Anda di halaman 1dari 6

(NORHAFIZA BINTI KASHIM) - JK/11330/16

Peranan institusi monarki dalam mempengaruhi secara negatif, perjalanan

perundangan, badan eksekutif dan badan kehakiman di sesebuah negara

terpilih yang mempraktikkan sistem raja berpelembagaan (selain daripada

Malaysia)

Pelbagai versi institusi untuk mentadbir negara antaranya negara yang

mengamalkan sistem monarki sebagai ketua negara dan ada juga yang mempunyai

presiden sebagai pentadbir negara. Terdapat negara yang menyokong sistem monarki

digunakan di dalam negara kerana raja yang ditabalkan sebagai ketua negara

dikatakan lebih baik dari presiden yang dipilih kerana beliau telah diasuh / dilatih

sejak kecil untuk menjadi ketua atau pemimpin. Sistem beraja adalah lebih stabil dan

melambangkan kesinambungan pemerintahan berbanding dengan republik yang

membuat sistem pertukaran presiden sebagai ketua kerajaan menyebabkan suasa

politik yang tidak menentu. Sebagai contoh kekacauan dan peperangan saudara yang

berlaku di Perancis, Jerman, Rusia dan China apabila mereka menghapuskan sistem

beraja.

Montesquieu telah mempelopori teori pengasingan kuasa menerusi karya

agungnya bertajuk L’Esprit des Lois (Spirit Of Law). Namun terdapat beberapa kesan

negatif diterima apabila teori ini diamalkan dalam corak pemerintahan moden.

Pertama teori ini mengandaikan bahawa ketiga-tiga badan pemerintahan seharusnya

bekerjasama untuk membolehkan kerajaan berfungsi dengan baik. Jika berlaku

perselisihan faham atau keengganan satu badan sekalipun untuk bekerjasama, ia

1
kemungkinan akan mengakibatkan kelumpuhan kerajaan serta fungsi

pemerintahannya. Kedua jika terdapat badan kerajaan yang cuba memperluaskan

bidang kuasanya, badan tersebut boleh dihalang dengan penggunaan kuasa badan

yang lain. Sekiranya kerjasama terhadap ketiga-tiga badan pemerintahan ini akan

mengakibatkan kelewatan dalam menyelesaikan masalah-masalah yang wujud semasa

pemerintahan, terutamanya dalam keadaan di mana eksekutif dikuasai oleh satu part

dan dewan perundangan pula dikuasai oleh parti yang lain.1

Oleh itu, saya memilih negara Thailand yang mengamalkan sistem raja

berperlembagaan. Mari kita telusuri peranan institusi monarki dalam mempengaruhi

secara negatif perjalanan badan perundangan, badan eksekutif dan badan kehakiman

di negara Thailand untuk dibuat perbandingan tentang permasalahan yang dialami.

Raja Thailand memain peranan sebagai penaung dan pelindung kepada rakyatnya dan

merupakan ketua negara yang mengetuai tiga badan utama kerajaan iaitu Badan

Kehakiman, Badan Eksekutif dan Badan Perundangan. Disebabkan rajanya sistem ini

telah menimbulkan kepincangan terhadap negaranya. Sebelum 1932 Thailand dikenali

sebagai kerajaan Siam, ketika itu Siam tidak mempunyai badan perundangan kerana

semua kuasa perundangan terserah kepada sang raja. Semenjak penubuhan Sukhothai

pada abad ke-12 telah mengikut landasan dan hukum sila agama Buddha, iaitu raja

dipandang sebagai Dharmaraja atau raja yang memerintah mengikut Dharma.

Walaubagaimanapun, sistem ini dipandang sebagai tidak adil sehinggalah sekumpulan

orang awam dan pegawai tentera yang bergelar Khana Ratsadon (Parti Rakyat) telah

bangkit pada 24 Jun 1932 dan menjalankan rampasan kuasa tanpa tumpah darah.

Ianya dikatakan berjaya menamatkan pemerintahan mutlak Dinasti Chakri sepanjang

1
Institusi Politik, K. Ramanathan, M/S 57.

2
150 tahun memerintah kerajaan Siam. Orang awam dan Khana Ratsadon sama-sama

bangkit dan memperjuangkan sistem raja berperlembagaan dengan badan

perundangan pilihan rakyat bagi mengantikan sistem pemerintahan terdahulu.

Pelembagaan Draf 1932 telah ditandatangani oleh Raja Prajadhipok (Rama VII).

Baginda telah mencipta badan perundangan pertama Thailand melalui sebuah Dewan

Perhimpunan Rakyat dengan 70 orang ahli lantikan. Kepincangan politik di dalam

negara ini telah menyebabkan sejarah migrasi masyarakat Siam ke Semenanjung

Tanah Melayu 1000 tahun dahulu. 2

Julung kali perhimpunan telah bersidang pada 24 Jun 1932 di Dewan

Singgasana Ananta Samakhom. Menerusi pemerhatian tentera Khana Ratsadon

mendapati bahawa rakyat belum bersedia untuk perhimpunan pilihan awam, tetapi

kemudian berubah pendirian. Jesteru itu, Perlembagaan Tetap telah dikuatkuasakan

pada Disember 1932 manakala pilihanraya telah ditetapkan pada 15 November 1933.

Rakyat mempunyai masa untuk menyesuaikan kehidupan harian menerusi

Perlembagaan Tetap dan kemudian membuat keputusan yang rasional untuk

menghadapi pilihanraya pada tahun seterusnya. Perlembagaan baharu ini berjaya

mengubah komposisi perhimpunan kepada 78 orang pilihan awam dan 78 orang yang

dilantik oleh Khana Ratsadon, jumlah keseluruhan ahli seramai 156 orang

kesemuanya. Revolusi Thailand pada tahun 1932 telah membawa kesan kepada

perubahan politik di negara Thailand pada abad ke-20. Ianya melibatkan pertukaran

sistem kerajaan dari monarki absolute (mutlak) kepada monarki perlembagaan (Raja

Berperlembagaan dan sistem demokrasi berparlimen).

2
Masyarakat Siam Kelantan, Nur Azuki Yusuff, M/S 40

3
Amalan ini selari dengan hujah John Lock, beliau menegaskan bahawa kuasa

dan kewibawaan raja bukan hak semulajadi mereka tetapi diamanahkan kepada rakyat

jelata. Locke juga mengkritik kuasa mutlak raja dan telah mencadangkan bahawa

sistem pemerintahan yang ketinggalan zaman itu harus diubahsuai atau dihapuskan.

Montesquieu juga tertarik dengan hujah locke yang menyatakan bahawa kuasa politik,

iaiyu hak untuk membuat dan melaksanakan undang-undang mestilah mencerminkan

kehendak rakyat.3 Locke juga menegaskan bahawa pemerintahan yang dipilih atau

dilantik perlu menjalankan tanggungjawab amanah jawatan berkenaan. Tujuan

pemerintahan adalah untuk memastikan keadilan penjagaan hak asasi rakyat sentiasa

dimuliakan. Teori Locke menafikan pendapat bahawa raja itu adalah dewa atau wakil

Tuhan yang tidak boleh dipertikai atau dipersoalkan. Beliau menegaskan bahawa

pemerintahan mutlak adalah bertentangan dengan masyarakat sivil atau awam. Locke

mencadangkan supaya kuasa atau kewibawaan badan perundangan dan eksekutif

perlu dihadkan.

Kini, politik negara Thailand dijalankan dalam kerangka raja berperlembagaan

dengan Raja pewaris takhta sebagai ketua negara dan dibantu oleh Perdana Menteri

sebagai Ketua Kerajaan. Cabang kehakiman seharusnya bebas daripada cabang

perundangan dan cabang eksekutif. Tetapi tindakan kehakiman disyaki berasaskan

kepada kepentingan politik daripada ketentuan undang-undang yang sedia ada. Dapat

dibuktikan semenjak menggunakan sistem politik yang baharu bermula tahun 1932,

Thailand telah mempunyai 19 perlembagaan dan piagam negara. Sepanjang tempoh

ini, bentuk kerajaan bersilih ganti antara kediktatoran tentera dan demokrasi berpilih.

3
John Locke, The Two Treatises Of Goverment. Cambridge: Cambridge University Press, 1960. Sila
rujuk kepada K.Ramanathan, Institusi Politik : m/s 41-43.

4
Walaubagaimanapun, semua pemerintahan telah memperakui seorang raja pewaris

takhta sahaja sebagai ketua negara.

Sejak Mei 2014, Thailand diperintah oleh kerajaan tentera yang bergelar

Majlis Keamanan dan Ketenteraman Negara yang sedikit sebanyak

memansuhkan perlembagaan 2007, mengisytiharkan darurat dan perintah berkurung

seluruh negara, mengharamkan himpunan politik, menangkap dan menahan ahli-ahli

politik dan aktivis-aktivis anti rampasan kuasa, mengetatkan penapisan Internet dan

menguasai media massa. Raja Thailand semasa ialah Raja Vajiralongkorn (or Rama

X) yang naik takhta pada 1 Disember 2016 ekoran kemangkatan

ayahandanya Bhumibol Adulyadej (Rama IX) pada 13 Oktober 2016. Termaktub

dalam perlembagaan bahawa kedaulatan negara terletak pada rakyat tetapi raja akan

melaksanakan kuasa-kuasa melalui ketiga-tiga cabang pemerintahan negara Thai.

Raja selaku ketua negara diberi kuasa dan peranan tertentu dalam kerajaan walaupun

terhad oleh perlembagaan. Menurut perlembagaan, raja ialah ketua angkatan tentera.

Baginda dikehendaki menganut agama Buddha serta mempertahankan semua agama

di negara. Raja juga memelihara beberapa kuasa tradisional seperti pelantikan

pewaris, pengampunan, dan perkenan diraja. Raja dibantu menjalankan tugas oleh

Majlis Privi Thailand. Thailand sering kali dikejutkan dengan siri rampasan kuasa

berikutan sistem kerajaan yang tidak dipusatkan kepada satu-satu badan.

5
Rujukan

K.Ramanathan (2003), Institusi Politik : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd,
2003
Nur Azuki Yusuff, Masyarakat Siam Kelantan, Penerbit UMK, 2017

Anda mungkin juga menyukai