Anda di halaman 1dari 39

45 Tempat Menarik Di Kundasang & Ranau Untuk Percutian Dingin

Yang Menyeronokkan
By Mai Singgah - September 11, 2019

Terletak 2000 meter dari aras laut, Kundasang adalah sebuah pekan kecil yang cukup istimewa
di Negeri Bawah Bayu ini. Dikelilingi dengan kehijauan alam yang menyejukkan pandangan
mata, udaranya juga mendamaikan jiwa.

Tidak lengkaplah percutian anda di Sabah sekiranya tidak melawat Kundasang apatah lagi
kerana inilah satu-satunya pekan yang terletak berdekatan dengan gunung tertinggi di Asia
Tenggara yang terkenal di seantero dunia, Gunung Kinabalu.

Kalau anda rasa ini sahaja yang menarik di Kundasang, adakah anda pasti? Kalau anda nak
tahu, ada banyak lagi destinasi yang hebat di sekitar Kundasang ini, di mana? Teruskan
membaca senarai 45 tempat menarik di Kundasang yang pasti memeriahkan percutian anda.

Kandungan [tunjuk]

45. Mesilau Nature Resort


Sumber: Suara Sabah

Nikmati keindahan flora dan fauna di Mesilau Nature Resort. Seperti namanya, dari kawasan
penginapan ini anda dapat menghayati keindahan alam semulajadi. Betapa indahnya kawasan
penginapan ini kerana sentiasa dilitupi kabus dan berudara nyaman.

Sekiranya anda menetap di sini, anda boleh merancang pelbagai aktiviti menarik untuk
dilakukan bersama keluarga termasuklah merentas hutan.

Alamat

Alamat: Pekan Ranau, 89308 Ranau, Sabah

44. Sosodikon (Pyramid) Hill, Kundasang


Sumber: @ahtoolhelwah

Pemuda-pemuda dan gadis-gadis yang lasak, jangan lepaskan peluang untuk mengamati
keunikan yang ditawarkan Sabah di Bukit Sosodikon. Kena lasak ke baru boleh? Sebabnya
untuk sampai ke puncak bukit ini anda perlu mendaki dalam sekitar 20 minit, agak mencabar
juga kalau tak biasakan?

Baca: 45 Tempat Menarik Di Sabah


Sampai sahaja di puncak ini nanti anda dapat menikmati pemandangan yang sukar
diungkapkan. Dari atas puncak ini, di sebelah utaranya terdapat pemandangan dari kawasan
Kinabalu dan di bahagian Selatan pula pemandangan kawasan bukit-bukau yang berbentuk
seperti piramid.

Alamat Harga Tiket

Alamat: Bukit Sosodikon, 89308 Kundasang, Sabah

43. Air Terjun Kipungit


Sumber: BroAden Phodeography

Sebuah kawasan air terjun yang jernih, Air Terjun Kipungit menawarkan pemandangan yang
sungguh mempesonakan jiwa.

Sambil menikmati pemandangan, anda boleh merendamkan kaki di dalam air sungai dan
menunggu kedatangan ikan-ikan kecil yang bakal menguis kaki untuk membuang kulit mati.
Ya, pengalaman yang sama seperti di Tagal Moroli, tapi di sini, anda boleh bersantai selama
yang mungkin.

Di samping menikmati pemandangan dan berendam, anda juga boleh merancang untuk berbbq
atau berkelah bersama yang tersayang. Menarik bukan?

Untuk menuju ke sini, anda hanya perlu menempuh perjalanan sepanjang sekitar 400 meter
sahaja.

Alamat Harga Tiket

Alamat: Air Terjun Kipungit, 89300 Ranau, Sabah

42. Air Terjun Langganan


Sumber: Kevin Smith

Miliki stamina yang tinggi? Jom teroka hutan hujan untuk menuju ke kawasan air terjun yang
terkenal di Sabah, Air Terjun Langganan. Dengan ketinggian mencecah 120 meter, Air Terjun
Langganan memegang rekod sebagai air terjun tertinggi di Sabah.

Dengan jarak perjalanan dalam sekitar 4 km, masa yang diambil untuk sampai ke air terjun ini
adalah kira-kira 2 jam. Jangan risau, sepanjang perjalanan ke sana, anda akan sentiasa
ditemani oleh flora dan fauna anugerah tuhan yang cukup indah seperti rama-rama beraneka
warna, tumbuhan yang cantik dan banyak pemandangan menakjubkan yang lain.

Alamat Harga Tiket

Alamat: Air Terjun Langganan, Poring, Ranau

41. Kokob Ra esia Conservation Garden

Sumber: Hanil Fikri Abd Ghani

Kepulauan Borneo terkenal dengan flora uniknya yang terkenal di seantero dunia, salah
satunya adalah Rafflesia ataupun bunga Pakma.

Masa yang diambil untuk bunga ini mekar cukup lama, iaitu dari 9 ke 15 bulan. Namun bila
mekar, ia hanya bertahan selama 7 hari. Oleh itu, rancang waktu anda sebaik yang mungkin
sebelum ke sini ya?
Alamat Waktu Operasi

Alamat: Jalan Libang Marakau, 89300 Ranau, Sabah

40. Sabah Tea

Sumber: Sabah Tea

Pelbagai tarikan dan kemudahan di dalam satu kawasan, Sabah Tea adalah antara lokasi yang
penting untuk anda lawati bila berada di Sabah. Bukan di Cameron sahaja yang ada ladang teh
ya?

Di sini, terdapat pelbagai pakej menarik yang ditawarkan yang merangkumi penginapan,
canopy walk, restoran, kedai teh dan lain-lain lagi.

Di tea shopnya, terdapat pelbagai produk asli daripada sekitar Borneo seperti kopi Tenom,
herba, batik sarong, lada hitam, asam boi dan sebagainya.

Dah puas beraktiviti, anda boleh menikmati pelbagai jenis teh dan minuman lain yang
ditawarkan di kafenya. Andai kata anda nak cuba antara hidangan yang terkenal di sini, anda
boleh mencuba Sabah Tea Pandan teh tariknya dan juga penkek teh. Memang rugi tak rasa!

Alamat

Alamat: KM17, Jalan Ranau / Sandakan, Kg. Nalapak, 89309, Ranau


39. JIC Seng Nursery

Sumber: Jic Seng Nursery

Alang-alang dalam perjalanan menuju ke Desa Cattle Dairy Farm, apa kata kalau anda berhenti
sebentar di JIC Seng Nursery? Terletak pada pertengahan jalan untuk ke “New Zealand” Sabah
ini, JIC Seng Nursery adalah salah sebuah lokasi yang tidak kurang menarik untuk disinggahi.
Masuk sahaja di dalam kawasannya, anda akan disambut oleh keharuman bunga-bungaan
yang tumbuh mekar di sekitar.

Tertarik dengan mana-mana bunga untuk dijadikan hiasan di rumah nanti? Anda boleh
membeli secara terus daripada nursery ini. Selain bunga, aneka bentuk pokok kaktus juga
turut ditanam di sini.

Alamat

Alamat: Jic Seng Nursery, 89308 Ranau


38. Konunukan Garden & Camping

Sumber: Konunukan Garden & Camping

Antara nikmat terindah yang ditawarkan dunia ini adalah pemandangan langit malam yang
dilimpahi dengan cahaya bintang. Berjuta cahaya berkelipan ini dapat anda saksikan dengan
jelas sekiranya menjadikan Konunukan Garden & Camping sebagai lokasi untuk bermalam
sewaktu bercuti di Sabah.

Bila tiba waktu pagi, anda bakal disambut oleh pemandangan yang begitu mengujakan, flora
yang menghijau dan juga Gunung Kinabalu di kejauhan. Booking, jangan tak booking ya?

Alamat Harga Tiket

Alamat: Jalan Tenompok Bundu Tuhan, Bundu Tuhan, 89300 Tenompok, Sabah

37. Mesilou Cat’s Village


Sumber: Mesilou Cat’s Village

Rindu kucing yang terpaksa ditinggalkan kerana melancong ke Sabah? Ubati rasa rindu itu
dengan melawat tarikan yang masih agak baru di negeri ini iaitu Mesilou Cat’s Village yang
terletak di Kampung Mesilou Kundasang.

Sekiranya anda ke sini dari Pekan Kundasang, masa yang diambil untuk tiba ke tarikan ini
hanyalah dalam sekitar 16 minit atau 5.7 km sahaja.

Menempatkan lebih daripada 100 ekor kucing, tidak menang tangan untuk melayan kesemua
kerenah kucing yang ada di sini. Dengan bilangan kucing yang sebanyak ini, cukup pelbagai
baka kucing yang boleh ditemui termasuklah kucing dari baka yang mahal.

Selain melihat kucing, anda juga boleh menyaksikan keindahan sekitar “Kampung Kucing” ini
yang dihias dengan penuh kasih-sayang, banyak tempat yang selesa untuk kucing bersantai
dan bermain. Serba-sedikit bolehlah anda dapatkan idea untuk sediakan taman khas buat
kucing di rumah nanti.

Alamat Waktu Operasi Harga Tiket

Bayaran Masuk: Dewasa RM5 | Kanak-Kanak RM3

36. Hamster World Ranau


Sumber: HAMSTER WORLD RANAU

Selain taman arnab dan kampung kucing, Kundasang juga menempatkan sebuah kawasan
yang khas dan dihias dengan penuh keceriaan untuk si comel hamster. Lokasinya adalah di
Hamster World Ranau yang terletak di Kampung Kibbas.

Di sini terdapat pelbagai jenis hamster yang diletakkan di dalam kawasan bertemakan kota-
kota di serata dunia yang bersaiz mini seperti Turki, Mesir, Perancis, Mexico dan banyak lagi.
Memang unik!

Alamat Waktu Operasi Harga Tiket

Alamat: Hamster World Ranau, Kampung Kibbas, Ranau

35. Maragang Hill


Sumber: Maragang Hill

Terletak di kaki Gunung Kinabalu, Maragang Hill memiliki ketinggian mencecah 2232 meter dari
paras laut. Sekiranya anda memiliki impian untuk menawan kemuncak Kinabalu, pendakian
menuju ke puncak bukit ini boleh dijadikan sebagai batu loncatan sebelum ekspedisi yang
sebenar.

Walaupun berada di kaki gunung, pendakian ke puncaknya mengambil masa sehingga hampir
dua jam dengan kepanjangan sekitar 4 km. Agak memenatkan, namun pemandangan yang
menanti di puncaknya bakal membuatkan segala kepenatan hilang sekelip mata.

Untuk pengetahuan anda, di puncak ini terdapat sebuah platform yang sesuai untuk dijadikan
lokasi bergambar. Di sinilah anda boleh berselfie dengan pemandangan indah Gunung Kinabalu
sebagai latar belakang.

Dibuka kepada orang awam pada 16 September 2017, bukit ini adalah antara destinasi
rekreasi yang terbaru di Kampung Mesilou, Kundasang.

Alamat Harga Tiket

Alamat: Kg. Mesillou, 89308 Kundasang, Sabah

34. Tugu Nunuk Ragang

Sumber: Hello Urang Sabah

Pernah terfikir dari mana asal-usulnya etnik Kadazan-Dusun yang juga merupakan etnik
terbesar di Sabah ini? Jawapannya berkemungkinan berkait dengan kewujudan Tugu Nunuk
Ragang.

Dikatakan, Nunuk Ragang yang bermaksud “Pohon Ara merah” ini merupakan tempat asal
nenek moyang mereka. Tidak jauh dari Nunuk Ranang terdapat dua batang sungai iaitu Sungai
Gelibang dan juga Sungai Liwagu yang dipercayai menjadi lokasi pemindahan masyarakat
KadazanDusun pada suatu ketika dulu.

Alamat

Alamat: Kampung Balisok, 89100 Ranau, Sabah

33. Mongolian Yurt Wind Paradise Lodge

Sumber: Honhub Travel and Tours Sdn Bhd

Tak perlu ke Mongolia kalau nak merasa pengalaman tinggal di dalam khemah mereka yang
unik ini. Menginaplah di Mongolian Yurt Wind Paradise Lodge untuk pengalaman sekali dalam
seumur hidup ini.

Selain menawarkan penginapan yang luas di dalam khemah Mongolia, di malam hari anda
sekeluarga dapat menyaksikan keindahan langit malam yang tidak dapat diungkapkan dengan
kata-kata.

Bintang-bintang bergemerlapan seluas pemandangan di langit gelap, tambahan lagi dengan


udara yang nyaman. Bawa tikar dan selimut, nikmatilah pemandangan ini, semua masalah
hilang dari ingatan.

Alamat Harga

Alamat: Mongolian Yurt Wind Paradise Lodge, Kundasang, Sabah

32. J.S Nursery Kundasang


Sumber: Pindi Lapok

Sabah dan bunga-bunga segar tidak boleh dipisahkan, mana tidaknya, udara yang segar dan
sejuk sangatlah sesuai untuk penanaman pelbagai jenis tumbuhan yang indah. Tapi di mana
nak cari pokok-pokok bunga yang pelbagai ini ya?

Inilah tempat yang mesti anda sekeluarga lawati sekiranya ingin melihat pokok-pokok bunga
dan tanaman kaktus. Ada yang anda suka? Boleh sahaja nak bawa balik tanaman idaman hati
dengan sedikit pengeluaran fulus mengikut jenis pokok.

Alamat

Alamat: J.S Nursery, Kundasang

31. Sungai Moroli Ikan Tagal Kg Luanti

Sumber: Muhamad Shafirol Shapiee

Pernah tak anda bermandi-manda di sungai dan ternampak ikan? Bila anda cuba
mendekatinya, makin jauh pula larinya, tak ke kecewa? Pulihkan kekecewaan anda dengan
bermandi-manda di Sungai Moroli, anda ibarat sahabat bagi ikan-ikan yang terdapat di sini.
Jangan terkejut pula, mereka akan menggigit kulit mati yang terdapat pada badan, mungkin
sebab ini ramai orang Sabah berkulit halus-mulus. Walau bagaimanapun, seperti namanya Ikan
Tagal, di kawasan sungai ini dilarang untuk anda menangkap ikan, walaupun seekor. Nikmati
sahaja persahabatan dengan ikan-ikan ini ya.

Alamat Harga Tiket

Alamat: Sungai Moroli, Kampung Luanti, Ranau, Sandakan, Sabah

30. Tandem Paragliding

Sumber: Kent Chen

Terletak 108 km dari Kota Kinabalu merupakan kawasan Paragliding yang agak terkenal di
Ranau. Kenapa terkenal sangat ni Ranau Tandem Paragliding ini? Kerana semasa anda terbang
seperti burung di angkasa di sini, anda dapat menikmati pemandangan di bawah yang sangat
indah dengan kawasan pergunungan, perkampungan dan sawah padi.

Terasa macam dah berjaya menjajah seluruh Sabah pula walaupun hanya beberapa minit di
atas awan. Macam inilah baru lengkap percutian anda!

Alamat Waktu Operasi Harga Tiket

Alamat: Ranau, Sabah Highlands

29. Dream World Resort Kundasang


Sumber: Nelson Michael Jr.

Terletak berhadapan dengan destinasi pelancongan terkenal, Desa Dairy Farm adalah sebuah
penginapan cukup indah, Dream World Resort Kundasang. Penginapan di sini membuatkan hati
anda sentiasa terbuai-buai dengan keindahan alam sekeliling, dari bilik anda dapat melihat
Gunung Kinabalu sambil menghirup udara segar.

Pada waktu pagi dan petang pula anda dapat menyaksikan pemandangan indah matahari naik
dan terbenam, apa lagi yang anda inginkan untuk sebuah percutian yang sempurna?

Alamat Harga

Alamat: Jalan Mesilau Golf Club | Kundasang, Ranau 89307

28. Taman Rose Dan Strawberry Kundasang


Sumber: Jenny Dagohoy Lustria

Kebun bunga dan strawberi yang luas ini agak mudah untuk dicari kerana terletak di hadapan
Sekolah Menengah Kebangsaan Kundasang.

Masuk sahaja ke dalam Taman Rose Dan Strawberry Kundasang ini, anda dapat melihat di
depan mata bagaimana keadaannya kawasan penanaman buah comel ini. Selain itu, di taman
ini terdapat juga banyak bunga-bungaan lain seperti ros yang pelbagai warna, kaktus, lily,
matahari dan banyak lagi!

Alamat Harga Tiket

Alamat: Kundasang, Ranau

27. Kinabalu Pine Resort


Sumber: Sabah Info

Nak rasa pengalaman penginapan di dalam rumah kabin? Mai saja ke Kinabalu Pine Resort.
Kabin-kabin yang terdapat di sini dibina sepenuhnya menggunakan kayu keras Selangan Batu
dan kawasan sekitarnya pula dikelilingi oleh pokok-pokok pine, seumpama nama yang
diberikan.

Yang menariknya tentang penginapan ini adalah kerana ia serba lengkap dengan kemudahan
moden seperti TV bersaluran satelit dan akses internet. Tapi itu tidaklah penting sangatkan?

Baca: 22 Pulau Di Sabah Yang Menarik | Jom Island


Hopping
Sebab utama resort ini menjadi pilihan ramai adalah kerana dari bahagian balkoni penginapan
ini anda dapat melihat dengan seluas pemandangan keindahan Gunung Kinabalu ditemani
cuaca yang sejuk dan udara yang segar. Lanskap sekitar resort ini juga tak kurang menariknya.

Alamat

Alamat: Kampung Kundasang, Kundasang, Ranau 88990

26. Kundasang Mount Valley Recreation


Sumber: May Miszz Mey

Tidak jauh dari Taman Negara Kinabalu terletaknya sebuah destinasi menarik untuk anda
sekeluarga beraktiviti iaitu di Kundasang Mount Valley Recreation. Antara aktiviti yang boleh
anda lakukan di sini adalah seperti memanah, melawat taman arnab dan yang paling best
sekali adalah flying fox.

Kalau anda berniat untuk mencuba flying fox yang berkepanjangan 125 meter ini, jangan lupa
untuk membawa kamera GoPro anda, pemandangan dari kawasan anda merentas ini tidak
dapat diungkapkan dengan kata-kata, hanya dapat dijelaskan dengan video indahnya. Tak
cukup sehari di sini? Anda boleh juga menginap di chalet yang terletak di kawasan atas bukit,
pemandangan dari kawasan chalet itu pun cukup memukau.

Alamat Harga Tiket

Alamat: Kundasang Mount Valley Recreation And Resort, 89300 Kundasang, Sabah

25. Gerai Sayur Segar Pekan Kundasang


Sumber: Pantaitimur Sabahan

Tak lengkap rasanya percutian ke Sabah kalau tak menikmati sayuran dan buah-buahan segar
yang tak pernah habis di Negeri Bawah Bayu ini. Bagi anda yang menghabiskan hari terakhir di
Sabah, pastikan anda bawa pulang kesegaran ini ke dapur rumah.

Sayur dan buah yang segar, tiada racun serangga, rugi kalau tak dibawa balik bukan? Kalau
anda tinggal di homestay, terus sahaja boleh dimasak sayur-sayuran yang dibeli untuk
dinikmati di tempat penginapan.

Alamat

Alamat: Gerai Sayur-sayuran, Pekan Kundasang

24. Midori Homestay, Kundasang Sabah

Sumber: Midori Homestay, Kundasang Sabah

Midori Homestay adalah sebuah penginapan yang berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu.


Bayangkanlah keindahan kawasan homestay ini, ditambah lagi dengan lanskap sekitar yang
ditumbuhi rumput segar menghijau, sangat mengasyikkan.
Di halaman homestay ini juga disediakan meja dan kerusi untuk anda sekeluarga bersantai
sambil menikmati pemandangan gunung.

Alamat

Alamat: Kg. Masilou Kundasang, Ranau

23. Kiram’s Village, Jalan Mesilau Golf Club, Kundasang

Sumber: Srikandi Nurul Athiqah

Untuk penginapan yang indah dikelilingi dengan pokok-pokok bunga berwarna-warni, booking
sahaja penginapan di Kiram’s Village, tak perlu pandang penginapan lain lagi kerana chalet dan
bilik yang ditawarkan Kiram’s Village cukup sempurna, harganya pun sangatlah berpatutan.
Lokasinya? Sangat strategik kerana terletak berdekatan dengan beberapa destinasi menarik
antaranya Desa Cattle Dairy Farm.

Alamat Harga Tiket

Alamat: Kiram’s Village, Jalan Mesilau Golf Club, Kundasang

22. Kampong Arnab Kundasang


Sumber: Nur Izzah Afifah

Siapa tak suka haiwan comel ini, bayangkan dikelilingi oleh arnab dimana sahaja anda
berjalan, manja pula tu. Anda dapat merasai pengalaman istimewa ini di Arnab Village
Kundasang. Nak peluk? Usap? Bagi arnab makan? Buatlah apa yang anda suka selagi haiwan
ini terjaga dengan baik.

Dengan bayaran yang murah, anda sekeluarga dapat bermain dengan arnab-arnab yang
terdapat di sini tanpa had masa. Memang best! Tak puas hanya sehari di sini? Anda boleh juga
menginap di homestay yang disediakan, harga homestaynya pun cukup murah.

Alamat Waktu Operasi Harga Tiket

Alamat: Kg Purakagis, Ranau, Sabah

21. Crystal Hill


Sumber: Alinah Ikram

Apa yang anda bayangkan untuk dinikmati di kawasan bukit-bukau? Sudah tentu udara yang
nyaman, cuaca yang sejuk dan pemandangan yang indah terutama sekali pada waktu matahari
naik dan terbenam, inilah yang ditawarkan di Crystal Hill.

Penginapan atas bukit ini lengkap dengan tab mandian air panas, memang terbaiklah dalam
persekitaran yang sejuk macam ni. Terletak berdekatan dengan penginapan ini juga adalah
pasar malam yang dibuka setiap hari, jadi kalau lapar, tak perlulah anda risau walaupun duduk
di kawasan jauh dari pekan.

Alamat Harga Tiket

Alamat: Kundasang 212-89-308, Ranau,Sabah, 89308 Ranau, Malaysia

20. Kundasang War Memorial


Sumber: Borneo Climb & Dive Sdn. Bhd.

Kundasang War Memorial adalah sebuah memorial peperangan yang mula dibuka dari tahun
1962 lagi. Memorial ini dibina untuk memperingati banduan-banduan perang Australia, British
dan masyarakat tempatan yang terkorban sewaktu Perang Dunia Ke-2.

Kawasan memorial ini cukup istimewa, terbahagi kepada 4 taman berbeza, Taman Australia,
Taman Inggeris, Taman Borneo dan Taman Renungan ataupun Muhasabah beserta kolam.

Anda dapat menghidu bau harum bunga ros di Taman Inggeris, di Taman Borneo pula terdapat
pelbagai tumbuh-tumbuhan dari Sabah. Sebuah memorial yang cukup indah dan menenangkan
jiwa.

Alamat Waktu Operasi Harga Tiket

Alamat: 90 Km, Jalan Kundasang Kauluan, Kundasang, 89300, Ranau

19. Nulu Tinorindak Kampung Lembah Pantai


Kundasang
Sumber: Nulu Tinorindak Kundasang

Terletak hanya 10 minit pemanduan dari kawasan Pekan Kundasang, setibanya anda di Nulu
Tinorindak, jangan buang masa lagi, mari mendaki. Pendakian ke puncak Tinorindak ini agak
mencabar juga, tapi ada juga beberapa bahagian di mana tangga-tangga disediakan untuk
memudahkan perjalanan anda.

Bila dah puas mengeluarkan peluh, tiba sahaja di bahagian puncak, hilang segala kepenatan
melihat keindahan sekitar Kundasang dan Gunung Kinabalu. Pendakian yang sangat berbaloi!

Alamat Harga Tiket

Alamat: Nulu Tinorindak, Lembah Permai, Kundasang

18. Hounon Ridge Farmstay & Camping


Sumber: raymond.yk

Betul ke ini Malaysia? Macam susah nak percaya, lihat sahaja keindahan alam di sekitar
Hounon Ridge Farmstay & Camping ini, dengan rumput yang menghijau dan pemandangan
kawasan bukit dan gunung, terasa macam tak mahu ditinggalkan tempat penginapan ini di hari
terakhir penginapan.

Sambil menikmati keindahan alam, jangan lupa untuk membawa bahan-bahan untuk berbbq,
fasiliti bbq disediakan, tapi arang perlu dibawa sendiri.

Dah puas makan-makan, anda boleh berjalan-jalan di sekitar farmstay ini untuk melihat
keindahan taman yang ditumbuhi pelbagai jenis bunga. Jangan lupa untuk membawa kamera!

Alamat

Alamat: Kg Himbaan, Ranau 89308

17. Kinabalu Private Lodges


Sumber: Kinabalu Private Lodges

Untuk penginapan yang penuh privasi dan hanya ditemani bunyi-bunyian alam yang datang
dari kawasan hutan, Kinabalu Private Lodges dapat memberikan anda kedamaian yang tidak
berbelah bagi.

Gunung Kinabalu juga dapat dilihat dengan jelas dari sini. Sudah puas menikmati
pemandangan, anda boleh berjalan-jalan di sekitar Kinabalu Private Lodges yang ditumbuhi
dengan pelbagai jenis bunga dan pokok hijau yang sangat menyejukkan mata.

Alamat Harga

Alamat: AH 150, Kundasang, Bundu Tuhan, Kundasang, Kinabalu National Park

16. Timpohon Gate

Sumber: Kundasang Trips


Sekiranya anda salah seorang manusia lasak yang ingin menakluki Gunung Kinabalu, di sinilah
di mana langkah pendakian anda bermula iaitu di Timpohon Gate.

Kalau masih lagi belum yakin untuk mendaki, anda boleh sahaja melawat kawasan ini untuk
melihat-lihat trek yang disediakan untuk mendaki puncak gunung ini untuk mendapatkan ‘feel’
dulu, apa salahnyakan? Dapatlah juga anda beramah-mesra dengan tupai-tupai comel yang
banyak terdapat di sini sambil menikati pemandangan gunung yang mengujakan.

Alamat

Alamat: Timpohon Gate, Taman Negara Kinabalu

15. Mesilou Highland Strawberry Farm

Sumber: Mesilou Highland Strawberry Farm

Bayangkanlah nikmatnya dapat memetik sendiri buah strawberi untuk terus dinikmati, cukup
indah perasaannya sebab di mana lagi nak jumpa buah strawberi kalau bukan di kawasan
tanah tinggi.

Dengan peluang yang datang sekali-sekala ini, jadikanlah Mesilou Highland Strawberry Farm
salah satu destinasi penting sewaktu bercuti ke Kundasang. Untuk pengetahuan anda,
strawberi yang ditanam di Mesilou Highland Strawberry Farm merupakan strawberi yang
didatangkan dari Jepun dan adalah daripada jenis yang manis. Rugi kalau tak cuba.

Alamat Waktu Operasi

Alamat: Kg.Mesilou, Ranau

14. Puncak Borneo Resort


Sumber: Rizal Hakimm

Dari kawasan Puncak Borneo Resort, anda dapat menikmati keindahan pemandangan gunung
dengan bayu angin yang segar dan sejuk mengusap kulit.

Sekiranya anda menginap di sini, anda boleh mencuba sup tulang di restoran resort, sangat
sesuai untuk dimakan dalam cuaca yang sesejuk ini.

Lokasi resort ini juga sangat sempurna, antara destinasi yang mudah untuk anda sekeluarga
lawati dari resort ini adalah Kolam Air Panas Poring, Desa Dairy Farm, Arnab Village dan
banyak lagi.

Alamat

Alamat: KM 86.3, Jalan KK-Ranau | Simpang Kg. Bundu Tuhan, Ranau

13. Little Hut Kampung Mesilou

Sumber: Little Hut

Dilengkapi dengan kelengkapan moden seperti TV dengan siaran Astro dan pemain DVD, Little
Hut Kampung Mesilou adalah sebuah penginapan yang mesti menjadi salah satu pilihan utama
anda sewaktu ke Kundasang. Dari ruang balkoni penginapan pondok anda yang comel dan
selesa ini anda dapat menikmati pemandangan indah Gunung Kinabalu.

Baca: 31 Destinasi Menarik Di Kota Kinabalu


Bukan itu sahaja, Little Hut Kampung Mesilou turut menawarkan kemudahan yang lengkap
untuk keselesaan para penginap antaranya adalah kemudahan peralatan steamboat, gula,
garam, kopi, teh dan banyak lagi. Bahagian dapurnya juga lengkap dengan pelbagai
kemudahan.

Selain itu, lokasinya agak mantap, terletak berdekatan dengan destinasi menarik, Desa Cattle
Dairy Farm.

Alamat

Alamat: Kampung Mesilou, Kundasang, Ranau

12. Marakau Cabin Lodge

Sumber: Khalifah Media Networks

Penginapan yang murah dengan pemandangan yang indah, boleh anda dapat di KL? Kalau di
Sabah, anda dapat menikmatinya di Marakau Cabin Lodge. Dari harga serendah RM120 anda
dapat melihat pemandangan HD puncak yang tertinggi di Asia Tenggara, tak lain tak bukan,
Gunung Kinabalu yang cukup menakjubkan.

Penginapan kabin yang ditawarkan di sini mempunyai rekabentuk yang unik dan sangat
menarik untuk bergambar. Sediakan kamera dan kliklah sepuas hati anda kerana di mana
sahaja anda pandang, ada sahaja yang menarik hati.

Alamat Harga

Alamat: Marakau Cabin Lodge, Ranau, Sabah

11. Kolam Air Panas Poring


Sumber: Zulaikhä Ghazali

Terletak di kawasan tanah rendah, Kolam Air Panas Poring bukanlah kolam air biasa, kolam air
panas ini kaya dengan kandungan sulfur yang dikatakan baik untuk kesihatan dan dapat
memberikan kesegaran badan serta melegakan sendi yang lenguh.

Kolam ini cukup sesuai bagi mereka yang telah penat mendaki Gunung Kinabalu, boleh hilang
sengal-sengal badan. Untuk pengetahuan anda, kawasan kolam air panas ini dibina oleh
penjajah Jepun, lihat sahaja kawasan di sekitarnya yang ditumbuhi pepohon buluh seperti yang
banyak terdapat di Jepun.

Apa lagi yang menarik tentang kawasan kolam air panas ini? Bagi anda yang tak suka mandi
air panas, anda boleh sahaja memilih untuk bermandi-manda di dalam 2 buah kolam lain yang
diairi air dari gunung ataupun sekiranya anda inginkan mandian yang lebih privasi bersama
keluarga, anda boleh memilih untuk bermandian di kolam tertutup yang disediakan.

Alamat Waktu Operasi Harga Tiket

Alamat: 89300 Ranau, Sabah, Poring Hot Spring

10. Ladang Teh Sabah


Sumber: Arsad Adip

Dikelilingi hutan yang berusia 130 juta tahun, Ladang Teh Sabah menawarkan pemandangan
yang tiada tolok bandingnya digabungkan pula dengan udara pergunungan yang menyegarkan,
ia merupakan ladang teh organik yang seumpamanya yang terletak di Kepulauan Borneo.

Di samping keindahan panorama, banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama
keluarga di sini seperti mendaki Bukit Kamunsu, berjalan di waktu malam untuk melihat
haiwan unik dan banyak lagi.

Baca: 25 Tempat Menarik Di Tawau


Selain itu, di ladang teh yang berketinggian 2272 kaki dari aras laut ini, anda boleh merasai
teh segar dan juga penkek teh yang hanya boleh didapati di sini.

Alamat Waktu Operasi Harga Tiket

Alamat: KM17, Jalan Ranau / Sandakan, Kg. Nalapak, 89309, Ranau

9. Rumah Terbalik Tamparuli


Sumber: 1SABAH

Bagaimana rasanya kalau segala di dunia ini terbalik kecuali badan kita? Terasa seperti
diawang-awangan sebaik anda melangkah masuk ke dalam Rumah Terbalik Tamparuli.

Semuanya yang terdapat di dalam rumah ini terletak di dalam keadaan terbalik. Beginilah
agaknya kalau berumah di angkasa lepas.

Alamat Waktu Operasi Harga Tiket

Alamat: Kampung Telibong, Batu 21, Jalan Telibong, Tamparuli 89250

8. Taman Negara Kinabalu, Kundasang

Sumber: Richard Ker

Taman tertua negeri Sabah ini, Taman Negara Kinabalu, menawarkan banyak aktiviti menarik
bagi para pelawat, antaranya adalah berjalan menuju ke kawasan air terjun yang indah,
memerhati burung, berbasikal, merentas hutan ataupun sekadar bersantai-santai bersama
keluarga sambil menikmati kehijauan alam sekeliling di bawah pondok-pondok yang
disediakan.

Sekiranya anda merentas hutan Taman Negara Kinabalu, anda dapat menyaksikan kekayaan
floranya yang mencangkupi spesies tumbuhan dari Australia, Himalaya, China dan Malaysia
sendiri. Dianggarkan secara keseluruhan flora dan fauna yang terdapat di taman negara ini
adalah dalam sekitar 400 spesies.

Alamat

Alamat: Mount Kinabalu National Park, 89300 Ranau, Sabah

7. Pekan Ranau
Sumber: Ranau Town

Kalau sudah ke Sabah tapi tidak ke Pekan Ranau, macam tak kena pula rasanya kerana di
sinilah terletaknya bermacam-macam tarikan yang bukan sahaja terkenal di Malaysia malahan
di peringkat dunia.

Di Pekan Ranaulah terletaknya Desa Cattle yang dikatakan New Zealand Malaysia, Gunung
Kinabalu, Ladang Teh Sabah, Sungai Moroli dan banyak lagi!

Alamat

Alamat: Pekan Ranau, Ranau, Sabah

6. Pasar Kraftangan Pekan Nabalu


Sumber: Kundasang Trips

Sebelum sampai ke Pekan Kundasang, anda akan menemui pasar yang meriah dengan
pelbagai jenis barangan kraftangan ini yang terletak di Pekan Nabalu. Antara cenderamata
yang terdapat di sini adalah fridge magnet, keychain, t-shirt dan banyak lagi yang boleh anda
berikan kepada orang tersayang sebagai tanda ingatan.

Bagi anda yang nak berjimat, inilah lokasi membeli-belah cenderamata khas untuk anda
kerana harga-harga yang ditawarkan di sini adalah lebih murah daripada di tempat lain, jadi,
rancanglah untuk ke sini ya?

Alamat

Alamat: Pekan Nabalu, 89300 Ranau, Sabah

5. Tugu Replika Kobis Kundasang


Sumber: Borneo Native Adventure & Tours Sdn Bhd

Jangan main-main, kobis pun ada tugu tau. Tugu Kobis ini dapat anda lihat setibanya anda di
Kundasang.

Bukan saja-saja kobis ini dijadikan tugu, tapi ia adalah sebagai lambang kedinginan udara
Kundasang yang juga subur dengan pelbagai tanaman sayur-sayuran yang termasuklah sayur
kobis.

Alamat

Alamat: Pekan Kundasang

4. Mount Kinabalu Holiday Camp


Sumber: 沙巴人情味

Jangan tak perasan pula, Mount Kinabalu Holiday Camp adalah tapak perkhemahan bukannya
rumah penginapan. Oleh itu, kalau anda ke sini, pastikan anda membawa bekalan yang cukup
untuk digunakan sepanjang waktu perkhemahan anda.

Baca: 19 Destinasi Terbaik Di Sandakan


Sekali-sekala mencipta memori yang berbeza bersama keluarga, satu memori yang sukar
dilupakan.

Pengalaman berkhemah di sini bertambah seronok dengan keindahan langit malam yang
meriah dengan kerlipan bintang dan juga pemandangan cahaya matahari naik dan terbenam.
Udara di tapak perkhemahan ini pula sangat melegakan badan, cukup segar.

Alamat Harga

Alamat: Mamut, KM 8, Batu 2, Ranau

3. Mount Kinabalu Heritage & Spa


Sumber: Jeff Andrew

Dari Mount Kinabalu Heritage & Spa ini anda dapat menikmati pemandangan mengasyikkan
tanpa batasan Gunung Kinabalu. Dari sini juga anda dapat melihat sekitar Pekan Kundasang.
Cukup menarik untuk menenangkan fikiran dan hati sambil menghirup udaranya yang sungguh
menyegarkan.

Alamat

Alamat: W.D.T. 11 TA Kinabalu, 89309 Ranau, Sabah

2. Jambatan Gantung Tamparuli

Sumber: I’m from Tamparuli

Terletak bersebelahan dan lebih tinggi daripada jambatan untuk kenderaan adalah Jambatan
Gantung Tamparuli yang dibawahnya mengalir air sungai yang jernih.
Di hujung jambatan ini terdapat papan tanda yang menceritakan kisah disebalik kewujudan
jambatan ini, agak menarik juga kisahnya, nak tahu? Mai datang ke sini.

Alamat

Alamat: Jalan Bontoi, Tamparuli 89250

1. Desa Cattle Dairy Farm

Sumber: Safartrips

Terletak di kaki bukit Gunung Kinabalu adalah New Zealand di negara Malaysia, Desa Cattle
Dairy Farm. Pemandangan sekitarnya sangat menyejukkan mata. Ladang lembu yang
berkeluasan 199 hektar ini juga dipenuhi dengan baka-baka lembu yang didatangkan dari New
Zealand.

Anda boleh mendekati lembu-lembu ini dengan memberikan mereka susu di dalam botol dan
belajar bagaimana susu lembu diperah. Bukan sahaja lembu yang ada di sini, kambing pun ada
untuk anda cuba berikan makanan. Pasti akan menjadi memori yang indah untuk anda
sekeluarga.

Sudah puas melihat pemandangan dan beraktiviti, jangan lupa untuk mencuba susu segar, ais
krim dan juga yogurt yang dihasilkan di ladang ini. Dapat rasa kesegarannya di lidah anda.
Memang cool!

Alamat Waktu Operasi Harga Tiket

Alamat: Desa Dairy Farm, Mesilau

Dengan ini tamatlah sudah senarai tempat menarik di Kundasang, banyak jugakan? Apatah lagi
kalau anda berpeluang untuk meneroka seluruh pelusuk Sabah. Nak tahu di mana lagi tempat
menarik di serata Sabah, jom baca artikel kami, 45 Destinasi Terbaik Di Sabah.

Baca: 25 Homestay Di Kundasang Yang Menarik


Sekiranya anda ingin menginap berdekatan dengan gunung tertinggi di Asia Tenggara dengan
harga yang berpatutan, mai baca artikel berkaitan Hotel Murah di Kota Kinabalu.

Akhir kata, terima kasih kerana membaca sehingga ke penghujung artikel. Nak tunggu apa
lagi? Mari kita ke Sabah bah!

4.3 / 5 ( 44 votes )

Anda mungkin juga menyukai