Anda di halaman 1dari 13

HESSA CREATIVE HOUSE SDN BHD (837884X) $

E K O K E M B A R A

A W A N G
G H A N I

..sebuah kisah penerokaan khazanah alam semulajadi ciptaan Yang Maha Esa yang menusuk jiwa

SERVIS DAN PERKHIDMATAN


Hessa Creative House Sdn Bhd menawarkan pakej-pakej eko-kembara di sebuah daerah yang tersohor dengan khazanah alam semulajadi iaitu di daerah Hulu Dungun, Terengganu. Khazanah alam disini yang berupa hutan dara belantara, sungai-sungai, lubuk-lubuk air ikan tawar bertahap mega, gunung dan air terjun menzahirkan sebuah kawasan makmal flora dan fiona semulajadi tidak berdinding, beratapkan langit, berlantaikan unit yang terlalu banyak tawarannya kepada semua manusia. Kandungan isi alam disini yang tidak ternilai harganya, hanya akan dapat dinikmati oleh sesiapa yang beruntung. Bagi berkongsi khazanah alam yang tidak ternilai ini Hessa Creative House menjalankan Pakej Pakej Eko-Kembara yang dikenali sebagai Pakej Eko-Kembara Awang Ghani seperti berikut: 1. Pakej Eko-Kembara Sungai Perlis, Hulu Dungun, Terengganu 2. Pakej Eko-Kembara Sungai Kerawat, Hulu Dungun, Terengganu 3. Pakej Eko-Kembara Pendakian Gunung Berembun , Air Terjun Chemerong dan Air Terjun Langsir, Hulu Dungun, Terengganu

E K O K E M B A R A A W A N G G H A N I

Air Terjun Chemerong, air terjun tertinggi Asia Tenggara di Hulu Dungun

Pokok Cengal terbesar dunia terletak di Hutan Simpan Pasir Raja, Hulu Dungun

Sungai Bangar yang sungguh nostalgik hanya di Hulu Dungun Air Terjun Lansir, umpama syurga dunia di Hulu Dungun Gunung Berembun,Hulu Dungun

1. PAKEJ EKO-KEMBARA SUNGAI PERLIS, HULU DUNGUN, TERENGGANU


Sungai Perlis adalah salah satu sungai yang menjadi punca kepada Sungai Dungun di Terengganu. Ketamadunan yang paling hampir dengan Sungai Perlis adalah Kampung Pasir Raja dan Kampung Syukur, Hulu Dungun, Terengganu. APA ISTIMEWANYA SUNGAI PERLIS? Sungai Perlis masih kurang diteroka masyarakat luar oleh itu khazanah alamnya masih sangat terjaga. Terdapat beberapa lubuk ikan air tawar mega di sini yang menawarkan banyak spesies ikan seperti kelah, tengas dan sebagainya yang bersaiz besar. Bagi kaki pancing lubuk-lubuk ikan air tawar di sini seumpama syurga ikan air tawar mereka! Sungai Perlis merupakan salah satu daerah bioma (habitat bagi pelbagai jenis spesies flora dan fauna) di Hulu Dungun. Pengunjung bakal didedahkan dengan pengalaman berinteraksi dengan pelbagai spesies flora dan fauna di sini.

E K O K E M B A R A A W A N G G H A N I

JENIS-JENIS PAKEJ EKO-KEMBARA SUNGAI PERLIS


Pakej Kembara Sungai Perlis akan membawa anda ke destinasi lubuk-lubuk ikan air tawar yang berbeza-beza. Peserta boleh memilih destinasi lubuk seperti berikut:

A) Lubuk Terung E K O K E M B A R A A W A N G G H A N I

B) Lubuk Bangkong

C) Lubuk Siam

Lubuk Terung adalah destinasi yang paling kurang hulu manakala Lubuk Siam adalah yang terhulu. Lebih hulunya sesebuah lubuk dijangka lebih banyak hasil tangkapan ikannya.

MAKLUMAT PAKEJ EKO-KEMBARA SUNGAI PERLIS


JANGKAMASA PAKEJ - 3 HARI 2 MALAM TARIKH PAKEJ - Dibuka sepanjang tahun 2013 dan seterusnya. Tempahan pakej perlu dilakukan sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh trip. BILANGAN PESERTA: 12 orang minimun, maksimun tiada had (boleh dibincangkan) TEMPAT BERKUMPUL: Di Kampong Pasir Raja, Hulu Dungun. Peserta disyorkan supaya bermalam di Rest House Pasir Raja bagi memastikan cukup istirehat sebelum memulakan kembara. Caj penginapan dikenakan mengikut harga penginapan yang dikenakan oleh Rest House tersebut . Peserta juga boleh dijemput di Pekan Dungun. Caj pengangkutan akan dikenakan. PENGEMBARAAN BERMULA: 9:00 pagi - Dari jeti Kampong Syukor ke lokasi perkhemahan di lubuk-lubuk yang dipilih i.e Lubuk Terung, Lubuk Bangkong atau Lubuk Siam. Perjalanan bot mengambil masa antara 3-4 jam bergantung kepada destinasi lubuk yang dipilih. JURUPANDU UTAMA: Awang Ghani dan kumpulannya merupakan anak jati Kampung Syukur mempunyai kepakaran yang mendalam di dalam hal ehwal kehidupan hutan dan sungai. MAKANAN DAN MINUMAN: Bekalan makanan seperti beras, bawang, minyak perlu dibawa sendiri oleh peserta. Tong gas dan perlatan memasak akan disediakan oleh pihak penganjur. PERALATAN: Khemah tidur dan alatan memancing boleh dibawa sendiri. Caj RM10 akan dikenakan bagi setiap khemah yang dibekalkan oleh pihak penganjur. Lain-lain keperluan khemah seperti khemah untuk memasak dan beristerehat akan disediakan oleh pihak penganjur. HASIL PANCINGAN: Apa yang ditangkap bolehla dibawa pulang perserta. Ais boleh dibeli di Kampung Syukur sebelum bertolak. Umpan-umpan yang bersesuaian adalah belalang dan cacing. TARGET IKAN: Ikan Kelah, Sebarau, Tengas dll. KOS: A) Lubuk Terung : RM 250 seorang B) Lubuk Bangkong: RM 280 seorang C) Lubuk Siam : RM300 seorang DEPOSIT: Perlu menyerahkan deposit sebanyak RM150 setiap peserta seminggu sebelum tarikh trip. No. Akaun CIMB - 0516 0011 04 4521 . Nama - Mohd Ashik Bin Abdul Rahman PERHATIAN: Trip akan berjalan sekiranya ahli mencukupi. Sekiranya ahli tidak mencukupi atau cuaca tidak mengizinkan maka trip akan dibatalkan. Deposit 5 akan dipulangkan 100%.

E K O K E M B A R A A W A N G G H A N I

AKTIVITI-AKTIVITI SEPANJANG EKO-KEMBARA SUNGAI PERLIS


Berkhemah

E K O K E M B A R A A W A N G G H A N I

Memancing Menjala Fotografi bebas merakam berbagai khazanah alam Pendedahan tentang penggunaan tumbuh-tumbuhan herba dan pokok-pokok kayu Night trekking

2. PAKEJ EKO-KEMBARA SUNGAI KERAWAT, HULU DUNGUN, TERENGGANU


Terletak di hulu Sungai Kerawat ialah lubuk Sungai Kerawat yang memanjang sejauh lebih 300 meter antara lubuk terpanjang di Malaysia Secara geografi, Lubuk Sungai Kerawat di apit oleh banjaran tanah tinggi oleh itu berada di dalam keadaan yang terlindung. Hutan sekelilingnya membekalkan sumber air bertapis bersih dengan proses tadahan/tapisan semulajadi. Topografi muka buminya mendatar sepanjang lubuk menjadikan aliran arusnya lembut. Kriteria-kriteria ini menjadikan lubuk ini habitat semulajadi yang sangat sesuai bagi pembesaran anak-anak Kelah, Tengas, Kerai dan bermacam-macam spesies ikan lain yang terancam. .Anak-anak kelah dan bagoh di sini cukup jinak memakan lebihan makanan yang dihulur. Pengunjung bakal menyaksikan dengan "naked eye" para penghuni Lubuk Sungai Kerawat mundar-mandir sepanjang lubuk. Kelah, Tengas, Sebarau, Patung, Nyenuar, Kerai Jelawat dan Peroi menjadi tujuan utama pengunjung sanggup berusaha untuk sampai ke lubuk ini. Tangkapan yang diidamkan di sini adalah Kelah Merah dan Kejor/Tengas yang boleh mencecah saiz trofi. Sungai Kerawat adalah salah satu daerah bioma terbesar (habitat bagi pelbagai jenis spesies flora dan fauna) di Hulu Dungun. Dalam tempoh sekejap sahaja pengunjung mengembara meneroka masuk ke Sungai Kerawat pengunjung bakal didedahkan dengan pengalaman berinteraksi dengan pelbagai spesies flora dan fauna di sini. Eko-Kembara Sungai Kerawat menjanjikan sebuah pengalaman trip kenangan sekali seumur hidup.

E K O K E M B A R A A W A N G

G H A N I

Pasangan tapir berendam di Sungai Kerawat

Lubuk Sungai Kerawat

Bekas tapak kaki Pak Belang yang berhabitat di Sungai Kerawat

E K O K E M B A R A A W A N G G H A N I

MAKLUMAT PAKEJ EKO-KEMBARA SUNGAI KERAWAT


JANGKAMASA PAKEJ - 3 HARI 2 MALAM TARIKH PAKEJ - Dibuka sepanjang tahun 2013 dan seterusnya. Tempahan pakej perlu dilakukan sekurang-kurangnya dua sebelum tarikh trip. BILANGAN PESERTA: 20 orang minimun, maksimun tiada had (boleh dibincangkan) TEMPAT BERKUMPUL: Di Kampong Pasir Raja, Hulu Dungun. Peserta disyorkan supaya bermalam di Rest House Pasir Raja bagi memastikan cukup istirehat sebelum memulakan kembara. Caj penginapan dikenakan mengikut harga penginapan yang dikenakan oleh Rest House tersebut . Peserta juga boleh dijemput di Pekan Dungun. Caj pengangkutan akan dikenakan. PENGEMBARAAN HARI PERTAMA BERMULA: 8:00 pagi - Trekking bermula dari Kampung Pasir Raja ke Hutan Simpan Pasir Raja menuju ke Sungai Dungun. Dari Sungai Dungun trekking ke Sungai Roh. Keseluruhan jangkamasa trekking untuk sampai ke tapak perkhemahan Sungai Roh adalah lebih kurang 7 jam. Peserta akan bermalam di Sungai Roh. PENGEMBARAAN HARI KEDUA BERMULA : 8:00 pagi - Trekking dari Sungai Roh ke Sungai Kerawat dalam jangkamasa lebih kurang 3 jam. Peserta akan menjalakan pelbagai aktiviti di Sungai Kerawat seperti memancing, menjala dan sebagainya. Peserta akan trekking semula ke Sungai Roh dan akan bermalam di sana. Dari Sungai Roh para peserta akan trekking pulang ke Kampung Pasir Raja pada keesokkan harinya. JURUPANDU UTAMA: Awang Ghani dan kumpulannya merupakan anak jati Kampung Syukur mempunyai kepakaran yang mendalam di dalam hal ehwal kehidupan hutan dan sungai. MAKANAN DAN MINUMAN: Bekalan makanan seperti beras, bawang, minyak perlu dibawa sendiri oleh peserta. PERALATAN: Khemah tidur dan alatan memancing boleh dibawa sendiri. Caj RM10 akan dikenakan bagi setiap khemah yang dibekalkan oleh pihak penganjur. HASIL PANCINGAN: Apa yang ditangkap bolehla dibawa pulang perserta. Kebiasaannya ikanikan akan disalai sebelum dibawa pulang. Umpan-umpan yang bersesuaian adalah belalang dan cacing. TARGET IKAN Ikan Kelah, Sebarau, Tengas dll. KOS: RM350 seorang DEPOSIT: Perlu menyerahkan deposit sebanyak RM150 setiap peserta seminggu sebelum tarikh trip. No. Akaun CIMB - 0516 0011 04 4521 . Nama - Mohd Ashik Bin Abdul Rahman PERHATIAN: Trip akan berjalan sekiranya ahli mencukupi. Sekiranya ahli tidak mencukupi atau cuaca tidak mengizinkan maka trip akan dibatalkan. Deposit akan dipulangkan 100%.

AKTIVITI-AKTIVITI SEPANJANG EKO KEMBARA SUNGAI KERAWAT


Berkhemah

E K O K E M B A R A A W A N G G H A N I

Memancing Menjala Explorasi flora dan fauna Fotografi bebas merakam berbagai khazanah alam Pendedahan tentang penggunaan tumbuh-tumbuhan herba dan pokokpokok kayu Night trekking
Tapir Sungai Kerawat Tapak kaki Pak Belang antara penghuni Sungai Kerawat

Spesies ulat bulu ala-ala bendera Negeri Sembilan yang berhabitat di Sungai Kerawat

3. PAKEJ EKO-KEMBARA PENDAKIAN GUNUNG BEREMBUN , AIR TERJUN CHEMERONG DAN AIR TERJUN LANSIR, HULU DUNGUN
Semuanya bermula di Hutan Lipur Sungai Chemerong, salah satu hutan lipur terbesar Hulu Dungun, di mana terletaknya pintu masuk ke Gunung Berembun dan lokasi dua syurga air terjun - Air Terjun Chemerong dan Air Terjun Lansir.

E K O K E M B A R A A W A N G G H A N I

Pakej bermotif serampang dua mata akan membawa anda ke suatu kembara pendakian Gunung Berembun yang berketinggian 1,108 meter / 3,405 kaki dan penerokaan dua syurga air terjun iaitu Air Terjun Chemerong yang merupakan air terjun tertinggi di Asia Tenggara pada ketinggian 302 meter dan syurga Air Terjun Lansir yang merupakan merupakan hamparan batu bertingkat dengan kolam bertakungan dengan air sejernih kristal membentuk air terjun rendah. Air Terjun Lansir mempunyai tujuh kolam di puncaknya yang dipercayai mengikut cerita mitos dimiliki oleh Puteri Ulik Mayang pada zaman dahulu kala. Antara aktiviti sepanjang kembara ialah berkhemah, explorasi flora dan fauna seperti spesis-spesis orkid liar, pepohon Leptospermum ala bonsai, fotografi bebas , melihat matahari terbit dan berbagai landskap indah anugerah Ilahi

10

MAKLUMAT PAKEJ EKO-KEMBARA PENDAKIAN GUNUNG BEREMBUN , AIR TERJUN CHEMERONG DAN AIR TERJUN LANSIR
JANGKAMASA PAKEJ - 3 HARI 2 MALAM TARIKH PAKEJ - Dibuka sepanjang tahun 2013 dan seterusnya. Tempahan pakej perlu dilakukan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum tarikh trip. BILANGAN PESERTA: 12 orang minimun, maksimun tiada had (boleh dibincangkan) TEMPAT BERKUMPUL: Di Kampong Pasir Raja, Hulu Dungun. Peserta disyorkan supaya bermalam di Rest House Pasir Raja bagi memastikan cukup istirehat sebelum memulakan kembara. Caj penginapan dikenakan mengikut harga penginapan yang dikenakan oleh Rest House tersebut . Peserta juga boleh dijemput di Pekan Dungun. Caj pengangkutan akan dikenakan. PENGEMBARAAN HARI PERTAMA BERMULA: 8:00 pagi bertolak ke Hutan Lipur Chemerong, Hulu Dungun dari Pasir Raja. Sampai di kaki Air Terjun Chemerong akan mendaki naik sampai ke Kem Balak, yang merupakan check-point pertama . Jangkamasa pendakian adalah lebih kurang 4 jam. Selepas makan tengahari dan beristerehat akan meneruskan pendakian ke Kem Y juga mengambil masa lebih kurang 4 jam perjalanan. Bermalam di Kem Y. PENGEMBARAAN HARI KEDUA BERMULA : 3:00 pagi dari Kem Y mendaki ke puncak Gunung Berembun, dalam jangkamasa 3 jam pendakian akan sampai ke puncak gunung. 6 :00 pagi akan melihat matahari terbit. Meluangkan masa sehinga 5-6 jam di sini dan pada 1 :00 tengahari akan turun ke Air Terjun Langsir. Bermalam di Air Terjun Langsir. PENGEMBARAAN HARI KE 3 BERMULA : 8 :00 pagi dari Air Terjun Langsir akan ke kaki Air Terjun Chemerong dan seterusnya ke Kampung Pasir Raja semula. JURUPANDU UTAMA: Awang Ghani dan kumpulannya merupakan anak jati Kampung Syukur mempunyai kepakaran yang mendalam di dalam hal ehwal kehidupan hutan dan sungai. MAKANAN DAN MINUMAN: Bekalan makanan seperti beras, bawang, minyak perlu dibawa sendiri oleh peserta. PERALATAN: Khemah tidur dan alatan memancing boleh dibawa sendiri. Caj RM10 akan dikenakan bagi setiap khemah yang dibekalkan oleh pihak penganjur KOS: RM160 seorang DEPOSIT: Perlu menyerahkan deposit sebanyak RM50 setiap peserta seminggu sebelum tarikh trip. No. Akaun CIMB - 0516 0011 04 4521 . Nama - Mohd Ashik Bin Abdul Rahman PERHATIAN: Trip akan berjalan sekiranya ahli mencukupi. Sekiranya ahli tidak mencukupi atau cuaca tidak mengizinkan maka trip akan dibatalkan. Deposit akan dipulangkan 100%.

E K O K E M B A R A A W A N G G H A N I

11

KEINDAHAN ALAM MAYA YANG MEMUKAU DAN MEMIKAT JIWA DI GUNUNG BEREMBUN, AIR TERJUN CHEMERONG DAN AIR TERJUN LANSIR

E K O K E M B A R A A W A N G G H A N I

12

TEMPAHAN PAKEJ EKOKEMBARA AWANG GHANI


E K O K E M B A R A A W A N G G H A N I

Hubungi: Mohd Ashik Bin Abdul Rahman Telefon: +0126242760 Email : mohdashiku@gmail.com Blogspot: http://mohdashi.blogspot.com/ Alamat Syarikat: Hessa Creative House Sdn Bhd No 22 RK5/12, Rasah Kemayan Golf and Country Resort, 70300, Seremban, Negeri Sembilan

13

Anda mungkin juga menyukai