Anda di halaman 1dari 4

Definisi : 1.

sesuatu yg baru diperkenalkan spt kaedah, sistem, adat, dll yg baru: bank ini telah
menghasilkan beberapa ~ dlm perkhidmatan bank, mis rangkaian mesin teler automatik; ini bererti
perancangan utk mewujudkan ~ dan mencapai kemajuan perlu berlaku setiap masa; 2. perihal
(tindakan dsb) mengadakan, memulakan, dsb sesuatu yg baru: faktor penting ialah menggalakkan
manusia menggunakan kebolehan kreativiti dan ~ mereka; menginovasi membuat inovasi: negara-
negara membangun tidak berpeluang ~ teknologi tersebut; penginovasi orang yg membuat inovasi,
inovator: ~ teknologi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

1.0 PENGENALAN

Kaedah seni dalam Pendidikan telah diperkasakan di seluruh sekolah pada masa kini bertujuan
supaya dapat melahirkan individu atau pelajar yang mengamalkan budaya kesenian, berjiwa kreatif,
inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Dalam sesi pembelajaran, guru sering kali
berhadapan dengan dengan pelajar yang berbeza dari segi kemahiran mereka. Guru perlu
menggunakan kemahiran yang mantap dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran
termasuklah menggunakan kaedah penggabungan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan
semasa dalam bilik darjah. Hal ini secara langsung dapat melahirkan insan yang bersifat holistik. Oleh
itu, dalam memenuhi tugas ini pengkaji akan memfokuskan secara terperinci tentang teori-teori
pembelajaran, konsep asas dan elemen seni dalam Pendidikan yang mana merupakan teras utama
dalam bidang Pendidikan di negara kita pada hari ini.

2.0 KONSEP ASAS SENI DALAM PENDIDIKAN

Aspek seni dalam pendidikan di Malaysia ini merangkumi beberapa seni iaitu seni muzik, seni visual
dan seni pergerakan yang mampu melahirkan insan yang bersifat holistik selaras dengan Falsafah
Pendidikan Negara. Hal ini kerana, subjek ini memberi fokus utama kepada penglibatan murid dalam
mencungkil bakat dengan cara imaginasi, ekpresi, inkuiri dan kecerdasan pelbagai untuk menguasai
sesuatu kemahiran.

Konsep asas utama seni dalam pendidikan adalah konsep integrasi. Konsep Integrasi Seni dalam
Pendidikan menjurus ke arah pembangunan individu untuk menjadi insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (Ismail Saiman, Johar Jonid, Manan Sarbini,
etc;, 2014). Konsep integrasi ini dilaksanakan menggunakan teknik atau kaedah penggabungan
jalinan, penyerapan dan penerapan. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, guru berperanan
sebagai pemudah cara kepada murid-murid yang mana kaedah ini sesuai digunapakai menjelang
abad-21 ini. Cara mudah bagi guru untuk mengintegrasikan sesuatu pelajaran adalah, memberi
peluang kepada murid meneroka, mengalami dan mencari peluang mengekspresikan sesuatu tema
dengan kemahirannya sendiri. Di dalam buku Seni dalam Pendidikan terdapat 6 saranan tema yang
utama iaitu, berasaskan konsep, kemahiran, kandungan dan kemahiran, berfokus kepada isu, projek
dan

berorentsaikan Islamik. Di sini, guru boleh menggunakan tema tersebut sebagai satu panduan untuk
digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
3.0 TEORI-TEORI PEMBELAJARAN

Dalam mengharungi zaman pendidikan yang semakin mencabar ini, guru perlu merancang aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan menggunakan beberapa kaedah atau teori yang
telah diperkenalkan. Berikut merupakan teori-teori pembelajaran yang boleh diterapkan dalam
kaedah pendidikan pada masa kini.

3.1 TEORI KONTRUKTIVISME

Pertama sekali, teori kontruktivisme. Teori ini menjelasakan bahawa proses pembentukan
pengetahuan terjadi apabila seseorang itu didedahkan dengan tantangan, ransangan dan persoalan
dan ditentukan oleh keaktifan individu tersebut menghadapi perkara tersebut (Paul Suparno, 2007).
Dalam konteks di sekolah teori kontruktivisme menuntut kepada murid membina sendiri
pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan yang sedia ada. Antara ciri
pembelajaran kontruktivisme adalah menggalakkan murid bertanya kepada murid atau guru,
menyokong pembelajaran secara koperatif, menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian. Oleh
hal yang demikian, tugas para guru adalah untuk mengintegrasikan seni dalam pendidikan dengan
pengetahuan sedia ada yang terdapat pada murid. Contoh aktiviti yang menggalakkan inkuiri murid
adalah melalui aktiviti

“puzzle”

rukun haji dan sebagainya. Ahli konstruktivisme juga berpendapat, manusia belajar secara aktif
dengan membina ilmu yang didapati memberi makna kepada dirinya (actively construct knowledge
that they find personally meaningful). Dalam proses ini murid akan menyesuaikan pengetahuan yang
diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru serta cuba untuk
mencari idea, membuat kajian dan dapat berinteraksi dengan yakin yang akhirnya proses inkuiri
terhasil.

3.2 TEORI PEMBELAJARAN HUMANISTIK

Seterusnya, kita beralih pula kepada teori humanistik yang mana teori ini diasaskan oleh Abraham
Maslow. Teori ini berkait rapat dengan personality dan menitikberatkan beberapa andaian yang
berkaitan dengan motivasi. Teori-teori ini juga memberi penekanan kepada nilai-nilai kemanusiaan
dalam mengembangkan lagi potensi setiap individu dan mementingkan moral. Teori ini juga
melibatkan beberapa aspek iaitu dari

segi nilai manusia, hak individu, tindakan diri, dan harga diri dalam menentukan sesuatu keputusan
yang dibuat. Menurut Abraham Maslow, seseorang individu itu dilihat kepada integrasi dan
penyusunan keseluruhan. Sebagai contoh, ketika seseorang itu kesedihan, kita boleh perhatikan
disini bahawa ianya bukan hanya sebahagian daripada dirinya sahaja yang sedih itu namun
merangkumi keseluruhan aspek pada dirinya yang kesedihan itu. Abraham Maslow juga
menekankan aspek personality dan menitikberatkan andaian-andaian yang berkaitan dengan
motivasi. Hal ini kerana, motivasi merupakan suatu yang kompleks, yang mana tingkah laku
seseorang itu dilihat dari segi luaran. Secara tidak langsung, individu akan membuat keputusan atau
sesuatu perkara semata-mata untuk mencapai sesuatu matlamat hasil daripada pegangan motivasi
pada dirinya sendiri . Oleh itu, teori ini boleh dikaitkan dengan konteks di sekolah yang mana guru
boleh menjalankan pelbagai pertandingan atau aktiviti yang menarik minat pelajar untuk mencungkil
lagi bakat-bakat yang ada pada diri mereka. Contohnya mengadakan pertandingan khat, nasyid,
melukis komek islamik dan lain-lain lagi. Dengan adanya pertandingan ini, guru dapat melihat murid-
murid yang mempunyai bakat dan seterusnya menggalakkan mereka untuk mengasah bakat
semulajadi yang mereka ada yang akhirnya mampu menyumbang bakatnya kepada pendidikan di
negara kita.

3.3 TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL

Teori yang seterusnya ialah teori pembelajaran sosial yang dipelopori oleh Albert Bandura. Menurut
beliau, pembelajaran manusia berlaku dengan cara memerhatikan orang lain melakukan sesuatu
atau permodelan (modelling). Teori ini menekankan tingkah laku kanak-kanak dipelajari melalui
peniruan atau pemodelan yang boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu peniruan secara
langsung iaitu murid memerhatikan apa yang diajar oleh guru yang mana guru merupakan role
model kepada pelajar yang boleh memberi kesan positif kepada murid. Kedua, peniruan melalui
sekatlakuan dan taksekatlakuan. Sekatlakuan merupakan sekatan tingkah laku yang sesuai dalam
situasi tetapi tidak sesuai pada situasi yang lain. Contohnya: murid membuat peniruan dalam
berkarya tetapi tidak sesuai lagi apabila murid tersebut bergelar pelukis yang amalan meniru ini
dianggap suatu kerja menciplak atau plagiat yang dianggap sebagai taksekatlakuan. Murid juga
membuat kerja taksekatlakuan. Ini bermakna murid akan terus menerus meniru dalam

semua situasi. Contohnya, walaupun kerja meniru dalam berkarya itu suatu yang ditegah dan tidak
bermoral tetapi kerana amalan ini tiada tegahan ia akan menjadi satu kebiasaan. Yang ketiga pula,
peniruan elitasi perlu dielakkan. Ini kerana, murid terus-menerus membuat peniruan kerana gagal
membina keyakinan diri. Jelaslah disini bahawa, teori-teori ini banyak membantu guru untuk
meningkatkan mutu pengajaran mereka dengan menerapkan unsur seni dalam pendidikan. Alat
bantu mengajar guru bukan sahaja menarik, malahan juga mudah mencapai objektif pengajaran
berpandukan teori yang digunapakai pada seni dalam pendidikan

4.0 ELEMEN SENI DALAM PENDIDIKAN

Bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok dan difahami, guru
perlu menggunakan cara pengintegrasian Seni Dalam Pendidikan yang merangkumi bidang seni
visual, seni muzik dan seni pergerakan dalam tajuk mata pelajaran yang diajar.

4.1 UNSUR SENI VISUAL

Seni visual adalah satu bentuk seni yang menumpukan kepada hasil penciptaan yang berbentuk
visual seperti lukisan, fotografi, grafik dan filem. Antara contoh aktiviti yang melibatkan seni visual
adalah seperti seni persembahan, Bahasa dan masakan. Menurut Ismail Saiman, Johar Jonid dan
Manan Sarbini, 2014,

“manusia perlukan fantasi fantasi dan khayalan untuk memperoleh ilham yang melangkauibatasan”.
Justeru seni visual yang diterapkan dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran dilihat sebagai pemangkin utama kepada murid untuk berimaginasi tentang perkara
futuristik atau membayangkan dengan lebih jelas perihal keadaan masa lalu. Sebagai contoh guru
menunjukkan beberapa gambar atau ilustrasi haiwan atau tumbuhan, kemudian meminta murid
untuk menjawikan semula perkataan tersebut. Model ini sebenarnya telah banyak membantu murid
untuk memahami dan membayangkan keadaan nabi berhijrah melalui seni visual.
4.2 UNSUR SENI MUZIK

Seterusnya, seni muzik yang mana unsur muzik mempunyai impak yang positif terhadap pebagai
domain perkembangan kanak-kanak. Percaya atau tidak ianya juga mampu membantu
perkembangan kreativiti manusia. Seni muzik memberi penegasan kepada perkembangan ekspresi
diri, kreativiti dan kegiatan amali secara aktif kepada murid dari aspek psikomotor, nilai sosialisasi,
kecerdasan mental, nilai estetika dan

mengenali budaya tanah air (Faridah Nakir, Nik Zulkefli Ibrahim, Samsir Alam Arshad, etc;, 2015).
Kesan kepada penerapan muzik dalam pendidikan adalah dapat meningkatkan pelbagai kecerdasan
murid dengan mngambil kira gaya pembelajaran murid yang tersendiri. Antara contoh aktiviti mudah
untuk para guru laksanakan berkaitan seni muzik dalam pendidikan Islam adalah nyanyian lagu
tradisioanal dan bernasyid. Sebagai contoh, menyanyikan atau bernasyid tentang rukun-rukun
shahadah versi kanak-

kanak seperti lagu “Omar dan Hana”

Guru-guru perlu membimbing murid kemahiran asas dalam nyanyian terlebih dahulu. Melalui cara
ini, sudah tentu aktiviti itu tidak menjadi hambar dan murid akan merasa lebih seronok. Selain itu,
kehadiran Irama juga secara tidak langsung menarik minat kanak-kanak untuk menyertai sesuatu
aktviti dengan lebih bersemangat akhirnya objektif yang dibawa oleh guru itu terhasil..

4.3 UNSUR SENI PERGERAKAN

Akhir sekali, merupakan seni pergerakan. Melalui pergerakan, kanak-kanak berpeluang mencuba
sesuatu kemahiran dan pengalaman yang dapat membawa kepada perkembangan jasmani, fizikal
dan sosial (Faridah Nakir, Nik Zulkefli Ibrahim, Samsir Alam Arshad, etc;, 2015). Melalui kaedah ini,
guru bolehlah membuat proses pengajaran dan pembelajaran seperti pergerakan melompat, berlari,
bertepuk, berjalan dan sebagainya mengikut kesesuain tempat dan topik yang diajar. Sebagai
contoh,

guru mengajar topik gembira, guru bolehlah memasang lagu “kalau rasa gembira, tepuk tangan”.
Melalui ini, pelajar akan bersama

-sama bertepuk tangan mengikut irama muzik. Oleh itu, kanak-kanak akan merasa lebih seronok dan
pembelajaran menjadi lebih menarik.

5.0 PENUTUP

Jelaslah disini, subjek seni dalam penindikan ini menepati hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
yang menginginkan perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan
insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani juga (Mohd Fathi
Adnan, Rohana Hamzah, Aminudin Udin, 2008). Sesuai dengan falsafah tersebut maka
matapelajaran Seni dalam Pendidikan diajar di seluruh Institut Pendidikan Guru kepada semua guru
pelatih mengikut subjek-subjek major yang diambil di setiap Kampus yang mampu memberi kesan
apabila berada di sekolah kelak sebagai pendidik.

Anda mungkin juga menyukai