Anda di halaman 1dari 1

Kelebihan:

Dalam artikel ini juga dapat dikenal pasti beberapa kelebihan yang diterapkan oleh
penulis. Misalnya kita dapat lihat penulis mengulas tentang aktiviti ekonomi dapat
melahirkan masyarakat majmuk ditanah Melayu meskipun mereka dikerah untuk
menjalankan aktiviti ekonomi. Hal ini terbentuk daripada polisi British yang membawa
buruh oleh British telah menyebabkan penghijrahan masuk imigran Cina dan India secara
tidak terkawal. Tenaga orang Cina digunakan dalam industri perlombongan bijih timah
manakala orang India pula dalam sector perladangan, khususnya getah. Dalam pada itu,
kelebihan artikel ini juga dapat dilihat penulis menitik beratkan usaha yang dilakukan oleh
para nasionalisme yang muncul pada waktu itu kelebihannya dapat dilihat penulis begitu
menyanjungi usaha para nasionalis ini seperti dimana konflik antara Melayu-Cina lah yang
telah membawa kepada pengunduran tentera Jepun dari Tanah Melayu. Meskipun
mereka saling bermusuh mengikut persatuan masing-masing namun penulis telah
menyimpulkan bahawa semangat mereka inilah yang telah menghalau pihak Jepun serta
mencari tali barut kepada Jepun. Tambahan lagi, penulis juga dilihat tidak begitu bias
kerana meskipun penulis menceritakan tentang sifat monopoli penjajah namun penulis
menerapkan elemen kemajuan sosial yang dibawa oleh penjajah misalnya kemudahan
insfrastruk seperti sekolah Cina manakala di kawasan perkampungan, sekolah Melayu
telah dijadikan sebagai tempat menyebarkan propaganda komunis.

Anda mungkin juga menyukai