Anda di halaman 1dari 13

PEMBENTANGAN OLEH :

EN. MOHD HAFIZ BIN ABU BAKAR


UNIT BIMBINGAN KAUNSELING SMKAP
‘Demi masa, sesungguhnya manusia
itu berada dalam kerugian, kecuali
orang-orang yang beriman dan
beramal soleh serta berpesan-pesan
kepada kebenaran dan berpesan-
pesan kepada kesabaran”.
Surah Al-Asr
MURID YANG INGINKAN
KECEMERLANGAN perlu…

♦ Pandai menghargai masa


♦ Mengejar masa, bukan masa mengejar anda
♦ Tidak jadikan masa yang tidak mencukupi
sebagai alasan apabila tidak dapat
melaksanakan tugas dengan baik
PERKARA PENTING YANG PERLU
ANDA FIKIRKAN UNTUK MENGURUS
MASA DENGAN BAIK
i. Adakah tugas tersebut penting kepada
anda?
ii. Adakah tugas tersebut tanggungjawab
anda?
iii. Apakah faedah yang akan anda perolehi
daripada tugas tersebut?
iv. Adakah tugas tersebut berbaloi dengan
masa dan usaha anda?
♦ Tentukan keutamaan dalam tugas anda
- Laksanakan tugas mengikut kepentingan. Buat
yang penting dahulu dan diikuti dengan tugas
yang kedua penting dan seterusnya

♦ Jangan melengah-lengahkan masa untuk


bangun dari tidur
- Kurangkan masa tidur. Tidur hanya seperlunya
untuk istirehat.
♦ Sediakan barangan yang perlu sebelum
anda menjalankan tugas
- Sediakan buku mengikut jadual pada sebelah
malam. Elakkan daripada membuat persediaan
dalam kedaan tergesa-gesa.

♦ Elak daripada melakukan perkara yang


sama berulang kali
- Jika anda melakukan perkara yang sama berulang
kali anda akan membazirkan masa. Keadaan ini
akan menyebabkan anda tidak dapat melakukan
perkara-perkara yang lebih penting.
♦ Tetapkan masa untuk anda menyiapkan
sesuatu tugas
- Jangan panjangkan masa yang telah ditetapkan.
Usahalah bersungguh-sungguh supaya sasaran
masa anda tercapai. Disiplinkan diri anda.

♦ Rangka satu strategi yang sesuai


- Anda perlu merangka satu strategi yang mampu
anda ikuti agar anda dapat selaraskan tugas-tugas
dan menyelesaikannya mengikut masa yang telah
ditetapkan.
♦ Buat jadual harian anda sendiri
- Susunlah aktiviti harian anda supaya ia dapat
dilaksanakan dengan lancar. Anda harus bijak
menyusun aktiviti agar tidak berasa beban akibat
perancangan jadual harian yang tidak teratur.
UJIAN MASA
BIL PERNYATAAN YA TIDAK

1. Saya merasakan diri saya sering terikat


dengan waktu.
2. Saya sering merasakan yang saya sentiasa
mengisi masa lapang dengan perkara yang
berfaedah.
3.
Jadual harian adalah suatu yang penting bagi
saya.
4. Saya akan berasa gelisah jika kerja-kerja saya
belum selesai
5. Saya sering tidak mengambil tahu tentang
keadaan yang berlaku di sekeliling saya
kerana ia boleh membazirkan waktu saya.
6. Bagi saya orang yang suka membazirkan
waktu ialah orang yang rugi.
BIL PERNYATAAN YA TIDAK

7. Saya gemar menghabiskan masa dengan


berbincang bersama kawan-kawan mengenai isu
semasa.
Saya tidak suka pada orang yang sering
8.
memungkiri janji.
Saya akan berfikir berulang kali sebelim
9. membuat sebarang keputusan.
Saya melakukan aktiviti yang berfaedah pada
10. masa lapang bagi memastikan kejayaan saya.
11. Masa itu emas, ungkapan ini amat bermakna
bagi saya.
12. Saya merasakan bahawa saya berjaya
menggunakan waktu dengan sebaik-baiknya.
13. Saya menganggap jam sebagai teman baik saya.
BIL PERNYATAAN YA TIDAK

14. Saya akan merasa bersalah jika saya


membatalkan janji dengan orang lain.
15. Mengambil masa yang lama untuk
menyelesaikan sesuatu urusan adalah sesuatu
yang membosankan bagi saya
KEPUTUSAN KUIZ
Jika jawapan anda lebih banyak “YA”
daripada “TIDAK”, ini menunjukkan
bahawa anda seorang yang pandai
membahagikan masa

Anda mungkin juga menyukai