Anda di halaman 1dari 14

TEORI DAN REKABENTUK INSTRUKSIONAL

DISEDIAKAN
OLEH : EMRAM BIN YUNUS

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN REKABENTUK INSTRUKSIONAL (ID)?

Rekabentuk Instruksional merupakan salah satu daripada cabang teknologi komunikasi.


Ianya merupakan satu kaedah atau proses latihan untuk menyusun alat-alat media dan
kandungan untuk membantu pelajar mahupun guru untuk menyampaikan pengetahuan secara
lebih efektif.

Proses Rekabentuk Instruksional yang sempurna mestilah merangkumi sesuatu yang


diingini oleh pengguna, arahan yang jelas menepati objektif dan mencipta sesuatu yang
berasaskan media sebagai bantuan kepada penyampaian pengetahuan. Idealnya, Rekabentuk
Instruksional seperti yang dimaklumkan oleh teori pedagogi, latihan pengajaran dan
pembelajaran mestilah sama ada ditentukan oleh pelajar sepenuhnya, bantuan guru atau komuniti
yang terlibat.

Bidang Rekabentuk Instruksional secara tradisionalnya atau diasaskan di dalam teori


kognitif dan psikologi tingkahlaku. Oleh kerana ianya merupakan bidang yang jarang
diketengahkan dan juga digunapakai di dalam bidang-bidang yang lain sama ada yang
berasaskan ideology atau professional maka sering berlaku ketidakfahaman dan kecelaruan
istilah terhadap maksud sebenar Rekabentuk Instruksional. Sebagai contoh menurut perspektif
koginitif Rekabentuk Instruksional adalah rekabentuk grafik semata-mata sedangkan Rekabentuk
Instruksional merupakan sesuatu yang sangat penting di dalam bidangnya seperti yang dijelaskan
oleh E. Misanchuk di dalam teksnya “Preparing Instructional”.
Berdasrkan rujukan melalui laman web http://www.umich.edu/~ed626/define.html,
Rekabentuk Instruksional didefinasikan sebagai:

1. Rekabentuk Instruksional sebagai Proses

Rekabentuk Intruksional adalah pembangunan yang sistematik yang menggunakan teori


pembelajaran dan intruksi bagi mempastikan kualiti intruksi. Ia adalah proses yang
dijalankan terhadap analisis keperluan pembelajaran, matlamat dan pembangunan sistem
penyampaian yang memenuhi keperluan tersebut. Ini termasuklah pembangunan metarial
intruksi dan aktiviti, pencarian dan penilaian terhadap semua intruksi dan aktiviti
pembelajaran.

2. Rekabentuk Instruksional sebagai Disiplin

Rekabentuk Instruksional adalah cabang pengetahuan daripada penyelidikan dan teori


berkenaan dengan strategi instruksional dan proses pembangunan dan perlaksanaan
strategi.

3. Rekabentuk Instruksional sebagai Sains

Rekabentuk Instruksional adalah sains yang mencipta spesifikasi yang terperinci untuk
pembangunan, perlaksanaan, penilaian dan penyelenggaraan yang mana ia memberi
kemudahan pembelajaran dari unit yang besar sehingga unit yang kecil bagi sesuatu
matapelajaran untuk semua tahap kesukaran.

4. Rekabentuk Instruksional sebagai Realiti

Rekabentuk Instruksional boleh bermula dari mana-mana bahagian dalam proses


pembangunan. Selalunya cetusan idea dapat membangunkan asas situasi instruksional.
Apabila keseluruhan proses telah selesai, perekabentuk akan melihat kembali dan akan
melihat semua bahagian “sains” yang telah diberi perhatian sewajarnya. Kemudian,
keseluruhan proses akan ditulis seperti mana yang berlaku dalam gaya yang sistematik.
Perkara yang dirancang itu perlulah realistik untuk dicapai. Penetapan sasaran yang tidak
logik akan mengakibatkan kemustahilan pencapaian matlamat yang disasarkan.

5. Sistem Instruksional

Sistem boleh diistilahkan juga sebagai peraturan. Sistem intruksional adalah pengurusan
sumber dan prosedur untuk menghasilkan pembelajaran. Rekabentuk intruksional adalah
proses yang sistematik dari pembangunan sistem intruksional. Ia adalah proses dari
perlaksanaan sistem atau perancangan yang telah dibuat. Contoh pemasangan enjin
kereta ketetapan sistemnya akan mengakibatkan enjin tersebut gagal berfungsi.

6. Teknologi Instruksional

Teknologi digunakan untuk menyampaikan. Teknologi intruksional adalah aplikasi


bersistem dan strategi yang sistematik. Teknik penyampaian dari teori behavior, kognitif
dan konstruktif untuk penyelesaian masalah intruksional.

Teknologi instruksional adalah aplikasi teori yang sistematik mengikut keperluan dalam
rekabentuk instruksional dan pembangunan.

Teknologi Instruktif = Rekabentuk Instruksional + Pembangunan Instruksional

7. Pembangunan Instruksional

Pembangunan adalah pembinaan mengikut seperti mana yang telah dirancang atau
direkabentukkan. Pembangunan Instruksional adalah proses perlaksanaan rancangan
rekabentuk.
Maksud atau definisi Rekabentuk Instruksional telah melalui beberapa perkembangan
sejak ia mula diperkenalkan lagi iaitu seawal tahun 1920. Bermula di Amerika, Rekabentuk
Instruksional yang dahulu dikenali sebagai Teknologi Instruksional lebih tertumpu kepada
penggunaan media seperti gambar, model, slaid, persembahan dan sebagainya. Sehinggalah
sekitar tahun 1950 maksud Teknologi Instruksional mula dikaitkan dengan penggunaan media
audio-visual seperti rakaman audio, siaran radio dan filem. Maksud yang sama turut digunapakai
di Malaysia disekitar tahun tersebut.

Kemudian maksud Teknologi Instruksional mula dikaitkan sebagai suatu proses di dalam
menyelesaikan atau membuat penilaian terhadap masalah instruksional oleh Finn pada tahun
1960. Lumsdaine pada tahun 1964 pula menyatakan bahawa teknologi instruksional boleh
dikatakan sebagai suatu aplikasi Sains untuk latihan instruksional.

Sekitar tahun 1970, definisi kepada Teknologi Instruksional mula diperjelaskan dengan
lebih mendalam bagi menjelaskan kepentingan penggunaannya. Commission of Instructional
Technology, USA menjelaskan bahawa Teknologi Instruksional merupakan satu proses
sistematik untuk merekabentuk, melaksana dan menilai seluruh proses pengajaran dan
pembelajaran mengikut objektif spesifik yang berpandukan kajian terhadap pembelajaran
manusia dan komunikasi serta menggabungkan sumber manusia dan bukan manusia bagi
menghasilkan intruksi yang lebih berkesan. Seterusnya, pada tahun 1977 definisi Teknologi
Instruksional diterjemahkan sebagai suatu proses yang kompleks dan bersepadu yang melibatkan
manusia, prosedur, idea, peralatan dan organisasi untuk menganalisis masalah serta
merekabentuk, menilai dan menguruskan penyelesaian kepada masalah dalam keadaan di mana
proses pembelajaran yang bermatlamat dan terkawal.

Kemudian maksud ini telah dimurnikan lagi pada tahun 1984, Heinich menyatakan
bahawa Teknologi Instruksional sebagai suatu penerokaan atau pencarian pengetahuan baru
mengenai cara manusia belajar dan cara merekabentuk sistem instruksional atau bahan
instruksional.

Akhirnya, pada tahun 2002, Teknologi Instruksional telah melalui proses definisi yang
baru bermula dengan penukaran nama kepada Rekabentuk Instruksional dan Teknologi. Sejajar
dengan penjenamaan ini, maksud Rekabentuk Instruksional telah diperkemaskan oleh Reiser
sebagai satu bidang rekabentuk instruksional dan teknologi yang mencakupi analisis masalah
pembelajaran, prestasi dan rekabentuk, pengembangan, pelaksanaan, penilaian dan pengurusan
proses dan sumber instruksional dan bukan instruksional bertujuan untuk meningkatkan
pembelajaran dan prestasi dalam pelbagai latar khususnya dalam institusi pendidikan dan tempat
kerja.

Secara kesimpulannya, melalui pemahaman saya, Rekabentuk Instruksional boleh


diterjemahkan sebagai suatu proses merekabentuk perisian instruksional yang melalui beberapa
proses secara sistematik yang mencakupi pelbagai media dengan menggunakan pelbagai model
rekabentuk yang bertujuan untuk pengajaran dan pembelajaran atau menyampaikan pengetahuan
kepada pelajar secara lebih efektif.

Definisi
Rekabentuk
Intruksional

Proses Sistematik Satu proses Realiti

Satu proses sains Satu proses Disiplin


BEBERAPA RUJUKAN DAN CONTOH, JELASKAN BIDANG TUGAS
PEREKABENTUK INSTRUKSIONAL (ID)?

Di dalam era pendidikan sekarang yang banyak menggunakan peralatan multimedia


menjadi bidang rekabentuk instruksional menjadi sangat penting. Sebagai contoh penggunaan
komputer di dalam pendidikan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik
dan efisien. Ianya kerana terdapat sokongan daripada perisian instruksional yang sangat
membantu pelajar dan guru di dalam menyampaikan pengetahuan secara efektif.

Perisian instruksional mampu mengarahkan pelajar supaya mengikuti aktiviti


pembelajaran yang sesuai mengikut tahap pencapaian masing-masing. Di samping itu, ia juga
mampu menyampaikan pengetahuan yang diperlukan pelajar selain daripada membantu pelajar
untuk lebih mudah mengingat dan memproses maklumat yang dipelajarinya. Perisian ini juga
mampu mengawal tahap pencapian pelajar dari masa ke semasa melalui aktiviti yang dijalankan
dan mampu memberi maklumbalas terhadap pencapaian mereka. Perkara ini dipersetujui oleh
Merrill dan Drake yang menyatakan bahawa “Instructional design is the technology of creating
learning experiences and learning environments which promote these instructional activities.”

Bagi memastikan penghasilan perisian instruksional yang bermutu dan berkesan pastinya
ia berkait rapat dengan perekabentuk instruksional (ID). Justeru itu, tugas sebagai perekabentuk
instruksional tidaklah semudah yang disangka.

Sebagai perekabentuk instruksional mereka bertanggungjawab untuk mencipta atau


merangka kandungan projek instruksional dengan persekitaran teknologi pelanggan atau
pengguna. Ini bermakna setiap perisian yang ingin dibangunkan oleh perekabentuk instruksional
mestilah mengambil kira kandungan atau pengetahuan yang ingin disampaikan dengan
kemahiran dan kemampuan teknologi pengguna. Menjadi kerugian sekiranya perisian
instruksional yang dibina tidak mampu digunakan secara berkesan oleh pengguna kerana dibatasi
oleh ketidakupayaan pengguna di dalam bidang teknologi. Oleh itu perlu ada keseimbangan di
antara keduanya.
Selain itu perekabentuk instruksional juga perlu memahami keperluan persekitaran
pekerjaan pengguna. Amat penting kepada perekabentuk instruksional berusaha memenuhi
kehendak pengguna secara maksimum. Oleh itu, perekabentuk instruksional perlu sentiasa
mengadakan perbincangan dan membuat analisis tepat tentang keperluan pengguna seperti yang
disampaikan oleh pengguna ketika sesi soal jawab dan perbincangan. Perlu juga memahami
kelebihan dan kekangan yang bakal dihadapi oleh pengguna kelak apabila menggunakan perisian
instruksional yang dibina. Seboleh-bolehnya perekabentuk instruksional mampu menghasilkan
perisian instruksional yang bersifat umum yang mampu digunakan oleh ramai orang.

Perekabentuk Instruksional juga mestilah berkemampuan untuk merekabentuk sesuatu


yang mampu membuat penyelesaian pembelajaran yang bukan sahaja terbatas kepada
pembelajaran berasaskan internet, instructor-led, blended instruction, dan sidang maya.

Selain daripada itu, Perekabentuk Instruksional perlu memberi penerangan dan taklimat
kepada pengguna di dalam kursus-kursus yang berkaiatan dengan perisian instruksional yang
telah dibangunkan.

Setelah membuat analisis daripada 3 iklan jawatan sebagai Perekabentuk Instructional


yang diperolehi daripada laman-laman web (rujuk lampiran iklan 1, lampiran iklan 2 dan
lampiran iklan 3, saya telah merumuskan beberapa bidang tugas utama sebagai perekabentuk
instruksional:
1. Sebagai Perancang dan pembangunan strategi program pembelajaran untuk
menyokong latihan di cawangan-cawangan.
2. Untuk meningkatkan prestasi firma melalui rekabentuk pembelajaran,
pembangunan dan penggunaan strategi untuk mengenalpasti peluang-peluang
semasa.
3. Bekerjasam dengan bahagian tertentu untuk menyelesaikan masalah
kepimpinan staf untuk meningkatkan prestasi syarikat atau institusi.
4. Mencipta sistem dokumen yang sesuai kepada setiap bahagian yang menepati
kehendak dan ciri-ciri sesuatu bahagian
5. Mengurus dan menyusun rutin item penyelenggaraan institusi untuk
program-program yang dilaksanakan
6. bekerjasam dengan bahagian e-learning dan kumpulan latihan teknologi
syarikat untuk membangunkan perisian atas talian.
7. Menyediakan cadangan kertas kerja bagi sesuatu projek yang baru dan rakan
kongsi yang berpotensi.
8. Membuat strategi penilaian untuk setiap program yang dilaksnakan
9. Melaksanakan teknik dan teori-teori rekabentuk instruksional kepada adult
learner dan menyusun metadolgi pembangunan yang sesuai dan efektif.
10. Menjalankan kursus kepada jurulatih-jurulatih untuk melaksanakan cara
penyampaian kurikulum.

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG PERLU DIKUASAI BAGI MEMBOLEHKAN


PEREKABENTUK INSTRUKSIONAL MENJALANKAN TUGAS-TUGASNYA
DENGAN BAIK.

Untuk mendapatkan hasil yang baik dan menepati objektif pengguna, perekabentuk
instruksional mestilah menguasai beberapa kemahiran. Kemahiran-kemahiran yang dimaksudkan
mestilah kemahiran-kemahiran yang boleh membantu perekabentuk instruksional di dalam
membangunkan perisian instruksional.

1. Kemahiran mengurus
Bertugas selaku ketua projek, perekabentuk instruksional perlu mengurus dokumen-
dokumen projek, perancangan kewangan, menyediakan garis panduan kerja dan
mengurus keperluan sumber. Mempastikan juga kelancaran projek mengikut jadual
dan tarikh akhir penyiapan projek.
2. Kemahiran dalam grafik dan seni
Perekabentuk adalah individu yang kreatif dan inovatif. Kemahiran ini perlu agar
dapat merekabentuk rekaan yang cantik dan berkesesuaian dengan tema yang
dikehendaki.

3. Mahir dalam ilmu psikologi


Ilmu ini juga penting walaupun ia jarang diperhalusi. Kesesuaian sesuatu rekabentuk
dari sudut psikologi tentang kesanggupan kumpulan sasaran untuk duduk berjam-jam
di depan komputer menggunakan perisian yang dibina, suatu pendekatan psikologi
perlu digunakan untuk membolehkan sasaran tidak merasa bosan atau tertekan.
Kemahiran dalam ilmu psikologi untuk memberikan kesan psikologi dan dapat
menjangkakan sikap yang akan ditunjukkan oleh golongan sasaran seperti golongan
kanak-kanak dengan orang dewasa adalah memberikan kesan yang berbeza.

4. Mengenalpasti keperluan rekabentuk instruksional terhadap tugasan yang diberi dan


mencadangkan penyelesaian masalah yang timbul, memilih amalan yang terbaik dan
teknologi yang bersesuaian.

5. Menggunakan media interaktif. Kemahiran untuk menggunakan bahan-bahan supaya


dapat menilai perisian yang dihasilkan.

6. Asas pengatucaraan juga perlu ada asas pengatucaraan supaya perekabentuk


instruksional tahu akan kekangan dan kelebihan yang dihadapi oleh para pengatucara
apabila melaksanakan tugasan yang diberi. Perekabentuk Instruksional tidak perlu
memahami secara mendalam, cukup sekadar tahu sahaja.

7. Kreatif dalam domain teknikal dan artistik. Perekabentuk adalah orang yang
mempunyai idea-idea terkini dan canggih supaya perisian yang dibangunkan adalah
lain dari yang lain.
8. Kemahiran komunikasi
Ini penting untuk membolehkan arahan yang dikeluarkan adalah jelas dan senang
difahami oleh pasukan projek. Arahan boleh disampaikan secara lisan atau bertulis.
Kemahiran komunikasi juga perlu dalam menilai cara penyampaian yang digunakan;
adakah ianya boleh difahami oleh golongan sasaran. Bentuk komunikasi boleh terdiri
secara visual atau verbal.

9. Kemahiran mengurus kewangan


Walaupun bertugas selaku sebagai perekabentuk, adalah perlu mahir dalam
pengurusan kewangan untuk menggangarkan kos yang berkemungkinan akan terlibat
apabila membangunkan sesuatu bahagian spesifik yang berkos tinggi seperti
pembayaran royalti muzik atau lagu yang digunakan.

10. Boleh bekerja di bawah tekanan. Perekabentuk adalah orang yang mempunyai
mental yang kental, tahan dengan tekanan kerja. Tanggungjawab untuk
merekabentuk adalah besar kerana banyak pihak bergantung terhadap rekabentuk
yang dihasilkan untuk menjadi panduan kepada mereka melaksanakan tugas masing-
masing seperti pereka grafik artistik, pengatucara, perekabentuk sistem dan banyak
lagi pihak yang terlibat dalam proses pembangunan.

11. Mahir menggunakan alat pengarangan multimedia. Jika tidak mempunyai kemahiran
ini, bagaimana perekabentuk instruksional dapat memberikan idea terhadap sesuatu
perisian. Perekabentuk perlu mempunyai kemahiran pengatucara walaupun sedikit.

12. Kebolehan menyelesaikan masalah. Ini adalah kemahiran yang penting kerana
pelbagai masalah boleh timbul dan ia perlu diselesaikan secara bijaksana seperti
masalah kerosakan perkakasan.
13. Mengetahui model-model ID yang boleh digunakan

14. Kemahiran mengutip, menganalisis, dan menilai maklumat


Hal ini penting kerana seorang pereka bentuk instruksi mesti mahir dalam bidang ini
kerana sekiranya mereka gagal menguasai kemahiran ini, mereka akan menjadi
seorang pereka bentuk yang gagal menentukan keseimbangan dan kesahihan data atau
maklumat dan tidak mampu membina sesuatu rekaan dengan baik.

15. Kemahiran Komunikasi (Communication Skills)

Bagi pereka bentuk instruksi kemahiran komunikasi merujuk kepada kebolehan untuk
berkomunikasi dengan berkesan dalam Bahasa Melayu dan Inggeris dalam pelbagai
konteks pelanggan mereka. Mereka perlu mempunyai kemahiran mendengar dan
memberi respons secara aktif terhadap idea orang lain. Secara tidak langsung pereka
bentuk instruksi akan lebih afektif membina sesuatu rekabentuk instruksiMereka
berkebolehan mempersembahkan maklumat dan melahirkan idea dengan jelas, efektif
dan berkeyakinan samada secara bertulis mahupun lisan

16. Boleh bekerja dalam kumpulan (Teamworking)

Kebolehan bekerja dalam kumpulan meliputi kebolehan seseorang untuk bekerja


dengan orang lain yang datang dari latar belakang yang berbeza dalam mencapai
sesuatu matlamat. Pereka bentuk instruksi perlu bekerja dalam kumpulan untuk
menghasilkan kerja yang memuaskan

Selain itu, kebolehan untuk membina reputasi yang baik, berinteraksi dan bekerja
dengan efektif dengan orang lain bagi mencapai objektif ada perlu kepada seseorang
pereka bentuk instruksi. Kebolehan untuk memahami atau menjangkakan
salingtukaran atau persamaan peranan yang dimainkan oleh pemimpin dan juga
pengikut.
Kebolehan untuk menyedari dan menghormati atitud,tindakan dan kepercayaan orang
lain. Kebolehan untuk memainkan peranan dalam merancang dan mengendalikan
usaha dalam kumpulan. Komitmen dalam membuat keputusan secara kolektif.

17. Kemahiran sebagai penyelesaian masalah

Penyelesaian masalah meliputi kebolehan untuk berfikir secara kritikal, logikal,


kreatif dan analitik. Perkara ini menjadi asas utama bagi seseorang pereka instruksi
kerana terdapat pelbagai berlaku

Kebolehan untuk mendefinisikan serta menganalisis masalah yang wujud dalam


domain yang kompleks, bertindihan serta tidak mempunyai struktur yang menentu
dan seterusnya melakukan penilaian yang mempunyai sokongan yang kukuh.

elain itu, mereka berkebolehan untuk memvisualkan sesuatu dan membentuk konsep
daripadanya dan seterusnya mendapatkan idea dan jalan alternatif

18. Fleksibel atau mampu menyesuaikan diri

Seseorang pereka bentuk perlu menyesuaikan diri atau fleksibel meliputi kebolehan
atau kesediaan seseorang untuk bertukar berdasarkan situasi atau keperluan semasa.
Kebolehan untuk mengenal potensi bagi tujuan peningkatan atau pembaikan.
Kebolehan untuk mengaplikasikan jalan penyelesaian yang sedia ada.

Selain itu, mereka berani untuk memula dan melaksanakan perubahan dan bekerja
dan mengekalkan keberkesanan walaupun dalam apa-apa tekanan. Mereka perlu
memahami dan mengadaptasi ke dalam budaya komuniti atau persekitaran kerja yang
baru. Kebolehan untuk menjadi fleksibel dan konstan dan mengekalkan fokus dalam
sesuatu tugas.
19. Keyakinan diri (Self-Esteem)

Sentiasa berfikiran positif. Komitmen dalam menjaga kehormatan dan maruah diri.
Yakin kepada diri sendiri. Mempunyai kualiti dari aspek keyakinan Seimbang dari
aspek emosi dan rohaniah

20. Etika atau moral

Etika atau moral meliputi kebolehan untuk melaksanakan piawaian yang tinggi dari
aspek etika dalam interaksi profesional mahupun sosial. Bertindak secara beretika dan
bermaruah dalam melaksanakan tanggungjawab sosial. Memahami kesan ekonomi,
persekitaran dan sosio-budaya terhadap kerjaya profesional. Menganalisis dan
membuat keputusan dalam menyelesaikan masalah melibatkan isu moral atau etika.

21. Kemahiran untuk membina sesuatu yang baru

Bermaksud mereka yang terlibat sebagai pereka bentuk instruksi perlu mengetahui
dan berani mengajar seseorang tentang membina sesuatu yang baru. Mereka
bertindak sebagai pencetus idea atau pemudah cara untuk menyakinkan orang lain
bahawa membina sesuatu yang baru itu bukanlah sesuatu perkara yang sukar. Cuma
memerlukan masa dan kaedah yang sesuai sahaja.
RUJUKAN:

Siti Aishah Hanawi, Hazura Mohamed, Masnizah Mohd, Ah Ho Yen Sze, 2005, Pendekatan
Eklektif Dalam Pembelajaran Nombor Negatif Berbantukan Komputer, Inovasi Teknologi
Instruksional dalam Pengajaran dan Pembelajaran, , , 288-294

Charles M Reigeluth(1987), “Instructional Theories in action, lesson illustrating selected theories


and models” Hillsdale, New Jersey, Lawrence Erlbaum Associates,Publishers.

Jamalludin Harun dan Dr Zaidatun Tasir(2003) “Multimedia dalam pendidikan”Kuala


Lumpur,PTS Publication & Distributors

John Sweller(1999),”Instructional Design”Australia,Acer

Kamus Dewan Edisi kedua(2003), Kuala Lumpur, Terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka

Kent L. Gustafson (1997): “Survey of Instructional Development Models”, terjemahan Yusup


Hashim dan Razmah Man, Publisher: Eric Clearinghouse on Information; 3rd Sprl edition

L. Smith & Tillman J. Ragan(1999),”Instructional Design,second edition”. Publisher: Wiley; 2


edition.

PM Dr Baharuddin Aris PM Dr. Rio Sumarni Sharifuddin & Manimegalai Subramaniam(2001),


“Reka bentuk pengajaran dan pembangunan perisian” Jabatan Multimedia Pendidikan, Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Walter Dick & Lou Carey(1996),” The Systematic Design of Instructional”. New
York,HarperCollins Publishers Inc.

http://en.wikipedia.org/wiki/Instructional_design

Anda mungkin juga menyukai