Anda di halaman 1dari 7

KERTAS CADANGAN:

__________________________________________________________________________________

PROGRAM INTEGRASI KEPEMIMPINAN ELIT


PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) SULUNG
TAHUN 2019
__________________________________________________________________________________

CADANGAN TARIKH:

26 HINGGA 28 FEBRUARI 2019


SELASA HINGGA KHAMIS

TEMPAT:

KUALA SELANGOR CABIN CAMP


Jalan Rizab Zazuli, Kampung Bukit Hijau
Selangor Darul Ehsan

ANJURAN:

PESONA ANGGERIK
(UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING)
SMK DATUK HAJI ABDUL SAMAD, PORT DICKSON
1.0 PENGENALAN

Khidmat murid membantu murid merupakan satu khidmat sokongan yang penting dalam
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (B&K) di sekolah. Bilangan murid yang ramai
kadangkala menyebabkan Guru Bimbingan dan Kaunseling tidak dapat memenuhi
keperluan murid dari sudut perkhidmatan menolong. Pada ketika inilah Pembimbing Rakan
Sebaya (PRS) boleh memainkan peranan secara berterusan dan berkesan. Walau
bagaimanapun, pertolongan tidak akan dapat dilakukan sekiranya PRS tidak dilatih dan
dibimbing. Atas alasan tersebut kursus ini wajar diadakan di mana para peserta dilatih untuk
meningkatkan kemahiran memimpin, kemahiran mengurus majlis dan kemahiran asas
dalam menolong.

2.0 MATLAMAT

Membina satu kumpulan murid (PRS) yang mempunyai daya kepimpinan dan kemahiran
menolong yang tinggi serta dapat mengendalikan pelbagai majlis dan program dengan
proaktif.

3.0 OBJEKTIF

Adalah diharapkan selepas kursus ini, peserta dapat ;


i.Membina dan meningkatkan kemahiran memimpin yang berkualiti dan berkesan.
ii.Membina individu yang berkeyakinan dan berketrampilan
iii.Membina hubungan dan berkongsi idea serta corak pimpinan PRS dari negeri lain
iv.Meningkatkan kejelekitan dan hubungan silaturahim yang erat antara semua ahli PRS.

4.0 SASARAN
Ahli PRS yang telah mengikuti kursus PRS Tahap Bongsu dan Tahap Muda

5.0 TARIKH / MASA / TEMPAT KURSUS

Tarikh : 26, 27 dan 28 Februari 2019


Hari : 3 hari dan 2 malam
Masa : Rujuk tentatif
Tempat : KUALA SELANGOR CABIN CAMP
6.0 INPUT KURSUS

i.Kemahiran memimpin
ii.Komunikasi Berkesan
iii.Keyakinan Diri
iv.Kemahiran mengurus Program/majlis

7.0 KAEDAH PELAKSANAAN

i.Ceramah
ii.Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
iii.Permainan / Aktiviti Kumpulan Kecil dan Besar
iv.Explorasi – check point

8.0 BAHAN DAN PERALATAN

i.Persembahan Power Point / Laptop dan LCD


ii.Peralatan dan Keperluan Kursus / Bahan-bahan Lain
iii.Peralatan dan Keperluan Aktiviti / Bahan-bahan Lain
iv.Kertas A4

9.0 PENGURUSAN
Diuruskan sepenuhnya oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa

10.0 JAWATANKUASA BERTINDAK


Pengerusi : Ahmad Jais bin Ahmad
Pengetua
Naib Pengerusi : Adly Hazrami bin Masngadi
Penolong Kanan HEM
Setiausaha : Maysarah binti Muslim
Guru Bimbingan dan Kaunseling
Bendahari : Wan Yusnizan binti Wan Hamat
Pengurus Peserta: Nur Hidayati Binti Abdul Rahman
Pengangkutan : Siti Hajar binti Abdul Rahman
11.0 TENTATIF PROGRAM
Sila rujuk lampiran

12.0 IMPLIKASI KEWANGAN

Bil Perkara Jumlah(RM)


1 Pengangkutan (Bas) 1500.00
2 Penginapan dan makan (RM 110.00 X 44) 4840.00
3 Hadiah dan Cenderamata (RM 50.00 X 4) 200.00
4 Dokumentasi 67.80
JUMLAH 6607.80

13.0 SUMBER KEWANGAN

BIL PERKARA JUMLAH (RM)


Duit Makan Pelajar
1 1207.80
RM 18.30 X 22 X 3
2 Sumbangan PIBG 500.00
Yuran Pelajar
3 3400.00
RM 85.00 X 40
4 Suwa Kantin 500.00
5 Yuran Guru RM 100.00 X 4 400.00
6 Duit Kokurikulum 200.00
7 PCG Kaunseling 400.00
JUMLAH PERBELANJAAN 6607.80

14.0 PENUTUP

Bahawasanya, usaha mendidik, membentuk dan membimbing murid-murid di sekolah


menjadi insan yang terbaik adalah merupakan usaha semua pihak terutamanya mereka yang
terlibat dengan pendidikan. Oleh kerana pendidikan merupakan suatu usaha berterusan
hingga ke akhir hayat maka usaha menambah baik segala program pembentukan diri,
sahsiah dan keperluan pendidikan adalah perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
Adalah diharapkan dengan penubuhan PRS akan dapat membantu pihak sekolah dalam
menangani isu-isu yang berkaitan permasalahan murid. Dengan kerjasama pihak guru-guru,
ibu bapa dan murid setempat, hasrat kita untuk menjadikan sekolah sebagai contoh
kecemerlangan.

Disediakan Oleh, Disemak oleh,

…………………………………............. ...................................................................................
(MAYSARAH BINTI MUSLIM) (ADLY HAZRAMI BIN MASNGADI)
Guru Bimbingan dan Kaunseling Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SMK Datuk Hj. Abdul Samad SMK Datuk Hj. Abdul Samad
Port Dickson, Negeri Sembilan Port Dickson, Negeri Sembilan

Diluluskan oleh,

............................................................................
(AHMAD JAIS BIN AHMAD)
Pengetua
SMK Datuk Haji Abdul Samad
Port Dickson, Negeri Sembilan
LAMPIRAN

TENTATIF PROGRAM INTEGRASI KEPEMIMPINAN ELIT


PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) SULUNG
TAHUN 2019
HARI PERTAMA (SELASA)

MASA PROGRAM CATATAN


12.00 pm Bertolak ke Kuala Selangor Cabin Camp
2.30 pm Tiba di Kuala Selangor Cabin Camp/ Solat Zohor
3.00 pm Taklimat
4.30 pm Solat Asar
5.00 pm LDK 1 : Ice Breaking / Pembentukan Kumpulan Kenali Diri
6.30 pm Khidmat Diri / Solat Maghrib / Makan Malam
8.00 pm Dariku Untukmu
8.30 pm Slot – Amanah dan Tanggungjawab Sebagai Pemimpin Teori
10.00 pm Solat Isyak / Minum Malam
10.30 pm LDK 2 : Meditasi Muhasabah Diri
12.00 am Rehat

HARI KEDUA (RABU)

MASA PROGRAM CATATAN


6.00 am Solat Subuh / Tazkirah / Moral
7.00 am Istiadat Pagi
8.00 am Sarapan / Khidmat Diri
9.00 am LDK 3 : One Happy Family Kerjasama
11.00 am LDK 4 : Water Air Kesungguhan
12.30 am Makan Tengahari / Solat Zohor
2.00 pm LDK 5 : Periuk Api Focus
3.00 pm LDK 6 : Simpulan Kasih Kepimpinan
4.30 pm Solat Asar /
5.00 pm LDK 7 : Game Station Riadah
6.30 pm Makan Malam / Khidmat Diri / Solat Maghrib
8.00 pm LDK 8 : Debat Parlimen Pengucapan Awam
10.00 pm Solat Isyak / Minum Malam
10.30 pm LDK 9 : Rebut Kertas / Ikrar Perwira Setiakawan
11.30 am LDK 10 : Night Walk Jati Diri
01.30 am Rehat

HARI KETIGA (KHAMIS)

MASA PROGRAM CATATAN


6.00 am Solat Subuh / Tazkirah / Moral
7.00 am Istiadat Pagi
8.00 am Sarapan / Khidmat Diri
9.00 am LDK 11 : Rentas Halangan Keyakinan Diri
10.00 am LDK 12 : Blind Trail Empati dan Fokus
12.00 pm Khidmat Diri / Makan Tengahari / Solat Zohor
1.30 pm Rumusan Program
2.00 pm Majlis Penutup
2.30 pm Bertolak pulang ke sekolah
4.00 pm Tiba disekolah

Anda mungkin juga menyukai