Anda di halaman 1dari 45

Selasa, 17 Mei 2011

Tips Melancong ke Cameron Highlands... catatan kedua..

Nampaknya, catatan Tips melancong ke Cameron Highlands mendapat paling ramai


pembaca, barangkali ramai yang mencari maklumat di internet untuk melawat Cameron
Highlands.
Untuk kali ini rasanya eloklah kalau saya perincikan satu persatu mengikut pekan dan
kawasan supaya dapat difokuskan disebalik pekan ke pekan yang terdapat di Cameron
Highlands.
Cameron Highland berkeluasan 72 ribu km persegi dan terbahagi kepada beberapa Bandar
kecil yang terbentuk di sepanjang laluan utama di Cameron Highlands hanya terdapat satu
laluan utama menghubungkan Ringlet ke Kg Raja dan kerana itulah, perkembangan pekan-
pekan kecil lebih tertumpu disepanjang laluan ini sahaja.
Kalau dimulakan perjalanan anda melalui Tapah , anda akan menemui Pekan Ringlet dan jika
anda melalui Jalan baru Raub Cameron Highlands anda akan menemui Pekan Bertam
Valley terlebih dahulu dimana kedua-duanya adalah hub pertanian di daerah ini. Sebelum
sampai di Tanah Rata terdapat beberapa persinggahan yang mungkin boleh anda
pertimbangkan untuk siri lawatan anda.
Siri catatan ini adalah berkisar kawasan Ringlet Bertam Valley- Habu dengan lebih
terperinci dari kacamata saya.
Ringlet:
Pekan yang pertama akan anda temui sebaik melepasi 54 km pendakian berliku. Di sini tiada
apa yang menarik kecuali penempatan petani dan pekannya yang terdiri daripada lembah
sungai. Terdapat 2 stesen minyak iaitu Shell dan Petronas yang selalunya menjadi tempat
menghilangkan pening serta mabuk dan paling utama Tandas percuma. Juga terdapat bank
CIMB.
Cuma kalau anda ingin merasai Kari Kepala Ikan , apa kata singgah di medan selera untuk
merasai Kari Kepala Ikan di gerai Sahak. Memang popular bagi kalangan orang Cameron
Highlands. Terdapat sebuah apartment disebelah Shell iaitu Yellow House Apartment.
Bertam Valley:
Bertam Valley adalah pekan kecil dan yang pertama anda akan tempuhi jika melalui jalan
baru Cameron Highlands Pos Betau yang sudah digunakan sekarang. Uniknya melalui jalan
ini anda akan melalui kawasan penempatan Orang Asli bermula dengan Pos Betau , Kg
Cherus (Kawasan baru Empangan TNB), melalui persimpangan Pos Telanok , Kg Leryar, Pos
Mensun, persimpangan Kuala Boh, Kg Sungai Tiang dan akhirnya akan melalui kawasan
kebun sayuran dan bunga disepanjang laluan ini.
Memasuki pekan Bertam Valley pada hari biasa, anda akan mendapati terdapat banyak lori-
lori sayur disini. Juga terdapat beberapa nurseri semaian bunga disepanjang jalan dan
harganya lebih murah berbanding di Brinchang ataupun Kea Farm.
Habu:
Di sini bermula pilihan tempat lawatan atau persinggahan anda:
Lake House- jika anda mempunyai budget yang tinggi dan inginkan suasana colonial, maka
inilah salah satu tempatnya. Namun agak jauh dari kawasan yang lain dan memerlukan
kenderaan.
Sultan Abu Bakar Lake a.k.a Habu Lake empangan hidro di Lubuk Tamang bagi TNB. Tapi
jangan terperanjat dengan warna airnya yang boleh bertukar warna dari jernih kepada merah
dalam sekelip mata. Airnya dialirkan melalui terowong bawah tanah ke beberapa stesen hidro
yang boleh anda temui disepanjang jalan naik ke Cameron Highlands dan digunapakai
sehingga Kuala Woh.
Kedai Sayuran-sayuran Habu Lake- Jika anda pulang melalui Tapah atau Raub , inilah tempat
terakhir anda boleh membeli belah sayur-sayuran. Hampir sama harganya dengan tempat
yang lain tetapi tidak banyak pilihan.
Bee Farm bergerak menghala Tanah Rata anda bertemu jalan masuk ke Boh Centre. Disini
anda boleh ke Boh Centre dengan melalui jalan sempit yang berliku-liku sekitar 8 km.
Terdapat Ladang Lebah di tepi jalan dengan pelbagai pilihan termasuklah sarang lebah. Jika
tidak mahu membeli disini, terdapat gerai yang sama dibuka di Pasar Malam Brinchang.
Kebun Water Crest- Jika anda ingin melihat pemandangan kebun water crest iaitu sejenis
sayuran air yang ditanam dalam kolam berteres , anda boleh singgah sebentar disini dengan
risiko sendiri kerana iainya tidak dibuka untuk orang awam tetapi dengan hanya berjalan kaki
kurang daripada 3 minit anda akan menyaksikan permandangan yang berbeza. Tiada jualan
dan tiada kawasan khas untuk pelancong.

Boh Centre- Di sini terdapat Boh Centre yang pertama dibina oleh Boh Plantation dan amat
popular suatu ketika dahulu. Selain dapat menikmati teh anda boleh mengagahkan diri
memanjat laluan berbukit untuk melihat pemandangan ladang teh dari puncak bukit.
Terdapat terowong masa dan tea centre untuk anda jelajahi beserta berpeluang menyaksikan
pemprosesan daun tea secara langsung di kilangnya. Farlie Division ini mula dibuka pada
tahun 1929 oleh J.A Russell dengan kerjasama A.B Milne, seorang penaman Teh dari Ceylon
ataupun kini Sri Lanka. J.A Russell meninggal pada 1933 pada usia 50 tahun namun beliau
telah meninggalkan legasi Boh kepada warisannya sehingga kini. Boh menghasilkan 4 juta
kilogram teh setahun atau bersamaan 5.5 juta cawan the sehari .Biasanya ditutup pada setiap
hari Isnin. Selain daripada itu terdapat sebuah chelet yang diuruskan oleh Malaysia Nature
Society (MNS) di tengah-tengah pokok teh tetapi tetapi terhad kepada ahli MNS sahaja.
Semoga anda mendapat maklumat yang anda cari dan Insyaallah asaya akan mencuba untuk
menulis berkenaan dengan Tanah Rata dan Brinchang dalam siri yang ketiga.
Sabtu, 16 April 2011
Tips Melancong ke Cameron Highlands

Terdapat banyak catatan untuk siri Tips Melancong ke Cameron Highlands di


mrkumai atas dasar pengamatan dan pendapat peribadi. Semoga dapat
membantu anda membuat perancangan dan perjalanan anda. Jika ada
pertanyaan, sila ajukan di ruangan ulasan, dan Insyaallah saya akan cuba
membantu... Anda boleh membuat carian di sini dengan kata kunci Tips,
Cameron Highlands, pertanian dan sebagainya untuk terus ke tips-tips yang
telah saya muat naik.

Ramai kawan-kawan yang bertanya apa yang boleh dilawati di Cameron highlands,
malah ada bertanya bagaimana hendak melancong di sini dengan kos yang minima.
Selalunya aku akan menjawab dengan jawapan yang standard dan akan berulang
kali nasihat yang sama. Mungkin bagi aku ini yang terbaik tetapi aku lebih suka
meletakan nasihat ini sebagai salah satu pilihan cara untuk melancong disini.

Ada cara dan pendapat yang lain yang lebih baik barangkali. Jadi untuk
permudahkan, aku cuba senaraikan satu persatu:
Waktu yang sesuai:
Ramai yang selalunya memilih untuk datang ke Cameron Highlands pada waktu cuti
panjang seperti cuti sekolah, cuti umum dan juga hujung minggu yang biasa. Nasihat
aku, kalau boleh membawa ahli keluarga yang lain, elakkan memilih tarikh utama
percutian umum seperti Tahun baru , Krismas, Tahun Baru Cina, Deepavali atau
hujung minggu yang bersambung dengan cuti umum.

Juga kalau boleh elakkan masa cuti sekolah yang pendek seperti cuti sekolah bulan
3 dan 8 yang seminggu sahaja tempohnya. Ini kerana semua cuti ini dianggap 'peak
season' di sini malah semua kos sama ada bilik sewa, hotel atau apartment juga
akan penuh.

Bayangkan pada hari biasa, 3 bilik apartment berharga sekitar RM 200-250


semalam boleh melonjak ke RM 350 malah ada yang menyentuh RM 450 semalam.
Hotel memang sudah awal-awal istiharkan musim pucak atau peak season. Maka
harganya pasti melonjak naik dan mereka selalunya akan meletakan harga ini
kerana terdapat permintaan yang melebihi penawaran bilik hotel yang sedia ada.

Ada yang bertanya, bila musim hujan, akau cadangkan selalu perikasa laman
Jabatan Kaji Cuaca. Musim tak menentu disini. Bulan 3 hingga 7 sepatutnya musim
panas tapi selalu hujan jugak.

Rancang penginapan anda.


Bagi yang suka-suka datang berkeluarga besar atau mungkin dua atau tiga buah
kereta, cadangannya sewalah apartment percutian kerana selalunya ada 3 bilik yang
selesa dengan kadar yang lebih murah. Banyak apartment sewa harian yang
ditawarkan dan pastinya Pekan Tanah Rata adalah keutamaan.

Hotel Cool Point di Tanah Rata


Kalau ditanya di mana yang terbaik, kalau dapat di Desa Athurium , Arabela (tanya
dahulu blok mana, kalau blok A , cadangan jadi pilihan terakhir, kalau block B ,C tu
bagus, kalau Blok E, F, G atau H pun kira ok).

Kalau ada yang offer Flat Jasar, rasanya tolaklah ... sempit ... Carnation Park masih
boleh diterima lagi dan masih selesa. Brijcourt di tengah bandar Tanah Rata
manakala Parkview Apartment pun tengah bandar, Jika anda mendapat tawaran
Apartment di Royal Lily, jadikanlah sebagai pilihan ke dua kerana saiz apartment
kecil.

Di Brinchang , kalau offer Flat tu, tengok lah dahulu. Terdapat banyak pilihan hotel
budget di kawasan pekan ini tetapi amat kurang apartment di sana, cuma di antara
yang bagus adalah Villa Dahlia.

Bagi mereka yanggemarkan homestay, dicadangakan Taman Sedia yang


memberikan peluang kepada anda untuk menginap secara homestay dan dikelilingi
dengan kebun-kebun strawberry milik pengusaha bumiputera. Pasti menjadi satu
pilihan menarik untuk anda. Ingin mencuba, sila lanjutkan di catatan Homestay di
Tanah Tinggi ini .

Panduan Perjalanan :

Kejadian tanah runtuh adalah senario biasa di sini


Aku cadangkan , kalau sampai belilah Map Cameron Highlands. Ada beberapa versi
yang bagus dan lengkap dengan harga di antara RM 3.00 hingga RM 5.00 sebuah.

Atau yang kedekut dengan duit tu bolehlah guna internet di Pejabat dan Printer di
pejabat untuk print out mana-mana website yang berkongsi peta percutian di
Cameron Highlands .

Bertolaklah awal pagi dari rumah anda untuk sampai tengahari di sini dan nikmati
waktu lebih panjang. Aku selalu cadangkan kepada kawan-kawan untuk ke Cameron
Highland boleh melalui 4 laluan sama ada dari Timur, Tengah dan utara.

Pertama laluan Tapah - Ringlet tapi cukup memeritkan bagi yang berkeluarga.
Hanya 54 km dari Tapah untuk sampai di Ringlet dan akan melalui kawasan Air
Terjun Lata Iskandar di pertengahan jalan. Jalannya sempit dan berliku-liku.

Kedua bagi yang mahukan perjalanan santai bolehlah melalui Simpang Pulai ke Kg
Raja, jauhnya lebih kurang 80 km.

Ketiga dari Gua Musang boleh melalui Lojing ke Kg Raja. Laluannya juga santai dan
selesa tapi bukan untuk perjalanan malam. Gelap gelita dan sunyi sepi.

Keempat laluan baru Raub-Sungai Koyan - Pos Betau ke Bertam Valley ... 125 km
tapi laluan baru malah belum digazetkan. Bahaya untuk perjalanan malam dan kalau
terlibat dengan kemalangan, insuran tidak tanggung kerana jalan belum gazet.
Tetapi baru-baru ini ada khabar mengatakan ianya telah diserahkan kepada kerajaan
untuk digunakan oleh pihak kontraktor.

Untuk mengetahui cabaran laluan menuju ke Cameron Highlands dan melalui laluan
Tapah, and aboleh meneruskan pembacaan anda di catatan 270 liku ke Puncak ini...
Tambah kapsyen
Pakej Lawatan:
Rata-rata tempat lawatan boleh dikunjungi dengan kenderaan ringan kecuali
berhajat untuk off road.

Beberapa syarikat travel membuat trip perjalanan haraian khasnya untuk pelancong
asing dengan harga sekitar RM45- 85 samada sehari penuh atau separuh hari
antaranya TJ Travel, Kang Travel dan banyak lagi. Pkej mereka merangkumi
perjalanan ke kawasan penempatan Orang Asli beserta pakej melihat bunga raflesia
yang terdapat dibeberapa kawasan di sekitar Lojing, Lawatan ke Ladang Tea dan
Gunung Brinchang termasuklah ke Mossy Forest, Lawatan ke Kebun Lebah, bunga
dan sebagainya.
Malah terdapat pakej untuk anda melihat suasana matahari terbit yang bermula dari
seawal pukul 5 pagi. Semuanya ditawarkan setiap hari.

Tempat Lawatan :
Aku selalu mencadangkan tempat-tempat berikut ; Hari Pertama kalau sampai
lawatlah Pekan Tanah Rata dan mungkin boleh singgah di Bharat Tea Plantation Tea
Centre di sebelah jalan dan ke Stesen Mardi di Tanah Rata atau ke Ladang
Strawberry di Taman Sedia atau ke Cactus Valley dan Red Big Starwberry Farm di
Brinchang.

Bila malam menjelang, silalah ke Pasar Malam Brinchang yang dibuka pada malam
Sabtu dan Ahad atau sepanjang malam sepanjang cuti sekolah. Di sini anda akan
menemui banyak gerai jualan sayur-sayuran, strawberry dan barangan cenderhati
untuk dibawa pulang.
Parit Fall antara laluan trek yang boleh anda uji di sini.
Hari Kedua, mungkin boleh ke Kea Farm atau Sungei Palas Tea Centre dan alang-
alang ke sana , lencongkan pendakian anda ke kawasan ladang tea menuju Mossy
Forest dan terus ke Puncak Gunung Brinchang dalam jarak 8 km.

Kalau memilih waktu cuti umum , maaflah. Perjalanan yang sepatunya hanya 20
minit melalui pemandangan menakjubkan ladang teh boleh menjadi lebih 2 jam atau
lebih. Berbaloi ke tidak untuk datang dan tersekat dalam kesesakan jalan raya.

Malam ke dua boleh menikmati steamboat di mana-mana restoran di Brinchang dan


Tanah Rata. Antaranya bagi mereka yang beragama Islam , Glory 78 selalunya
menjadi pilihan masyarakat setempat termasuk saya. Manakala terdapat banyak
restoran milik pengusaha Cina yang menawarkan steamboat sama ada di Tanah
Rata atau pun di Brinchang.

Hari ketiga cadanganya bolehlah ke Kea Farm untuk membeli belah sekejab
terutamanya sayur-sayuran untuk dibawa pulang. Ramai yang sudah membeli belah
sayur-sayuran dan bunga malah strawberry pada malam pertama sampai .
Kesudahannya semua sudah tidak segar lagi.

Nasihat ketika berbelanja:


Jangan beli barang-barang berikut : Madu yang dijaja. Bukan asli malah kami
sebagaia penduduk tempatan langsung tak pernah nampak penjual-penjual
sepanjang hari biasa. Madunya dipercayai palsu. Beli madu di Bee Farm.

Kedua kalau ke pasar malam , jangan beli jambu kristal atau epal Cameron sebab
semuanya tipu. Jambu dikisar kulit dan dicelup pewarna hijau. Malah pernah senyap
sekejab selepas CAP Penang buat pendedahan.

Ketiga JAGUNG Mutiara Cameron Highlands, susah nak kenal pasti sebab sekarang
banyak yang datang dari Kampar dan Ipoh. Selalunya saiz jagung Cameron tidak
besar dan tidak panjang sangat. Kalau dah beli Jagung ni bukan untuk direbus tapi
mesti dikukus atau dibakar sahaja. Jika anda merebus, jagung akan keras.

Keempat , Bunga Kering yang kononnya tahan 5 tahun... lupakan sahaja.


Kelima Sayur-sayuran paket, nampak menarik samapi 12 paket dengan harga RM
10 tapi beli bawah kadang2 lebih murah . Sekilo pun tak sampai kalau kira berat tu.
Lobak, asparagus , cendawan dan beberapa lagi bukanlah berasal dari Cameron
Highlands malah anda mudah dan murah jika membeli di bawah.

Keenam, Bagi yang muslim, kalau gerai peniaga bukan Muslim biasanya ada
pekerja Indonesia yang jualkan terutamanya kuih, kentang , jagung , strawberry
kering , jadi tepuk dada tanya selera samada was was atau tidak. Hebatnya meraka
ini, setelah seketika bekerja, pekerja yang berasal dari Indonesia ini mampu bertutur
dalam dialek Kedah, kelantan, Terengganu malahan dialek Cina seperti hokkien dan
kantonis!!!

Ketujuh bila memilih Apartment, survey dahulu harga dengan beberapa owner sebab
kadangkala owner hanya meletak harga murah tapi runner atau midle man yang
menaikkan harga tinggi. Apartment muslim ada yang khusus tak bercampur
terutamanya yang ingin memasak sendiri.

Kelapan, bagi yang muslim yang mementingkan makanan, di sini Restoran Mamak
atau Nasi Kandar hanyalah Restoran Mutiara Nasi Kandar dan selain itu
kebanyakan Restoran India yang menggunakan tilte nasih kandar. Tapi bagi aku ,
Restoran Mutiara ni boleh diragui jugak sebab kadang-kadang pekerja dia bukan
muslim pun ada pekerja Bangla pun ramai.

Oooo lupa di Brinchang ada satu lagi restoran nasi kandar berdekatan Kavy Hotel.
Hotel yang halal , mmmm rasa-nya ada satu atau dua sebab nak kata halal
semuanya ada jual arak , wine dan sekutunya.

Kemudahan Kesihatan :
Klinik swasta disini terhad dan tidak dibuka sepanjang malam atau pada cuti umum.
Namun hospital di sini amat besar dan kurang pesakit dan selalunya layanan boleh
dikatakan dalam suasana first class dan kalau kes yang agak berat terus dihantar ke
Ipoh. Anda terasa lebih baik dari hospital swasta.

Kemudahan Internet :
Bagi yang dah ada broadband sendiri, sini liputan adalah agak jelas jika dikawasan
bandar. Hotel pun banyak yang bagi percuma. Starbuck, Marybrown dan beberapa
restoren juga meberi secara percuma free.

Rasanya setakat ini dahulu untuk tips melancong disini. Mungkin lain kali boleh
kongsi lagi. Mungkin yang nak lihat gambar sekitar Cameron Highlands boleh ke link
dibawah picasaweb dibawah carian mrkumai ...
maat, 20 Mei 2011
Tips Melancong ke Cameron Highlands ... Tanah Rata

Catatan ketiga daripada lima siri dan untuk siri ini akan berkisar dengan Pekan Tanah Rata
dan sekitarnya.

Pekan Tanah Rata


Pekan Tanah Rata merupakan hub pentadbiran pendidikan, kesihatan, perbankan dan
perniagaan utama di Cameron Highlands.

Terdapat pelbagai agensi kerajaan seperti Pejabat Tanah, Majlis Daerah, Mardi, Jabatan
Pertanian, Klinik Kesihatan, Hospital Sultanah Hajah Kalsom, Tenaga Nasional Berhad,
Jabatan Alam Sekitar, Sekolah-sekolah, Masjid Daerah dan pelbagai lagi agensi kerajaan
yang lain.

Lokasi Pekan Tanah Rata adalah terletak 13 km daripada Ringlet dan 5 km daripada
Brinchang pada paras ketinggian 1300-1400 dari paras laut.

Pekan Tanah Rata terbentuk disepanjang laluan utama sepanjang 700 meter dikedua-dua
belah selain daripada beberapa lokasi yang lain. Selain itu, penempatan di sini terdapat
beberapa jenis seperti Taman Perumahan Awam, Kuarters Kerajaan , Banglo Rehat
Persendirian dan hotel-hotel.

Tanah Rata juga dikenali sebagai pusat perbankan bagi daerah Cameron Highlands, terdapat
Maybank, Agro Bank, Bank Simpanan Nasional, Ambank , Hong Leong Bank, Hong Kong
and Shanghai Bank serta OSK Securities. Manakala CIMB mempunyai kioks ATM di hotel
Planters.
Bagi kemudahan perubatan, terdapat klinik
kesihatan , pergigian dan Ibu Anak serta Hospital Daerah iaitu Hospital Sultanah Hajjah
Kalsom. Manakala bagi kemudahan klinik swasta terdapat Klinik Ayub bersebelahan Bank
Simpanan Nasional dan Klinik Raj di Brij Court. Hanya terdapat satu klinik gigi swasta iaitu
Klinik Daniel.

Kemudahan pengangkutan awam adalah sederhana. Terdapat banyak syarikat bas ekpress dan
persiaran yang menawarkan perkhidmatan dari Kuala Lumpur seperti Unititi Ekpress, Kurnia
Ekpress serta bas persiaran seperti GT Ekpress dan CS Travel. Manakala untuk atau dari Ipoh
, Regal dan Perak Transit menawarkan perkhidmatan tersebut. Cuma bagi pengangkutan
dosmetik agak terhad bagi pelancong yang ingin menggunakan kemudahan ini. Perkhdimatan
teksi tiada disini tetapi diganti dengan Perkhidmatan Kereta Sewa bertikndak sebagai Teksi.
Terdapat satu syarikat pelancongan iaitu TJ Travel yang menawarkan sewaan motorsikal
secara harian.

Tempat dan Pusat Pelancongan:


Tempat Perlancongan di Tanah Rata dimulakan dengan Ladang Teh milik Bharat Tea
Plantation yang dikenali dengan jenama Cameron Valley. Dipertengahan jalan diantara
Ringket dan Tanah Rata terdapat saujana pemandangan ladang teh yang hanya terletak di tepi
jalan.

Terdapat dua perhentian atau tea cenre yang


disediakan. Pertama tea centre di laluan masuk ladang ini yang dibina pada pertengehan
tahun 1990. Di sini anda boleh menghilangkan kepenatan pendakian laluan berliku daripada
Tapah denga menikmati pelbagai citarasa teh keluaran ladang ini. Melalui pemandangan
varandah tea centre, anda berpeluang melihat jalur-jalur tea dan pemandangan air terjun yang
terletak di tengah ladang. Juga akan kelihatan , bangunan kilang teh dan kadang-kala anda
dapat menghirup bauan daun teh yang sedang diproses. Cuma di pusat ini, tidak begitu sesuai
bagi mereka yang ingin berjalan di rimbunan teh.
Bagi perhentian Tea Centre yang kedua,
anda boleh melihat Ladang Bharat Tea melalui pemandang yang begitu menarik disamping
menikmati pelbagai perisa tea.

Di sini anda boleh berjalan di celahan rimbunan daun teh dengan menuruni tangga dihujung
tea centre. Membeli teh yang mempunyai pelbagai perasa dibawah jenama Cameron Valley
boleh dilakukan di sini juga. Jika tidak membeli teh di sini,Cameron Valley ada menyediakan
kedai teh di Pekan Tanah Rata di pejabat utama mereka.

Semasa pukul 12 tgh


Apabila sampai di Pekan Tanah Rata, terdapat beberapa pusat tarikan pelancongan antaranya
Stesen Mardi atau Mardi Agrotourism Park. Stesen ini adalah stesenyang dibina seawal
pembukaan Cameron Highland dengan kini menawarkan teknologi pertanian di Malaysia
contohnya teknik tanaman strawberry berserta pemprosesan hiliran, taman herba, tanaman
anggur dan epal, plot kajian sayuran, Taman Inggeris dan plot bunga yang boleh anda pilih
sendiri dengan memetik bunga pilihan anda.
Terbaru Kilang Teh yang tertua di Malaysia telah dibuka untuk kunjungan selepas dibaik
pulih tahun lalu. Terdapat agrobazar yang menyediakan pelbagai produk makanan berasaskan
sektor hiliran. Juga terdapat dua cottage Engeris yang boleh disewa melalui laman web Mardi
pada harga yang murah.

Perkampungan Melayu Kg Taman Sedia


Di Tanah Rata juga menghala ke Brinchang anda boleh memasuki Kg Taman Sedia yang
merupakan penempatan Melayu terawal di Cameron Highlands. Istimewanya disini, anda
akan dapat melawati terus ladang-ladang strawberry yang diusahakan seperti Khairani Haji
Mohamad Farm, Ros Strawberry Farm dan Al-Mashor Farm. Hanya perlu meletak kenderaan
di bahu jalan dan terus masuk ke dalam ladang. Anda boleh mengalamai sendiri memetik
buah strawberry serta menikmati pelbagai produk makanan daripada buah strawberry.
Parit Fall
Bagi yang mencari penginapan homestay , di sini terdapat beberapa pengusaha homestay
antaranya Marina Chalet. Suasana malam juga agak menarik dengan hiasan lampu jalan yang
dipasang disepanjang laluan disini. Terdapat juga jalan masuk ke Parit Fall tetapi saya
nasihatkan ianya tidak sesuai untuk mandi manda kerana hulu sungai di Cameron Highlands
terdedah dengan pencemaran bahan buangan kebun sayur yang terletak bersebelahan sungai-
sungai. Jangan sesekali anda meminum air sungai yang terdapat di sini. Bagi yang suka
berkhemah, Parit Fall juga menyediakan kawasan perkhemahan tetapi selalunya anda boleh
melewati kawasan Pejabat Hutan Daerah Raub/Cameron Highlands iaitu bersebelahan Kg
Taman Sedia kerana kemudahan tempat perkhemahan lebih terjaga dengan bayaran yang
cukup minima.

Tanah Rata lebih menawarkan pilihan makanan Melayu melalui beberapa kawasan
perniagaan yang disediakan. Anda boleh memilih kedai-kedai makan di sepanjang laluan
utama sama ada medan selera baru ataupun yang lama.

Penginapan :
Terdapat dua jenis penginapan di Tanah Rata iaitu Hotel dan Holiday Apartment.

Hotel yang terdapat disini kalau mencari kelas, anda boleh ke Heritage Hotel, Century Pines
Resort dan De La Fern. Purata harga sekitar RM 160 ke atas untuk semalam. Hotel yang
sederhana seperti Hotel Planters yang baru dibuka dan Hotel Cool Point. Manakala hotel
murah dan budget seperti Camelia, Alina Hotel Kang Hotel, Mutiara Hotel, Highlander Hotel
dan Camlodge. Bagi yang sukakan jenis backpacker biasanya Kang Guest House , Pine,
Father Guest House dan Cameron Inn. Anda boleh mencari info semua hotel ini malalui
carian di internet.

Apartment Arabella
Jika anda datang berkeluarga dan biasanya holiday apartment menjadi pilihan. Terdapat
banyak apartment sama ada dua atau tiga bilik pada kadar RM 180-250 untuk hari biasa dan
harga pada waktu puncak melebihi RM 400 malah ada yang betul-betul cekik darah sehingga
RM 500 semalam. Cuma terdapat beberapa pilihan dan biasanya orang tengah atau runner
yang akan mark up harga.

Cuma perlu diingatkan, Holiday Apartment ini bukanlah holiday apartment khusus tetapi
lebih kepada apartment peribadi di kawasan perumahan. Mungkin barangkali tidak seselesa
di resort ataupun hotel tetapi fikirkan juga ketidakselesaan yang turut dirasai oleh penghuni
tetap dengan kesesakan ketika hujung minggu.

Jagailah kebersihan kerana sebagai penduduk tetap di kawasan terbabit seringkali mengeluh
bilamana penyewa holiday apartment bukanlah yang mementingkan kebersihan. Senario
seperti meninggalkan sampah di tempat letak kereta selepas mengemas barang di kereta amat
biasa dilihat. Belum lagi membuang sampah di hadapan pintu apartment masing-masing atau
membuat bising pada waktu malam. Juga perhatikan terlebih dahulu kawasan petak letak
kereta samada dimilik secara individu ataupun awam. Bimbang pula nanti ada kereta yang
diletak sampah atau double parking kemudian yang pastinya merencatkan keseronokan
percutian anda.

Lokasi-lokasi apartment percutian seperti Puncak Arabella, Jasar, Carnation Park, Oly
Apartment, Prima Villa, Royal Lili, Brij Court , Anthurium dan Park View. Cuma saya
nasihatkan anda lebihkan sedikit cerewet jika mempunyai banyak pilihan penginapan dengan
melihat terlebih dahulu lokasi dan cubalah tawar menawar kecuali waktu puncak.
dikemaskini pada : 28 May 2011: catatan ini akan dikemaskini secara berperingkat..maklumlah mencuri dan
mencelah masa yang boleh....
Tips Melancong ke Cameron Highlands... Kea Farm sehingga Blue Valley
(Siri Catatan ini adalah yang terakhir daripada lima catatan berkaitan dengan Tip Melancong ke Cameron
Highlands)

Pemandangan Rumah Pekerja Sungei Palas Tea


Siri catatan ini adalah yang terakhir dan saya akan cuba berkongsi kawasan Kea Farm serta
sedikit menyentuh Tringkap, Kuala Terla , Kg Raja dan Blue Valley. Namun pastinya
tumpuan adalah Kea Farm.

Kea Farm terletak 6 km daripada bandar Brinchang. Keunikan utama di sini adalah anda
berada di Puncak Cameron Highlands.
Pertama, di sini terdapat hotel teringgi di Cameron Highland dan juga berada di ketinggian
yang paling atas iaitu Equatorial Hotel. Pemandangannya cantik dan lokasi yang
mengasyikkan bagi anda. Jika anda menginap di hotel ini maka lawatan anda untuk
menjelajahi Kea Farm adalah sangat mudah.

Pasar Sayuran dan gerai jualan di Kea Farm amat terkenal dengan kunjungan MESTI
Singgah bagi mereka yang datang ke sini. Terdapat pelbagai pilihan sayuran untuk anda beli
dan bawa pulang. Juga terdapat anjung tinjau kalau tak silap bernama Sunrise yang boleh
anda kunjungan di pertengahan tempoh membeli belah dan melihat pemandangan lembah
kebun-kebun sayur.

Selain itu jika anda ingin melihat koleksi bunga rose, memandu melalui jalan yang sempit ke
dalam Kea Farm akan menemukan anda kepada Rose Centre dengan dikenakan bayaran
masuk yang minima. Namun jika anda membawa anak kecil atau orang tua, saya suka
mengingatkan ianya kurang sesuai.

Di hadapan Kea Farm terdapat Raju Hill Strawberry yang selalunya menjadi pilihan saya jika
ingin membeli strawberry kerana terasa lebih manis. Kebiasaannya , laluan di Kea Farm
adalah amat sibuk dan menjadi punca utama kepada kesesakan jalanraya di sini apabila
pengunjung meletakan kenderaan di sepanjang jalan.

Di sepanjang Kea Farm anda menemui satu lagi persingahan membeli belah iaitu di
persimpangan masuk Sungai Palas Tea Centre. Suasananya hampir sama cuma jumlah kedai
yang kurang. Terdapat Taman Rama-rama dan Lebah di sini. Bagi mereka yang menaiki
rombongan, di sini adalah perhentian meletak bas jika berhajat untuk ke Sungei Palas Tea
Centre dan terdapat bas-bas mini yang menawarkan perkhidmatan shuttle dengan bayaran
tertentu.

Tea Centre- Sungei Palas


Memasuki lokasi wajib untuk anda adalah Ladang Tea Sungei Palas milik Boh Plantation. Di
sepanjang laluan yang sempit ini anda haruslah mengamalkan sikap bertolak ansur dan
berhati-hati terutama ketika berselisih di jalan yang sempit.

Jika anda berkunjung pada waktu cuti umum dan sekolah, pastinya perjalanan 15 minit ini
akan menjadi lebih dari sejam. Sambil anda melihat pemandangan ladang teh yang
menakjubkan, anda akan sampai ke Tea Centre di mana terdapat kedai jualan, galeri teh, cafe
dan berpeluang memasuki dan menyaksikan sendiri kilang pemprosesan teh beserta juruinfo
yang begitu ramah memberi penjelasan dan penerangan secara percuma.

Namun anda perlu berjalan kaki dicelahan rimbunan pokok teh dan sedikit mendaki untuk
sampai ke sini. Bagi yang mempunyai orang tua dan ibu mengandung, maklumkan kepada
Polis Bantuan untuk kebenaran memandu sehingga ke Tea Centre.

Terdapat satu lagi pilihan menarik untuk anda kunjungi di sini. Apa kata anda lencongkan
perjalanan anda sejauh 8 km ke puncak Gunung Brinchang iaitu puncak tertinggi di Malaysia
yang boleh dilalui oleh kenderaan.
Kereta anda bersaiz kecil pun boleh dipandu ke sana malah anda akan dapat menyaksikan
permandangan ladang teh yang lebih cantik di laluan ini dan laluan trafik selalunya agak
kurang.

Pemandangan tea plantatation


Selepas melalui ladang teh, anda akan melalui laluan sempit dan akan menemui kelompok
kebun-kebun sayur di sepanjang laluan malah terdapat sebuah kebun strawberry berada di
lokasi tertingggi di Malaysia dan boleh dimasuki secara percuma.

Manakala di kebun sayur ini, jika anda menemui ada pekerja Bangladesh sedang bekerja,
anda boleh bertanya jika mereka ada sayur-sayuran khasnya kubis untuk dijual dan selalunya
segar dan lebih murah.

Melewati laluan seterusnya anda akan melalui laluan berkabus kerana sudah hampir ke
puncak gunung malah anda mungkin merasa lebih sejuk dan suasana berkabus sepanjang
laluan dan kelihatan lumut-lumut di sepanjang tebing jalan.

Laluan Mossy Forest ini adalah sebahagian laluan pendakian ke Gunung Irau. Jika anda
seorang pendaki, menariknya di sini anda akan mengikuti laluan rabung yang betul-betul
memisahkan sempadan Negeri Pahang dan Perak dan adakalanya sebelah kaki anda adalah di
Negeri Perak.
Mossy Forest akan mengingati suasana
Filem Puteri Gunung Ledang, tatkala Hang Tuah bertemu dengan Puteri di Puncak Gungung
Ledang dengan suasana pokok yang berlumut dan berkabus.

Cuma kini ianya telah dinaik taraf dengan laluan kayu yang lebih selesa dan anda boleh
melihat pelbagai tumbuhan dan lumut gunung di sepanjang laluan 800 meter ini.

Meneruskan perjalanan ke hadapan sedikit anda akan sampai ke Puncak Gunung Brinchang
yang terdapat menara pandang dan jika anda bernasib baik, bukan hanya Bandar Brinchang
yang akan anda nampak malah Bandaraya Ipoh juga boleh dilihat pada cuaca yang baik .

Malah ada yang mengatakan Selat Melaka pun dapat dilihat , tetapi tak pernah pula saya
dapat peluang ini. Mungkin belum kena masa yang sesuai barangkali.

Tringkap:
Menuruni dari Kea Farm atau jika anda melalui Simpang Pulai, anda akan menemui deretan
gerai dan kedai di pekan Tringkap. Pekan Tringkap ini adalah antara hub pertanian di sini.
Untuk anda melalui jalan-jalan ke kebun adalah tidak dinasihatkan kerana hanya sesuai untuk
pacuan empat roda. Namun Tringkap terdapat juga Taman Ros dan Lebah yang boleh anda
singgah.

Barangkali untuk perhentian membeli belah yang terakhir.

Kuala Terla:
Kuala Terla juga merupakan satu lagi hub pertanian di Cameron Highlands dan Tomato
adalah tanaman utama di sini. Namun di sini tiada tempat untuk membeli belah. Terdapat
sebuah persinggahan Cameron Valley Tea milik Bharat Tea Plantation. Di sini sekali lagi
anda dapat menikmati tea pelbagai perisa dan sungguh sesuai untuk merasai laluan di celahan
pokok teh dan tidaklah terlalu mendaki.

Kg Raja:
Kg Raja terkenal dengan tanaman tomato dan bunga-bungaan khasnya Ros namun tidak pula
menawarkan peluang untuk anda membeli terus dari ladang. Terdapat sebuah Masjid baru di
Pekan Kg Raja selain kemudahan Bank CIMB. Terdapat juga pilihan gerai makan melayu di
tepian jalan utama.
Blue Valley:
Blue Valley asalnya dalah kawasan pengeluaran teh di atas jenama Blue Valley Tea tetapi kini
telah tiada dan diambil alih oleh petani-petani yang mengusahakan tanaman tomato dan
sayuran lain. Di sini mula menjadi hub pertanian yang pantas berkembang selepas
pembukaan jalan baru Simpang Pulai ke Gua Musang.

Tips Melancong ke Cameron Highlands... Brinchang


Pekan Tanah Rata di waktu petang
Catatan keempat dibawah topik ini dipanjangkan ke Brinchang dan sekitarnya. Pekan ini
merupakan hub pelancongan utama di mana terdapat pelbagai tarikan perlancongan dan juga
pilihan penginapan yang selalu menjadi pilihan pelancong.

Brinchang adalah amat sibuk pada waktu hujung minggu atau pada hari cuti umum malah di
sini adalah tumpuan utama untuk lawatan anda ke Cameron Highlands.

Penginapan :

Olde Smoke House


Terdapat banyak hotel yang sekitar Brincang. Di antara pertengahan jalan dari Pekan Tanah
Rata ke Brinchang anda boleh singgah untuk melihat senibina lama Enggeris di Bala Chalet
dan Olde Smoke House. Kedua-duanya menampilkan senibina kolonial lama yang dibina
puluhan tahun lampau seawal pembukaan tanah tinggi ini.
Berdekatan Padang Golf , anda boleh memilih Casa De La Rosa, Cameron Highlands Resort
(kadar hotel termahal di Cameron Highlands) atau memandu ke dalam sedikit untuk ke
Strawberry Park Resort dan mungkin juga Rumah Rehat Pahang boleh menjadi pilihan.
Kesemuanya maklumat harga dan kemudahan boleh anda perolehi dengan membuat
pencarian di internet malah mungkin lebih murah jika melalui Agoda.com dimana kadang-
kadang harga yang ditawarkan melebhi 50% diskaun berbanding anda menempah secara
terus.
Pekan Brinchang
Melewati Padang Golf anda akan menemui Hotel Titiwangsa dan Parkland Apartment serta
Irish House. Terdapat juga Wira Angkasa Hotel di Jalan Kuari. Manakala sebaik anda
memasuki Pekan Brinchang terdapat pelbagai pilihan hotel seperti Rossa Pasadena, Country
Lodge Resort, Hotel Pelangi, Remix Hotel , Kowloon Hotel, Parkland Hotel Chua Hotel dan
Star Regency. Bagi kemudahan holiday apartment, rasanya Villa Dahlia lebih menawarkan
keselesaan dengan pemandangan Padang Golf. Bercakap mengenai padang golf, bagi pemain
golf anda boleh merasai sendiri cabaran permainan 18 lubang dengan berjalan kaki tanpa
merasai penat kerana suasana yang amat selesa.

Tempat Lawatan:
Bersesuaian dengan Pekan Pelancongan, apa kata anda singgah beberapa Ladang Starwberry
samada di Kasimanis Farm bersebelahan Rumah Rehat Persekutuan atau saya ingin benar
mencadangkan kepada anda ke Big Red Strawberry Farm berdekatan dengan Cactus Valley di
Pekan Tanah Rata. Disini anda boleh melihat starwberry dan juga tanaman salad
menggunakan teknik NFT. Bagi penggemar kaktus, Cactus Valley menawarkan pelbagai jenis
kaktus untuk anda tetapi menggenakan sedikit bayaran masuk.

Bagi yang ingin menyelami kehidupan Orang Asli, apakata anda singgah di Kg Sungai Ruil
di mana penempatan terdekat kaum orang asli dan terdapat galeri kebudayaan mereka untuk
anda kunjungi.

Jika anda menghala ke atas atau Kea Farm, anda akan menempuhi Multicrop Arkeb iaitu
salah satu hentian yang popular dengan pelbagai pilihan cenderehati dan nurseri tanaman ala
dalam taman dan juga Uncle Sam Nurseri yang terletak bersebelahannya. Hanya bergerak ke
depan sedikit anda akan menemui Chai Kok Lim Strawbery Park berdekatan Time Tunnel
yang merupakan satu-satunya Muzium dan Galeri berkaitan sejarah silam Cameron
Highlands.

Bila malam menjelang, pastinya Pasar Malam Brinchang menjadi pilihan utama bagi
pelancong. Ia menawarkan pelbagai pilihan jualan pertanian baik cenderhati, makanan,
strawberry , sayur-sayuran, baju dan juga pilihan teh dengan harga yang murah berbanding di
pusat teh pengeluar terbabit.
Pasar Malam Brinchang
Cuma beberapa tip yang boleh saya kongsi di sini iaitu pertama jangan meletak kereta secara
sesuka hati di sepanjang jalan. Polis trafik akan mengenakan saman khasnya pada waktu
petang sehinggalah malam. Kedua, jika anda melihat jambu kristal ataupun digelar epal
Cameron, ianya bukanlah seperti yang digambarkan. Hanya jambu biasa yang dibuang kulit
dan direndam dalam pelarut warna hijau. Jika membeli sayur, pilihlah yang jarang anda boleh
dapati kerana kadang-kadang melihat longgokan kubis, cauliflower dan brokoli ternyata
menaruik tetapi tahukan anda sekilo kobis tidaklah sampai RM 2.00 atau sebiji harganya
sekitar RM 1.50 sahaja. Brokoli atau cauliflower tanpa daun adalah yang diimport dari luar.
Begitu juga dengan lobak merah yang diimport dan yang asli hanyalah baby carrot beserta
daun. Buah limau juga bukan berasal dari Cameron Highland kebanyakanya.

Jika membeli jagung, terdapat dua jenis iaitu jagung Cameron Highlands dan jagung yang
dibawa dari Malim Nawar, Gopeng dan Ipoh. Perbezaannya biasanya jagung Cameron
tidaklah besar atau panjang dan menguncup dihujung. Bagi mereka yang ingin membeli
strawberry, pembelian lewat malam sememangya menguntungkan. Dinasihatkan jangan
membeli Strawberry yang dilapik dengan daun. Nampak cantik tapi kuantiti sedikit dan
pastinmya tiada yang akan memakan daun strawberry. Bagi pilihan madu lebah , di pasar
malam terdapat dua penjual yang sama dan datangnya dari Ladang Lebah di Habu. Secara
peribadi, saya mempercayai madu ini berbanding yang dijaja.

Pada pagi Ahad, terdapat Pasar Tani Agrotourism di tapak pasar malam yang menawarkan
pilihan yang sama untuk anda.

Makan-makan:
Brinchang Central Market
Di Pekan Brinchang , pilihan makanan Melayu agak kurang. Mungkin bagi yang tidak kisah
untuk menunggu bolehlah ke Pok Nik Ikan Bakar dan saya nasihatkan anda bertanya harga
ikan terlebih dahulu. Jika ingin merasai keselesaan, saya cadangkan ke Alkif Kopitiam.
Selain itu terdapat Fauzi Tomyam dan Medan selera bersebelah Brinchang Central Market
yang menawarkan pelbagai pilihan baju-baju bertulisan Cameron Highlands.

Bagi yang inginkan steamboat, terdapat banyak kedai makan Cina yang menawarkan sajian
ini tetapi jika was-was mungkin boleh singgah di Hotel Rossa Passadena atau kembali semula
ke Tanah Rata seperti Glory 78 atau ke kedai makan di sebelah tapak pasar malam Tanah
Rata.

Bagi yang tidak dapat meninggalkan selera fast food anda , maaflah, hanya terdapat KFC di
sini. Atau anda boleh kembali ke Tanah Rata untuk Marrybrown dan juga Starbuck Coffee.

Terdapat sebuah Masjid di Bandar Brincang bertentangan dengan Balai Bomba dan
Penyelamat.
Juga bagi anda yang memerlukan petrol, hanya Pekan Brinchang mempunyai Stesen Shell
dan Petronas selain di Pekan Ringlet.

Bagi Klinik perubatan terdapat Klinik Wong yang dibuka sehingga malam Ahad dan Klinik
Chiam dan Liew yang dibuka sehingga hari Sabtu. Bagi ibu bapa yang mempunyai masalah
kesihatan anak-anak anda, saya mencadangkan Klinik Chiam kerana Dr. Chiam adalah pakar
kanak-kanak dan menjadi pilihan ramai dikalangan ibu bapa tetapi hanya bertugas pada
waktu7 hingga 9 malam sahaja. Selain daripada klinik terdapat Guardian Farmasi yang
beroperasi sehingga pukul 10 malam.
(Dikemaskini pada 26 May 2011).

Jika anda merasakan artikel dan catatan ini membantu anda atau ada sebarang cadangan
info untuk penambahbaikan, saya amat mengalu-alukan anda meninggalkan sedikit kata-
kata di ruangan ulasan di bawah.
Terima kasih.
Tips Melancong ke Cameron Highlands

Terdapat banyak catatan untuk siri Tips Melancong ke Cameron Highlands di


mrkumai atas dasar pengamatan dan pendapat peribadi. Semoga dapat
membantu anda membuat perancangan dan perjalanan anda. Jika ada
pertanyaan, sila ajukan di ruangan ulasan, dan Insyaallah saya akan cuba
membantu... Anda boleh membuat carian di sini dengan kata kunci Tips,
Cameron Highlands, pertanian dan sebagainya untuk terus ke tips-tips yang
telah saya muat naik.

Ramai kawan-kawan yang bertanya apa yang boleh dilawati di Cameron highlands,
malah ada bertanya bagaimana hendak melancong di sini dengan kos yang minima.
Selalunya aku akan menjawab dengan jawapan yang standard dan akan berulang
kali nasihat yang sama. Mungkin bagi aku ini yang terbaik tetapi aku lebih suka
meletakan nasihat ini sebagai salah satu pilihan cara untuk melancong disini.

Ada cara dan pendapat yang lain yang lebih baik barangkali. Jadi untuk
permudahkan, aku cuba senaraikan satu persatu:

Waktu yang sesuai:


Ramai yang selalunya memilih untuk datang ke Cameron Highlands pada waktu cuti
panjang seperti cuti sekolah, cuti umum dan juga hujung minggu yang biasa. Nasihat
aku, kalau boleh membawa ahli keluarga yang lain, elakkan memilih tarikh utama
percutian umum seperti Tahun baru , Krismas, Tahun Baru Cina, Deepavali atau
hujung minggu yang bersambung dengan cuti umum.

Juga kalau boleh elakkan masa cuti sekolah yang pendek seperti cuti sekolah bulan
3 dan 8 yang seminggu sahaja tempohnya. Ini kerana semua cuti ini dianggap 'peak
season' di sini malah semua kos sama ada bilik sewa, hotel atau apartment juga
akan penuh.

Bayangkan pada hari biasa, 3 bilik apartment berharga sekitar RM 200-250


semalam boleh melonjak ke RM 350 malah ada yang menyentuh RM 450 semalam.
Hotel memang sudah awal-awal istiharkan musim pucak atau peak season. Maka
harganya pasti melonjak naik dan mereka selalunya akan meletakan harga ini
kerana terdapat permintaan yang melebihi penawaran bilik hotel yang sedia ada.

Ada yang bertanya, bila musim hujan, akau cadangkan selalu perikasa laman
Jabatan Kaji Cuaca. Musim tak menentu disini. Bulan 3 hingga 7 sepatutnya musim
panas tapi selalu hujan jugak.

Rancang penginapan anda.


Bagi yang suka-suka datang berkeluarga besar atau mungkin dua atau tiga buah
kereta, cadangannya sewalah apartment percutian kerana selalunya ada 3 bilik yang
selesa dengan kadar yang lebih murah. Banyak apartment sewa harian yang
ditawarkan dan pastinya Pekan Tanah Rata adalah keutamaan.

Hotel Cool Point di Tanah Rata


Kalau ditanya di mana yang terbaik, kalau dapat di Desa Athurium , Arabela (tanya
dahulu blok mana, kalau blok A , cadangan jadi pilihan terakhir, kalau block B ,C tu
bagus, kalau Blok E, F, G atau H pun kira ok).

Kalau ada yang offer Flat Jasar, rasanya tolaklah ... sempit ... Carnation Park masih
boleh diterima lagi dan masih selesa. Brijcourt di tengah bandar Tanah Rata
manakala Parkview Apartment pun tengah bandar, Jika anda mendapat tawaran
Apartment di Royal Lily, jadikanlah sebagai pilihan ke dua kerana saiz apartment
kecil.

Di Brinchang , kalau offer Flat tu, tengok lah dahulu. Terdapat banyak pilihan hotel
budget di kawasan pekan ini tetapi amat kurang apartment di sana, cuma di antara
yang bagus adalah Villa Dahlia.

Bagi mereka yanggemarkan homestay, dicadangakan Taman Sedia yang


memberikan peluang kepada anda untuk menginap secara homestay dan dikelilingi
dengan kebun-kebun strawberry milik pengusaha bumiputera. Pasti menjadi satu
pilihan menarik untuk anda. Ingin mencuba, sila lanjutkan di catatan Homestay di
Tanah Tinggi ini .

Panduan Perjalanan :

Kejadian tanah runtuh adalah senario biasa di sini


Aku cadangkan , kalau sampai belilah Map Cameron Highlands. Ada beberapa versi
yang bagus dan lengkap dengan harga di antara RM 3.00 hingga RM 5.00 sebuah.

Atau yang kedekut dengan duit tu bolehlah guna internet di Pejabat dan Printer di
pejabat untuk print out mana-mana website yang berkongsi peta percutian di
Cameron Highlands .

Bertolaklah awal pagi dari rumah anda untuk sampai tengahari di sini dan nikmati
waktu lebih panjang. Aku selalu cadangkan kepada kawan-kawan untuk ke Cameron
Highland boleh melalui 4 laluan sama ada dari Timur, Tengah dan utara.

Pertama laluan Tapah - Ringlet tapi cukup memeritkan bagi yang berkeluarga.
Hanya 54 km dari Tapah untuk sampai di Ringlet dan akan melalui kawasan Air
Terjun Lata Iskandar di pertengahan jalan. Jalannya sempit dan berliku-liku.

Kedua bagi yang mahukan perjalanan santai bolehlah melalui Simpang Pulai ke Kg
Raja, jauhnya lebih kurang 80 km.

Ketiga dari Gua Musang boleh melalui Lojing ke Kg Raja. Laluannya juga santai dan
selesa tapi bukan untuk perjalanan malam. Gelap gelita dan sunyi sepi.

Keempat laluan baru Raub-Sungai Koyan - Pos Betau ke Bertam Valley ... 125 km
tapi laluan baru malah belum digazetkan. Bahaya untuk perjalanan malam dan kalau
terlibat dengan kemalangan, insuran tidak tanggung kerana jalan belum gazet.
Tetapi baru-baru ini ada khabar mengatakan ianya telah diserahkan kepada kerajaan
untuk digunakan oleh pihak kontraktor.

Untuk mengetahui cabaran laluan menuju ke Cameron Highlands dan melalui laluan
Tapah, and aboleh meneruskan pembacaan anda di catatan 270 liku ke Puncak ini...
Tambah kapsyen
Pakej Lawatan:
Rata-rata tempat lawatan boleh dikunjungi dengan kenderaan ringan kecuali
berhajat untuk off road.

Beberapa syarikat travel membuat trip perjalanan haraian khasnya untuk pelancong
asing dengan harga sekitar RM45- 85 samada sehari penuh atau separuh hari
antaranya TJ Travel, Kang Travel dan banyak lagi. Pkej mereka merangkumi
perjalanan ke kawasan penempatan Orang Asli beserta pakej melihat bunga raflesia
yang terdapat dibeberapa kawasan di sekitar Lojing, Lawatan ke Ladang Tea dan
Gunung Brinchang termasuklah ke Mossy Forest, Lawatan ke Kebun Lebah, bunga
dan sebagainya.
Malah terdapat pakej untuk anda melihat suasana matahari terbit yang bermula dari
seawal pukul 5 pagi. Semuanya ditawarkan setiap hari.

Tempat Lawatan :
Aku selalu mencadangkan tempat-tempat berikut ; Hari Pertama kalau sampai
lawatlah Pekan Tanah Rata dan mungkin boleh singgah di Bharat Tea Plantation Tea
Centre di sebelah jalan dan ke Stesen Mardi di Tanah Rata atau ke Ladang
Strawberry di Taman Sedia atau ke Cactus Valley dan Red Big Starwberry Farm di
Brinchang.

Bila malam menjelang, silalah ke Pasar Malam Brinchang yang dibuka pada malam
Sabtu dan Ahad atau sepanjang malam sepanjang cuti sekolah. Di sini anda akan
menemui banyak gerai jualan sayur-sayuran, strawberry dan barangan cenderhati
untuk dibawa pulang.
Parit Fall antara laluan trek yang boleh anda uji di sini.
Hari Kedua, mungkin boleh ke Kea Farm atau Sungei Palas Tea Centre dan alang-
alang ke sana , lencongkan pendakian anda ke kawasan ladang tea menuju Mossy
Forest dan terus ke Puncak Gunung Brinchang dalam jarak 8 km.

Kalau memilih waktu cuti umum , maaflah. Perjalanan yang sepatunya hanya 20
minit melalui pemandangan menakjubkan ladang teh boleh menjadi lebih 2 jam atau
lebih. Berbaloi ke tidak untuk datang dan tersekat dalam kesesakan jalan raya.

Malam ke dua boleh menikmati steamboat di mana-mana restoran di Brinchang dan


Tanah Rata. Antaranya bagi mereka yang beragama Islam , Glory 78 selalunya
menjadi pilihan masyarakat setempat termasuk saya. Manakala terdapat banyak
restoran milik pengusaha Cina yang menawarkan steamboat sama ada di Tanah
Rata atau pun di Brinchang.

Hari ketiga cadanganya bolehlah ke Kea Farm untuk membeli belah sekejab
terutamanya sayur-sayuran untuk dibawa pulang. Ramai yang sudah membeli belah
sayur-sayuran dan bunga malah strawberry pada malam pertama sampai .
Kesudahannya semua sudah tidak segar lagi.

Nasihat ketika berbelanja:


Jangan beli barang-barang berikut : Madu yang dijaja. Bukan asli malah kami
sebagaia penduduk tempatan langsung tak pernah nampak penjual-penjual
sepanjang hari biasa. Madunya dipercayai palsu. Beli madu di Bee Farm.

Kedua kalau ke pasar malam , jangan beli jambu kristal atau epal Cameron sebab
semuanya tipu. Jambu dikisar kulit dan dicelup pewarna hijau. Malah pernah senyap
sekejab selepas CAP Penang buat pendedahan.

Ketiga JAGUNG Mutiara Cameron Highlands, susah nak kenal pasti sebab sekarang
banyak yang datang dari Kampar dan Ipoh. Selalunya saiz jagung Cameron tidak
besar dan tidak panjang sangat. Kalau dah beli Jagung ni bukan untuk direbus tapi
mesti dikukus atau dibakar sahaja. Jika anda merebus, jagung akan keras.

Keempat , Bunga Kering yang kononnya tahan 5 tahun... lupakan sahaja.


Kelima Sayur-sayuran paket, nampak menarik samapi 12 paket dengan harga RM
10 tapi beli bawah kadang2 lebih murah . Sekilo pun tak sampai kalau kira berat tu.
Lobak, asparagus , cendawan dan beberapa lagi bukanlah berasal dari Cameron
Highlands malah anda mudah dan murah jika membeli di bawah.

Keenam, Bagi yang muslim, kalau gerai peniaga bukan Muslim biasanya ada
pekerja Indonesia yang jualkan terutamanya kuih, kentang , jagung , strawberry
kering , jadi tepuk dada tanya selera samada was was atau tidak. Hebatnya meraka
ini, setelah seketika bekerja, pekerja yang berasal dari Indonesia ini mampu bertutur
dalam dialek Kedah, kelantan, Terengganu malahan dialek Cina seperti hokkien dan
kantonis!!!

Ketujuh bila memilih Apartment, survey dahulu harga dengan beberapa owner sebab
kadangkala owner hanya meletak harga murah tapi runner atau midle man yang
menaikkan harga tinggi. Apartment muslim ada yang khusus tak bercampur
terutamanya yang ingin memasak sendiri.

Kelapan, bagi yang muslim yang mementingkan makanan, di sini Restoran Mamak
atau Nasi Kandar hanyalah Restoran Mutiara Nasi Kandar dan selain itu
kebanyakan Restoran India yang menggunakan tilte nasih kandar. Tapi bagi aku ,
Restoran Mutiara ni boleh diragui jugak sebab kadang-kadang pekerja dia bukan
muslim pun ada pekerja Bangla pun ramai.

Oooo lupa di Brinchang ada satu lagi restoran nasi kandar berdekatan Kavy Hotel.
Hotel yang halal , mmmm rasa-nya ada satu atau dua sebab nak kata halal
semuanya ada jual arak , wine dan sekutunya.

Kemudahan Kesihatan :
Klinik swasta disini terhad dan tidak dibuka sepanjang malam atau pada cuti umum.
Namun hospital di sini amat besar dan kurang pesakit dan selalunya layanan boleh
dikatakan dalam suasana first class dan kalau kes yang agak berat terus dihantar ke
Ipoh. Anda terasa lebih baik dari hospital swasta.

Kemudahan Internet :
Bagi yang dah ada broadband sendiri, sini liputan adalah agak jelas jika dikawasan
bandar. Hotel pun banyak yang bagi percuma. Starbuck, Marybrown dan beberapa
restoren juga meberi secara percuma free.

Rasanya setakat ini dahulu untuk tips melancong disini. Mungkin lain kali boleh
kongsi lagi. Mungkin yang nak lihat gambar sekitar Cameron Highlands boleh ke link
dibawah picasaweb dibawah carian mrkumai ...

Jika anda merasakan artikel dan catatan ini membantu anda atau ada s
, 11 Julai 2011
Homestay di tanah tinggi Cameron Highlands

Melawat Cameron Highlands tidaklah terlalu susah mencari tempat penginapan namun
kadangkala jika diwaktu puncak, anda pasti akan menemui kesukaran ataupun mendapat
dengan harga yang mahal. Variasi hotel dariyang paling murah sehinggalah yang paling,
apartment percutian dan juga dorminatory tersedia di serata Cameron Highlands.

Namun bagi mereka yang inginkan kelainan iaitu homestay, terdapat beberapa pilihan terhad
yang boleh anda temui khasnya di Kampung Taman Sedia iaiti pertengahan perjalanan
diantara Tanah Rata dan Brinchang. Kampung ini adalah penempatan melayu yang terawal
di sini. Homestay disini adalah berasaskan rumah kayu dan bilik yang dibina bersebelahan
dengan pemilik tanah yang juga menetap di sini.

Istimewanya di sini, Kampung Taman Sedia adalah pusat tanaman starwberry bumiputra
yang berjaya dan menjadi ikon perlancongan. Jika anda memilih untuk menginap di sini,
akan mudah mengunjungi taman-taman strawberry ini yang memang dibuka untuk kunjungan
pelancong dan jika anda memilih Ros Chalet, anda sebenarnya tinggal didalam kebun
strawberry. Juga terdapat Al-Mashor Strawberry Park dan KHM Strawbeery Park yang juga
menawarkan produk hiliran strawberry.

Selain daripada itu, terdapat beberapa pengusaha Homestay yang aktif di kawasan
penempatan ini. Tanaman kebun sayur seperti jagung, kobis dan kacang adalah pemandangan
tambahan selain strawberry yang pastinya memukau.

Menarik bukan? Cubalah ... semuanya terjamin halal di sini..

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR, khadijah.mohamadnor@kosmo.com.my


KEDINGINAN pagi di Kampung Taman Sedia yang terletak di Tanah Rata, Cameron Highlands pasti
membuatkan sesiapa sahaja sukar untuk meninggalkan tempat tidur.

Meskipun tubuh sudah dibaluti beberapa lapisan selimut tebal, namun ia masih tidak cukup untuk
memanaskan tubuh yang kesejukan.

Penulis sendiri teragak-agak sewaktu mahu membersihkan diri sejurus bangun pada pukul 6 pagi
untuk menunaikan solat Subuh.

Kulit terasa beku tatkala air paip mengalir pada wajah ketika itu. Walaupun menggunakan pemanas
air, namun ia tidak mampu menghilangkan kedinginan pagi.

Dengan suhu di antara 14 hingga 23 darjah Celcius, Cameron Highlands menawarkan pengalaman
mandi pagi yang luar biasa terutama bagi mereka yang pertama kali berkunjung ke tanah tinggi itu.

Perkara itu diakui oleh penduduk jati Kampung Taman Sedia, Siti Marina Bujang, 65, yang
bermastautin di perkampungan itu sejak lima dekad lalu.

Kalau nak tahu dahulu lagi sejuk. Sekarang suhu di Cameron Highlands sudah meningkat
berbanding dua dekad lalu. Macam mana mandi tadi? Seronok tak? aju wanita bertubuh kurus
berkaca mata itu. Beliau merupakan pemilik Marina Chalet.

Sambil tersenyum, dia pantas menyambung bicara: Tak apalah, jemput masuk ke rumah mak cik.
Nanti mak cik buatkan teh Cameron ya. Sejuk-sejuk macam ni memang sedap menghirup teh panas.

Pelawaan mak cik Marina diterima dengan hati terbuka. Sambil menuang air teh panas ke dalam
cawan, mulut mak cik Marina lancar menerangkan tentang sejarah homestay di kampung tersebut
yang diasaskan sejak tahun 1989.

Sebenarnya mak ciklah orang pertama yang menyediakan perkhidmatan homestay di Kampung
Taman Sedia. Semuanya berlaku tanpa dirancang. Suami mak cik merupakan penghulu Cameron
Highlands. Jadi, rumah kami sering menjadi tumpuan jika ada yang mahu meminta pertolongan.

Kebetulan kalau ada pemandu teksi berketurunan Cina yang membawa penumpang ke Tanah Rata,
Brinchang dan sebagainya mereka membawa isteri bersama. Kemudian mereka akan menumpang
tidur di rumah kami. Boleh dikatakan setiap minggu pasti ada tetamu yang bermalam di sini.

Dari situlah timbulnya idea untuk mewujudkan penginapan yang lebih selesa untuk sesiapa yang
berminat, terang Marina yang merupakan adik kepada pelakon veteran, Kuswadinata.

Selepas mengeluarkan kos untuk menyiapkan tiga buah bilik yang dilengkapi katil, Marina berjaya
mendapat pelanggan untuk rumah penginapannya.

Mereka terdiri daripada sekumpulan 40 pelajar dari Universiti Putra Malaysia (UPM) yang menginap
selama dua hari di rumahnya.

Alhamdulillah, dapatlah mak cik RM250 pada peringkat permulaannya. Rentetan daripada itulah
terdetik di hati mak cik untuk menjadikannya sebagai sumber pendapatan, katanya yang mendapat
promosi dari mulut ke mulut.
Daripada tiga buah bilik, homestay Marina Chalet kini semakin berkembang. Kini, calet itu mempunyai
lebih sepuluh buah bilik pelbagai saiz untuk didiami. Harga yang ditawarkan pula bermula dari RM80
hingga RM300.

Tempahan menggalakkan

HOMESTAY Kampung Taman Sedia berjaya menarik ramai pelancong ke Cameron Highlands sejak ia diperkenalkan tiga tahun lalu.

Kejayaan Marina juga kemudian menjadi inspirasi kepada penduduk kampung untuk turut serta dalam
menawarkan kemudahan homestay kepada pelancong yang datang ke Cameron Highlands.

Salah satu daripadanya adalah Ros Chalet yang terletak bersebelahan Tadika Islam Kampung Taman
Sedia.

Pemiliknya, Rosnah Abdul Latif, 45, yang mengusahakan calet tersebut bersama suami, Mohd. Zulkifli
Daud, 47, memberitahu, dia membuka calet itu pada tahun 2007.

Selepas melihat ramai penduduk yang mengambil inisiatif membuka calet, suami saya terus
memberi idea.

Setahun kemudian, barulah Ros Chalet beroperasi sepenuhnya dan menerima tempahan yang
sangat menggalakkan terutama daripada pelajar dan syarikat produksi, kata ibu kepada lima cahaya
mata itu.

Selain penginapan calet, Rosnah juga mempunyai dua buah kebun strawberi yang terletak di
hadapan dan bersebelahan caletnya. Di kebun itu, pelanggan boleh memetik strawberi pada harga
yang sangat berpatutan.

Wanita yang berasal dari Teluk Intan, Perak itu turut mengusahakan sebuah kedai cenderamata yang
menjual pelbagai produk berasaskan strawberi, kemeja-T, madu lebah dan teh Cameron Highlands.

Ahmad Zaidi, 23, adik kepada Rosnah, yang baru menamatkan pengajian dalam jurusan Diploma
Kejuruteraan Awam dari Politeknik Tanjung Malim turut membantunya menguruskan kedai tersebut.
Seronok apabila dapat melayan pelanggan. Biasanya pada hujung minggu atau cuti sekolah,
kehadiran tetamu luar memeriahkan lagi kampung ini, tutur Ahmad Zaidi.

Menetap di kampung itu sejak dua dekad lalu, Rosnah mengakui ketenangan dan kedinginan di
kampung itu sudah sebati dalam dirinya.

Apa yang pasti, Kampung Taman Sedia adalah sebuah penempatan orang Melayu pertama di
Cameron Highlands. Ia mula dibuka oleh sekumpulan orang Melayu pada tahun 1959 secara
bergotongroyong.

Penempatan itu seterusnya dimajukan sebagai sebuah kampung oleh Lembaga Kemajuan Negeri
Pahang (LKNP) pada tahun 1969. Terdapat sebanyak 48 lot tanah dengan anggaran sebanyak 0.101
hektar bagi setiap lot.

Secara umumnya, kampung ini mempunyai keluasan 10.5 hektar dan dikelilingi hutan. Terdapat kira-
kira 50 buah rumah dengan jumlah penduduk seramai 236 orang.

Berbicara tentang sejarah kampung itu, Idris Osman, 76, tidak lokek berkongsi cerita memandangkan
dia merupakan antara individu pertama yang mula meneroka Kampung Taman Sedia.

Taman Pari-pari

ROSNAH (kiri) dan suami, Zulkifli di depan kedai mereka yang menjual makanan dan cenderamata.

Ujarnya, kawasan ini merupakan sebuah hutan belukar. Kemudian, satu jawatankuasa seramai lapan
orang yang terdiri daripada ketua kadi, guru besar, ketua polis daerah dan sebagainya dibentuk untuk
berbincang cara-cara untuk meneroka kawasan tersebut.

Pada setiap Sabtu dan Ahad, kami akan turun padang untuk menebas dan menebang hutan.
Akhirnya dalam tempoh setahun hutan belukar itu berjaya dibersihkan.
Waktu itu kedatangan ahli kumpulan bagi tujuan membersihkan belukar akan diambil pada setiap
minggu. Jika tidak hadir, mereka dikehendaki membayar wang denda sebanyak RM5 sebagai ganti di
atas ketidakhadiran mereka, kata Pak Idris yang dilantik sebagai ketua jawatankuasa penerokaan
kampung itu.

Pada 11 September 1974, Kampung Taman Sedia dibuka dengan rasminya oleh Sultan Pahang,
Sultan Ahmad Shah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar. Seperti di tempat-tempat lain, Kampung Taman
Sedia juga mempunyai cerita dongengnya yang tersendiri. Malah, kisah itu telah diwarisi daripada
satu generasi ke satu generasi hingga kini.

Cerita Pak Idris, pada zaman dahulu, kampung ini dipercayai adalah sebuah taman yang penuh
dengan bunga-bungaan kepunyaan pari-pari atau bagi masyarakat Melayu ia lebih dikenali sebagai
orang bunian.

Taman itu dikelilingi padang rumput yang luas, ditumbuhi pokok-pokok renek dan tumbuhan menjalar
serta anak sungai.

Kawasan ini dahulunya turut menjadi habitat bagi sekumpulan hidupan liar seperti rusa.

Oleh kerana taman ini seolah-olah telah tersedia sejak dahulu lagi, maka sebab itulah ia terus
dipanggil sebagai Taman Sedia yang bermaksud sebuah taman yang sudah tersedia, ungkap Pak
Idris sambil memberitahu kisah itu turut dipaparkan di salah satu mercu tanda kampung yang terletak
di Dataran Taman Sedia.

Kepada yang berminat menginap di Marina Chalet boleh hubungi talian 05-4911
295 , 016-9720 699 atau 019-4605 008.
Sabtu, 21 Januari 2012
Tips Melawat Cameron Highlands: Kampung Taman Sedia

Maaf , gambar kurang memuaskan, salah setting masa terbang..


Saya pernah berjanji untuk berkongsi mengenai kisah Kampung Taman Sedia
yakni satu-satunya Kampung Melayu yang terdapat di Cameron Highlands,
atau pun lebih tepat yang digazetkan oleh Kerajaan.

Terdapat beberapa penempatan Melayu yang lain seperti Kampung Melayu Kg


Raja dan juga menghala ke Sungai Ikan tetapi taraftnya terletak di dalam
penempatan sementara seperti tanah Tol atau sementara.

Sejarah Awal:
Taman Sedia adalah penempatan orang Melayu yang pertama di Cameron
Highlands. Dibuka secara bergotong royong oleh beberapa orang melayu pada
tahun 1959 sebelum dimajukan sebagai sebuah perkampungan oleh Lembaga
Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) pada tahun 1969.

Kampung Taman Sedia mempunyai sebanyak 48 lot yang mempunyai keluasan


0.25 ekar setiap satu dan kini masih dihuni oleh sebilangan peneroka asalnya.
Idris Osman, 76, tidak lokek berkongsi cerita memandangkan dia merupakan
antara individu pertama yang mula meneroka Kampung Taman Sedia.
Ujarnya, kawasan ini merupakan sebuah hutan belukar. Kemudian, satu
jawatankuasa seramai lapan orang yang terdiri daripada ketua kadi, guru
besar, ketua polis daerah dan sebagainya dibentuk untuk berbincang cara-
cara untuk meneroka kawasan tersebut.
Pada setiap Sabtu dan Ahad, kami akan turun padang untuk menebas dan
menebang hutan. Akhirnya dalam tempoh setahun hutan belukar itu berjaya
dibersihkan.
Waktu itu kedatangan ahli kumpulan bagi tujuan membersihkan belukar akan
diambil pada setiap minggu. Jika tidak hadir, mereka dikehendaki membayar
wang denda sebanyak RM5 sebagai ganti di atas ketidakhadiran mereka, kata
Pak Idris yang dilantik sebagai ketua jawatankuasa penerokaan kampung itu.
Pada 11 September 1974, Kampung Taman Sedia dibuka dengan rasminya
oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar.
Kisah Dongeng:
Terdapat kisah lisan yang mengatakan Kampung Taman Sedia ini pada dahulu
kalanyanya penuh dengan bunga-bungaan yang dimiliki golongan pari-pari
(bunian).

Dikelilingi dengan padang rumput dan pokok renek yang tumbuh dan menjalar
disamping alur sungai yang amat jernih malah terdapat hidupan liar seperti
rusa yang menghuni menjadikan taman ini telah tersedia dari dahulu dan
namanya juga diangkat dengan KAMPUNG TAMAN SEDIA.

Lokasi:
Jarak perjalanan dari Tanah Rata hanyalah kurang dari 2 km dan berada di
pertengahan jalan jika ingin ke Pekan Brinchang. Bersebelahan dengan
Pejabat Hutan Daerah.

Keistimewaan:
Jika anda mencari homestay di sini, Taman Sedia antara yang menjadi pilihan
utama kerana dimiliki oleng Orang Melayu di samping lokasinya. Terdapat
beberapa homestay seperti Marina Chalet, Ros Chalet, MZ Homestay, Lily
Homestay dan Al-Mashoor Homestay.

Insyallah saya akan buat catatan khas untuk homestay di Kampung Taman
Sedia ini nanti . Namun petikan dari Kosmo dalam catatan saya terdahulu
boleh anda ikuti di SINI.

Kebun Strawberry: Terdapat beberapa pengusaha kebun strawberry yang


berkonspkan agro perlancongan seperti KHM Strawbery Farm, Al-Mashoor
Strawberry Farm, YZ Strawbery Farm , Opah Starwberry Farm dan juga Ros
Strawberry Farm. Anda boleh memasuki kebun ini dan membeli hasilnya terus
dari sana.

Industri Desa: Perkampungan ini terkenal dengan jolokan Satu Daerah Satu
Industri dan pastinya industri berasaskan strawberry menjadi keutamaan.
Dapatkan jem, ais krim, halwa , strawebery jus dan pelbagai lagi keluaran
petani di sini dan anda boleh memperolehi di kebun-kebun strawberry ini.
Kebun Sayur: Anda mungkin tidak pernah melihat bagaimana kebun-kebun
sayur diusahakan seperti kubis, kacang buncis, cili dan sebagainya. Jika
kunjungan bertetapan dengan masanya, disini anda boleh melihat sendiri
kebun-kebun sayuran ini diusahakan.

Pendek kata , anda hanya perlu memandu dan singgah disini untuk merasai
pengalaman anda di sini...
antara kiosk dan kebun strawberry

Dataran Info

Persekitaran
Surau
, 3 Januari 2012
Tips Melawat Cameron Highlands: Ros Chalet

Rasanya aku dah jumpa topik yang seronok aku nak taip dan kongsikan iaitu
mengenai sesuatu yang dekat dengan aku yakni CAMERAN HIGHLANDS.
Asalnya sekadar nak berkongsi maklumat bagi mereka yang ingin melawat dan
melancong ke sini dan nampaknya seronok pula.

Bagi yang bermaustatin di sini seperti saya, mungkin istilah 'lali' adalah terbaik untuk
mengambarkan perasaan bila ditanya keseronokan di sini. Tapi bagi mereka yang
jarang-jarang atau kadang-kadang mungkin tertanya tanya bagaimana dan di mana
mereka boleh menikmati perjalanan dan percutian mereka ke sini.

Tanpa untuk mengambil untung, aku ingin berkongsi maklumat yang aku perolehi
dari pengalaman sendiri sebab kalau mengambil orang sekadar 'copy and paste'
sana dan sini mungkin lebih Indah khabar dari rupa, jadi biarlah pelahan-lahan
catatan mengenai siri Tips Melawat Cameron Highlands ini asalkan dari
pengalaman sendiri.

Ok untuk yang seterusnya ini aku ingin berkongsi mengenai ROS


CHALET yang sebenarnya berkonsepkan homestay tetapi lebih kepada chalet
tanpa berkongsi rumah dengan tuan rumah.

Maklumlah kalau dikatakan idea asal homestay, anda perlu menetap didalam
rumah beserta dengan pemilik rumah itu sendiri tetapi ini lebih 'privacy' di mana
biliknya adalah berpisah dari rumah utama. Jadi saya lebih gemar mengatakan
konsep 'Kampungstay'.

Terletak di Kampung Taman Sedia, anda boleh memilih untuk menetap di antara 11
bilik chaletnya yang terdiri daripada 5 bilik kelamin dan keluarga sekitar RM 150
dan 6 bilik kelamin sekitar RM 80-90 semalam.

Jumlah bilik yang terhad ini masih mampu untuk anda membawa keluarga yang
besar dan mengadakan 'perjumpaan keluarga di sini dengan menempah lebih awal
untuk jumlah yang banyak.

Ruang legarnya selesa dan terdapat kemudahan tempat makan (bukan gerai
makan) dan BBQ jika anda inginkan aktiviti ini di waktu malam.

Istimewanya anda hanya


perlu keluar dari chalet anda dan boleh terus menngunjungi kebun sayur tradisional
dan juga tanaman strawberry di mana pemilik chalet ini juga terlibat
mengusahakannya di bahagian depan dan belakang chalet ini.

Malah berdekatan dengannya adalah kebun-kebun strawberry berkonsepkan


agrotrourism dan dimiliki dan diusahakan oleh orang Melayu. Manakala sebelah
kanannya adalah taman permainan kanak-kanak dan bersempadanan juga dengan
Surau Kampung Taman Sedia.

Manakala dibahagian belakang chalet ini adalah Komplek Pejabat Kecil Jabatan
Perhutanan Daerah di mana terletaknya Kem Sungai Pauh dan Parit Fall yang boleh
dilalui dengan menggunakan trek ringkas yang selamat.

Kenapa saya mengatakan bukan sekadar dimilik tetapi juga diusahai oleh orang
Melayu kerana terdapat juga kebun-kebun strawberry yang sekadar dimiliki oleh
orang Melayu tetapi diusahakan oleh kaum lain malahan pekerja Bangladesh pun
ada.

Anda boleh terus


menghubungi pemilik Ros Chalet iaitu pasangan suami isteri Kak Ros di talian
0125838060 ataupun En. Zul di talian 0195782044.

Jika anda sampai di sini, kaunter chalet mereka adalah di kiosk yang
berseberangan dengan Chalet ini.

Sampaikan salam saya, Jack untuk mereka... cuma gambar dalam catatan ini
nampaknya ada masalah dan saya terpaksa mengantikan sekitar dua keping sahaja.
Nanti saya carikan di masan koleksi gambar Ros Chalet ini.
Bagi mereka yang pernah mempunyai
pengalaman di Ros Chalet ini mungkin anda boleh memetik sepatah dua kata di
bahagian ulasan.

Maklumlah saya tidak pernah bermalam di chalet ini memandangkan jarak rumah
sekadar 4 minit perjalanan berkereta. Gila pulak nanti kalau tiba-tiba menyewa bilik
di Cameron Highlands.
Selamat melancong...
Anda mungkin juga meminati:

Anda mungkin juga menyukai