Anda di halaman 1dari 29

MEDIA TRANSMISI

Disediakan oleh
Zulkifli Alang Mahat
http://k.domaindlx.com/czul
czulkifly@yahoo.com.my

PENGENALAN
Perkakasan telekomunikasi menghantar data dalam bentuk signal.
Signal ini adalah dalam bentuk tenaga elektromagnetik.
Elektromagnetik ini boleh bergerak dalam persekitaran vacum,
udara, dan dalam pelbagai media transmisi.
Tenaga Elektromagnetik adalah gabungan medan elektrikal dan
magnetik bergetar antara satu sama lain dengan medan dalam
Gambarajah 5.1.
Medan-medan ini adalah sebahagian dari spektrum elekromagnetik.
Tidak semua spektrum tersebut digunakan dalam telekomunikasi

MEDIA TRANSMISI
Media Terarah / Guided Media
(Adalah talian fizikal atau dawaian antara perkakasan rangkaian)

Media tidak terarah / Unguided Media


(komunikasi wireless / tanpa wayar)

Menghantar gelombang elektromagnetik tanpa mengguna sebarang wayar malah signal dipancarkan
melalui udara/air dlm keadaan tertentu.
Justeru itu, ianya adalah untuk pengguna yang mempunyai peralatan yang boleh menerima gelombang
tersebut

MEDIA TERARAH
Kabel Terpiuh
Unshielded twisted pair (UTP)
Shielded twisted pair (STP)

Kabel Sepaksi
Kabel gentian optik

MEDIA TIDAK TERARAH

Gelombang Radio
Microwave
Komunikasi Satelit

Kabel Terpiuh
Kabel terpiuh terdiri daripada 2 jenis
iaitu unshielded twisted pair dan
shielded twisted pair.
Bagi isyarat analog
pembesar (amplifier) diperlukan bagi
setiap 5 hingga 6 km.
Bagi Isyarat digital
pengulang (repeater) diperlukan bagi
setiap 2 hingga 3 km.
Kabel terpiuh mempunyai jarak, lebar
jalur serta kadar data yang terhad.
Kadar frequency bagi kabel twisted pair
ini ialah 100 Hz - 5 MHz

Unshielded twisted pair (UTP)


Penggunaannya meluas.
Digunakan dalam sistem telefon
Digunakan dalam LAN teknologi seperti Ethernet dan
Token ring.
Julat frekuensinya membolehkan ia membawa data dan
suara.
Terdiri dari 2 pengalir elektrik biasanya tembaga/copper
disalut dengan plastik berwarna untuk pengenalan
pengalir dalam kabel dan pasangannya dalam pewayaran

Unshielded twisted pair (UTP)


Kelemahan : kebisingan yang terhasil dari perkakasan yang
menghasilkan gangguan elektromagnatik seperti motor.
Bagi wayar yang selari, kebisingan, akan menyebabkan signal yang
tidak setara akibat kedudukan wayar yang berbeza dan kerosakkan
pada signal
Untuk mengatasi masalah ini, signal akan setara apabila
pendawaian tersebut diputar sama rata
Crosstalk juga boleh berlaku. Crosstalk adalah gangguan yang
diperolehi apabila di dalam perbualan telefon terdapat suara-suara
lain selain dari penerima yang sebenar. Ini sebabkan oleh
kedudukan kabel yang berdekatan menyebabkan signal terpindah
ke kabel pengguna lain.
Kelebihan : murah dan mudah dikendalikan/gunakan.

Unshielded twisted pair (UTP)

Gangguan dari motor luaran


terhadap kabel selari

Kabel dipiuh

Shielded twisted pair (STP)


Rupa bentuknya sama seperti UTP tetapi kabel
terpiuhnya telah disaluti dengan logam bagi
mengelakkan kebisingan elektromagnatik serta
mengelakkan crosstalk.
STP sama macam UTP tetapi STP perlulah
dibumikan pada salah satu hujungnya.
Lebih mahal dari UTP sebab kos bahannya
tetapi dapat mengelakkan kebisingan.

Shielded twisted pair (STP)

Kabel Sepaksi

Kabel dua konduktor - direka untuk menyokong frekuensi yang lebih besar.

Kabel jenis ini banyak digunakan sebagai bahantara transmisi seperti :


Transmisi jarak jauh bagi telefon dan televisyen(CATV)
Pengagihan siaran televisyen
Rangkaian kawasan setempat-LAN
Sambungan bagi sistem 'Short-Run

Boleh bawa isyarat Analog dan Digital.

Ianya boleh digunakan secara efektif pada frekuensi dan kadar data yang
tinggi

Kesan gangguan dan cross-talk juga kurang disebabkan kabel ini dibalut.

Walaubagaimana pun, prestasi kabel jenis ini sering terganggu oleh


anttenuation, thermal noise dan intermodulation noise

Kabel Sepaksi

Bagi transmisi jarak jauh untuk isyarat analog, pembesar


(amplifier) masih diperlukan pada setiap beberapa kilometer dan
bagi isyarat digital, pengulang (repeater) diperlukan pada setiap
kilometer.

Rekabentunya berbeza dari kabel terpiuh.

Pengalir tengah(biasanya tembaga) disaluti dengan lapisan-lapisan


yang bahannya berbeza seperti logam,jalinan-jalinan serat
(biasanya tembaga) atau gabungan kedua-dua bahan.

Logam bahagian luar bukan sahaja untuk melengkapkan lagi


lingkaran conductor tersebut tetapi juga bagi mengelakkan
kebisingan.

Keseluruhan luaran lapisan-lapisan conductor itu disaluti dengan


bahan plastik.

Kabel Sepaksi

Kabel gentian optik


Kabel fiber optik ada 3 seksyen sepusat iaitu

bahagian utama (Core) - gentian yang mengawal sinar optikal


dinding(cladding) - terima tindakbalas daripada sinar optikal
pembalut(jacket) - balut satu atau lebih gentian untuk
menjaganya.

Kabel ini digunakan untuk menghantar isyarat optikal


yang kemudiannya ditukarkan kepada isyarat
elektromagnetik.

Kabel ini lebih mahal

Kabel gentian optik


Kebaikannya:
Mempunyai lebar jalur yang lebih besar
Saiznya kecil dan ringan
Anttenuation yang rendah
Bebas dari gangguan elektromagnetik
Jarak di antara repeater adalah lebih jauh
Ada dua jenis sumber sinar yang digunakan : light emitting
diode(LED) dan Injection laser diode(ILD).
light emitting diode(LED) - lebih murah, beroperasi dalam suhu
tinggi dan tempoh operasi yang lama.
Injection laser diode(ILD) lebih cekap,boleh sokong kadar data
yang lebih besar.

Kabel gentian optik

Gelombang Radio

Terdapat 5 cara penyebaran gelombang


radio

Penyebaran
Penyebaran
Penyebaran
Penyebaran
Penyebaran

dipermukaan/Surface
Tropospheric
Ionosferic
Line of sight
ruang angkasa

Penyebaran
dipermukaan/Surface
Gelombang radio tersebar pada atmosfera
yang terendah. Pada frekunsi yang rendah
signal dipancarkan kesemua arah oleh
antena ke antena di bumi.
Jarak antara antena adalah bergantung
kepada kekuatan signal.
Penyebaran juga boleh berlaku dalam air

Penyebaran Tropospheric
Penyebaran berlaku dalam 2 keadaan :
1. Dari antena ke antena
2. Signal secara menegak dipantulkan pada
lapisan teratas bagi troposfera ke bumi.
Lebih menyeluruh dari menggunakan antena
yang terhad disebabkan permukaan bumi yang
melengkung

Penyebaran Ionosferic
Frekunsi yang tinggi akan terpancar secara
menaik ke ionosfera dan dipantulkan balik ke
bumi.
Ketumpatan pada ruang antara ionosfera dan
troposfera menyebabkan gelombang bertambah
laju dan berubah arah ke bumi.
Maka penyebaran ini adalah sesuai untuk
penghantaran signal yang lemah pada jarak
yang jauh.

Penyebaran Line of sight


Frekunsi yang tinggi dipancarkan secara menegak dari
antena ke antena.
antena penghantar perlu dihadapkan pada antena
penerima. Maka ketinggian dan jarak antena antara
antena perlulah menggikut lengkungan bumi.
Penyebaran ini sukar sebab penghantaran tidak dapat
difokuskan kerana gelombang boleh terpantul pada
permukaan bumi atau pada atmosfera atau berubah
secara menaik atau menurun signal rosak.

Penyebaran ruang angkasa


Menggunakan satelite
Signal yang diterima oleh satelite di angkasa
akan memantul balik signal tersebut ke bumi
sama konsep macam penyebaran line of sight
di mana satu antena di bumi dan satu di
angkasa.
Sesuai untuk penghantaran signal pada jarak
yang jauh

Microwave
Tidak mengikut lengkungan bumi maka ianya memerlukan
penyebaran secara line of sight.
Bergantung kepada ketinggian antena dan jarak antara antena.
Ketinggian bagi mengelakkan signal terlanggar objek di bumi dan
mengatasi lengkungan bumi.
Biasa diletakkan di atas gunung atau bangunan yang tinggi.
Gelombang microwave disebarkan satu arah dalam satu masa
maka untuk buat ia disebarkan dalam 2 arah maka perlu 2
frekunsi, untuk kedua-dua antena menghantar dlm satu masa yang
sama.

Microwave
Setiap frekuensi perlu ada penghantar dan penerimanya
sendiri.
Tapi sekarang alat baru bernama transceiver yang
membolehkan satu antena menghantar dan menerima
dengan hanya satu alat ini .
Untuk menambahkan jarak antara antena
repeater/pengulang digunakan pada setiap antena.
Agar signal boleh sampai ke antena penerima yang satu lagi.
Antena yang digunakan adalah piring parabola dan Horn

Microwave

Antena piring
parabola

Antena Horn

Cara penyebaran gelombang radio

Komunikasi Satelit
Sama macam microwave cuma salah satu antenanya
terdapat diangkasa.
Satelit umpama antena yang tinggi maka jarak
penghantaran antara antena dapat dipertingkatkan
maka boleh menghantar signal melintasi lautan dan
kawasan perdalaman.
Walaupun mahal tapi ianya dapat menjimatkan kos
penyewaan frekunsi atau line.
Pergerakkan satelit perlu selari dengan pergerakkan
bumi yang dinamakan geosynchronous.

Komunikasi Satelit

Anda mungkin juga menyukai