhan,

hambamu ini tidak lagi mampu bertahan dengan sikap anak kandungku ini! Kau

hukumlah anakku yang derhaka ini menjadi batu!” Dengan serta merta doa Mak Enah

dikabulkan. Tiba-tiba kedengaran kilat sambar menyambar dan hujan turun dengan

lebatnya.

Tanpa disedari, kedua-dua kaki Jelita berubah menjadi batu hinggalah seluruh

tubuhnya. Jelita berasa ketakutan dan barulah dia sedar selama ini, dia telah

menderkaha kepada ibunya. Maka Jelita pun merayu tidak berhenti henti.

“Ibu...ibu...ampuni aku! Ampuni aku ibu....!

Namun, semuanya telah terlambat, Mak Enah hanya berdiam diri tatkala

melihat seluruh tubuh Jelita bertukar menjadi batu. Batu yang menyerupai jelmaan

Jelita menitiskan air mata bagaikan air mata penyesalan. Lalu batu itu digelar batu

menangis.
Pengajaran daripada cerita ini ialah, kita jangan sesekali menderhaka kepada

ibu yang telah melahirkan kita dan sentiasa mendengar nasihat ibu. Ingat ya kawan-

kawan. Syurga itu di telapak kaki ibu. Sayangilah ibu kita.Sekian Terima kasih.

............................................................ TAMAT ..........................................................


PERTANDINGAN BERCERITA

SEKOLAH RENDAH

TAHAP 2
PERINGKAT DAERAH SEBAUH

Anda mungkin juga menyukai