Anda di halaman 1dari 7

1.

0 PENGENALAN

Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan
pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia, kita semakin melupakan asal usul
diri kita sendiri. Buktinya, masyarakat kita pada hari ini meninggalkan bahasa kebangsaan
kita iaitu Bahasa Melayu. Percakapan harian kita lebih banyak dihiaisi dengan bahasa asing.
Kesannya, generasi baru yang ada pada hari ini lemah dalam penggunaan tatabahasa dan
penulisan. Justeru kursus Generik Wacana Penulisan yang diadakan di Institut Pendidikan
Guru dilihat sebagai salah satu usaha murni kerajaan bagi memantapkan penguasaan
Bahasa Melayu ke tahap yang optimum. Perkara ini bertujuan melahirkan para guru yang
bukan sahaja cemerlang mengikut bidang utama yang diambil, bahkan mempunyai
komunikasi yang baik dan kemahiran menulis yang bagus pada masa akan datang.

Umum mengetahui bahawa, segala urusan rasmi yang dilakukan di dalam negara kita
menggunakan Bahasa Melayu standard. Jadi, kursus ini mampu mendidik para guru pelatih
dalam kemahiran menulis penulisan akademik dan ilmiah dengan baik. Kepada guru pula,
menjadi satu kewajipan untuk mendidik anak muridnya menjadi insan yang berakhlak mulia.
Perlu kita ingat dan semat di dada, setiap perlakuan yang kita pamerkan dihadapan murid
pasti akan dicontohi. Guru merupakan ibu bapa kedua bagi seseorang murid. Maka tidak
hairan bagi murid mencontohi perlakuan guru. Bersesuaian dengan peribahasa Melayu, guru
kencing berdiri, anak murid kencing berlari.

Justeru pendidikan yang sempurna bermula daripada seorang guru yang berdedikasi.
Perkataan dedikasi merujuk kepada perwatakan seseorang yang mempunyai kematangan
dalam melaksanakan tanggungjawab. Oleh itu, seorang guru yang berdedikasi ialah seorang
guru yang beruapaya mendidik murid dengan gaya yang verstail untuk menarik minat.
Natijahnya semua guru memerlukan gaya tersendiri dalam mengajar. Rambut sama hitam,
hati lain-lain. Pemikiran seseorang manusia itu tidak sama mengikut kehendak dan
kemampuannya. Laksanakanlah setiap amanah selagi tidak melanggar syariat Islam.

Bagi kerja kursus kali ini, saya menganggap diri saya sebagai seorang guru agama di
sebuah sekolah rendah. Diberi peluang untuk menganjurkan satu program patriotik bagi
menerapkan semangat patriotisme dalam jiwa murid-murid. Untuk itu, saya telah merancang
satu program dinamakan ‘Memorial Sejarah’. Bersesuaian dengan tema patriotik, nama
program tersebut telah dipilih bagi membawa minda pelajar menyelami era sejarah
kemerdekaan Malaysia.

1
2.0 MEMORIAL SEJARAH

Seorang sejarawan terkenal, George Santayana mengatakan ‘Sesiapa yang


melupakan sejarah pasti akan cenderung melakukan kesilapan yang sama’. Oleh itu, dengan
kemajuan yang ada pada hari ini, kita sewajarnya tidak membelakangkan sejarah. Pada hari
ini telah banyak usaha pemantapan sejarah dilakukan dalam pendidikan anak-anak.
Persoalannya, mengapa sejarah perlu diterapkan dalam pendidikan awal? Kata seorang
ulama terkenal, Syeikh Yusuf Qardhawi, ‘Jika kita ingin melihat masa depan sesebuah negara
lihatlah kepada generasi mudanya pada waktu ini, sekiranya mereka berakhlak mulia maka
beruntunglah, sekiranya sebaliknya, maka bersedialah menghadapi kemungkinan buruk yang
akan berlaku’. Natijahnya, nilai sejarah dalam pendidikan perlu diterapkan agar generasi
muda tidak mengulangi kesilapan yang sama dilakukan oleh orang terdahulu seperti peristiwa
berdarah 13 Mei 1969. Ketokohan khalifah perlu diambil iktibar oleh semua generasi muda.

Matlamat utama ‘Memorial Sejarah’ yang bakal dianjurkan adalah semestinya


menyemai semangat cintakan negara dan sanggup berjuang demi mempertahankan tanah
air yang tercinta. Dalam agama Islam sendiri menganjurkan semangat cintakan negara. Hal
ini dapat dilihat dengan jelas pada Piagam Madinah yang di antara Rasulullah dan penduduk
Madinah. Antara isi kandungan piagam tersebut adalah, semua pihak wajib mempertahankan
Madinah dari segala ancaman. Ibrah yang boleh diambil pada kisah tersebut adalah, Islam
mementingkan keamanan sejagat. Oleh itu, program Pengkisahan Sejarah ini juga sesuai
untuk dijadikan platform menghubungkan sejarah kemerdekaan negara kita dengan sejarah
ketamadunan Islam yang agung pada satu ketika dahulu untuk dijadikan iktibar dan
pengajaran.

Memorial Sejarah juga bertujuan melahirkan murid memahami sejarah negara ini
dengan baik. Pemahaman kisah sejarah membantu proses membina sebuah negara yang
lebih kehadapan. Sebagai analoginya, sekiranya kita tidak memahami satu masalah
penyelesaian matematik, sudah tentu kita tidak dapat menjawab soalan tersebut dan cuba
untuk mendapatkan jawapan daripada orang yang lebih mengetahui. Setelah itu, jika kita
menerima lagi soalan yang sama atau bentuk soalan yang sama, kita pasti dapat menjawab
dengan baik pada kali yang kedua. Begitu juga dengan sejarah negara kita. Sesiapa yang
memahami sejarah dapat merancang masa depan lebih baik. Oleh hal yang demikian, murid
perlu diberi kefahaman yang secukupnya dalam perjalanan sejarah negara kita dengan baik.

Akhir sekali, objektif bagi melaksanakan ‘Memorial Sejarah’ adalah melahirkan bakal
pemimpin yang petah berbicara. Oleh hal yang demikian, penglibatan oleh semua murid
adalah amat diharapkan. Selain itu, akktiviti yang dirancang sepanjang program ini nyata

2
membangkitkan semangat kebangsaan dalam kalangn murid. Kesannya, mereka akan lebih
berani untuk tampil kehadapan dan menyuarakan pendapat. Pelbagai aktiviti telah dirancang.

3.0 AKTIVITI

Kesemua aktiviti yang dirancang berlaku dalam tempoh satu hari. Sasaran utama adalah
golongan pelajar dan masyarakat setempat. Hadiah diberikan mengikut aktiviti terpilih
yang dijalankan sebagai pendorong kepada golongan pelajar dan masyarakat. Segala
aktiviti dirancang dan diberi nama khas yang sesuai mengikut aktiviti

3.1 LARIAN MERDEKA

Aktiviti larian Merdeka julung kali diadakan saban tahun di seluruh negara. Apa yang
menjadikan larian Merdeka ini berbeza dengan larian biasa adalah peserta mesti
memegang bendera Jalur Gemilang dan mengibarkannya sepanjang larian. Cara
pelaksanaan di sekolah adalah amat mudah. Kebiasaanya aktiviti yang melibatkan larian
diadakan pada sebelah pagi. Oleh itu aktiviti larian Merdeka ini dimulakan seawal jam 7.50
pagi. Pada jam 7.15 pagi, semua peserta diminta untuk mendaftar. Usai mendaftar, sesi
taklimat diadakan sehingga jam 7.45. Kemudian para peserta dilepaskan mengikut
kategori.
Trek larian hanyalah sepanjang 3 kilometer dan tidak membebankan langsung. Hal
ini kerana pemarkahan aktiviti ini bukan dinilai mengikut peserta yang terawal sampai di
garisan penamat, tetapi melihat juga kepada kibaran jalur gemilang yang dilakukan pada
setiap peserta. Kekuatan yang terdapat pada aktiviti ini adalah kesemua peserta dapat
menghargai bendera kebangsaan di samping mengamalkan gaya hidup sihat.
Dijangkakan aktiviti larian ini akan tamat pada pukul 9.00 pagi.

3.2 PAMERAN LAGENDA

Pameran Lagenda dirancang khas bagi memberi maklumat khusus berkaitan tokoh-
tokoh kemerdekaan Tanah Melayu. Langkah pelaksanaan pameran ini adalah dengan
menjemput badan kerajaan dan bukan kerajaan, universiti dan kelab persatuan luar untuk
menyertai aktiviti ‘Pameran Lagenda’ ini secara sukarela. Menurut Mohd Nor Anuar (2012)
bagi mencapai kesan maksima dalam pendidikan, kolaborasi daripada pihak yang
professional perlu diwujudkan. Selaras dengan matlamat itu, kita mengambil inisiatif
mengundang pihak luar turut serta dalam aktiviti ini. Pameran ini bakal diadakan pada
Dewan Sri Pentas Utama pada jam 10.00 pagi, iaitu selepas rehat larian Merdeka. Setiap

3
pertubuhan yang mengambil bahagian akan diberikan tempat atau segmen khas bagi
mempamerkan idea dan kreativiti masing-masing dalam menyampaikan maklumat.
Persediaan boleh dilakukan sehari sebelum pameran diadakan atau pada pagi aktiviti
larian Merdeka diadakan. Oleh itu, mereka akan mempunyai masa yang secukupnya
untuk menyediakan bahan. Tepat jam 10.00 pagi semua orang dijemput hadir bagi
memeriahkan Pameran Lagenda. Aktiviti tayangan ini, pasti memberi manfaat besar
kepada lapisan masyarakat terutamanya golongan murid.

3.3 LAYAR PERAK

Seterusnya aktiviti yang diberi nama Layar Perak merupakan aktiviti yang paling
mudah dilaksanakan tetapi memberi impak yang besar. Aktiviti ini dijadualkan
berlangsung tepat jam 2.00 petang selepas solat Zuhur. Semua peserta dikumpulkan
dalam sebuah bilik tayangan dan diberi sedikit pengenalan tentang cerita yang bakal
ditayangkan. Selepas itu, mereka akan disajikan dengan sebuah filem terkenal iaitu Bukit
Kepong. Sedikit pencerahan bagi filem ini, merupakan sebuah karya Jins Shamsuddin
pada tahun 1981. Dibintangi oleh beliau sendiri dan beberapa rakan artis lain seperti Dato’
Yusof Haslam, Dali Abdullah dan ramai lagi.
Kejadian Bukit Kepong adalah pertempuran bersenjata yang bersejarah yang berlaku
pada 23 Februari 1950 antara pihak polis dan Parti Komunis Malaya semasa sebelum
kemerdekaan Tanah Melayu. Pertempuran ini berlaku di kawasan sekeliling balai polis
Bukit Kepong. Murid akan mendapat inspirasi untuk mempertahankan negara selepas
menonton filem bersejarah ini. Tayangan berdurasi 1 jam 50 minit ini dijangka selesai jam
4.00 petang.

3.4 KUIZ SEJARAH


Kuiz Sejarah ini khas untuk murid-murid sahaja. Tujuan kuiz ini diadakan adalah
menguji sejauh mana pengetahuan anak pelajar terhadap sejarah kemerdekaan. Soalan
yang digunakan adalah soalan yang diambil sepanjang aktiviti Pameran Lagenda dan
Layar Perak dilangsungkan sebelum ini. Jadi kepada mana-mana pelajar yang memberi
tumpuan dan fokus pada setiap aktiviti pasti dapat menjawab dengan betul.
Pelaksanaan bagi program ini juga mudah. Setiap murid akan diberikan kertas
jawapan aneka pilihan dan sebatang pensel. Soalan akan ditayangkan selepas sahaja
selesai tayangan filem pada skrin. Mereka hanya perlu hitamkan jawapan yang betul
seterusnya menghantar jawapan tersebut kepada guru bertugas. Kuiz ini bakal
menajamkan pengetahuan murid tentang sejarah.

4
3.5 BICARA PEMIMPIN
Aktiviti terakhir pada hari tersebut dijadualkan berlangsung pada sebelah malam iaitu
pada pukul 7.45 malam. Pemimpin yang bakal dijemput adalah guru besar sekolah itu
sendiri, ketua kampung dan seorang penceramah bebas jemputan khas iaitu ustaz Mohd
Kazim Bin Elias. Tujuan menjemput ketiga-tiga figura masyarakat ini adalah bagi
mengupas sedikit sebanyak hal berkaitan kepimpinan yang sepatutnya diteladani
daripada tokoh-tokoh yang terkemudian. Istimewanya kami bawakan penceramah
terkenal tersebut supaya beliau dapat menghubungkaitkan tokoh-tokoh agama yang
memperjuangkan kemerdekaan satu Tanah Melayu. Menurut Tajuddin Saman (2006),
antara tokoh yang sama-sama mencetuskan gerakan kebangkitan negara dalam
menuntut kemerdekaan ialah Hamka, Tok Kenali, Haji Abdul Rahman Limbong dan ramai
lagi. Kita akan minta beliau menghurai sedikit sebanyak berkaitan tokoh tersebut.
Hari ini kita semakin melupakan jasa dan sumbangan tokoh terdahulu. Oleh itu aktiviti
Bicara Pemimpin ini dijadikan sebagai wadah untuk mengagungkan kembali ketokohan
ulama terdahulu. Kekuatan yang terdapat pada program ini adalah, kaedah penyampaian
yang santai oleh penceramah bakal menarik minat golongan masyarakat untuk
memahami sejarah.
Selesai sahaja majlis Bicara Pemimpin dianggarkan pada pukul 9.30. Kemudian kita
akan meneruskan dengan majlis perasmian penutup oleh guru besar. Hadiah akan
disampaikan dalam waktu tersebut. Akhir sekali, Majlis bersurai.

4.0 RUMUSAN
Semua aktiviti yang dirancang diharapkan dapat mencapai matlamat. Segala kekuatan
aktiviti telah diselitkan pada setiap aktiviti. Gambaran aktiviti akan dipamerkan pada
lampiran. Kelemahan yang dijangka berlaku pada program kali ini adalah kemungkinan
kekurangan bajet kewangan. Justeru itu, kita perlu mencari penaja dari luar untuk sama-
sama memberi sokongan kepada program yang bakal berlangsung pada kali ini. Selain
itu kekurangan yang terdapat sepanjang program tersebut berlangsung adalah kurang
kawalan kepada peserta. Jumlah peserta yang ramai, menyebabkan kawalan
keselamatan dan disiplin menjadi agak sukar. Untuk itu, kita akan berurusan dengan pihak
keselamatan seperti Rela dan Persatuan Bulan Sabit Merah untuk membantu mengawal
keadaan.
Selebihnya kita serah kepada Allah yang berkuasa. Kita hanya mampu merancang,
tetapi Allah jualah yang menentukan. Firman Allah dalam surah Ali Imran:54,

5
َ‫ّللاُ َخي ُْر ْال َما ِك ِرين‬ ‫َو َم َك ُرواْ َو َم َك َر ه‬
‫ّللاُ َو ه‬
Maksudnya: ‘Dan mereka merancang,Allah juga merancang. Dan Allah sebaik
perancang’

Rujukan

Mohd. Nor Anuar. (2012). Penyelidikan Berasaskan Sekolah. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Abdul Latip Talib. (2012g). Khalifah-Khalifah Yang Benar. Batu Caves, Selangor: PTS
Litera Utama Sdn. Bhd.

Tajuddin Saman, Ab. Manaf Haji Ahmad. (2006b). Tokoh-Tokoh Agama dan
Kemerdekaan di Alam Melayu. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiyah.

International Law Book Services. (2010). Pengajian Malaysia Sejarah Tanah Melayu.
Petaling Jaya, Selangor: Golden Books Centre Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmod. (2011g).
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

http://www.ikim.gov.my. menghayati-kemerdekaan-yang-dikecapi Diakses pada 15 Mac


2016

http://prpm.dbp.gov.my. Diakses pada 15 Mac 2016

Lilis Suriani Omar. (2014). Minggu Merdeka Tampil Menarik.


http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140829/dn_18/Minggu-Merdeka-
tampil-aktiviti-menarik. Diakses pada 16 Mac 2016

6
7

Anda mungkin juga menyukai