Anda di halaman 1dari 1

Cerpen : YURAN

Omar Mamat

Sinopsis

Amin meminta wang sebanyak RM60.00 daripada emaknya, Mak


Jah untuk membayar yuran sekolah. Mak Jah tidak dapat memberi
kerana tiada wang. Di sekolah, Cikgu Arsad mendesak Amin
membayar yuran sukan dan yuran PMR esok. Desakan itu
membuatkan Amin berasa malu dan tertekan, lalu mengambil
keputusan ponteng sekolah.

Ketika dia sedang melihat permainan video, dia dilanggar dari


arah sisi oleh seseorang, menyebabkan buku dalam begnya
bertabur. Seorang wanita menjerit meminta pertolongan.
Beberapa orang pemuda dilihatnya berlari-lari ke satu arah. Amin
segera mengejar pemuda itu dan berjaya menangkap lelaki itu.
Anggota polis segera memberkas pemuda tersebut.

Wanita yang dibantu tadi menyoal Amin. Apabila dirinya


dikatakan ponteng sekolah, Amin segera meninggalkan wanita
itu. Apabila Amin tiba di rumah dan melihat Amin tidak membawa
beg, Mak Jah tahu anaknya ponteng sekolah. Ketika Mak Jah
sedang meleteri akan sikap Amin, wanita tadi muncul dengan
keretanya. Wanita itu menceritakan hal yang sebenar kepada Mak
Jah. Kemudian wanita tersebut menyerahkan sedikit wang
sebagai membalas jasa Amin. Amin berasa terharu dan berjanji
akan meneruskan cita-citanya.

Anda mungkin juga menyukai