Anda di halaman 1dari 36

Pemahaman Konsep Moral

 Pemahaman Konsep Moral


 Etika, Nilai dan Moral
 Pernyataan Normatif & Deskriptif
 Prinsip asas nilai
 Perbezaan asas nilai etika
 Etika atau ethics berasal dari perkataan yunani
iaitu ‘ethos’ yang bermaksud adat atau kegunaan.
 Etika membawa maksud perwatakan, tingkah laku
dan SEKUMPULAN PRINSIP MORAL yang
mempengaruhi KELAKUAN.
 Etika juga didefinisikan sebagai suatu SET nilai,
norma serta asas moral yang menentu dan
MEMBEZAKAN SESUATU TINDAKAN MANUSIA itu
sama ada betul atau salah, baik atau buruk.
 Berdasarkan definisi etika tersebut, maka kod
etika ditakrifkan sebagai etika yang dibentuk
secara formal, ditulis dengan jelas dan
dinyatakan dalam bentuk yang sistematik.
 Perkataan Moral berasal dari Bahasa Latin
iaitu ‘mores’ yang ditakrifkan sebagai
kesusilaan, adab, sopan santun dan tradisi.
 Moral merupakan pengetahuan tentang budi
pekerti manusia yang beradab. Moral juga
bererti ajaran yang baik dan buruk perbuatan
dan kelakuan (akhlak).
 Moralisasi, bererti huraian (pandangan,
ajaran) tentang perbuatan dan kelakuan yang
baik.
 Demoralisasi, bererti kerosakan moral.
 Kamus Dewan (1995) mendefinisikan Nilai sebagai
taksiran harga, harga sesuatu dibandingkan dengan
harga benda yang lain, darjat, kualiti, mutu, taraf dan
sifat ketinggian, contohnya pemikiran, agama,
kemasyarakatan dan lain-lain.

 Nilai adalah sesuatu yang abstrak, bukan konkrit.

 Nilai hanya boleh difikirkan, difahami, dan dihayati.

 Nilai juga berkaitan dengan cita-cita, harapan,


keyakinan, dan hal-hal yang bersifat batiniah.
 Menilai bererti menimbang, iaitu kegiatan manusia
yang menghubungkan sesuatu dengan sesuatu yang lain
untuk mengambil satu keputusan.
 Moral juga bersifat praktikal kerana moral
merupakan disiplin yang memberitahu
apakah sistem moral yang dihayati oleh
sesuatu masyarakat
 Etika pula bersifat teoretikal kerana etika
mengkaji, menganalisis dan mengkritik
sistem moral tersebut.
 Pernyataan Normatif
 Boleh dikategorikan kepada dua:
 Normatif Moral
 Normatif bukan moral
 Pernyataan normatif moral adalah penegasan
atau pernyataan yang melahirkan atau
menyatakan pertimbangan nilai kita.
 Menggunakan pernyataan ini untuk
menegaskan bahawa sesuatu itu baik atau
jahat, benar atau salah.
 Mengigit telinga adalah salah
 Mencuri adalah salah
 Menderma ialah baik
 Membantu merupakan perbuatan yang baik
 Menurut Abd. Rahman Aroff (1999) :
terdapat 2 cara untuk menggunakan istilah
baik, buruk, benar, salah dan sebagainya.
 2 Cara tersebut ialah:
a) Menilai PERBUATAN individu
b) menilai CIRI perwatakan ataupun MOTIF
 Juga dikenali sebagai pertimbangan
nilai obligasi atau deontic
 Tidak mengambil kira KESAN
perbuatan tersebut.
 Contoh:
 Kita sepatutnya menepati janji
 Kita tidak boleh paksa orang untuk ikut arahan
 Juga dikenali sebagai pertimbangan
moral aretaic.
 Contoh:
 Ali ialah seorang budak yang baik
 Menggantung penjenayah adalah perbuatan yang
baik.
 Terdapat dua kaedah apabila
membuat pernyataan normatif ini.
a) Menasihati / menentukan patut atau
tidak “Jangan malas berusaha”
b) Memerintahkan / arahan
“Peraturan kolej ini mesti dipatuhi”
 Pernyataan atau ayat yang mempunyai
nilai selain dari nilai moral.
 Domain bukan moral. Domain yang merujuk
kepada:
 Agama atau rohani
 Estestika (keindahan/keselesaan)
 Ekonomi
 Intelek
 Kebendaan dan fizikal
(Keselamatan/pembangunan)
 Politik
 Sosial
 Frankena (1973) : istilah-istilah nilai
bukan moral digunakan untuk menilai
sesuatu BENDA lain.
 Contoh:
 Buku ini sangat baik
 Abd. Rahman Aroff (1999):
 Pernyataan deskriptif = Pernyataan Bukan
Normatif
 BEBAS daripada sebarang NILAI atau tidak
berkatian dengan nilai moral
 Pernyataan value-neutral
 Berbentuk LAPORAN
 Pernyataan yang menyatakan FAKTA atau LOGIK
 Contoh bagi pernyataan deskriptif:

 Bas ini berwarna kuning


 Bas ini besar
 Moral = Nilai, tetapi bukan semua
nilai adalah moral.
 Rokeach, M. (1973): Nilai boleh
BERUBAH tetapi masih stabil dalam
kehidupan seseorang dan masyarakat.
 Contoh:
 Nilai masyarakat di Malaysia berbeza dengan
masyarakat di England.
 Eow B.H. (2001) – Nilai mempunyai pelbagai
fungsi.
 Fungsi-fungsi nilai:
 Sebagai satu KRITERIA, piawaian, garis panduan
(Standard)
 Sebagai satu TUNJUK ARAH, rujukan
dan panduan.
 Sebagai BATASAN (Restriction).
 Dalam asas nilai etika, terdapat banyak CARA
atau konteks dalam menggunakan sesuatu nilai.
 Berikut merupakan tiga konteks utama yang
membantu seseorang itu memahami sesuatu
nilai:

 Nilai yang digunakan untuk menunjukkan HUBUNGAN


antara nilai:
 Nilai instrumental / Ekstrinsik
 Nilai Intrisik

 Nilai yang menunjukkan PANDANGAN:


 Nilai subjektif
 Nilai Objektif

 Nilai untuk menunjukkan APA YANG DINILAI:


 Nilai Relatif
 Nilai Absolute / Mutlak
 Kualiti yang diterima / ditolak sebagai
alat untuk mencapai matlamat.
 BERGANTUNG kepada nilai lain
untuk mencapai sesuatu matlamat.
 Nilai peringkat kedua (Second order value)
seperti berani, rajin dan sebagainya.
 Contoh:
 Mengenakan hukuman bunuh (1) kepada
pengedar dadah bagi menghapuskan kegiatan
dadah(2).
 Kualiti yang diterima atau ditolak semata-mata
kerana PERBUATAN itu baik atau buruk TANPA
mengira KESAN.

 Tidak bergantung kepada nilai lain untuk


mencapai matlamat. Nilai tersebut sendiri
adalah matlamat akhir.

 Dipanggil sebagai first order value

 Contoh:
 Membunuh ialah perbuatan yang tidak baik.
 Kualiti yang diterima atau ditolak
melalui pandangan INDIVIDU.

 Pandangan PERIBADI menentukan sesuatu


itu baik ataupun buruk.

 Contoh:
 Ali tidak menyukai Program Latihan Khidmat
Negara (PLKN)
 Kualiti yang bernilai atau sebaliknya yang
bebas daripada pandangan peribadi.

 Ditentukan dengan PANDANGAN


UMUM/ORANG ramai tentang baik atau buruk
sesuatu nilai tersebut.

 Contoh:
 Masyarakat Malaysia tidak bersetuju dengan
pencerobohan Israel dalam negara Palestin.
 Nilai yang diterima atau ditolak oleh
PERATURAN sesuatu MASYARAKAT untuk
mencapai matlamat masyarakat tersebut.

 Ianya tidak sempurna, berbeza-beza dan


selalu berubah-ubah.

 Contoh:
 Di Belanda (Netherlands) membolehkan
rakyatnya berkahwin sesama jenis.
 Nilai yang TIDAK TERIKAT dengan
peraturan umum masyarakat.
 Nilai ini diterima umum pelbagai masyarakat
dan TERBUKTI sebagai baik atau buruk.
 Contoh:
 Mengambil dadah itu perkara yang tidak baik.
 Berikan maksud Moral.
 Berikan maksud Etika.
 Berikan perbezaan antara moral dan etika.
 Tuliskan 2 pernyataan normatif tentang
rumah tersebut.
 Tuliskan 2 pernyataan deskriptif tentang
rumah tersebut.
Bab 1

Anda mungkin juga menyukai