Anda di halaman 1dari 8

Muzium Negeri Sabah

Ladang Lembu Mosilou

Rumah Terbalik

Rumah Terbalik

Rumah Terbalik

Ladang Teh Sabah Tea

Kampung Budaya Monsopiad.

Universiti Malaysia Sabah (UMS

Pasar Malam Kampung Air

Kinabalu Park di Kundasang

Fairy Farm di Mesilau

Kundasang War Memorial

Canopy Walkway, Sabah

Tagal Sungai Moroli, Kampung Luanti (Ranau)

Buah Tarap kat Kundasang

Jambatan Tamparuli

Home > Percutian > Tentatif Ringkas Percutian ke Sabah 4 Hari 3 Malam

Tentatif Ringkas Percutian ke Sabah 4 Hari 3


Malam
173524

Bila bercakap pasal Kota Kinabalu, Sabah, perkara pertama terlintas di fikiran kita adalah sudah tentu
Gunung Kinabalu yang tinggi, pulau-pulau yang cantik, dan juga makanan laut yang segar dan murah!
Percutian ke Sabah ini, anggarannya hanya RM835 sahaja untuk seorang termasuk tiket flight.
Ungkapan yang berbunyi, Boleh bah, kalau kau, sesuatu yang cukup popular di Sabah yang jika
diterjemahkan dalam bahasa anak muda di semenanjung, ia berbunyi, engko punya pasal, tak de hal lah
bro atau dalam erti kata lain kita bersetuju atas tindakan sahabat kita itu.
Layan gambar pemandangan sekitar Kota Kinabalu & Kundasang dulu

Rumah Terbalik

Rumah Terbalik

Gunung Kinabalu dari Desa Lembu!

Gunung Kinabalu Mile Lodge 36

Titian Gantung

Gunung Kinabalu dari Desa Lembu!

Pulau Manukan, Sabah

Rumah Terbalik

Sedikit Informasi Tentang Sabah

Sabah adalah salah satu daripada 13 negeri yang terdapat di Malaysia dan merupakan negeri kedua
terbesar di Malaysia selepas Sarawak yang terletak di utara pulau Borneo, iaitu pulau ketiga yang terbesar
di dunia.
Ibu negeri Sabah ialah Kota Kinabalu, yang dahulunya dikenali sebagai Jesselton. Ia juga popular dengan
panggilan KK sahaja. Sabah juga sering dirujuk sebagai Negeri di Bawah Bayu kerana kedudukan negeri
tersebut yang sangat strategik di bawah laluan angin monsun.

Tentatif Percutian ke Sabah: 4 Hari 3 Malam

Untuk pengetahuan: Buat masa sekarang kami hanya menawarkan pakej ke Sabah untuk
minimum 5 ORANG. BOOK NOW
Ramai pelancong singgah di bandaraya ini untuk melancong ke Taman Laut Tunku Abdul Rahman atau
mendaki Gunung Kinabalu. Sebenarnya terdapat banyak tempat-tempat menarik di KK yang boleh
dilawati dan kali ini kami kongsikan tentatif ringkas ke Sabah, untuk 4 Hari 3 Malam.
Berikut adalah tentatif yang paling ringkas dan bajet untuk ke Sabah:
Hari Pertama Tiba di Airport KKIA (12PM) dan terus ke Kundasang
Setibanya di Airport, sewa kereta dan teruskan perjalanan ke Kundasang. Untuk menyewa kereta, kami
sarankan untuk menyewa dengan N HELZY RENT A CAR, KOTA KINABALU, SABAH. Mudah
bicara dan berpatutan.
Contact:
Enjoy 2 jam perjalanan ke Kundasang. Dalam Perjalanan singgah sekejap di rumah terbalik:

1:30PM

Rumah Terbalik and Jambatan Tamparuli.

3:30PM

Kemudian berhenti di Pekan Nabalu untuk berehat.

4:00PM

Check-in at Mile 36 Lodge [BOOK NOW] atau manamana hotel yang berdekatan dengan Taman Negara
Kinabalu.

5:00PM

Terus pergi melawat tempat menarik seperti:Taman Negara Kinabalu (Kinabalu National Park),
Botanical Garden, Nature Gallery & Timpohon Gate

Masa lapang, boleh overnight kat Kundasang.


Nota Kaki: Jika masa tidak mencukupi untuk melawat di kesemua tempat pada hari pertama, boleh sambung pada
keesokan hari.

Hari ke 2 Poring Hot Spring / Kota Kinabalu


Check-out dari hotel dan terus pergi melawat kawasan sekitar Kundasang dan Ranau.
8:00AM

Desa Dairy Farm (Mini New Zealand)


Untuk pemandangan yang cantik dan bergambar
dengan berlatar belakangkan Gunung Kinabalu, elok
pergi Desa Dairy Farm pada waktu pagi sebelum pukul

9 AM. Kerana lepas pukul 9, awan akan menghalang


pemandangan gunung. Kalau bernasib baik boleh la
tengok juga walaupun lepas pukul 9.

10:00AM

Kundasang War Memorial

12:00PM

Poring Hot Spring; boleh cuba pengalaman di Titian


Gantung atau Canopy Walkway. Selepas itu, mandi air
panas.

3:00PM

Ladang Teh Kundasang

4:00PM

(OPTIONAL) Kg Luanti Fish Massage

5:00PM

OTW to KK
(OPTIONAL) Dalam perjalanan ke KK, singgah di:
Pekan Kundasang fresh vegetables/fruits market.

8:00PM

Sampai KK. setiba di kk, check in at hotel Ocenia


Hotel [BOOK NOW]. kalau boleh cari dan book hotel
yang berdekatan dengan pasar malam. Mudah untuk
pergi makan seafood.

Hari pertama sampai kat Airport KK sama ada KKIA (Kota Kinabalu International Airpot) T1 atau KKIA
T2, korang boleh terus check in hotel kat area Bandar Kota Kinabalu (KK). Banyak hotel kat Bandar KK ni
dari yang harga RM68 sehingga RM146 untuk range sederhana, Contohnya macam hotel Tang Dynasty
(hotel ni agak 'berusia'), Yaho Hotel, Hotel Sadong, dan lain-lain. Kebanyakkan hotel-hotel ni tak include
sarapan pagi kecuali hotel Shangri-La Bandaran (recommended) dengan Zara Boutique Hotel. Ini
yang aku pernah check in.
Untuk hotel yang range harga dia tinggi, korang boleh check in kat hotel sekitar Gaya Street kat KK tu
dengan harga RM180-RM400 untuk 1 malam. Hotel yang range harga camni aku tak pernah masuk lagi,
dan aku rasa kompom la mesti ada include sarapan pagi tul tak? Apa-apapun pasal hotel ni takyah risau la
sebab kat sekitar Bandar KK ni hotel memang berlambak. Pilih je yang mana berkenan. Nama hotel yang
aku mention kat atas tu semua aku berkenan, lagi-lagi Zara Boutique Hotel. Ada jugak hotel murah
dalam RM60 satu malam dekat area kampung Air Kota Kinabalu tu, ataupun Promenade Apartment.
Kalau datang ke Sabah beramai-ramai, elok duduk Homestay je kan?

Nabalu Market, Kundasang Sabah

Rehat secukupnya pada hari korang sampai tu, atau korang boleh jalan-jalan sekitar Bandar KK ni untuk
meninjau-ninjau budaya orang Sabah yang peramah dan cantik-cantik. Aku cadangkan untuk hari
pertama hanya untuk berjalan-jalan je sekitar Bandar KK (atau sekitar hotel kat mana korang duduk)
sebelum menempuh hari esok. Kat sekitar KK ni korang leh pergi Suria Sabah ataupun ke Sinsuran cari
manik murah. Biasanya malam ramai pelancong akan ke Pasar Pilipin.

Pulau Sapi

Dah cukup rehat? Hari kedua korang bangun awal sikit (dalam pukul 0700hrs) dan boleh terus ke
Jesselton Point kat Bandar KK ni (betul2 sebelah Suria Sabah) untuk mengalami pengalaman ke Pulau.
Sampai je kat Jesselton Point terus beli tiket untuk ke Pulau pilihan korang, sama ada Pulau Manukan,
Sapi atau Mamutik. Ketiga-tiga pulau ni best, airnya jernih tapi Manukan menjadi pilihan aku la sebab
ruang
berlari-larinya
yang
luas.
Jangan lupa untuk sewa peralatan snorkel masa kat Jesselton Point tu bagi yang nak bersnorkeling la
(additional). Masa beli tiket, orang kaunter tu akan tanya pukul berapa korang nak balik, sebab bot nak
datang pick up korang lepas korang selesai berkelah kat pulau tu. Dah Penat balik dari Pulau, korang
berehatlah kat Hotel bagi caj balik tenaga untuk perjalanan keesokan hari.
Hari ketiga aku cadangkarn korang check out dari Hotel dan terus menuju ke Kundasang. Perjalanan ke
Kundasang ambik masa lebih kurang 2-3 jam naik kereta. Tempat pertama korang perlu singgah bila
sampai ke sini adalah (cadangan aku) terus ke Kampung Luanti. Kat situ korang akan 'bermain' ikan
sambil ikan tu berenang-renang sambil 'mengurut' kaki korang. Habis je dari Kg Luanti ni, singgah kejap
kat Ladang Teh Sabah, sebelah je pun. Lepas tu terus menuju ke Poring Hot Spring. Kat sini ada Canopy
Walk dan Hot Spring. Owh ya, air terjun pun ada, cantik tau.

Pemandangan kat Kiram Village

Pemandangan kat Kiram Village

Pemandangan kat Kiram Village

Boleh nampak gunung kinabalu waktu pagi2 kat sini.

Habis je aktiviti korang kat sini korang boleh terus menuju ke Desa Dairy Farm, kat sini korang akan
tengok pemandangan yang cantik menghijau, ada lembu-lembu susu dan korang boleh gak beli susu segar
kat sini. Rasanya sampai petang jugak la korang akan berada kat sini dan dinasihatkan supaya korang stay
je kat area Kundasang ni sebab kalau nak balik pun dah malam, banyak kabus so aku cadangkan korang
stay kat Hotel atau Chalet sekitar Kundasang. Kalau aku, aku sarankan korang stay kat Kiram Village,
range harga dari RM90-110 untuk 1 malam. Stay 1 malam kat sini dan esok pagi boleh terus balik ke KK.

Pertunjukan Air Pancut di Perdana Park

Inilah serba sedikit post ringkas aku (tanpa sebarang rangka isi penulisan) untuk panduan bagi yang betulbetul clueless untuk bercuti kat Sabah ni. Apa yang aku tuliskan ni berdasarkan pengalaman aku yang tak
berapa. Jadi mungkin ada kekurangan kat beberapa isi. Aku dalam perancangan untuk membuat panduan
yang lebih lengkap lagi lepas ni. Jadi untuk masa sekarang kalau ada sebarang pertanyaan boleh la tanya
kat ruangan komen.

Bagi yang nak cari sewa kereta sekitar Kota Kinabalu ni, boleh la hubungi aku. Tapi aku cuma ada
kereta Perodua Axia (Manual) dan Saga BLM (auto) la untuk disewa (buat masa ni), kereta-kereta besar
belum ada, tapi kalau nak boleh diusahakan. Bayaran untuk sewa Perodua Axia ni dalam RM100 sehari,
Saga BLM 120 sehari. Dan ada diskaun lagi untuk sewa kereta untuk 3 hari dan keatas. Ok sape yang nak
sewa kereta, insyaAllah aku boleh tolong carikan. Boleh terus baca kat artikel aku yang bertajuk Sewa
Kereta di Kota Kinabalu Sabah. Elok terus tempah kereta awal sebelum jejak kaki ke Sabah kan?

Anda mungkin juga menyukai