Anda di halaman 1dari 2

Refleksi Pertandinagn Bola Tampar

Pada 6 Disember 2017 yang lalu,saya bersama ahli kelas 1.02 PDPLI tahfiz ambilan Jun 2017
telah mengadakan pertandingan bola tampar yang terdiri daripada kelas kami dan rakan-rakan
daripada kelas yang lain. Pertandingan tersebut bertempat di gelanggang Bola Tampar Institut
Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam Bangi. Penganjuran kali ini mendapat sambutan
yang agak baik daripada kalangan pelatih-pelatih.Perlawanan ini disertai oleh pelajar-pelajar
dari PDPLI Tahfiz Semester 2.

Saya begitu teruja memandangkan ini kali pertama saya menganjurkan pertandingan seperti ini
dan berterima kasih kepada Encik Mohzir Bin Abu Bakar, pensyarah sukan kami kerana
memberikan peluang menambah pengalaman ini. Selepas beliau menyerahkan tugasan ini
kepada ketua kami, kami kemudian terus berbincang tentang penganjuran ini. Antara perkara
yang kami bincangkan ialah pembahagian tugasan dalam pengajuran yang bermula dari
menyiapkan kertas kerja, pengadil permainan, urusetia, bahagian persegaran, bahagian
penyediaan tempat, bahagian publisiti, bahagian peralatan dan bahagian
keselamatan(pertolongan cemas).

Pertandingan ini adalah bertujuan untuk mendedahkan para pelajar dengan aktiviti pengelolaan
dan pengadilan bola tampar yang sistematik. Selain itu, kami juga dapat mempraktikkan segala
kemahiran bola tampar yang telah dipelajari dalam interaksi kokurikulum sukan bola tampar
sebelum ini. Dengan menganjurkan perlawanan ini, kami juga dapat menilai kemampuan diri
dalam sukan bola tampar. Dalam pengeloaan tersebut, kami telah berjaya mempraktikan cara
mengisi borang skor, mencatat markah, menjadi pengadil garisan, pengadil jaring dan pengadil
pertandingan. Saya juga mendapat pendedahan tentang bagaimana sesuatu pertandingan itu
dijalankan. Penganjuran pertandingan ini juga adalah untuk memenuhi kehendak sukatan
pelajaran kokurikukum sukan Bola Tampar.

Antara permasaalahan yang saya telah tempuhi semasa menganjurkan gerko bola tampar ialah
ketepatan masa dalam memulakan pertandingan. Pelatih-pelatih tiba lewat 10 minit daripada
waktu yang sepatutnya. Masalah ini akan kami pastikan tidak lagi berlaku dengan sering
mengingatkan antara satu sama lain supaya datang lebih awal ke tempat permainan. Namun
begitu itu bukanlah satu permasalahan yang besar kerana kami dapat meneruskan
pertandingan dan menamatkannya tepat pada waktu.
Melalui penganjuran ini juga saya mendapat pengalaman yang amat bermakna di mana saya
dapat mengaplikasikan segala ilmu yang saya peroleh semasa sesi kokurikulum sebelum ini.
Hal ini jelas dapat dilihat apabila saya dapat menggunakan segala pengetahuan tentang
peraturan bola tampar semasa mengadili perlawanan. Secara tidak langsung pengalaman yang
saya perolehi kali ini dapat saya gunakan terutama apabila menjadi guru kelak. Saya akan
berusaha untuk menaik tarafkan permainan bola tampar ini dalam kalangan pelajar dengan
menganjurkan perlawanan sebegini di sekolah. Hal ini kerana permainan bola tampar ini
merupakan salah satu permainan yang dapat menyihatkan badan dan mampu memantapkan
fizikal dan kognitif pelajar terutama dalam mengatur strategi dalam permainan Walaupun saya
bakal mengajar Tahfiz namun ia bukan alasan saya untuk tidak bergiat aktif dalam sukan dan
permainan ini. Insyaallah segala pengalaman yang saya timba di institut hari ini akan saya
aplikasikan semaksimum mungkin kelak. Sekian terima kasih.

Muhamad Azizul Hakim Bin Mohd Zain.

PDPLI Tahfiz 1.02

Anda mungkin juga menyukai