Anda di halaman 1dari 12

SJK ( C ) PEI HWA JB

BAHASA MELAYU ( PEMAHAMAN ) TAHUN 4


PENILAIAN 2 (MEI 2016)

Nama : __________________ ( ) Markah : ____________ %


Kelas :4( ) Tarikh : ______ /5/2016
T/tangan Ibu Bapa: _______

MASA : 1 JAM 15 MINIT

Arahan :Kertas soalan ini mengandungi DUA bahagian iaitu Bahagian A dan
Bahagian B. kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua
bahagian. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A mengandungi empat pilihan jawapan
iaitu A, B, C dan D. Kamu dikehendaki memilih satu jawapan sahaja. Kemudian
tandakan jawapan anda dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.
Bagi soalan Bahagian B, jawab dalam kertas soalan.

Bahagian A (Soalan 1 – 13)

Pilih jawapan yang paling sesuai.

1. “ __________ berharap agar rakyat bersatu padu,” titah Sultan Ahmad.


A. Beta
B. Saya
C. Patik
D. Hamba

2. Encik Lee pengurus di sebuah syarikat. ____________ seorang yang amanah dan
bertanggungjawab.

A. Anda
B. Beliau
C. Engkau
D. Baginda

3. Kulit buah durian belanda ___________.

A. nipis
B. keras
C. tebal
D. lembik

LEE SIOK BEE / BAHASA MELAYU K1/ TAHUN 4/ MEI /MUKA SURAT 1
4. Sup ayam yang dimasak oleh ibu sangat ___________ kerana terlebih garam.

A. manis
B. masam
C. pedas
D. masin

Soalan 5. Berdasarkan gambar di bawah.

5. Mereka _______________ otot sebelum memulakan latihan bola keranjang.

A. menarik
B. meregang
C. mengangkat
D. meninggikan

Soalan 6. Berdasarkan gambar di bawah.

6. Mohan mengambil bahagian dalam acara _______________ lembing.


A. menepis
B . melontar
C. merejam
D. melambung

LEE SIOK BEE / BAHASA MELAYU K1/ TAHUN 4/ MEI /MUKA SURAT 2
7. ____________ nama kucing yang dipelihara oleh Salina?
A. Apakah
B. Siapakah
C. Mengapakah
D. Bagaimanakah

8. “_____________ keadaan nenek kamu?” tanya Ali kepada Rahim.


A. Siapakah
B. Di manakah
C. Bagaimanakah
D. Mengapakah

9. Walaupun abang Kai Meng telah gagal dalam perniagaannya tetapi dia tidak
pernah __________.
A. bermurah hati
B. berputus asa
C. ambil berat
D. berbesar hati

10. Muthu sedang ___________ untuk menyelesaikan masalah kewangannya.


A. ada hajat
B. gulung tikar
C. mencari jalan
D. mata pencarian

11. Saya sentiasa berdoa __________ ahli keluarga sihat dan bahagia.
A. agar
B. kalau
C. tetapi
D. kerana

LEE SIOK BEE / BAHASA MELAYU K1/ TAHUN 4/ MEI /MUKA SURAT 3
Soalan 12. Berdasarkan gambar di bawah.

12. Pak Ali membuat lubang pada batas. ____________, dia menanam anak pokok.
A. Selain itu
B. Sebelum itu
C. Akhir sekali
D. Selepas itu

13. Emak Razak membeli dua biji durian di pasar malam. ____________, dia juga
membeli sesikat pisang.
A. Oleh itu
B. Selain itu
C. Seterusnya
D. Sebelum itu

14. Abang Aman tinggi macam __________. Oleh sebab itu, dia dipilih mewakili
pasukan bola keranjang sekolahnya.
A. kayu
B. tiang
C. galah
D. tongkat

15. Nama kakak Lili bersinar seperti ________ setelah menjuarai pertandingan syarahan
peringkat kebangsaan.
A. kaca
B. berlian
C. permata
D. bintang

LEE SIOK BEE / BAHASA MELAYU K1/ TAHUN 4/ MEI /MUKA SURAT 4
Soalan 16. Pilih ayat yang betul.

A. Saya sayang akan ahli keluarga.


B. Emak dibeli sayur dan ikan di pasar.
C. Adik menangis supaya giginya sakit.
D. Budak itu memukul oleh ibunya kerana nakal.

Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah ini kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Sekolah Raju telah mengadakan Larian 1 Murid 1 Sukan pada hari Sabtu yang lalu.
Larian ini merupakan larian serentak seluruh Malaysia. Larian ini dianjurkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tujuan program Larian 1 Murid 1 Sukan adalah untuk menggalakkan semua


murid menyertai satu jenis sukan di sekolah. Oleh itu, murid akan mendapat faedah
dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Pada hari larian tersebut, Raju dan kawan-kawannya telah bersiap sedia
dengan pakaian sukan yang sesuai. Sebelum larian dimulakan, murid-murid
melakukan aktiviti memanaskan badan.

Pada pukul 7.30 pagi, Guru Besar telah meniup wisel untuk memulakan larian.
Raju dan kawan-kawannya berlari mengikut laluan yang telah ditetapkan. Mereka
berasa gembira kerana berpeluang menyertai program ini. Selain dapat
mengeluarkan peluh, badan mereka akan sihat dan minda mereka juga akan cerdas.

17. Bilakah program Larian 1 Murid 1 Sukan diadakan di sekolah Raju?

A. Pada setiap tahun


B. Pada hari cuti umum
C. Pada hari cuti sekolah
D. Pada hujung minggu

18. Apakah tujuan program Larian 1 Murid 1 Sukan diadakan?

A. Untuk mengeratkan hubungan antara guru dengan murid.

B. Untuk memberi peluang kepada murid menyertai larian serentak.

C. Untuk menggalakkan semua murid menyertai satu jenis sukan di sekolah.

D. Untuk melahirkan murid yang cerdik dan cemerlang dalam pelajaran.

LEE SIOK BEE / BAHASA MELAYU K1/ TAHUN 4/ MEI /MUKA SURAT 5
19. Mengapakah murid-murid melakukan aktiviti memanaskan badan?

A. Untuk mencergaskan badan.

B. Untuk mengeluarkan peluh.

C. Untuk menyihatkan badan

D. Untuk mengelakkan kecederaan ketika larian.

20. Apakah maksud perkataan “minda”?

A. Daya fikiran

B. Sumber tenaga

C. Otak yang cerdas

D. Badan yang cergas

LEE SIOK BEE / BAHASA MELAYU K1/ TAHUN 4/ MEI /MUKA SURAT 6
BAHAGIAN B

(30 MARKAH)

Soalan 21

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan
yang diberi.

supaya sambil ketika tetapi dan kerana jika untuk

Kita mestilah berhati-hati _________________ melintas jalan raya ________________

tidak ditimpa kemalangan. Pandanglah ke kiri ______________ke kanan sebelum

melintas jalan ___________________ menjamin keselamatan.

[4 markah]

Soalan 22

a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.

Ayat tanya:

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

Jawapan: Penduduk Taman Melati berasa puas hati dan gembira kerana desa

mereka bersih dan indah.

(2 markah)

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

Meng Hua, tolong


______________________ pindahkan pasu
______________________ bunga itu ke tepi
______________________ pagar.
______________________
____

___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________

[2 markah]

LEE SIOK BEE / BAHASA MELAYU K1/ TAHUN 4/ MEI /MUKA SURAT 7
c. Sambungkan ayat tunggal menjadi ayat majmuk.

i. Buah durian belanda berduri kecil.

ii. Duri buah durian belanda tidak tajam.

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

[2 markah]

Soalan 23

Gariskan perkataan yang terdapat kesalahan ejaan dalam ayat di bawah.


Tuliskan perkataan yang betul ejaannya dalam ruang yang disediakan.

1. Abang Kai Seng meletakan kamusnya di atas meja. ( )

2. Encik Lim berjogging di taman pada setiap hari Ahad. ( )

3. Mereka berkerjasama membersihkan kelas. ( )

4. Di ruang tamu rumah saya terdapat sebuah telivisyen

yang besar. ( )

5. Murid-murid mengunakan aku apabila berlaku sesuatu

kecemasan. ( )

[5 markah]

LEE SIOK BEE / BAHASA MELAYU K1/ TAHUN 4/ MEI /MUKA SURAT 8
Soalan 24

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Sam Chee Keong


No.18,Jalan Hang Tuah,
Taman Skudai ,
81300 Skudai,
Johor.
2 Mei 2016.

Menemui sahabatku, Joseph, yang berada di Melaka. Semoga saudara dalam


keadaan sihat dan sejahtera.

Saudara,
Apa khabar saudara dan keluarga di sana? Saya doakan agar saudara sihat
sentiasa. Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menceritakan tentang
pengalaman manis saya dan keluarga sewaktu berkunjung ke ibu kota.
Antara tempat yang sempat saya lawati termasuklah Menara Berkembar
Petronas (KLCC), Menara Kuala Lumpur, Muzium Negara dan Zoo Negara. Saya
berasa amat kagum akan kepesatan pembangunan di situ.
Saya berasa bangga menjadi rakyat Malaysia kerana negara kita mempunyai
menara yang tersergam indah. Saya juga berpeluang mengenali pelbagai jenis
binatang dan menyaksikan pertunjukan yang menarik di Zoo Negara. Selain itu,
saya telah mendapat banyak pengetahuan tentang sejarah dan budaya negara
kita semasa melawat Muzium Negara.
Pada sebelah malamnya, saya dan keluarga melawat ke sekitar Bandaraya
Kuala Lumpur. Pemandangan pada waktu malam indah sekali. Kami menikmati
makanan yang sedap di sebuah restoran yang selesa di tengah-tengah kota raya.

Setakat ini sahaja yang dapat saya ceritakan kepada saudara. Semoga kita
berjumpa lagi. Akhir kata, sambutlah salam daripada saya untuk saudara
sekeluarga.
Sekian, terima kasih.

Sahabatmu,
Chee Keong

a. Perkataan ibu kota dalam petikan boleh digantikan dengan perkataan


_________________________________________.

(1 markah)

b. Di manakah sahabat Chee Keong tinggal ?

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

(2 markah)

LEE SIOK BEE / BAHASA MELAYU K1/ TAHUN 4/ MEI /MUKA SURAT 9
c. Apakah tujuan Chee Keong menulis surat kepada Joseph ?

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

(2 markah)

d. Pada pendapat anda, mengapakah Menara Berkembar Petronas (KLCC)

menjadi destinasi utama pelancong luar negara ?

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

(3markah)

Soalan 25

Baca pantun di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pokok bunga tanam di taman,


Juga tanam timun dan lada,
Jaga kesihatan dengan bersukan,
Cergas badan cerdaslah minda.

Ikan siakap dapat dipukat,


Ikan belida di paya rumbia,
Amalkan gaya hidup sihat,
Penyakit tiada hidup ceria.

Ke Kelantan beli tudung saji,


Singgah di kota beli mangga,
Jaga kebersihan amalan terpuji,
Tentu kita hidup sejahtera.

a. Gaya hidup sihat dapat menjauhi ________________________________________.

[1 markah]

b. Apakah maksud rangkap pertama pantun tersebut ?

________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________

[2 markah]

LEE SIOK BEE / BAHASA MELAYU K1/ TAHUN 4/ MEI /MUKA SURAT 10
c. Tandakan (√ ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi pernyataan yang

salah.

Bersukan tidak baik untuk kesihatan kita.

Kita akan hidup sejahtera jika sentiasa menjaga


kebersihan.

[1 markah]

d. Nyatakan tiga jenis aktiviti sukan yang dapat menyihatkan badan kita.

i. ___________________________________________________________________________

ii. ___________________________________________________________________________

iii. ___________________________________________________________________________

[3 markah]

Disediakan oleh : Puan Lee Siok Bee

Disemak oleh : Cik Azlinawatty Bt Daraman

LEE SIOK BEE / BAHASA MELAYU K1/ TAHUN 4/ MEI /MUKA SURAT 11
LEE SIOK BEE / BAHASA MELAYU K1/ TAHUN 4/ MEI /MUKA SURAT 12

Anda mungkin juga menyukai