Anda di halaman 1dari 12

KURSUS

SKSJ1023 PENGANTAR TEORI POLITIK


SEMESTER I 2022/2023

TAJUK
JELASKAN KRITIKAN TERHADAP DEMOKRASI

PENSYARAH
DR. SHARIFAH NURSYAHIDAH BINTI SYED ANNUAR

NAMA PEAJAR
RENEESHA ARUL SEBASTIAN

NO. MATRIK
A196293
1

1. PENGENALAN

Menjelang abad ke-21 ini, kebanyakan negara-negara di dunia menerapkan


demokrasi dalam aspek politik dan kerajaan negara tertentu. Seperti yang sudah
diketahui sistem demokrasi adalah sebuah struktur dimana rakyat sesebuah
negara itu mempunyai kuasa penuh untuk membentuk kerajaan dengan memilih
pemimpin mereka melalui pilihan raya umum. Bak kata presiden Amerika
Syarikat yang ke-16, ‘Demokrasi adalah kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk
rakyat’ (Abraham Lincoln, 1863). Namun dari manakah dan sejak bilakah
demokrasi ini wujud kerana apabila muncul persoalan tentang apakah yang
dimaksudkan oleh demokrasi tentunya jawapannya akan berbeza-beza. Pada abad
500 B.C.E., terma demokrasi atau demokratia, daripada perkataan Greek demos,
merujuk kepada rakyat, dan kratos, untuk memerintah. Perkataan demokrasi,
nampaknya pada zaman orang Athenian, kadang kala digunakan oleh pengkritik
aristokrat, untuk menunjukkan penghinaan kepada rakyat biasa yang telah
merampas pengaruh aristokrat semasa kerajaan yang lalu (Robert A. Dahl, 1989:
12).

Menurut David Beetham, orang telah memanggil ‘demokrasi’ pada 50 tahun


yang lalu: pemerintahan oleh rakyat, pemerintahan oleh wakil rakyat,
pemerintahan parti rakyat, kesejahteraan rakyat, pemerintahan majority,
pemerintahan diktator proletariat, penyertaan politik maksimum, pertandingan
golongan elit untuk undi rakyat, multipartiisme, pluralisme politik dan sosial, hak
kerakyatan yg sama rata, liberality sivil dan politik, komuniti yang bebas dan
terbuka, masyarakat yg sivil, pasaran ekonomi yg bebas (David Beetham, 2006:
1). Selain itu, demokrasi juga dapat difahamkan secara ringkas sebagai prosedur
untuk mengambil keputusan dalam sebuah kumpulan, persatuan atau masyarakat,
di mana semua ahli ada hak yang sama rata untuk bersuara dan diambil kira
pendapat mereka.
2

Manakala, bagi ahli teori demokrasi Robert A. Dahl, demokrasi itu adalah suatu
sistem politik di mana para anggotanya saling memandang antara yg satu dengan
yang lainnya sebagai orang-orang yang sama dipandang dari segi politik, dan
mereka itu secara bersama-sama adalah berdaulat, dan memiliki segala
kemampuan, sumber-daya, dan lembaga-lembaga yg mereka perlukan demi
memerintah diri mereka sendiri (Robert A. Dahl, 1989: 28). Pentafsiran beliau
terhadap demokrasi menerangkan tentang pentingnya kerjasama dan
kesamarataan dalam politik.

Pandangan Plato dalam demokrasi adalah bahawa ia merupakan pemerintahan


oleh doxa daripada philosophia di mana pendapat lebih dipentingkan daripada
pengetahuan. Menurut Plato, hanya ‘philosopher kings’ diberi peluang untuk
memimpin negara dan orang biasa dianggap tidak berhak untuk mentadbir negara
(E. Barker, 1906: 17). Akan tetapi, kebanyakan pendapat Plato yang memandang
remeh tentang demokrasi tidak boleh disamakan dengan demokrasi sekarang.
Apabila Plato mengklasifikasikan Republik beliau hanya mengambil pendapat
yang kejam tentang demokrasi dan menerima bentuk demokrasi ekstrem dan
pengadilanya dengan kejam.

2. BENTUK DEMOKRASI

2.1 DEMOKRASI LANGSUNG

Terdapat pelbagai jenis demokrasi di dunia sehingga mencapai 555 jenis akan
tetapi demokrasi ini pada mula berbentuk demokrasi langsung di mana rakyat
memilih pemimpin secara langsung tanpa sebarang perantara atau dewan
parlimen. Jika pemerintah ingin menggubal undang-undang atau dasar-dasar
tertentu, ia perlu disahkan oleh rakyat. Demokrasi langsung pertama sekali
dipraktikkan di Athens pada zaman Yunani purba. Daripada hampir 260 000
penduduk hanya lelaki-lelaki yang berusia 18 tahun keatas yang menjadi
sebahagian daripada demo, yang bermaksud hanya sekitar 40 000 rakyat yang
3

dapat mengambil bahagian dalam proses demokrasi. Melalui ini demokrasi telah
disebarkan ke seluruh dunia dan berkembang sehingga terdapat pelbagai jenis
demokrasi di dunia ini. Negara Switzerland ialah contoh negara yang masih
menggunakan sistem demokrasi langsung. Rakyat Swiss dipanggil ke peti undi
untuk menyuarakan pendapat mereka kepada sekurang-kurangnya 15 soalan
berkaitan isu dunia. Jika terdapat perubahan dalam perlembagaan, sebuah
referendum mandatori; untuk perubahan undang-undang negara, referendum
melalui permintaan iaitu referendum optional dan juga referendum People’s
Initiative yang membolehkan rakyat untuk mengemukakan pembaharuan secara
seluruh atau sebahagian daripada perlembagaan (Swissinfo.ch, 2022).

2.2 DEMOKRASI TIDAK LANGSUNG

Demokrasi tidak langsung atau demokrasi perwakilan membayangkan demokrasi


di mana rakyat bukan secara langsung teribat dalam pemerintahan tetapi memilih
wakil mereka untuk secara aktif mengambil bahagian dalam pentadbiran kerajaan
dan bertindak bagi pihak mereka. Demokrasi tidak langsung juga mempunyai
cabangnya dan ada juga campuran bentuk demokrasi ini iaitu demokrasi
berparlimen atau kabinet, demokrasi presiden dan demokrasi kesatuan. Mengikut
peralihan zaman, kebanyakkan negara-negara moden menggunakan sistem
demokrasi tidak langsung dan apabila bilangan pengundi meningkat, ia menjadi
keutamaan untuk menguruskan sokongan kepada calon-calon saingan yang
membawa kepada pembentukkan parti-parti politik (Dorothy.P, 1970). Seorang
ahli politik dipilih dari setiap kawasan yang mewakili orang yang mengundinya
dan ia bergantung kepada pilihan raya yang adil dan saksama. Wakil parti yang
menang membentuk kerajaan dan merupakan sebahagian daripada badan
perundangan. Hampir 60% negara di dunia mengklasifikasikan kerajaan mereka
sebagai demokrasi perwakilan. Antara contoh negara yang mengamalkan
demokrasi tidak langsung adalah Amerika Syarikat dan Canada yang menerapkan
demokrasi presiden, United Kingdom dan Germany mengamalkan demokrasi
4

berparlimen. Sistem demokrasi ini bersesuaian dengan negara yang mempunyai


jumlah populasi yang besar, wilayahnya luas dan permasalahan sosial dan
ekonomi yang dihadapi semakin rumit dan kompleks.

3. DEMOKRASI DI MALAYSIA

Beberapa penyelidikan menyatakan bahawa politik Malaysia boleh dicirikan


sistem politiknya sebagai ‘quasi democracy’, ‘semi democracy’ atau ‘demokrasi
diubah suai’ (Francis Loh & Khoo B. T, 2002). Tetapi sistem demokrasi
berparlimen telah menjadi sistem pentadbiran Malaysia. Menurut D. Robertson,
kerajaan berparlimen yang wujud hasil dari satu pilihan raya umum, ataupun satu
sistem kerajaan yang diwujudkan oleh satu badan yang lebih luas (Asnarulkhadi,
1997: 91). Parlimen berfungsi untuk membuat undang-undang atau akta, dan juga
mengawasi serta mengawal perbelanjaan awam atau kerajaan (Asnarulkhadi,
1997: 91).

Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen ini di bawah pentadbiran


Raja Berperlembagaan bermaksud sistem beraja mengikut peraturan
perlembagaan iaitu Perlembagaan Malaysia (Asnarulkhadi, 1997: 81). Yang di-
Pertuan Agong sebagai ketua negara dipilih secara bergilir daripada Sembilan
raja negeri-negeri yang ada. Gelaran rasminya dari segi kedudukan dan jawatan,
seperti yang disebut di dalam Perlembagaan Malaysia ialah Ketua Utama Negara.
Selain itu, Yang di-Pertuan Agong juga merupakan Pemerintah Tertinggi
Angkatan Tentera Malaysia, dan mempunyai kuasa ke atas sistem perundangan,
ketenteraan, agama Islam, pentadbiran, kehakiman dan sebagainya. Peruntukan
ini adalah seperti yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan sejak ia
mula diperkenalkan setelah Malaysia mendapat kemerdekaan dari kerajaan
British.

Ciri-ciri pemerintahan demokrasi berpalimen yang pertama ialah perlembagaan.


Perlembagaan merupakan undang-undang yang tertinggi yang menjadi asas
5

pembentukkan negara kita. Perlembagaan adalah dokumen rasmi yang


mengandungi segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan
untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara. Perlembagaan Malaysia
diperkenalkan pada 16 September 1963. Perlembagaan Malaysia membuat
pembahagian kuasa antara kerajaan negeri kerana Malaysia merupakan sebuah
negara persekutuan serta negeri-negeri yang bergabung dengan kerajaan
Malaysia diberikan hak, kuasa dan tanggungjawab seperti yang telah
diperuntukkan dalam perlembagaan negeri. Oleh itu, semua kuasa, hak dan
tanggungjawab yang diberikan dalam mentadbir negara perlu mengikut perkara
yang termaktub dalam perlembagaan supaya tidak berlaku salahguna kuasa oleh
sesetengah pihak.

Selain itu, kuasa pemerintahan di Malaysia juga terbahagi kepada tiga badan yang
diamanahkan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk menjalankan kuasanya dengan
adil iaitu badan eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman. Badan
perundangan ini berfungsi dalam menggubal undang-undang bagi menjamin
keadilan dan kesejahteraan rakyat. Undang-undang yang dibuat di parlimen dan
terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, dewan negara dan dewan rakyat
berperanan dalam menggubal dan membatalkan undang-undang serta perlu
mendapat persetujuan daripada majlis raja-raja Melayu. Selain itu, badan
kehakiman pula mempunyai kuasa dalam mentafsir perlembagaan negara dan
undang-undang bertulis kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri serta
mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan yang tidak sah di sisi undang-undang.
Oleh itu, Badan Kehakiman juga memainkan peranan penting dalam sistem
undang-undang di Malaysia supaya ketelusan yang menitikberatkan dapat
menjadikan sebuah negara itu aman dan adil.

Sistem demokrasi di Malaysia juga mempunyai sistem pemilihan pemimpin yang


dinamakan pilihan raya. Pilihan raya ini dijalankan oleh satu badan yang dikenali
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang memainkan peranan penting dalam proses
6

memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada peringkat negeri atau
persekutuan. Seterusnya, pilihan raya merupakan ciri yang penting dalam sistem
demokrasi berparlimen di Malaysia. Hal ini kerana, Suruhanjaya Pilihan Raya
adalah badan bebas tanpa tekanan daripada pihak kerajaan mahupun
pembangkang kerana keanggotaannya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. SPR
juga mempunyai kuasa untuk menentukan sempadan bahagian-bahagian pilihan
raya. Di samping itu, pilihan raya umum ini juga diadakan 5 tahun sekali untuk
memilih ahli dewan rakyat dan ahli dewan undangan negeri serentak selama 5
tahun. Proses pilihan raya bermula dengan penetapan tarikh penamaan calon dan
pengundian oleh SPR. Selepas itu penamaan calon-calon bertanding akan
dilaksanakan. Perkara ini berlaku dengan sangat teratur dan ketelusan untuk
memastikan tiada unsur-unsur negatif yang akan mencacatkan proses pilihan
raya.

Tambahan pula, SPR juga memandang tegas dengan kelayakkan calon pilihan
raya supaya tidak berlaku penipuan. Calon pilihan raya mestilah warganegara
Malaysia, berumur 21 tahun, bermastautin di Malaysia, tidak memegang jawatan
dalam perkhidmatan kerajaan, orang yang tidak muflis dan tidak disabitkan
dengan sebarang kesalahan. Jika syarat-syarat ini dilanggar, maka SPR akan
segera membatalkan kelayakan untuk bertanding. Selain itu, bagi pengundi pula,
mereka yang layak mengundi hanyalah jika nama mereka telah didaftarkan dalam
senarai daftar pemilih sahaja, SPR memainkan peranan penting untuk
memastikan pengundi hanya boleh mengundi sekali sahaja dalam sebuah
kawasan pilihan raya sahaja. Anggota SPR juga menubuhkan urusetia yang
diketuai oleh seorang setiausaha yang berperanan sebagai ketua eksekutif dan
ketua pentadbir urusetia. Selain itu, terdapat juga pemerhati daripada negara-
negara luar yang juga mengamalkan sistem demokrasi ini seperti negara Pakistan
dan negara India. Hal ini adalah untuk memastikan ketelusan SPR supaya tidak
terlibat dalam unsur penipuan semasa berlangsungnya pilihan raya. Oleh itu,
7

sistem pilihan raya ini merupakan sistem yang memberikan keadilan kepada
rakyat kerana kuasa rakyat akan menentukan siapa yang layak memimpin
Malaysia.

4. KRITIKAN TERHADAP DEMOKRASI

Kritikan terhadap demokrasi bermula daripada zaman Athens purba di mana idea
sistem ini tercetus. Hujah Plato dan Aristotle adalah penentangan yang penting
dalam sejarah terbentuknya konsep ini. Menurut Plato, bentuk kerajaan pertama
dalam sejarah manusia adalah “patriarchy”. Dalam kehidupan yang suci dan
biasa tanpa undang-undang bertulis, hanya tradisi menjadi amalan yang diterima.
Dengan peningkatan populasi dan perubahan struktur sosial, kertertiban sosial
baru dengan undang–undang bertulis telah membawa kepada sebuah pentadbiran
baru. Jika pentadbiran ini dalam pegangan seorang, yang lebih baik monarki akan
terbentuk; dan jika di tangan sekumpulan pembesar dalam sesebuah komuniti,
aristokrasi akan terbentuk. Jikalau pemimpin mementingkan reputasi daripada
kebijaksanaan dan kebenaran, ia akan menjurus kepada timokrasi atau
pemerintahan tentera yang mengagungkan reputasi dan penghormatan.
Pemerintah baru yang menggunakan keganasan sebagai instrumen untuk
memperoleh kuasa yang berkekalan. Dari masa ke semasa, kekayaan menjadi
perkara yang penting dalam kuasa dan oligarki muncul sebagai pentadbiran
minoriti oleh orang-orang kaya dan berada. Golongan miskin telah
menghaspuskan oligarki dan membina demokrasi.

“Aristocracy had not given way to democracy without a struggle; and democracy
had still to maintain itself against the claims of wealth and nobility”

(E. Barker, 1906: 3)

Sungguhpun demokrasi dianggap sama rata, tetapi ia bukan sebuah pentadbiran


yang adil. Hal ini kerana ilmu politik, kemahiran dan status sosial tidak
diperlukan untuk menjawat jawatan dalam pentadbiran negara. Kesamarataan
8

semua orang sebagai demokrasi akan mewujudkan jurang kuasa, hieraki akan
terganggu dan pembahagian kerja akan rosak. Apabila semua rakyat
memberontak untuk kebebasan masing-masing ia akan mencetuskan peperangan
dan keadaan huru-hara.

“The principle of democracy itself was to Aristotle fallacious: ‘the belief that
because men are equal in some things they are all equal in all”

(Crick B., 2002:21)

Dalam keadaan tersebut, apabila golongan elit cuba untuk mendapatkan kuasa
mereka sendiri, rakyat akan mula menentang mereka dengan menggunakan
seseorang dan demokrasi akan menjadi tirani. Pemerintah tirani akan membina
sebuah kumpulan tentera yang mengandungi hamba dan orang asing serta
memerintah negara melalui peperangan dan cukai. Pada masa yang sama,
kebebasan yang tidak terhad akan berakhir dengan had-had yang ditetapkan oleh
pemerintah tirani sendiri. Dengan demikian, rakyat mendesak untuk kebebasan
berhadapan dengan penghambaan.

Aristotle mendefinisikan kegunaan pentadbiran sebagai kebaikkan bersama iaitu


‘common good’. Berdasarkan bukunya “Politics” (2010), monarki adalah sistem
di mana seseorang mementingkan kebajikan rakyat; manakala tirani adalah
bentuk rasuah di mana seseorang mementingkan keuntungan diri sahaja. Aristotle
berpandangan bahawa ia adalah salah untuk mengenal pasti demokrasi sebagai
kuasa pemerintah yang memenangi pilihan raya. Padahal, demokrasi haruslah
dijadikan sebagai pentadbiran oleh semua, dan parti atau calon yang memenangi
pilihan raya perlu bertanggungjawab kepada jawatan yang akan mereka pegang.

Pada pandangan J.J. Rousseau, tiada bentuk pentadbiran yang sesuai seperti
demokrasi untuk perang civil, dan demokrasi hanya dapat diterapkan jika rakyat
terdiri daripada dewa tuhan dan perkara ini tidak wujud di alam manusia (J.J.
Rousseau, 1978). Ada juga pula yang mengatakan bahawa, idea demokrasi hanya
9

dipenuhi rasuah dan keruntuhan akhlak. Berdasarkannya, aristokrasi mewakili


kepercayaan kepada golongan elit dan orang kelas tinggi, dan demokrasi
mewakili ketidakpercayaan golongan elit dan orang kelas tinggi.

Pada zaman ini, demokrasi telah dipraktikkan melalui demokrasi perwakilan.


Demokrasi perwakilan adalah sebuah sistem di mana rakyat akan ke kotak
mengundi dari masa ke semasa untuk memilih wakil mereka dan wakil ini akan
membuat keputusan bagi pihak rakyat. Demokrasi perwakilan menunjukkan satu
fenomena demokrasi yang lemah apabila wakil rakyat yang membuat keputusan
politik. Semakin jauh pembuat keputusan, semakin berkuranglah demokrasi.
Demokrasi perwakilan, yang merupakan tugas rakyat untuk mengundi wakil
mereka adalah jauh daripada mengambil kira akan suara rakyat secara langsung.
Pendek kata, demokrasi yang sewajarnya menjadi perintah rakyat telah menjadi
cara untuk rakyat menentukan kuasa wakil mereka. Bagi menyelesaikan kemelut
ini, sebuah demokrasi modal baharu perlu dilaksanakan iaitu demokrasi
partisipatif (Murwedhy Tanomo, 2022).

Dalam sebuah buku Alain De Bonoist, beliau telah berhujah tentang demokrasi
liberal, yang menjadi jenis demokrasi yang disokong ramai pada abad ini, bahawa
liberalisme dan demokrasi tidak mempunyai konsep yang bertindih (Bonoist A.,
2011). Penekanan terhadap hak individu dan kritikan terhadap pihak berkuasa
adalah dua aspek yang penting. Namun, demokrasi adalah bagaimana untuk
menentukan pihak yang berkuasa di mana liberalism mempunyai pendekatan
yang skeptikal kepadanya. Walaupun terdapat pilihan raya yang bebas dalam
negara yang demokrasi, ia berkontroversi bagaimana parti-parti dan calon pilihan
raya boleh diuruskan secara bebas.
10

5. KESIMPULAN

Demokrasi adalah pemerintahan oleh rakyat. Tetapi akan rakyat telahpun


mencapai kenyataan ini? Sejauh manakah wakil yang dipilih oleh rakyat
meneruskan dasar-dasar yang selari dengan kehendak suara rakyat? Sebagai
jawapan untuk segala persoalan yang muncul adalah untuk mengetengahkan
rakyat sebagai sumber legitimasi. Oleh yang demikian, demokrasi menjadi sistem
yang biasa diguna dan sah sehingga hari ini. Walaubagaimanapun, demokrasi
tidak boleh diketepikan daripada kritikan intelektual. Pada harini, e-demokrasi
boleh digunakan sebagai bentuk baru demokrasi langsung dengan menggunakan
infrastruktur berkuasa yang meluas. Hal ini hanya boleh dilakukan oleh
masyarakat untuk mengesahkan setiap keputusan. Bagaimana pula dengan
mereka tidak mempunyai kemudahan dan teknologi yang sebegitu? Struktur yang
mengawal dan mengarahkan rakyat adalah lebih senang untuk digunakan dalam
sistem. Oleh itu kita harus menerima fakta di mana penciptaan teknologi yang
serupa tidak boleh diteruskan dalam demokrasi kerana ia tidak mungkin menjadi
sistem yang sempura. Namun, bukan kemahiran teknologi yang boleh membawa
demokrasi kepada tahap yang sempurna tetapi memperkenalkan penghayatan
kepada demokrasi dalam sistem dengan mengetengahkan rakyat.
11

RUJUKAN
Aristotle. 1999. Politics. Benjamin Jowett. Kitchener: Batoche Books.

Asnarulkhadi Abu Samah & Jayum A. Jawan (pnys.). 1997. Kenegaraan


Malaysia. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Benoist A. 2011. The Problem of Democracy. United Kingdom: Artoks Media


Ltd.

Crick B. 2002. Democracy A Very Short Introduction. New York: Oxford


University Press.

David Beetham. 2006. Democracy: A Beginner’s Guide. Hlm 1-3. Oneworld


Publications.

Dorothy Pickles. 1970. Democracy. Hlm 50. New York: Basic Books, Inc.

Ernest Barker. 1959. The Political Thought of Plato and Aristotle. Hlm 24-28.
Dover Publications.

Francis Loh Kok Wah & Khoo Boo Teik. 2002. Democracy in Malaysia:
Discourses and Practice. Hlm 2. Richmond, Surrey: Curzon Press.

Jean-Jacques Rousseau. 1978. Of the Social Contract. London: Swan


Sonnenschein & Co.

Murwedhy Tanomo. 2022. Demokrasi Partisipatif dalam Menyelesaikan


Persoalan Lingkungan. Surakarta Daily.

https://surakartadaily.com/2022/02/demokrasi-partisipatif-dalam-
menyelesaikan-persoalan-lingkungan/. [20 Disember 2022].

Robert A. Dahl. 1989. Democracy and Its Critics. London: Yale University Press.

Swissinfo.ch. 2022. Direct Democracy. SWI Swissinfo.ch.

https://www.swissinfo.ch/eng/direct-democracy/47697554. [11 November 2022]

Anda mungkin juga menyukai