Anda di halaman 1dari 20

PENGENALAN SISTEM DEMOKRASI

Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan di mana kuasa menggubal undang-undang dan
struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang
digubal sama ada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan
yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik.
Ada juga yang berpendapat bahawa sistem demokrasi adalah system pemerintahan
yang menjunjung tinggi suara rakyat sebagai pemegang kedaulatan tertinggi. suara rakyat
adalah suara Tuhan.
Isitilah demokrasi berasal dari Yunani Kuno yang diutarakan di Athena kuno pada abad
ke-5 SM. Negara tersebut biasanya dianggap sebagai contoh awal dari sebuah sistem yang
berhubungan dengan hukum demokrasi modern. Namun, erti dari istilah ini telah berubah
sejalan dengan waktu, dan definisi modern telah berevolusi sejak abad ke-18, bersamaan
dengan perkembangan sistem demokrasi di banyak negara.
Demokrasi bermaksud pelbagai. Iaitu bebas membuat pilihan, mempunyai hak untuk
membuat sesuatu dan lain lain.

Bangsa Yunani yang memperkenalkan istilah demokrasi

menakrifkan demokrasi dalam dua perkataan. Demos, rakyat dan kratein, memerintah, rakyat
memerintah. Ini disokong oleh Abe Lincoln melalui kenyataannya a peoples government, a
government by the people, for the people. Seorang professor falsafah Carl Cohen 1931 di
University of Michigan melalui bukunya demokrasi ( 1971 ) memberi tafsiran demokrasi sebagai
satu bentuk kerajaan komuniti yang mana ahli dalam komuniti tersebut boleh terlibat sama
secara sama rata dan saksama dalam melakukan keputusan keputusan yang melibatkan ahli
komuniti secara lansung.
Sistem pemerintahan demokrasi amat bermakna bagi sesebuah negara yang
mendaulatkan kebebasan rakyat. Ianya menggambarkan suatu sistem yang memberi
keutamaan kepada suara dan kehendak majoriti rakyat.

Istilah popular demokrasi ialah

kerajaan rakyat, dari rakyat untuk rakyat Dalam sistem demokrasi yang berkuasa ialah rakyat.
Rakyat yang akan menentukan siapakah yang akan membentuk dan menerajui kerajaan.
Konsep demokrasi menjadi sebuah kata kunci tersendiri dalam bidang ilmu politik. Hal ini
menjadi wajar, sebab demokrasi saat ini disebut-sebut sebagai indikator perkembangan politik
suatu negara.

Demokrasi mempunyai makna yang bertentangan dengan autokrasi. Sepanjang sejarah


dunia telah wujud pelbagai doktrin demokrasi yang diamalkan oleh masyarakat dunia.
Walaupun diketahui secara hakikatnya demokrasi bukanlah jenis pemerintahan yang dominan
dalam sejarah dunia tetapi sejak kebelakangan ini, pemerintahan berbentuk demokrasi adalah
yang paling dominan. 3 klasifikasi utama demokrasi yang wujud atau pernah wujud ialah natural
right democracy, democratic liberalism, dan contemporary demokrasi Demokrasi adalah
merupakan satu struktur atau cara masyarakat disusun, selain itu juga corak pemerintahan
sebuah negara adalah ditentukan oleh rakyat atau lebih dikenali sebagai pemerintahan rakyat.
Abraham Lincoln, mantan Presiden Amerika Syarikat mengatakan bahawa demokrasi
adalah sebuah pemerintahan rakyat, yang berfungsi untuk rakyat. Namun,

Kranemburg

berpendapat Demokrasi berasal dari bahasa Yunani, yaitu demos (rakyat) dan cratein
(memerintah). Jadi, demokrasi adalah cara memerintah dari rakyat.
Berbeza pula dengan Koentjoro Poerbopranoto berpendapat Demokrasi adalah negara
yang pemerintahannya dipegang oleh rakyat. Hal ini bererti suatu sistem di mana rakyat ikut
serta dalam pemerintahan negara. Manakala Harris Soche berpendapat Demokrasi adalah
pemerintahan rakyat karena itu kekuasaan melekat pada rakyat.
Henry B. Mayo berpendapat Sistem politik demokratis adalah menunjukkan kebijakan
umum ditentukan atas dasar mayoritas oleh wakil-wakil yang diawasi secara efektif oleh rakyat,
dan didasarkan atas kesamaan politik dalam suasana terjaminnya kebebasan politik.
Berlainan pendapat oleh International Commision for Jurist menyatakan Demokrasi
adalah suatu bentuk pemerintahan untuk membuat keputusan politik diselenggarakan oleh
wakil-wakil yang dipilih dan bertanggungjawab kepada mereka melalui pemilihan yang bebas.
Sebaliknya C.F. Strong menyatakan suatu sistem pemerintahan pada mayoritas anggota
dewasa dari masyarakat politik ikut serta atas dasar sistem perwakilan yang menjamin bahawa
pemerintah

akhimya

mempertanggungjawabkan

tindakan

kepada

mayoritas.

Samuel

Huntington menyatakan Sistem politik sebagai demokratis sejauh para pembuat keputusan
kolektif yang paling kuat dalam sistem itu dipilih melalui pemilihan umum yang adil, jujur, dan
semua orang dewasa mempunyai hak yang sama memberikan suara.
Selepas Perang Dunia Kedua, banyak negara telah mengatakan sebagai sebuah
negara demokrasi yang mengamalkan demokrasi rakyat serta menjunjung kepentingan rakyat
semasa memperkenalkan dasar mahupun pelbagai amalan,termasuk menindas rakyat. Pada

dasarnya

tidak

semua

negara

demokrasi

yang

mengamalkan

pemerintahan

rakyat

mendatangkan kebaikan seperti suasana aman atau harmoni dalam kehidupan rakyat. Definisi
banyak takfsiran telah diberikan mengenai demokrasi dan boleh dirumusan sebagi satu corak
pemerintahan atau amalan yang membolehkan rakyat mengemuakakan kehendak tanpa
sekatan, namun begitu rakyat sedar tidak semua pemintaan akan ditunaikan sepenuhnya oleh
pemerintah. . Selain itu juga kerajaan demokrasi bermaksud pemerintah dan rakyat mesti
berkerjasama untuk mencapai kepentingan bersama.
Secara keseluruhan

pengertian demokrasi adalah satu

bentuk pemerintahan yang

berasal dari rakyat, dilakukan oleh rakyat, dan dipergunakan untuk kepentingan rakyat. Namun
dalam perkembangannya demokrasi tidak hanya sebagai bentuk pemerintahan tetapi telah
menjadi sistem politik dan sikap hidup.

CIRI-CIRI SISTEM DEMOKRASI


Demokrasi terbahagi kepada dua bentuk iaitu Demokrasi Langsung dan Tak Langsung.
Demokrasi langsung, ialah demokrasi di mana dalamnya rakyat terlibat secara terus dalam
penentuan dasar-dasar awam negara. Ini bermakna rakyat tidak diwakili oleh sesiapapun untuk
menentukan dasar kerajaan. Rakyat sendiri menentukan dasar kerajaan. Selalunya semua
rakyat perlu hadir atau bersama dan mengambil bahagian sewaktu membuat dasar.
Demokrasi tak langsung juga dikenali sebagai demokrasi secara perwakilan. Ini
bermakna dasar-dasar kerajaan dibuat oleh orang atau organisasi-organisasi yang dipilih oleh
rakyat. Di dalam demokrasi secara langsung tidak mempunyai sebarang parti yang mewakili
rakyat. Tetapi di dalam demokrasi tak langsung terdapat pelbagai parti. Contoh salah satu
sistem demokrasi tak langsung iaitu dalam demokrasi liberal, parti yang menang, pilihanraya
dengan majoriti dua pertiga dapat membentuk kerajaan. Kuasa parti yang menang dalam
melaksanakan sesuatu dasar lebih dipentingkan berbanding parti yang kalah dan bilangan
ahlinya kurang. Sedangkan dalam demokrasi secara langsung semua rakyat berpeluang
melibatkan diri dalam pembentukan sebarang dasar.Pilihanraya yang berlaku 4-5 tahun sekali
sahaja dapat menukar pucuk pimpinan dalam demokrasi secara tak langsung. Ini bermakna
sebarang penyalahgunaan kuasa sukar untuk dielakkan. Dalam demokrasi secara langsung
tidak ada pilihanraya. Olehitu sebarang penyalahgunaan kuasa dielakkan apabila rakyat
mengundi untuk mengubah pemimpin pada bila-bila masa sahaja.Dalam demokrasi tak
langsung mempunyai tiga badan atau tiga institusi iaitu kehakiman, legislatif dan eksekutif.
Institusi kehakiman tempat menyelesaikan sebarang masalah warganegara atau badan
sesebuah negara. Institusi legislatif pula terdiri wakil-wakil, yang dipilih rakyat yang berperanan
membuat, meminda mahupun membatal sesuatu undang-undang mengikut kuasa yang ada
pada mereka. Institusi Eksekutif pula merupakan pusat utama kerajaan yang juga menentukan
polisi sesebuah negara. Manakala dalam demokrasi secara langsung terdapat dua badan iaitu
perhimpunan dan majlis. Majlis mempunyai keahlian yang mewakili secara sama rata bilangan
rakyat. Oleh itu tidak berlaku konflik yang tegang antara kedua-dua badan tersebut.
Secara kesimpulannya, demokrasi secara langsung memang paling bagus untuk
dilaksanakan dalam sesebuah negara. Tetapi bilangan ramai yang banyak menyebabkan tidak
ada kemungkinan untuk melaksanakannya secara 100%. Demokrasi secara tak langsung
dianggap lebih praktikal kerana ia dapat mewakilkan seluruh rakyat.

Ciri-ciri suatu pemerintahan demokrasi adalah sebagai adalah adanya penglibatan


warga negara (rakyat) dalam pengambilan keputusan politik, baik langsung mahupun secara
tidak langsung (perwakilan). Terbuktinya adanya pengakuan, penghargaan, dan perlindungan
terhadap hak-hak asasi rakyat sebagai warga negara sesuatu negara yang terlibat.Selain
itu,persamaan hak bagi seluruh warga negara dalam segala bidang.Pembentukan lembaga
pengadilan

dan kekuasaan kehakiman yang independen sebagai alat penegakan

hukumRakyat diberi

kebebasan dan kemerdekaan oleh pemerintah.Media massa boleh

bergerak bebas untuk menyampaikan informasi dan mengawal tingkah lak

dan kebajikan

pemerintah. Adanya pemilihan umum untuk memilih wakil rakyat yang akan berada dan
memikul tanggugjawab di lembaga perwakilan rakyat.Disamping itu, wujudnya pemilihan umum
yang bebas, jujur, adil untuk menentukan dan memilih pemimpin negara dan selaku
pemerintahan serta anggota lembaga perwakilan rakyat.
Demokrasi moden mempunyai sifat-sifat dengan institusi-institusi. Antaranya ialah
perlembagaan yang menghadkan kuasa dan kawalan operasi formal kerajaan, sama ada
secara tulisan, secara norma atau gabungan kedua-duanya. Lazimnya Perlembagaan akan
memasuki doktrin pembahagian kuasa untuk memastikan seseorang itu tidak diberi lebih dari
satu kuasa.Selain itu, pilihan raya turut diadakan untuk memilih pegawai-pegawai awam, yang
dikelayakan secara bebas dan adil. Rakyat diberi hak mengundi. Rakyat mepunyai kebebasan
dalam bersuara dan mengutarkan pendapat masing-masing seperti berceramah, berhimpun
dan sebagainya selagi tidak menimbulkan kekacauan. Kebebasan akhbar dan akses kepada
media lain disamping kebebasan dalam berpersatuan.Semua orang dalam masyarakat
menikmati hak yang sama dari segi undang-undang. Salahsatu pra-syarat demokrasi ialah
wujudnya Aturan Undang-Undang Rule of Law. Akhir sekali, rakyat yang berpendidikan dan
berpengetahuan tentang hak asasi manusia dan tanggungjawab sivik.
Keunikan Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi berperlimen dan raja
berpelembagaan akan akan dikupas melalui beberapa aspek iaitu konsep demokrasi
berparlimen, struktur Parlimen Malaysia, sistem demokrasi di Malaysia, ciri-ciri demokrasi
berparlimen,

perlembagaan,

keluhuran

perlembagaan,

kepentingan

perlembagaan,

ketertinggian Perlembagaan Malaysia, pindaan perlembagaan, konsep Raja Berpelembagaan,


kuasa perintahan, badan Perundangan (Legislatif), badan Pelaksana (Eksekutif), badan
Kehakiman (Judisiari), pilihan raya, parti-parti ploitik di Malaysia, negara persekutuan, kerajaan
persekutuan, kerajaan negeri, lambang-lambang negara, jata negera, bendera kebangsaan dan
lagu kebangsaan.

Pemerintahan Malaysia mengamalan pemerintahan demokrasi berparlimen dengan raja


berpelembagaan seperti dinyatakan dalam perkara 44 Perlembagaan Persekutuan.Dalam
sistem ini, kuasa perundangan Persekutuan terletak kepada Parlimen yang mengandungi Yang
Di-Pertuan Agong dan dua majlis yang dinamakan Dewan Negara dan Dewan Rakyat.Parlimen
mempunyai kedudukan tertinggi dan merupakan badan yang mewakili rakyat untuk membuat
undang-undang dan dasar-dasar. Dalam demokrasi berparlimen, rakyat mempunyai kuasa
memilih pemimpin dan kerajaan. Wakil yang dipilih oleh rakyat sama ada bagi kawasan
Parlimen atau Dewan Undangan Negeri akan bertanggungjawab serta bertindak untuk
memperjuangkan kepentingan rakyat yang diwakilinya. Amalan memilih pemimpin dan kerajaan
dalam demokrasi berparlimen ini dibuat melalui pilihanraya.Pilihanraya merupakan salah satu
saluran penglibatan warganegara dalam membuat keputusan politik. Melalui pilihanraya, rakyat
diberi hak bagi memberi mandat kepada sesuatu seperti parti untuk membentuk kerajaan.
Kuasa rakyatlah yang akan menentukan parti yang akan memerintah negara serta membentuk
corak pembangunan dan masa depan rakyat.
Malaysia telah memilih dan mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen
dan Raja Berperlembagaan sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.Demokrasi
Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara manakala
Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat. Sistem Raja Berperlembagaan,
merupakan pemerintahan yang mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi negara dan
negeri yang dibantu oleh Perdana Menteri. Sementara sistem Republik menolak institusi beraja.
Kerajaan ini diketuai oleh presiden yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya.

CABARAN DEMOKRASI DI NEGARA MESIR


KRONOLOGI PERISTIWA YANG BERLAKU DI MESIR
Pada 25 Januari 2011, kebangkitan rakyat di berlaku di Dataran Tahrir.Rakyat Mesir telah
menjadikan kebangkitan rakyat di Tunisia dan kejatuhan Ben Ali sebagai inspirasi untuk
menentang pemerintahan Husni Mubarak. Husni Mubarak telah memerintah Mesir selama 30
tahun.
Presiden Mubarak diumumkan meletakkan jawatannya pada 11 Februari 2011. Hal ini
rentetan daripada perhimpunan yang bermula di Dataran Kahrir, Kaherah yang akhirnya
merebak ke bandar Mesir. Mereka menggunakan slogan Rakyat Ingin Jatuhkan Pemerintah.
Selepas 18 hari berhimpun,

pihak tentera yang diwakili oleh Omar Sulaiman telah

mengumunkan Husni Mubarak telah berundur dan menyerahkan kuasa kepada pihak tentera
sebagai pemerintah sementara Mesir.
Setahun selepas itu, iaitu pada 11 Januari 2012 pilihan raya pertama bagi memilih
anggota Parlimen Mesir telah dijalankan. Setelah tiga pusingan, Parti Kebebasan dan Keadilan
(Freedom & Justice Party FJP) yang merupakan sayap politik bagi gerakan Islam Ikhwan
Muslimin telah berjaya memenangi 47.18 % undi. Untuk tempat kedua dimenangi oleh aliran
konservatif Salafi Parti an Nour yang mendapat 25 % undi.
Pada 27 April 2012 pula, pilihan raya presiden yang pertama selepas kejatuhan rejim Mubarak
telah dilaksanakan untuk memilih Presiden pertama pilihan rakyat yang akan mengambil alih
pemerintahan Mesir.
Lebih kurang sebulan selepas pilihan raya dijalankan, Dr Mohamed Morshi telah
diisytiharkan sebagai Presiden pertama pilihan rakyat Mesir dengan undi sebanyak 51.7%
mengalahkan pencabarnya yang merupakan penyikong rejim Mubarak iaitu Ahmad Syafiq.
Pada 12 Ogos 2012, Presiden Morsi telah mengumumkan peletakan jawatan Menteri
Pertahanan dan Ketua Turus Angkatan Tentera Mesir, Mejar Hussain Tantawi dan juga Ketua
Tertinggi Perang Tentera Mesir, Sami Annan. Morsi juga melantik Jen. Abdul Fatah Khalil As Sisi
untuk mengambil tempat sebagai Menteri Pertahanan dan Ketua Angkatan Tentera Mesir yang
baru. Tentera Mesir adalah badan yang sangat berpengaruh dan mereka juga masih pro
kepada bekas presiden Mubarak.

Pada 30 Ogos 2012, Presiden Morsi telah membuat ucapan di Persidangan Negara
Berkecuali di tehran. Dalam ucapannya, beliau telah mengecam kerajaan Syria yang
membunuh rakyatnya sendiri yang sedang bangkit menuntut hak. Beliau menegaskan bahawa
beliau menyokong rakyat Syria dan menempelak Syiah. Malah, sebelum memulakan
ucapannya beliau memberikan pijui-pijuan terhadap empat sahabat Saidina Abu Bakar, Omar,
Uthman dan Ali sekaligus menyindir aqidah Syiah yang mengkafirkan kesemua sahabat ini
kecuali Saidina Ali.
Satu draf Perlembagaan baru Mesir telah dipersetujui oleh Presiden dengan perakuan
Dewan Perlembagaan Mesir pada 30 November 2012. Ia sangat penting sebagai rujukan
negara yang baru terbentuk. Antara kandungan penting ialah Mengesahkan kedudukan Islam
sebagai agama negara dan syariah sebagai rujukan, di samping turut meletakkan Al Azhar
sebagai rujukan, menghadkan kuasa Presiden yang hanya boleh dilantik selama 4 tahun dan
boleh dipilih semula untuk sekali penggal sahaja selepasnya. Draf ini akan disahkan setelah
dibuat satu pungutan suara rakyat.
Hasil referendum menunjukkan 63% rakyat menyokong perlembagaan baru tersebut.
Walaubagaimanapun, keputusan ini juga menyaksikan keadaan yang semakin menggugat
kestabilan politik Mesir akibat daripada ribuan penunjuk perasaan anti-Presiden keluar
menyatakan bantahan.Pemimpin yang terlibat ialah Mohamad ElBaradei dan Hamdeen Sobhi.
Pada 30 Jun 2013, gerakan anti presiden yang juga dikenali sebagi Tamarrod telah
menganjurkan satu protes di Dataran Tahrir. Ribuan penduduk telah berkumpul disitu
mengadakan tunjuk perasaan untuk mendesak Presiden Morsi meletakkan jawatan.Pada masa
yang sama juga pihak penyokong Presiden Morsi juga turut berkumpul di Dataran Rabaah.
Bilangan mereka ini adalah dua kali ganda daripada penduduk yang berhimpun di Dataran
Tahrir. Pihak tentera pula mula memberikan amaran akan masuk campur tangan sekiranya
keadaan tidak stabil.
Akhirnya, pada 3 Julai 2013,Tentera Mesir bersama dengan beberapa pimpinan seperti
Syeikh Al Azhar dan ketua Paderi Kristian, Presiden Morsi diisytiharkan terlucut daripada
jawatannya. Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Abdul Fattah El-Sisi dalam pengumumannya
turut menamakan Ketua Hakim Mahkamah Perlembagaan, Adly Mansour sebagai presiden
sementara sehingga pilihan raya baru diadakan.Presiden Muhammad Morsi kini ditahan dan
tidak dikenalpasti nasib terkininya. Bermulalah juga beberapa siri episod yang menyedihkan
apabila pengikut-pengikut Presiden Morsi mula ditekan dan dizalimi oleh kerajaan sementara

yang dikuasai tentera. Penangkapan dan pembunuhan mula berlaku di sana sini. Namun
kebangkitan rakyat sebenarnya semakin kuat dan menular. Mereka tetap berhimpun aman di
Dataran Rabaah Adawiyah.
Pada 15 Ogos 2013, pembunuhan besar-besaran telah dilakukan oleh pihak tentera di
Dataran Rabaah Adawiyah. Tindakan yang dilakukan oleh pihak tentera ini adalah bertujuan
untuk meleraikan penunjuk perasaan pro-Morsi. Masjid Rabaah dibakar dan hospial juga
dibakar bersama para pesakit di dalamnya.

CABARAN PENDEMOKRASIAN DI MESIR

Kronologi peristiwa yang berlaku di Mesir menunjukkan rakyat Mesir pada awalnya
sudah berasa bosan dan tidak tahan dengan pemerintahan rejim Mubarak yang diketuai oleh
Presiden Mubarak. Mereka mengambil inspirasi dari langkah yang diambil oleh rakyat Tunisia.
Rakyat Mesir bangkit untuk menentang pemerintahan Mubarak dan berhasrat menggulingkan
Presiden mereka pada waktu itu.
Daripada pemerhatian yang dilakukan , rakyat mengambil langkah untuk menunjukkan
perasaan berbanding berbincang dan berkonferensi secara baik supaya Presiden Mubarak
melepaskan jawatannya.
Disebabkan oleh rusuhan yang berpanjangan, Pilihan raya telah diadakan sebagai
tindakan daripada suara rakyat yang ditunjukkan dalam bentuk rusuhan. Melalui pilihan raya
tersebut, Dr Mohamred Morsi telah dilantik menjadi Presiden yang menggantikan Presiden
Mubarak. Presiden Mohamed morsi telah memenangi pilihan raya dengan majoriti undi
sebanyak 1 juta menentang pencabarnya Ahmad Syafiq.
Semasa pemerintahan Presiden Mohamed Morsi pula, beliau mengharungi pelbagai
cabaran termasuklah beberapa siri rusuhan. Beliau dikecam kerana masih mengekalkan
sebahagian penyokong Mubarak dan kelompok liberal dalam mempengaruhi pentadbirannya
termasuklah cadangan pindaan perlembagaan.
Beliau juga dianggap seorang pemimpin yang tidak berjaya kerana tidak mampu
mnyusun pentadbiran dengan cekap. Melalui sokongan Ikhwan Muslimin dan Parti Keadilan
dan Kebebasan (FJP) pemerintah Mesir melancarkan kempen 'Bersama bangunkan Mesir'
yang menawarkan perkhidmatan kesihatan percuma, memulihkan sekitar 2,000 buah sekolah
dan mewujudkan pasar murah bagi mengurangkan beban rakyat berikutan kenaikan harga
barang. Namun, kesabaran tidak ada kepada parti-parti pembangkang khususnya Barisan
Penyelamat Kebangsaan (NSF) yang mendesak supaya revolusi kedua dilancarkan bagi
memberi tekanan kepada kerajaan Morsi memenuhi tuntutan mereka dan menyelesaikan
segala masalah yang dihadapi oleh Mesir.Sedangkan, pemerintahan Morsi pada waktu itu
belum betul-betul kukuh dan masih baru. Penyusunan dan pelaksanaan pentadbiran belum

dikemas kini. Ketidaksabaran parti-parti ini menyebabkan banyak lagi tanggapan yang tidak
betul terhadap pemerintahan Morsi.
Pemerintahan Morsi merupakan pemerintahan pro-islam. Oleh itu, pihak tentera,
kelompok sekular dan liberal mula menegaskan kembali kuasa mereka. Golongan ini
merupakan golongan pro-Amerika Syarikat.
Satu perkara yang dapat dilihat dari pergolakan di Mesir ialah, rintihan rakyat yang ingin
menukar pentadbirannya diselesaikan menggunakan pilihan raya. Namun kebangkitan rakyat
yang berlaku menyebabkan banyak nyawa melayang dan keadaan dalam negara menjadi huruhara.
Terdapat pelbagai perspektif tentang pemerintahan Presiden Mohamed Morsi. Terdapat
pihak yang menyokong corak pemerintahannya malah terdapat juga pihak yang menentang
pemerintahannya setelah beliau memegang jawatan Presiden. Terdapat pihak yang
menyatakan Presiden Morsi mula berdalih setelah memegang jawatan Presiden. Oleh sebab
tiada pelaksanaan pentadbiran berasaskan Islam yang dijalankan oleh Presiden Morsi selepas
pemeritahannya.
Kesimpulannya, sepanjang pemerintahan Presiden Mohamed Morsi, pelbagai rusuhan
yang berlaku menyebabkan beliau melepaskan jawatannya kerana risau akan rusuhan yang
berterusan yang telah meragut banyak nyawa. Walaupun banyak perspektif dari pelbagai pihak,
kita tidak seharusnya meanggapnya sebagai suatu yang betul kerana, tiada maklumat sahih
tentang apa sebenarnya yang terjadi.

KESAN PERGOLAKAN POLITIK MESIR


Para penyokong Morsi mula berhimpun semula untuk mempertahankan Kerajaan yang
sah itu. Mereka mula berhimpun semula selepas sekian lama daripada kejatuhan Hosni
Mubarak. Pihak tentera mula melakukan pembunuhan beramai-ramai sejak 14 Ogos 2013 yang
lalu untuk mengosongkan Medan Rabaah, Medan al-Nahda dan Medan Mustafa Mahmud di
Giza daripada para penyokong letigimasi Presiden Mursi. Sebelum itu, sudah berlaku peristiwa
Subuh berdarah, apabila sebahagian penyokong Mursi ditembak oleh penembak tepat ketika
mereka sedang bersolat Subuh pada pagi 8 Julai 2013.
Namun, peristiwa yang berlaku pada 14 Ogos berlaku lebih dasyat lagi. Rakyat dibunuh
dengan kejam, masjid dibakar, mayat para syuhada dibakar dan ada yang dilanggar jentolak
hidup-hidup. Jumlah kematian tersangat tinggi dan sangat kejam. Perkara ini menunjukan
kezaliman melampau, apatah lagi kekejaman ini dilakukan sendiri oleh tentera Mesir terhadap
rakyatnya sendiri. Sepatutnya tugas tentera adalah melindungi rakyat bukannya membunuh
rakyat. Malah, ada yang menyifatkan tindakan pihak tentera yang didalangi oleh Amerika dan
Israel ini, lebih dahsyat dan keji daripada pembunuhan Bashar al-Assad terhadap rakyatnya
dan kezaliman kerajaan Zionis Israel terhadap rakyat Palestin. Tindakan mereka ini jelas
melanggar semua nilai-nilai kemanusiaan yang ada.
Malahan, pergolakan terbaru yang berlaku di Mesir hingga membawa kepada rampasan
kuasa oleh pemimpin boneka tentera pada 3 Julai lalu bukan sahaja memberi kesan kepada
kestabilan politik dan ekonomi Mesir malah memberikan kesan kepada Palestin. Dalam
pergolakan terbaru, Presiden Mohammed Mursi telah digulingkan oleh pemimpin yang
mendapat sokongan tentera, Adly Mansour. Malah boleh dikatakan penggulingan ini dilakukan
oleh tentera yang sebelum ini menentang Mursi. Buktinya selepas Mursi dilantik sebagai
presiden, pemerintah tentera, Jeneral Hussein Tantawi telah melantik 10 ahli baru mewakili
tentera di Parlimen. Pertembungan kerajaan pilihan rakyat dengan tentera meletakkan Mesir
dalam keadaan tegang.
Sebenarnya penggulingan ini bukanlah suatu yang mengejutkan kerana kejayaan Mursi
daripada parti Ikhwanul Muslimin adalah di luar kebiasaan dalam politik Mesir. Pilihan raya
umum tahun lalu dianggap pilihan raya demokratik pertama sejak 60 tahun iaitu selepas era
Presiden Anwar Sadat hingga era rejim Presiden Hosni Mubarak yang digulingkan dalam

kebangkitan rakyat Arab Spring. Mursi adalah Presiden pertama Mesir yang bukan dalam
kalangan tentera. Presiden sebelum ini seperti Anwar Shadat (dari 2 September 1971 hingga 14
Oktober 1981), Hosni Mubarak (dari 4 November 1981 hingga 11 Februari 2011) adalah
pemimpin tentera yang dipilih sebagai Presiden Mesir. Tambahan pula Mursi daripada
pergerakan Islam yang diharamkan semasa era Mubarak. Hal ini sudah tentu mengundang rasa
kurang senang Amerika Syarikat (AS) yang banyak membiayai ketenteraan Mesir untuk
menjaga kepentingannya di Israel.
Reaksi dunia, seperti biasa dan sudah dapat dijangka, hanya mampu untuk mengutuk
tindakan zalim as-Sisi dan anjing-anjingnya. Malah Amerika sendiri, yang tangan mereka jelas
berlumur dengan kekotoran kerana terlibat sama dalam konspirasi menjatuhkan Morsi,
mengutuk tindakan tentera ke atas rakyat Mesir.
Disamping itu, situasi yang berlaku di Mesir ini menyebabkan hampir sebilangan pelajarpelajar Mesir khususnya rakyat negara kita mengalami masalah pembelajaran di sana. Hal ini
demikian kerana keadaan yang tidak tenteram menyebabkan beberapa masalah dan aktiviti
pendidikan terganggu. Tambahan lagi, isu yang hangat diperkatakan kini adalah pemindahan
beribu-ribu pelajar Malaysia di Mesir untuk pulang semula ke Malaysia. Terdapat juga yang
menangguh pengajiannya dan yang memohon untuk sambung belajar di dalam negara. Hal ini
menyebabkan aktiviti pendidikan terganggu dan menyukarkan banyak pihak.

LANGKAH KE ARAH PENDEMOKRASIAN MESIR


Berdasarkan huraian dan kronologi yang telah dibincangkan di atas mengenai
pergolakan yang berlaku di Mesir, kita sudah tahu sedikit sebanyak tentang apa yang berlaku di
Mesir walaupun ianya hanya gambaran kasar terhadap apa yang berlaku. Namun, tidak
mustahil pergolakan di Mesir akan berlarutan dan berpanjangan sehingga membawa kepada
peperangan saudara. Sekiranya itu berlaku, ia bakal menjadi lebih teruk dan mengerikan
daripada apa yang berlaku di Syria yakni sekurang-kurangnya di Syria jelas sekali ia adalah
perbalahan antara puak Syiah dan Sunni, sedangkan apa yang berlaku di Mesir adalah saudara
sesama pegangan dan aqidah. Oleh itu, pelbagai langkah dan inisiatif telah diambil ke arah
keamanan negara Mesir. Tidak hanya kerajaan mesir sahaja yang terlibat dalam keamanan
negaranya,namun negara-negara lain juga tidak terkecuali dalam usaha untuk pendekmorasian
negara mesir ini. Sebagai contoh, negara kita yakni Selain mengutuk tindakan kekejaman
tentera ke atas rakyat Mesir, parti PAS menyeru masyarakat antarabangsa termasuk Kerajaan
Malaysia supaya melaksanakan langkah drastik bagi menghentikan kezaliman itu.
Semasa era Mubarak, AS menyumbangkan sebanyak AS$2 bilion (RM6.4 bilion)
setahun kepada Mesir sebagai imbuhan memeterai perjanjian damai dengan Israel. Semua ini
bermula semasa era Presiden Anwar Sadat apabila dia telah menyokong Perjanjian damai
negara-negara Arab dengan Israel yang diusahakan oleh bekas Presiden AS, Jimmy Carter
pada 1979. Walaupun semua negara Arab menolak pelan damai itu tetapi Anwar Sadat
menandatangani perjanjian damai di bawah Rancangan Camp David dengan Perdana Menteri
Israel, Menachem Begin.
Tetapi bukan semua pembiayaan AS itu boleh digunakan untuk rakyat. Ini kerana
AS$1.3 bilion (RM4.16 bilion) daripada pembiayaan itu digunakan untuk ketenteraan bagi
memastikan tentera terus memerintah Mesir. Tetapi untuk Israel pula AS memberikan AS$2.5
bilion (RM9 bilion). Tetapi sebaik sahaja menduduki kerusi presiden, Mursi memperlihatkan
dasar luarnya yang jauh berbeza dengan Mubarak dalam isu Palestin. Malah menjalinkan
semula hubungan diplomatik dengan Palestin dan menentang Israel. Ini membuatkan AS tidak
senang dengan kemenangan Mursi walaupun AS sendiri yang menjatuhkan Mubarak menerusi
Arab Spring. AS mengharapkan selepas Mubarak digulingkan dan pilihan raya yang didakwa
bebas itu akan memilih pemimpin tentera lain untuk menggantikan Mubarak. Tetapi yang
berlaku adalah sebaliknya apabila Mursi daripada pergerakan Islam dipilih sebagai Presiden.

Pada tanggal 23 Ogos 2013, menyaksikan jutaan rakyat keluar ke seluruh jalanraya di
Mesir bagi membantah rampasan kuasa dan menentang pemerintah tentera. Perhimpunan
semalam dinamakan Jumaat Syuhada sempena memperingati rakyat yang telah syahid di
medan Rabaah, Nahdhah dan seluruh medan lain di Mesir. Sebelum hari perhimpunan sudah
ribuan pimpinan Ikhwan Muslimin dan tokoh-tokoh yang menentang rampasan kuasa ditangkap
dan ditahan dalam lokap. Rakyat Mesir kini sudah tidak takut lagi, biarpun hampir 10,000 sudah
ditangkap, mereka tetap keluar menyatakan bantahan mereka. Demo Jumaat Syuhada yang
mendapat sambutan hangat dan memperlihatkan tentera tidak mampu untuk menyekat lebih
daripada 300 Perarakan di seluruh Mesir. Demo diteruskan dgn tema Rakyat Memimpin
Dekmorasi. Tema ini dipilih setelah majoriti pimpinan ikhwan dan gabungan telah ditangkap.
Namun, pakatan pro Morsi menyatakan tangkapan pimpinan tidak memberi kesan kepada
usaha mereka untuk terus menekan kerajaan kudeta, bahkan rakyat sendiri yang akan menerus
dan memimpin revolusi ini.

REFLEKSI
NAMA :
NO KAD PENGENALAN :

Alhamdulillah, syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya, akhirnya
sempurnalah kerja khusus GKB1053 Kemahiran Belajar saya. Syukur saya panjatkan kerana
saya telah dapat melaksanakannya dalam masa yang telah ditetapkan.
Saya telah menerima tugasan ini tiga minggu yang lalu bersama rakan-rakan yang lain.
Kemudian kami telah diberikan taklimat kerja khusus oleh pensyarah kami. Tugasan tersebut
menuntut kami untuk mnghuraikan cabaran pendemokrasian yang berlaku di negara-negara di
Timur Tengah. Tugasan in perlu dijalankan secara berkumpulan. Saya, telah berkolaborasi
bersama rakan sekumpulan saya iaitu Nurul Natalia Binti Nasif dan Siti Syairah Binti Zulkefle
telah memilih negara Mesir untuk dijadikan sebagai negara pilihan yang akan kami huraikan
keadaan politiknya.
Setelah memilih negara yang sesuai, kami telah mula membahagikan tugas dan mula
mengumpul maklumat. Pengumpulan maklumat menjadi perkara yang mudah dengan
perkembangan teknologi pada zaman sekarang. Maklumat boleh didapati di hujung jari.
Semasa menghuraikan cabaran pendemokrasian di Timur Tengah, saya, akui, sangat sukar
untuk saya memahami keadaan sebenar yang berlaku di negara Mesir. Daripada pemerhatian
saya secara umum, peristiwa yang berlaku di Mesir merupakan perkara yang sangat rumit.
Oleh itu, saya mengambil langkah untuk mengkaji dengan lebih mendalam tentang peristiwa
yang berlaku di Mesir itu. Maklumat secara kronologi sangat membantu saya untuk memahami
apa yang berlaku.
Rakyat Mesir pada mulanya menentang pemerintahan Mubarak telah membuat perhimpunan
untuk menyuarakan penentangan mereka terhadap rejim Mubarak dan mnyuarakan hasrat
mereka untuk menggulingkan Presiden Mubarak dari memegang pucuk pimpinan negara Mesir.
Mendengar rintihan rakyat itu, satu pilihan raya telah dijalankan dan Presiden Morsi telah
menaiki takhta.

Walaubagaimanapun, pemerintahan Presiden Morsi tidak dapat bertahan lama. Sejak mula
pemerintahannya, pelbagai rusuhan telah berlaku dan telah mengorbankan banyak nyawa.
Beliau akhirnya melepaskan jawatannya dan pucuk pimpinan negara Mesir dipegang oleh
tentera. Golongan yang menyokong Morsi diseksa dan dibunuh secara meleluasa oleh pihak
tentera.
Daripada apa yang berlaku, saya berpendapat, kesan daripada rusuhan yang berlaku
memberikan banyak kesan yang buruk kepada rakyat dan negara itu sendiri. Banyak nyawa
yang tidak bersalah telah terkorban dan taraf ekonomi negara tersebut juga menjadi mundur.
Keganasan ini dapat mempengaruhi cara pemikiran anak muda pada masa hadapan. Oleh itu,
kanak-kanak dan para pelajar masa kini harus diterapkan dengan nilai-niai murni dan
didedahkan dengan kesan buruk akibat daripada mengamalkan keganasan tersebut. Jelas
semua ini adalah peranan seorang guru untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan
pelajar. Seorang guru juga harus menjadi suri teladan kepada pelajar agar pelajar
mengamalkan nilai yang baik dalam kehidupan seharian.
Kesimpulannya,

pentadbiran

secara

demokrasi

adalah

satu

cara

yang

baik

untuk

menyelesaikan masalah. Masalah yang rumit juga dapat diselesaikan melalui perbincangan.
Keganasan adalah tidak perlu untuk diamalkan kerana ianya hanya akan memberikan kesan
yang buruk sahaja. Pengalaman dan pengajaran yang saya perolehi semasa menjalankan kerja
khusus ini akan saya praktikkan dan akan saya kongsikan kepada para pelajar saya semasa
saya berkhidmat sebagai seorang guru kelak.

NAMA PELAJAR

: SITI SYAIRAH BT ZULKEFLE

NO KAD PENGENALAN

: 940529035466

Sepanjang menjayakan dan menyiapkan tugasan Cabaran Isu Semasa Dunia, saya
secara peribadi sangat bertuah kerana diberi peluang untuk mengkaji secara terperinci
mengenai tajuk yang dibincangkan iaitu berkenaan cabaran pendemokrasian di negara-negara
Timur Tengah seperti Mesir. Pelbagai ilmu, pegetahuan dan input telah saya perolehi dalam
usaha untuk menjayakan tugasan yang diberikan ini.
Terdapat pelbagai halangan dan juga ilmu baharu telah saya timab untuk menyiapkan
tugasan ini. Dengan jadual yang agak padat akhirnya saya Berjaya juga untuk mencari masa
untuk menyiapkan tugasan yang diberikan dan menyiapkan dalam tempoh waktu yang telah
ditetapkan. Saya juga memperoleh banyak ilmu tentang cara-cara untuk mencari maklumat
berkaitan isu berkenaan cabaran demokrasi. Negara Mesir menjadai pilihan kami untuk dikaji
kerana negaratersebut teramatlah dekat dengan hati kami semua terutama sekali kepada orang
yang beragama Islam.
Fenomena Negara Mesir merupakan fenomena berterusan

dari kegagalan negara-

negara demokrasi baru memahami maksud sebenar demokrasi. Demokrasi tidak hanya tentang
mendapatkan kuasa melalui pemilihan umum, namun juga penjaminan terhadap pertukaran
gagasan , pertukaran kepentingan dan lebih penting lagi kelegawaan masing- masing peserta
politik untuk saling memberi dan menerima. Hal ini tidak nampak daripada proses demokrasi
yang berlaku di Mesir.
Kemelut di Mesir, tidak salah jika dikatakan merupakan kesalahan kaum pembangkang
yang memaksakan kehendaknya , tapi juga merupakan kesalahan Morsi ( penguasa) yang
menolak untuk mendengar dan merundingkan budi bicara dengan peserta-peserta lain diluar
kelompoknya. Masalah

ini seharusnya boleh dilakukan secara rundingan, tanpa perlu

berkesudahan rampasan kuasa tentera , namun tampaknya Morsi tidak mempunyai kualiti
seorang negarawan untuk berundur kerana ketidakmampuannya menguruskan kepentingan
pelbagai di Mesir. Berkualiti Morsi sebagai ahli politik , merupakan watak-watak unik dan khas
dari individu gerakan yang menyokongnya. Tentu , para kompasianer juga sudah merasakan
dan dapat melihat sendiri, dengan mengamati fenomena kompasianer yang bergabung dalam
kumpulan Meat Lovers . Merasa paling benar, tidak mau kalah, berdebat untuk menunjukan
keunggulan dan seterusnya. Kemutlakan pandangan dalam kumpulan ini , pada akhirnya

membuat kita merasa tidak selesa untuk berbincang dan bertukar idea , dan malas untuk
bertindak balas . Mudah- mudahan masalah Mesir menunjukan pada kumpulan Meat Lovers,
bahawa demokrasi bukan sekadar menang kalah, namun juga bicara tentang rundingan ,
penginapan kepentingan , buka diktator atau jika tidak suka dengan demokrasi, pilihan bagi
Meat Lovers adalah untuk mengharamkan demokrasi sebagaimana yang diadvokasikan oleh
Parti Pembebasan.
Secara keseluruhan, amalan demokrasi yang diamalkan oleh Mesir belum lagi cukup
mantap untuk dilaksnakan disebabkan oleh campur tangan ramai pihak. Sebagai rakyat Mesir,
mereka sepatutnya memberi ruang kepada Dr Morsi untuk memeulihkan suasana pemerintahan
yang baharu dan memberikannya masa kerana bukan senang untuk menubuhkan satu negara
yang baru berbentuk demokrasi setelah negara tersebut mengamalkan amalan dictator selama
hampir 30 tahun lamaya. Sewajarnya rakyat mesir cuba untuk menerima perubahan yang
dilakukan oleh Dr Morsi kerana mereka jualah ynag memilih Dr Mursi untuk menjadi Presiden
mereka melalui pilihanraya.
Kemelut yang melanda ini sememangnya memberi kesan dari semua aspek
termasuklah pendidikan, ekonomi dan sosial. Ramai kanak-kanak terpaksa melupakan hasrat
untuk melanjutkan pengajian mereka kerana takut untuk pergi sekolah dan hidup dalam
suasana ynag dalam kerisauan. Ibu bapa juga telah kehilangan anak mereka begitu juga kanakkanak yang menjadi yatim piatu kerana ibubapa mereka telah terkornban di dalam peperangan.

Gambar 1: Seorang pemuda meratapi kematian saudaranya

Gambar 2 : Pro Mursi mengadakan demenstrasi meminta Dr Mursi dikembalikan kuasanya


Kemelut di sesuatu negara juga akan menyebabkan kemusnahan infrastuktur dan akan
menjejaskan ekonomi negara. Dari segi eonomi pula, tiada negara mahu bekerjasama dengan
negara yang berada dalam kemelut dan akhirnya akan menyebabkan negara tersebut
mengalami kemelesetan ekonomi.
Namun, saya sangat bersyukur kerana menjadi rakyat Malaysia yang sentiasa hidup
dalam suasana yang aman. Malaysia yang mengamalkan Sistem Raja Berpelembagaan
merupakan sistem yang terbaik diamalkan kerana masih ada kuasa satu badan yang berkuasa
mutlak dan kuasa besar bukanlah pada ketenteraan. Sebagai rakyat Malaysia, kita semua
sepatutnya bersyukur dengan keamanan yang diperolehi dan sewajarnya mengambil iktibar
akan kemelut yang berlaku di negar-negara luar dan berysaha sebaik mungkin untuk
mengekalkan keamanan yang sedia ada ini.

Anda mungkin juga menyukai