Anda di halaman 1dari 2

Pada pendapat saya, pengajaran yang saya dapati daripada cerita mengenai Itzhak

Perlman, antaranya kita mestilah sentiasa semangat, hormat–menghormati, sentiasa


bertenang dan tidak mudah mengalah.

Salah satu pengajaran yang saya didalam cerita ini iaitu, Perlman sentiasa rasa sungguh
bersemangat untuk mengadakan konsert bermain biola walaupun dirinya mendapat
penyakit polio. Ekoran daripada itu, beliau terpaksa menggunakan tongkat untuk
menyokongnya agar dapat berjalan dengan baik. Dalam hal ini, saya dapati pengajaran
ialah kita mestilah sentiasa rasa bersemangat untuk menghadapi sesuatu cabaran
walaupun pada masa yang sama kita berhadapan dengan situasi yang membebankan serta
mencemaskan pada diri kita. Malah, dengan sifat bersemangat akan lahirlah keyakinan
pada diri kita dan lebih-lebih lagi hasil sesuatu kerja kita akan berhasil.

Tambahan pula, pengajaran yang saya dapati seterusnya iaitu Perlman sungguh berasa
tenang menghadapi masalah apabila tali biola miliknya terputus. Disamping itu, kita mestilah
sentiasa berasa bertenang, tidak panik dan tidak gopoh untuk menghadapai sebarang
masalah. Hal ini kerana, dengan sifat seperti ini dapatlah kita menyelesaikan sesuatu
masalah dengan sempurna. Malahan juga, apabila kita sedang melakukan sesuatu perkara
iaitu membuat persembahan seperti Perlman, kita juga harus bertenang apabila berhadapan
dengan masalah yang tidak dijangka. Hal ini kerana, apabila kita bersikap tenang dengan
masalah yang kita hadapi walaupun diluar jangkaan kita, kita akan mengawal keadaan
supaya menjadi teratur, terkawal dan hasil kerja yang berkualiti. Sekiranya tidak, aktiviti
yang kita hendak lakukan itu tidak akan menjadi malah meruncingkan lagi suasana.

Disamping itu, saya menghargai dengan sikap penonton yang ditunjukkan didalam cerita ini
kerana semua penonton bersikap menghormati konsert Perlman dengan keadaan senyap
untuk mendengar persembahan Perlman. Malah, ini menunjukkan supaya kita harus
bersikap hormat-menghormati kepada orang lain dengan memberi laluan kepada orang itu
untuk mengadakan persembahan majlis, memberi laluan untuk berucap ketika bermesyuarat
dan sebagainya. Hal ini kerana, sikap hormat-menghormati ini membuatkan diri kita
disegani, disukai dan dihargai oleh orang lain.
Tambahan pula, saya juga menghargai dengan sikap Perlman yang menunjukkan dirinya
bukanlah seorang yang mudah mengalah dengan cabaran atau berhadapan dengan
masalah apabila satu tali biolanya terputus ketika dia sedang membuat persembahan. Hal
ini dapat dijadikan sebagai teladan kepada diri kita agar jangan mudah mengalah dengan
cabaran agar diri kita matangkan lagi fikiran ke arah lebih ke hadapan. Sekiranya diri
bersikap mudah mengalah pada cabaran, pemikiran kita akan terkebelakang daripada arus
masa depan.

Akhir sekali, jalan cerita ini amat menarik saya membaca dan sarat dengan mesej yang
hendak disampaikan agar membentuk diri kita menjadi lebih baik seperti bersemangat,
hormat-menghormati, bertenang dan tidak mudah mengalah

Anda mungkin juga menyukai