Anda di halaman 1dari 4

pembuktian 

keberkesanan pembelajaran dan pencapaian objektif 
yang telah ditetapkan. Penilaianyang biasanya dilakukan ialah
penilaian secara formatif atau sumatif. Penilaian formatif
merupakan penilaian secara berterusan yang dilakukan
selepas selesai sesuatu sesi
pengajaran dan pembelajaranmanakala penilaian sumatif ialah
penilaian penilaian akhir tahun seperti peperiksaan akhir tahun
dan peperiksaan umum seperti Peperiksaan Menengah Rendah
(PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Penambahbikan
kurikulum pula akan dilakukan secara berterusan melalui kaedah
penilain sumatif.a

Kekuatan Model Tyler

1.Sistematik dalam mengurus perjalanan pengajaran dan pembelajaran


Penentapan objektif dan matlamat yang jelas di awal perancangan
pengajaran memberikan seseorang guru membolehkan idea dan
gambaran yang jelas berkaitan hasil yang diharapkan dalam
sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, isi kandung
an dan kaedah yang dipilih dapat disepadukan serta
membolehkan sesuatu hasilan tersebut dinilai.

2. Logik, mudah dan praktik Penyusunan aras kurikulum yang


dimulakan dengan penetapan matlamat dan objektif pengajaran
menjadikan model ini mudah diterima dan praktik. Dengan ini
dapat menghasilkan maklumat yang relevan secara langsung.

3. Pelajar Dapat Berinteraksi Dengan Persekitaran Luaran Model


ini sangat mementingkan pengalaman pembelajaran aktif oleh pelajar
sebagai asas kejayaan model ini. Justeru itu, para pelajar
berpeluang untuk berinteraksi dengan persekitaran luaran
semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Maka
dengan ini, para pelajar akan dapat membina
kemahiran berfikir secara kritis, membantu mencari
maklumat dan menanam minat dan sikap positif dalam
diri pelajar.

4. Berorientasikan Penilaian Untuk Keberkesanan Pengajaran


Model Tyler sangat mementingkan penilaian dalam usaha
menambah baik sesuatu kurikulum. Justeru itu, penilaian
dilakukan bagi melihat keberkesanan sesuatu kandungan dan
kaedah berdasarkan matlamat dan objektif yang telah ditentukan.
Hasil penilaian yang dilakukan tentu sekali akan menambah baik
prestasi yang kurang baik sebelum ini. Maka dengan itu, model ini
masih diguna pakai secara meluas dalam perkembangan kurikulum di
negara kita dalam usaha menyusun suatu kurikulum yang mantap dan
berkualiti.
5. Menentukan Hala Tuju Organisasi Model Tyler juga dapat
menentukan arah atau hala tuju sesebuah organisasi kerana sifat
model ini sendiri yang dapat membuat pengesahan
tentang keberkesanan organisasi. Selain itu, mampu menyusun
objektif dan matlamat organisasi mengikut keutamaan dan
objektif terhadap objektif penilaian.

KELEMAHAN MODEL TYLER

Model Tyler telah menjadi model terawal yang digunakan secara meluas
dalam pembangunankurikulum di negara ini. Namun begitu,
terdapat beberapa kelemahan yang telak dikesan oleh
para pengkritik terhadap model ini:

1.Terlalu Tertakluk Kepada Objektif Model Tyler yang membuat


penetapan objektif pengajaran pada peringkat awal ternyata
mengehadkanobjektif kurikulum. Kesannya ialah menghalang para
pendidik untuk menyerlahkan kreativiti.

2.Terlalu Linear Model Tyler juga dikatakan terlalu linear kerana


mana-mana kurikulum yang mengimplementasikan model ini
terlalu terikat dengan langkah-langkah yang telah
ditetapkan. Para pendidik harus mengikut langkah-langkah yang
ditetapkan seperti menentukan objektif terlebih dahulu kemudian
memilih isi kandungan, menetapkan kaedah kurikulum dan akhir sekali
membuat penilaian. Jelasnya, model ini tidak memberikan kebebasan
kepada pendidik untuk menyusun dan mengolah bahan pengajaran.

3. Terdedah Dengan Unsur-Unsur Politik.

Model ini juga dikatakan terlalu terbuka dan terdedah dengan


unsur-unsur luaran seperti
pengaruh politik yang mudah memanipulasikan pendidikan.
Impaknya ialah, individu dan pihak yang bertanggungjawab dalam
pendidikan kehilangan kuasa untuk membuat keputusan dan
menentukan hala tuju pembangunan pendidikan negara.

4. Terlalu Terikat Dengan Mata Pelajaran dan Peperiksaan


Memandangkan Model Tyler terlalu memberi tumpuan kepada kurikulum
sesuatu mata pelajaran dan peperiksaan untuk tujuan penilaian
maka, kesukaran timbul untuk menulis objektif tingkah laku.

Anda mungkin juga menyukai