Anda di halaman 1dari 11

BAHAGIAN A

Jawab semua soalan. Pilih jawapan yang tepat dan hitamkan jawapan pada kertas OMR
1 Yang manakah menerangkan konsep Pendidikan Sepanjang Hayat?
I Pendidikan merujuk kerja mendidik, melatih dan mengajar, manakala hayat merujuk hidup.
II Melibatkan usaha menimba ilmu pengetahuan, kemahiran dan latihan secara
berterusan tanpa mengira had umur.
III Masyarakat dapat mengamalkan Pendidikan Sepanjang Hayat menerusi pembelajaran formal
dan tidak formal.
IV Melibatkan usaha memilih peluang pendidikan yang mendatangkan pendapatan lumayan.
A I dan II
B I, II dan III
C II dan III
D I, II, III dan IV

2 Pendidikan yang diperolehi di rumah seperti memasak dapat dikategorikan sebagai


A pendididikan formal.
B pendidikan sekunder.
C pembelajaran kendiri.
D pendidikan tidak formal.

3 Apakah ciri Pendidikan Sepanjang Hayat yang dapat diterangkan berdasarkan ilustrasi di atas ?
A Rela berkongsi ilmu terkini.
B Merebut peluang pendidikan.
C Menimba ilmu tanpa mengira had masa dan umur.
D Meningkatkan daya saing untuk menjadi insan dengan minda kelas pertama.

4 Mengapakah restu ibu bapa penting dalam sesuatu perkahwinan?


A Mudah mendapat zuriat.
B Dipandang tinggi oleh jiran.
C Menjamin pewarisan harta pusaka.
D Mengekalkan hubungan baik dalam keluarga.

2
5 Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan seseorang yang sesuai untuk berkahwin?
A Osman yang berjumpa dengan calon bakal isteri.
B Amin yang mencapai umur 25 tahun dan ada calon pasangan.
C Jamaluddin yang menamatkan pengajian di institusi pengajian tinggi.
D Johan dan Mei Yi yang memahami peraturan hidup berkeluarga dan berpendapatan stabil.

6 Ciri-ciri calon suami atau isteri yang baik ialah


I bertindak mengikut kemahuan sendiri.
II sedia bertolak ansur dengan pasangan.
III memahami kekurangan pasangan..
IV menjaga hati pasangan.
A I, II dan III
B I, II dan IV
C II, III dan IV
D I, II, III dan IV

7 Yang manakah merupakan persediaan awal untuk membina keluarga?


I Memastikan kesihatan fizikal dan mental berada dalam keadaan baik
II Mendapatkan restu ibu bapa atau penjaga.
III Memiliki ilmu keibubapaan.
IV Melakukan kerja sambilan.
A I dan II
B I, II dan III
C I, II dan IV
D I, II, III dan IV

8 Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan individu yang menghargai nyawa?
A Ismail selalu memandu dengan cermat.
B Eddy sentiasa bertolak ansur antara satu sama lain.
B Anson selalu membiarkan orang lain menindasnya tanpa melakukan apa-apa.
D Jamaluddin cepat marah dan tegas jika berlaku perbezaan pendapat dengan rakannya

3
9 Antara berikut, yang manakah boleh mengancam nyawa manusia?
A Keruntuhan akhlak dan moral ahli masyarakat.
B Kemerosotan ekonomi dan kejatuhan nilai mata wang.
C Pertambahan kemasukan warga asing ke dalam negara.
D Penyakit-penyakit kritikal seperti Aids dan Selsema Burung.

10 Apakah kebaikan jika seorang pemimpin yang berwawasan memerintah negara?


A Negara bertambah maju dan disanjung tinggi.
B Negara akan mudah menakluk negara yang mundur.
C Negara akan dikunjungi oleh ramai pelancong asing.
D Rakyat akan menikmati gaya hidup yang berbeza dan moden.

11. Apakah akta yang berkaitan dengan upacara perkahwinan di Jabatan Pendaftaran Negara atau
Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara?
A Akta Perkahwinan dan Perceraian 1986.
B Akta Undang-undang Perkahwinan dan Perceraian 1966.
C Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976.
D Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1996.

12 Wilayah Pembangunan Iskandar merupakan pembangunan Koridor Ekonomi yang dijalankan di ..


A Johor.
B Pahang.
C Selangor.
D Terengganu.

13 Bilakah tarikh sebenar rukun negara diisytiharkan di Malaysia?


A 31 Ogos 1957
B 31 Ogos 1970
C 16 September 1970
D 16 September 1957

4
Soalan 14 dan 15 berdasarkan gambar di bawah

14 Berdasarkan situasi di atas, Berita TV9 melaporkan kes seorang mangsa banjir bernama Kamal
telah terperangkap dalam banjir kilat di kawasan M. Sikap belas kasihan dan keprihatinan rakyat
Malaysia terhadap kesusahan mangsa setelah menonton berita adalah dianggap sebagai bersikap...
A sabar
B simpati
C toleransi
D bertolak ansur

15 Apabila mangsa tersebut diselamatkan, seorang rakannya, Ahmad segera ke tempat pusat
pemindahan banjir dan menghulurkan bantuan pakaian. Selepas itu, rakannya Ahmad mendengar
rintihan dan berkongsi suka duka mangsa itu. Sikap Ahmad ini berhubung rapat dengan
berperasaan terhadap kedukaan mangsa banjir.
A gigih
B cekal
C empati
D kesederhanaan

Soalan 16 dan Soalan 17 berdasarkan rajah di bawah.

16 Merujuk rajah di atas, apakah nama penuh ASWARA Malaysia?


A Jabatan Muzium dan Antikuiti Malaysia.
B Akademi Sains dan Teknologi Malaysia.
C Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia.
D Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan .

5
17 ASWARA amat penting dalam menaikkan imej negara di persada dunia. Secara umumnya, apakah
peranan sebenar ASWARA dalam mengekalkan warisan kepelbagaian budaya Malaysia?
A Membangunkan industri sains dan inovasi negara.
B Mengumpul dan memelihara bahan-bahan bersejarah.
C Pusat pengajian kesenian, kebudayaan, dan warisan Malaysia.
D Menyelidik, mengumpul, dan menyebar ilmu pengetahuan ICT.

18 Pekerja asing banyak diambil untuk bekerja dalam sektor


I perladangan.
II pembinaan.
III perkhidmatan pembantu rumah.
IV teknologi maklumat dan komunikasi.
A I, II dan III
B I, II dan IV
C II, III dan IV
D I, II, III dan IV

19 Jawatankuasa yang bertanggungjawab terhadap pembentukan Rukun Negara di Malaysia ialah


A MAJUIKAN
B MAGERAN
C MOSTI
D MITI

20 Rukun Negara sebenarnya adalah _______________________Malaysia.


A Wawasan 2020
B Ideologi Kebangsaan
C Falsafah Pendidikan Kebangsaan
D Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)

21 Yang manakah faktor sosial yang perlu diberikan keutamaan untuk menjana pembangunan negara
di Malaysia?
A Perpaduan kaum
B Kemudahan awam
C Sistem pendidikan
D Tahap kesihatan penduduk

6
Berpunca daripada gaya hidup sosial yang tidak sihat
Pesakit biasanya meninggal dunia akibat komplikasi penyakit lain

22 Apakah penyakit yang dimaksudkan di atas?


A AIDS
B SARS
C Influenza A
D Batuk kering

23 Apakah cabaran utama yang dihadapi oleh PTPTN?


A Kekurangan dana untuk dipinjamkan kepada penuntut yang layak,
B Kesulitan mendapatkan balik wang pinjaman daripada penuntut yang ingkar.
C Kebanyakan penuntut lebih gemar memohon pinjaman daripada firms swasta.
D Kesukaran memilih pemohon yang benar-benar layak antara pemohon yang banyak.

24 Yang manakah faktor sosial yang perlu diberikan keutamaan untuk menjana pembangunan negara
di Malaysia?
A Perpaduan kaum
B Kemudahan awam
C Sistem pendidikan
D Tahap kesihatan penduduk

25 Rukun Negara menggariskan _______________prinsip utama yang perlu dihayati dan difahami
oleh semua warganegara Malaysia.
A lima
B enam
C tujuh
D lapan

BAHAGIAN B
7
JAWAB SEMUA SOALAN
1 Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.
bunga api gilang-gemilang tradisional kemerdekaan
pelancong kebudayaan persembahan etnik
kemuncak gendang khas bertemakan

PM lancar "Sejuta Warna, Sejuta Senyuman"


PUTRAJAYA: Citrawarna Malaysia ke-9 yang berlangsung selama 16 hari dari 26 Mei sehingga 10 Jun
ini dilancarkan dengan penuh (26) ____________________ di Dataran Putrajaya di sini malam ini.
Perdana Menteri melancarkan acara tahunan tersebut yang (27)___________________ "Sejuta Warna,
Sejuta Senyuman".
Kira-kira 70 000 orang rakyat negara ini dan (28 )_________________ asing membanjiri majlis
pelancaran yang berlatarbelakangkan kompleks mahkamah Palace of Justice.
Majlis yang bermula sejak 6.30 petang mempamerkan (29)______________________ kumpulan
tarian dan perarakan di Putrajaya Boulevard, pertunjukan fesyen pakaian hasil karya pereka tempatan,
serta pertunjukan Balet Berbasikal.
Perdana Menteri tiba di majlis perasmian kira-kira jam 8.00 malam diiringi oleh persembahan
muzik dan tarian (30)________________ Perdana Menteri dan Menteri Pelancongan kemudiannya
menyampaikan ucapan. Seterusnya Citrawarna Malaysia dilancarkan oleh Perdana Menteri.
Para pengunjung seterusnya dipersembahkan dengan pelbagai pertunjukan
(31)__________________rakyat seperti persembahan paluan (32)____________________ oleh 100
pemukul gendang dari tiga (33)__________________terbesar iaitu Melayu, Cina, dan India, tarian
topeng masyarakat orang asli, tarian musim menuai masyarakat Sabah, dan tarian pahlawan masyarakat
Sarawak disulami dengan persembahan tarian pelbagai masyarakat Melayu, Portugis, Siam, Cina, dan
India dengan disimbahi pancaran lampu berwarna-warni.
Acara (34) ___________________________ ialah gabungan tarian dan nyanyian kesemua 1 800
Penari dan peserta yang mengambil bahagian mengiringi lagu yang digubah (35)_________________.
Pertunjukan (36)__________________ yang mewarnai langit pusat pentadbiran Putrajaya
selama lima minit mengakhiri majlis pelancaran.
Citrawarna Malaysia kali ini yang berlangsung sempena sambutan 50 tahun
(37)_______________________ negara disambut secara besar-besaran dengan pelbagai aktivitidiadakan
termasuk di hotel, pusat pelancongan, dan pusat membeli-belah di sekitar Lembah Klang.

D Senaraikan 3 gejala sosial

38 _________________________________________________________________________

39 _________________________________________________________________________
8
40 __________________________________________________________________________

D. Senaraikan lima negara anggota ASEAN selain dari Malaysia.

41________________________

42_________________________

43_________________________

44________________________

E Tandakan ( ) pada pernyataan yang benar dan ( ) pada pernyataan yang salah.

45. Menjalankan tugas dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh adalah


contoh etika kerja yag cemerlang ( )

47. Terdapat hanya lima buah universiti tempatan di Malaysia ( )

48. Keluhuran perlembagaan merupakan prinsip Rukun Negara ketiga ( )

49. Pak Hamzah merupakan penggiat seni wayang kulit. ( )

50. Gejala rasuah tidak mengganggu kepesatan ekonomi negara ( )

Disediakan okeh Disemak oleh Disahkan oleh

___________________________ _______________________ ________________________

(Pn. Sashineka Sumbulingam) (Pn Norimi bt Mohd Rani) (Cik Mok Pui Kee)
(GKMP KEMANUSIA

PERCUBAAN SPM

PENDIDKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

NAMA : _________________________

TING : ___________________
9
Kertas Jawapan

1 26

2 27

3 28

4 29

5 30

6 31

7 32

8 33

9 34

10 35

11 36

12 37

13 38

14 39

15 40

16 41

17 42

18 43

19 44

20 45

21 46

22 47

23 48

24 49

10
25 50

11
12

Anda mungkin juga menyukai