Anda di halaman 1dari 10

angkasa

GARIS PANDUAN SAMBUTAN HKS 2016


(PERINGKAT SEKOLAH)

1. PENGENALAN
Garis panduan Sambutan HKS 2016 ini disediakan sebagai panduan terbaik
kepada pihak pengurusan koperasi sekolah untuk menganjurkan sambutan
HKS dengan lebih mudah dan teratur. Sambutan HKS 2016 telah dibahagikan
kepada empat bahagian iaitu :
 Bahagian A – Laporan Tahunan Koperasi Sekolah 2015
 Bahagian B – Aktiviti-Aktiviti Sepanjang Tahun
 Bahagian C – Sumbangan Tabungan & Projek/Produk Koperasi
 Bahagian D – Markah Bonus
 Bahagian E – Markah Penilai

2. PENYERTAAN
Terbuka kepada semua Koperasi Sekolah. (Koperasi Sekolah yang bukan ahli
ANGKASA hendaklah melampirkan borang permohonan menjadi ahli
ANGKASA bersama – sama Borang Sambutan bagi membolehkan menerima
bantuan perbelanjaan yang diberikan oleh ANGKASA)

3. TARIKH DAN TEMA SAMBUTAN


Sambutan HKS diadakan bermula pada 4 Januari 2016 – 19 Ogos 2016.
Koperasi sekolah boleh memilih salah satu hari dalam bulan tempoh tersebut
untuk mengadakan sambutan semasa perhimpunan mingguan atau
bulanan sekolah.

Tema sambutan HKS 2016 ialah “Koperasi Untuk Kesejahteraan Warga


Sekolah”

4. BAHAGIAN A – SAMBUTAN HARI KOPERASI SEKOLAH

4.1 LAPORAN TAHUNAN KOPERASI 2015

Bahagian ini melibatkan Laporan Tahunan Koperasi 2015. Penilaian adalah


berdasarkan isi kandungan laporan tersebut.

Pihak koperasi perlu menyediakan Laporan Kewangan Koperasi teraudit


tahun 2015 sepanjang tempoh koperasi beroperasi pada tahun tersebut.
Pemberian markah adalah berdasarkan format pengauditan dan jumlah
perolehan tahunan koperasi setelah diaudit oleh juruaudit yang dilantik oleh

G A R I S P A N D U A N S A M B U T A N H K S 2 0 16 1
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) atau mana-mana juruaudit yang
termaktub di dalam Undang-Undang Kecil (UUK) koperasi sekolah.

4.2 Mesyuarat dan Laporan

Penilaian adalah berdasarkan perkara-perkara berikut :

a) Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi (MAT)

Mesyuarat agung tahunan menurut subseksyen 39(1) Akta, hendaklah


diadakan tidak lewat daripada enam bulan selepas berakhirnya setiap
tahun kewangan atau tempoh yang lebih panjang sebagaimana yang
diluluskan oleh SKM. Pemberian markah juga berdasarkan subseksyen
tersebut kecuali atas sebab-sebab tertentu yang diluluskan oleh SKM untuk
menunda tarikh MAT ke satu tempoh yang lain. MAT ini perlu disertakan
dengan bukti minit mesyuarat.

b) Mesyuarat Anggota Lembaga Koperasi (ALK)

Mesyuarat Lembaga hendaklah diadakan sekurang-kurangnya empat(4) kali


dalam tempoh setahun mengikut Akta koperasi. Oleh itu, pemarkahan
adalah berdasarkan jumlah mesyuarat ALK sepanjang tempoh tersebut
disertakan dengan bukti minit mesyuarat.

c) Laporan Anggota Lembaga Koperasi (ALK)

Sepanjang tempoh setahun koperasi beroperasi menjalankan aktiviti


perniagaan, ALK hendaklah mengemukan laporan untuk menjelaskan lebih
terperinci aktiviti-aktiviti perniagaan yang telah dijalankan di bawah seliaan
ALK tersebut iaitu mengikut pengagihan tugas yang telah ditetapkan di
dalam UUK. Pemarkahan juga adalah berdasarkan laporan tersebut yang
terkandung di dalam Laporan Tahunan Koperasi 2015.

4.3 Perhimpunan Hari Koperasi Sekolah (HKS)

Perhimpunan HKS boleh dilakukan semasa perhimpunan mingguan atau


bulanan sekolah sepanjang tempoh yang telah ditetapkan. Setiap aktiviti
yang dilakukan semasa perhimpunan ini wajib disertakan gambar,
senarai AJK yang terlibat, kos aktiviti, tarikh, tempat dan impak daripada
sambutan tersebut. Pemarkahan adalah berdasarkan perkara berikut:

a. Perhimpunan Khas
 Pihak sekolah hendaklah mengumpul kesemua pelajar dalam
satu perhimpunan khas sambutan HKS;
 Pengetua atau Pengerusi Koperasi akan memaklumkan
tentang sambutan HKS serta tujuan diadakan; (Maklumat lanjut

G A R I S P A N D U A N S A M B U T A N H K S 2 0 16 2
tentang HKS boleh dimuat turun dari laman web ANGKASA;
www.angkasa.coop)
 Pengetua atau Pengerusi Koperasi hendaklah menerangkan
kepentingan koperasi di sekolah dan perkembangan terkini
serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan di koperasi sekolah mereka;
 Lagu Semangat Koperasi (lagu rasmi koperasi) dari ANGKASA
hendaklah dimainkan semasa perhimpunan tersebut. (Lagu ini
boleh dimuat turun dari laman web ANGKASA;
www.angkasa.coop)
 Perutusan daripada YB Menteri Pendidikan Malaysia; YB Menteri
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan;
dan Presiden ANGKASA hendaklah dibaca oleh pelajar semasa
perhimpunan. Ketiga-tiga perutusan boleh dimuat turun dari
laman web ANGKASA; www.angkasa.coop)

b. Aktiviti Tambahan Semasa Perhimpunan Khas


Pihak koperasi sekolah juga boleh melaksanakan aktiviti-aktiviti tambahan
seperti berikut semasa majlis perhimpunan diadakan.

 Pengiktirafan koperator terbaik koperasi sekolah


Pihak koperasi bolehlah memberi pengiktirafan kepada mana-
mana koperator yang telah menunjukkan kecemerlangan
sepanjang penglibatan mereka dalam koperasi. Antara
pengiktirafan yang boleh diberikan ialah Anggota Lembaga
Koperasi Terbaik di kalangan guru dan pelajar serta Koperator
Terbanyak Berlanggan di kedai koperasi. Koperasi sekolah
bolehlah menyediakan hadiah-hadiah untuk tujuan tersebut jika
berkemampuan.

 Aktiviti Tambahan – Penanaman Pokok


Aktiviti ini menggalakkan pelajar mempunyai nilai-nilai yang baik
kepada alam sekitar sesuai dengan Prinsip Koperasi yang ke tujuh.
Pemarkahan akan dinilai berdasarkan bukti bergambar semasa
aktiviti tersebut berlangsung.

5. BAHAGIAN B – AKTIVITI – AKTIVITI KOPERASI SEPANJANG TAHUN

Bahagian ini melibatkan aktiviti-aktiviti koperasi sepanjang tahun mengikut


tempoh yang telah ditetapkan. Aktiviti-aktiviti ini terdiri daripada aktiviti
pendidikan, aktiviti ekonomi serta aktiviti sosial dan budaya. Penilaian
adalah berdasarkan kepelbagaian aktiviti berdasarkan bukti bergambar,
senarai AJK, kos aktiviti, tarikh, tempat dan impak daripada setiap aktiviti
tersebut.

Pihak koperasi sekolah hendaklah menjalankan sekurang-kurangnya satu


daripada aktiviti-aktiviti tersebut. Pemberian markah juga akan berdasar
kepada kuantiti aktiviti yang dijalankan. Jika koperasi sekolah menjalankan
lebih daripada satu aktiviti, tambahan markah akan diberikan. Maksimum

G A R I S P A N D U A N S A M B U T A N H K S 2 0 16 3
setiap kategori bergambar adalah lima (5) keping sahaja di dalam sehelai
kertas A4. Kesemua aktiviti yang dijalankan hendaklah mengikut kreativiti
dan inovasi pihak sekolah dan sebagai Badan Penilai, ANGKASA tidak akan
terlibat secara langsung dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Koperasi sekolah digalakkan untuk melibatkan seberapa banyak agensi


samada agensi kerajaan, swasta atau badan-badan NGO sebagai salah
satu usaha mewujudkan aktiviti interaksi koperasi sekolah dengan
masyarakat. Di antara contoh-contoh aktiviti adalah seperti berikut;

a. Aktiviti Pendidikan
Contoh Aktiviti :
 Ceramah Koperasi;
 Seminar Koperasi;
 Bengkel koperasi;
 Kuiz koperasi, dan
 Lain-lain berdasarkan kreativiti koperasi.

b. Aktiviti Ekonomi/ Keusahawanan


Contoh Aktiviti :
 Karnival Koperasi;
 Jualan barangan terpakai atau barangan kitar semula;
 Bazar Koperasi;
 ‘Car-Boot’ Sale;
 Car Wash, dan
 Lain-lain berdasarkan kreativiti koperasi

c. Aktiviti Sosial dan Budaya


. Contoh Aktiviti :
 Gotong royong;
 Khidmat masyarakat;
 Lawatan ke rumah anak yatim, dan
 Lain-lain berdasarkan kreativiti koperasi.

6. BAHAGIAN C – SUMBANGAN TABUNGAN DAN PROJEK/PRODUK KOPERASI

6.1 Sumbangan Tabungan Koperasi

Pihak koperasi sekolah mewujudkan sekurang-kurangnya satu daripada


lima sumbangan tabungan mengikut UUK koperasi. Kewujudan tabung-
tabung ini untuk kegunaan aktiviti-aktiviti sekolah dan dipulangkan
semula kepada anggota-anggota koperasi sekolah. Pemberian markah
juga akan berdasar kepada kuantiti tabung yang telah diwujudkan. Jika
koperasi sekolah menjalankan lebih daripada satu tabung, tambahan
markah akan diberikan. Setiap sumbangan tabungan ini perlu disertakan
bukti bergambar dan keterangan pada setiap gambar.

G A R I S P A N D U A N S A M B U T A N H K S 2 0 16 4
6.2 Projek/Produk Koperasi

Penambahan markah juga akan dinilai sekiranya pihak koperasi sekolah


menghasilkan produk dan projek koperasi yang dihasilkan sendiri oleh
anggota-anggota koperasi (pelajar). Kepelbagaian projek/produk
adalah mengikut kreativiti dan inovasi anggota-anggota koperasi
(pelajar). Pemarkahan akan diberikan sekiranya pihak koperasi
melampirkan bukti bergambar dan keterangan tentang projek/produk
dan penyata akaun projek/produk sekiranya telah dipasarkan.

7. BAHAGIAN D : MARKAH BONUS

Markah bonus adalah berdasarkan beberapa perkara berikut :

7.1 Susun atur di dalam kedai koperasi yang perlu disertakan dengan
bukti bergambar dan keterangan.
7.2 Peratusan keahlian guru dan murid
7.3 Koperasi telah menjadi Ahli Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA
(KOPSYA) – perlu disertakan bukti sijil keahlian
7.4 Penglibatan pelajar dalam mesyuarat agung koperasi sekolah. -
perlu disertakan bukti bergambar dan keterangan.
7.5 Penglibatan Pengerusi Koperasi dalam menghadiri program anjuran
ANGKASA – perlu disertakan bui sijil penyertaan.

8. BAHAGIAN E : MARKAH PENILAI

Penilai akan memberi markah seperti berikut:

8.1 Aktiviti menjurus dan selaras dengan tema sambutan


8.2 Skop penyertaan yang menyeluruh
8.3 Mendapat anugerah koperasi daripada mana-mana agensi
bermula pada tahun 2013 sehingga 2016. Anugerah ini juga perlu
ditunjukkan dengan bukti bergambar dan keterangan.
8.4 Aktiviti-aktiviti berkait dengan prinsip dan nilai koperasi.
8.5 Kreativiti kegiatan yang dijalankan.

9. BANTUAN PERBELANJAAN

Koperasi Sekolah yang menghantar laporan sambutan HKS 2016 akan


akan mendapat sumbangan bantuan perbelanjaan sebanyak RM 300.00.

G A R I S P A N D U A N S A M B U T A N H K S 2 0 16 5
10. BORANG PENGESAHAN SAMBUTAN DAN LAPORAN SAMBUTAN

Bagi tujuan penyelarasan dan penilaian, pihak koperasi sekolah


hendaklah menghantar:

10.1 Borang Pengesahan Sambutan (BPS01 – HKS/16; warna


kuning)
Borang pengesahan sambutan ini hendaklah dihantar ke ANGKASA
semasa taklimat HKS. Pihak koperasi hendaklah menyatakan
sambutan HKS yang akan diadakan dan aktiviti-aktiviti yang akan
dilaksanakan.

10.2 Borang Laporan Sambutan (BLS02 – HKS/16; warna peach)


Bagi tujuan penilaian dan pembayaran sumbangan, Borang Laporan
Sambutan ini hendaklah diisi dengan lengkap dan dihantar ke
ANGKASA (Ibu Pejabat) pada atau sebelum 30 Ogos 2016. Laporan
yang lengkap hendaklah disertakan dengan gambar-gambar sekitar
hari sambutan dan bukti sambutan. Sila Rujuk Panduan Penyediaan
Laporan. Koperasi sekolah perlu membuat sekurang-kurangnya satu
(1) salinan laporan untuk simpanan koperasi sekolah.

Kedua-dua borang ini bolehlah dimuat turun dari laman web ANGKASA;
www.angkasa.coop.

11. PROSES BAYARAN BANTUAN PERBELANJAAN

Bantuan perbelanjaan ini hanya akan disalurkan kepada koperasi sekolah


setelah pihak ANGKASA menerima Borang Laporan Sambutan (BLS02 –
HKS/16) dan laporan lengkap bergambar mengenai sambutan yang telah
diadakan.

Proses bayaran sumbangan hanya akan dilaksanakan setelah selesai sesi


penilaian diadakan. ANGKASA berhak untuk tidak memberikan bantuan
perbelanjaan sekiranya pihak koperasi sekolah tidak mematuhi garis
panduan yang ditetapkan seperti berikut :

o Tidak menghantar Borang Laporan Sambutan (BLS02 – HKS/16) atau


o Hanya menghantar Borang Laporan Sambutan (BLS02 – HKS/16) dan
tidak disertakan bersama laporan lengkap bergambar aktiviti HKS
2016.

12. PENILAIAN AKTIVITI

Penilaian akan dibuat berdasarkan kepada aktiviti di Bahagian A, Bahagian


B dan Bahagian C. Aktiviti akan dinilai mengikut kualiti persembahan,
bilangan aktiviti yang dijalankan, penglibatan pelbagai pihak seperti

G A R I S P A N D U A N S A M B U T A N H K S 2 0 16 6
koperasi dewasa, PIBG, masyarakat setempat dan lain-lain lagi yang
ditetapkan oleh Jawatankuasa Penilai.

Pegawai ANGKASA akan memilih maksimum sepuluh (10) koperasi dari


jumlah keseluruhan penyertaan koperasi sekolah dari seluruh Malaysia.
Manakala daripada sepuluh (10) koperasi tersebut, Jawatankuasa Teknikal
Koperasi Sekolah bersama JPAN akan memilih tiga (3) terbaik untuk
penentuan Tempat Ketiga, Naib Johan dan Johan peringkat negeri.

Hanya koperasi sekolah yang mendapat Johan Negeri sahaja yang akan
dibawa ke peringkat Kebangsaan untuk dibuat pemilihan yang terbaik
dikalangan johan-johan di peringkat negeri. Setiap pemenang di peringkat
negeri dan kebangsaan akan diberi sijil penghargaan dan hadiah oleh
ANGKASA (Ibu Pejabat).

Jawatankuasa Penilai adalah terdiri daripada:


 Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA)
 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
 Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
 Majlis Amanah Rakyat (MARA)
 Maktab Koperasi Malaysia (MKM)
 Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV)

Keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Penilai adalah muktamad.

13. LAWATAN WAKIL KEMENTERIAN, JABATAN DAN AGENSI

Wakil Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri,


Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional,
Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan dan Jawatankuasa Perhubungan
ANGKASA Negeri akan membuat lawatan ke koperasi-koperasi sekolah yang
mengadakan sambutan.

Lawatan yang diadakan adalah bertujuan untuk meraikan sambutan yang


dilaksanakan oleh pihak koperasi sekolah dan ianya bukan bertujuan untuk
membuat penilaian ke atas sambutan HKS yang diadakan. Jawatankuasa
Tadbir Kebangsaan dan Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri akan
mengisi borang laporan lawatan yang telah disediakan untuk diserahkan
kepada ANGKASA (Ibu Pejabat).

14. PERTANYAAN
Sebarang bentuk pertanyaan yang berkaitan dengan sambutan HKS bolehlah
diutarakan kepada Unit Institusi Pendidikan di talian telefon : 03-7884 6510 /
03-78008176/ 03- 7800 7876, Faks: 03-7806 1506/ 03-7880 9244

G A R I S P A N D U A N S A M B U T A N H K S 2 0 16 7
15. PIHAK YANG TERLIBAT DENGAN HKS 2016
Koperasi sekolah bolehlah melibatkan masyarakat luar dalam sambutan HKS
sepanjang tahun bagi mewar – warkan kepada koperasi di sekolah dan aktiviti –
aktiviti yang dijalankan. Antara pihak – pihak yang boleh dilibatkan adalah :
 Koperasi Sekolah berdekatan
 Koperasi Dewasa
 Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG)
 Masyarakat setempat
 Kementerian Pendidikan Malaysia
 Jabatan Pendidikan Negeri
 Suruhanjaya Koperasi Malaysia
 Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri
 Majlis Amanah Rakyat (MARA)
 Dan lain – lain

16. PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN

16.1 Penyediaan laporan hendaklah mengikut format Borang Laporan


Sambutan (BLS02-HKS/16).

16.2 Penyediaan laporan hendaklah tidak kurang daripada 20 muka surat dan
tidak melebihi 50 muka surat (termasuk gambar).

16.3 Lima (5) gambar terhad untuk satu (1) aktiviti sahaja.

16.4 Satu muka surat bersaiz A4 terhad untuk lima (5) gambar sahaja (1
aktiviti).

16.5 Koperasi sekolah perlu melampirkan salinan buku / penyata akaun bank
yang tertera nama serta nombor akaun bagi memudahkan pembayaran
sumbangan ANGKASA.

16.6 Setiap gambar perlu dinyatakan secara ringkas:


i. Apakah aktiviti yang dilaksanakan
ii. Tarikh, masa dan lokasi aktiviti dilaksanakan
iii. Penglibatan atau penyertaan, seperti pelajar, guru, kakitangan sekolah,
masyarakat luar atau agensi luar
iv. Nama perasmi majlis atau sambutan, penceramah dan lain-lain
berkaitan hendaklah dinyatakan dalam caption gambar tersebut

16.7 Nyatakan secara jelas agensi kerajaan, NGO atau pihak swasta yang
terlibat bagi setiap aktiviti yang dilaksanakan.

16.8 Selain menghantar laporan secara manual, pihak koperasi sekolah


hendaklah menghantar bukti laporan secara ‘soft copy’. Penghantaran
‘soft copy’ secara email hanya di Bahagian B,C dan D sahaja. (Rujuk
Lampiran)

G A R I S P A N D U A N S A M B U T A N H K S 2 0 16 8
16.9 TIDAK PERLU melampirkan risalah, pamplet atau bahan bahan bercetak
daripada agensi luar. Sebagai contoh risalah pencegahan jenayah,
derma darah, promosi, peraturan, syarat-syarat dan sebagainya.

16.10 TIDAK PERLU dilampirkan bahan-bahan atau maklumat yang telah


diberikan oleh ANGKASA kepada koperasi sekolah seperti;

i. Garis Panduan Sambutan HKS

16.11 TIDAK PERLU menghantar album bergambar sebagai laporan.

16.12 Format penyediaan laporan perlu mengikut font Arial 12.

16.13 Laporan yang kemas dan lengkap hendaklah diserahkan kepada pihak
Ibu Pejabat ANGKASA, Kelana Jaya, Selangor seperti alamat di bawah
pada atau sebelum 30 Ogos 2016 (Selasa) Jam 4.30 petang. Laporan
yang dihantar selepas daripada tarikh dan masa di atas tidak akan
diterima.

Jika terdapat sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi:

ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD


WISMA UNGKU A. AZIZ,
JALAN SS 6/3, KELANA JAYA,
47301 PETALING JAYA,
SELANGOR DARUL EHSAN
(U/P: Unit Institusi Pendidikan, Bahagian Pembangunan, Kepimpinan
Dan Modal Insan Koperasi dan Sektor Pembangunan Komuniti, ANGKASA)

No. Telefon: 03-7884 6510 /03-78008176/ 03-7800 7876


No. Faks: 03-7806 1506/ 03-7880 9244
www.angkasa.coop

Email : institusipendidikan.angkasa@gmail.com

G A R I S P A N D U A N S A M B U T A N H K S 2 0 16 9
PEGAWAI ANGKASA UNTUK DIHUBUNGI MENGIKUT NEGERI SEPERTI BERIKUT :

BIL NAMA NEGERI NO TEL EMAIL


BIMBIT
1. En. Abu Bakar Bin Semua Negeri 017-365 9484
Busmah
2. Cik Noor Azlita Hanif Selangor/N. 012-390 1809
Sembilan/Pahang
3. En. Hasbullah Perlis/Johor/Kolej 012-242 7233
Hamdin Vokasional institusipendidikan.angkasa@
4. Pn. Norhayati Sarawak/Melaka/ 019-283 0812 gmail.com
Muhamad Terengganu
5. Pn. Nurhannan Ab. MRSM/Perak 013-992 5670
Rafar
6. En. Mohd Redza Kedah/W.Persekutu 012-278 3720
Zaidi Bin Mohd Zaki an (KL/Putrajaya)
7. En. Mohammad P.Pinang/Sabah & 013-771 2801
Noh Bin W.P
Mohammad Joha Labuan/Kelantan

G A R I S P A N D U A N S A M B U T A N H K S 2 0 16 10

Anda mungkin juga menyukai