Anda di halaman 1dari 5

Bincangkan Peranan Institusi Monarki Dalam Mempengaruhi, Secara Positif Atau/Dan

Negatif, Perjalanan Badan Periundangan, Badan Eksekutif, Dan Badan Kehakiman Di

Sesebuah Negara Terpilih Yang Mempraktikkan Sistem Raja Berperlembagaan (Selain

Daripada Malaysia).

Pendahuluan.

Pengenalan.

Pada zaman Yunani Kuno negara dikelaskan kepada 3 bentuk iaitu, Monarki, Oligarki

dan Demokrasi. Yang digunakan sebagai ukuran untuk membezakan bentuk-bentuk tersebut

adalah jumlah dari pemegang kekuasaan. Gondo Yumitro (2013). Monarki berasal dari

perkataan “monarch” yang bermaksud raja, iaitu apabila sesebuah kekuasaan politik yang

mana raja atau ratu berperanan sebagai pemegang kuasa dominan negara (kerajaan).Muh. Nur

El Ibrahim (2010). Menurut Gondo Yumitro, sekiranya yang memegang kekuasaan itu adalah

satu orang maka bentuk negara tersebut adalah Monarki. Monarki dari bahasa Yunani iaitu

“monos” bermaksud satu dan “archien” bermaksud “memerintah”.

Menurut Muh. Nur El Ibrahim para penyokong monarki lazimnya berpendapat bahawa

jenis kekuasaan yang hanya dipegang oleh satu tangan ini lebih efektif bagi menciptakan

kestabilan dalam proses membuat dasar. Dengan itu,kurangnya perdebatan serta perbezaan

pendapat ataupun persaingan diantara kelompok kerana wujud hanya satu kekuasaan yang

dominan.
Negara-negara yang mengamalkan jenis kekuasaan monarki hingga ke hari ini adalah

Britain, Sweden, Denmark, Belanda, Norway, Belgium, Luxemburg, Jepun, Thailand dan

Sepanyol. Di negara-negara tersebut, monarki menjadi sesuatu yang menyatukan

masyarakatnya yang sangat berkesan iaitu merupakan simbol perpaduan antara pelbagai

kelompok yang ada di dalam masyarakat negara itu.

Negara-negara maju seperti Britain dan Jepun masih mengamalkan sistem monarki.

Walaubagaimanapun, di negara-negara tersebut kerajaan perlu membahagikan kuasa dengan

pihak yang lain, terutama parlimen. Proses pembahagian kuasa tersebut diperkuatkan lagi

melakui perlembagaan ( Undang-undang Dasar). Oleh itu, monarki di era negara-negara

moden bukan lagi mutlak sebaliknya bersifat monarki konstitusional malah kekuasaannya

hanyalah sebagai simbolik iaitu sebagai ketua negara.( Muh. Nur El Ibrahim, 2010). Dalam

sesebuah negara monarki, pihak yang lebih berkuasa untuk menentukan perlaksanaan

pemerintahan adalah parlimen yang mana perdana menteri sebagai ketua kerajaan.

Sekiranya yang memegang pemerintahan itu terdiri daripada beberapa orang, bentuk

negara tersebut dikenali pula sebagai Oligarki yang juga dalam bahasa Yunani “oligai” .

Aristotles percaya bahawa bentuk pemerintahan ideal adalah monarki, aristokrasi dan polity,

Gondo Yumitro (2013). Tambah beliau lagi, pemerintahan yang otoriter lazimnya berbentuk

monarchial absolutism (monarki mutlak), traditional dictatorship, military rule, dan lain-lain

lagi.

Menurut Muhammad Fadil (2012), Aristoteles memulakan penjelasan mengenai jenis

pemerintahan monarki ( bukan dalam maksud umum yang berkaitan dengan kerajaan );
1. Monarki tidak mutlak. Kuasa raja tidak mutlak kecuali dalam keadaan yang tertentu.

2. Monarki mutlak. Pemerintahan seperti ini sama seperti pemerintahan Tirani, yang

membezakannya adalah pemerintahan yang dipimpin oleh raja dilaksanakan sesuai

dengan undang-undang dan diwariskan berbanding dengan seorang tiran.

3. Tirani mutlak. Model kekuasaan yang diktator.

4. Monarki yang terkawal. Jenis kepimpinan raja seperti ini diterima sekaligus diawasi

oleh masyarakat yang dibentuknya. Kesetiaan terbentuk antara mereka.

5. Monarki terpisah. Bentuk ini merupakan pemisahan dari beberapa monarki yang

rajanya hanya mengelola wilayah masing-masing. Dalam keadaan tersebut, terdapat

juga pengatur yang mengelola kerajaan-kerajaan kecil tersebut sebagai pemerintah.

Kerajaan Brunei Darussalam merupakan negara yang memiliki corak pemerintahan

monarki mutlak. Sultan berperanan sebagai ketua negara dan ketua pemerintahan merangkap

perdana menteri dan menteri pertahanan dengan dibantu oleh dewan nasihat kesultanan dan

beberapa menteri. Menurut Sahya Anggara (2012), beberapa majlis dan sebuah kabinet

menteri berperanan sebagai penasihat Sultan Hassanal Bolkiah meskipun beliau merupakan

pemerintah tertinggi Brunei. Media amat berpihak kepada kerajaan serta kerabat kerajaan

melestarikan status yang dihormati di dalam negeri. (Sahya Anggara, 2012).

Negara Brunei tidak mempunyai dewan legislatif. Walaubagaimanapun, pada

September 2000 Sultan bersidang bagi menentukan Parlimen yang tidak pernah diadakan lagi

semenjak tahun 1984. Parlimen tersebut tidak mempunyai kuasa lain selain dari menasihati
sultan. Oleh kerana mengamalkan pemerintahan mutlak Sultan, Brunei menjadi salah sebuah

negara yang mempunyai kedudukan politik paling stabil di Asia.

Brunei turut menjalinkan hubungan luar negeri dengan negara-negara luar terutama

dengan negara-negara ASEAN juga dengan negara-negara lain. Selain itu, Brunei juga turut

serta sebagai anggota PBB. (Sahya Anggara, 2012).

Menurut Muh. Nur El Ibrahim (2010) jenis monarki lainnya yang kini masih wujud

adalah Arab Saudi. Negara ini merupakan kerajaan yang mana raja berperanan sebagai ketua

negara dan ketua kerajaan. Di Arab Saudi kuasa raja tidak terhad kepada perlembagaan, tiada

parti politik dan tidak terdapat pembangkang. Corak kekuasaan di Arab Saudi dikenali

sebagai dinasti, iaitu pewaris raja terdiri daripada keturunannya.

Walaubagaimanapun,pemerintahan di dalam sesebuah negara monarki tidak sentiasa

berjalan lancar. Bentuk pemerintahan yang buruk di sesebuah negara monarki disebut sebagai

Tirani. Dalam sejarah politik dunia pernah wujud tiran-tiran yang kejam contohnya, Kaisar

Nero, Caligula, Hitler dan Stalin. Walaupun Hitler dan Stalin memerintah di era negara

moden tetapi kekuasaan yang mereka laksanakan tertumpu pada hanya pada satu tangan.

Kedua-dua mereka tidak mahu membahagikan kekuasaan dengan pihak yang lain dan

seringkali bersifat kejam sama ada terhadap rakyat sendiri juga kepada pihak politik lawan.

(Muh. Nur El Ibrahim, 2010)


Rujukan :-

Gonda Yumitro. (2013).Partai Islam dalam Dinamika Demokrasi di Indonesia. Jurnal Ilmu

Sosial dan Ilmu Politik, 17 (1), 35-50

Muhammad Fadil.(2012). Bentuk Pemerintahan dalam Pandangan Aristoteles

(Sebuah Pengantar Filsafat Politik Klasik). Jurnal Kybernan, 3(1), 1-9

Muh. Nur El Ibrahim (2010). Bentuk Negara dan Pemerintahan RI. Indonesia. PT Balai

Pustaka (Persero).

Sahya Anggara. (2012). Perbandingan Administrasi Negara. Bandung. CV Pustaka Setia.

Anda mungkin juga menyukai