Anda di halaman 1dari 12

Teknik Asas Photomapping.

Photomapping adalah salah satu cara asas bagi menyediakan peta Orienteering. Cara ini adalah seakan
“mewarnakan” gambar “backdrop” yang dipanggil peta dasar (basemap) dengan warna-warna peta
Orienteering. Untuk tujuan ini anda memerlukan talian internet dan 2 jenis aplikasi iaitu :

i. Google Earth Pro

ii. Open Orienteering Mapper

Ke semua aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma di internet. So sila download dan install
pada komputer anda dulu yer. Anda boleh memuat turun pelbagai versi untuk aplikasi ini tetapi saya
menyarankan untuk anda memuat turun versi yang terbaru untuk setiap aplikasi ini bagi memudahkan
tujuan photomapping nanti.

Langkah 1.

Buka Google Earth Pro untuk mendapatkan basemap kawasan mana yang ingin anda petakan. Cara
yang paling mudah ialah dengan menaip tempat yang ingin dipetakan di kotak “Search” di bahagian
atas sebelah kiri. Seterusnya “zoom” ke kawasan yang ingin kita petakan sehingga penuh di screen.
Sebagai contoh saya ingin mapping kawasan tempat melepak saya jika ke Ipoh (Rapat Setia).
Langkah 2.

Klik “X” untuk memadamkan “marking” kawasan yang telah di “search” tadi. Kemudian Klik View >
Reset > Tilt and Compass untuk memperbetulkan kedudukan peta ke arah utara.

Langkah 3.

Klik pada bahagian “save image” dan ia akan popup 1 menu kecil yang baru dibahagian atas.
Langkah 4.

Klik pada kotak “Resolution” dan pilih paparan terbaik yang ada pada computer anda. Kebiasaannya
computer anda mampu untuk mendapatkan resolusi maximum (4800x2886). Ini kerana lebih tinggi
resolusi yang digunakan adalah lebih jelas dan mudah untuk kita memetakan kawasan itu nanti.

Langkah 5.

Klik Save Image dan akan popup 1 window. Pilih folder mana yang anda ingin gunakan untuk
menyimpan gambar berkenaan. Saya mencadangkan agar anda membuat folder baru bagi
memudahkan proses penyimpanan fail. Jika computer anda mengambil masa yang lama untuk untuk
menyimpan gambar berkenaan, berkemungkinan talian internet anda lemah ataupun resolusi yang
dipilih terlalu tinggi untuk computer anda.
Langkah 6.

Buka Open Orienteering Mapper (OOM). Klik pada Create a new map … dan 1 popup window akan
keluar. Pilih skala mengikut kehendak mapping samada ISOM atau ISSOM. Untuk mereka yang tidak
mahir dengan skala, saya cadangkan pilih scale 4000 atau 5000 (ISSOM) untuk awalan proses
pembelajaran photomapping.

Langkah 7.

Pilih Scale 1 : 4000 dan pada ruang Symbol sets : sila pilih ISSOM_4000. Kemudian klik pada Create.
Workspace anda akan kelihatan seperti ini.

Langkah 8.

Seterusnya kita akan import Basemap untuk memulakan lakaran Photomapping. Klik Templates >
Open template.. dan 1 popup window yang baru akan muncul. Pilih lokasi Folder basemap yang telah
di save dari Google Earth sebentar tadi dan pilih Open.
Langkah 9.

Setelah itu satu popup baru akan keluar. Langkah ini adalah agak sukar kerana kita perlu meneka saiz
“pixel” yang sesuai untuk map kita. Ianya adalah kerana setiap gambar basemap yang di save berlaian
saiz pixelnya. Oleh itu kita perlu mencuba beberapa kali
sehingga Berjaya mendapatkan saiz yang paling sesuai dengan
basemap kita untuk memudahkan kita menyamakan skala peta
kita nanti.

Saya mencadangkan agar anda bermula dari Meter per pixel 0.2
dahulu. Jika terlalu besar sila kecilkan nombor pixel dan begitu
juga sebaliknya. Seperti contoh saya gunakan 0.1 untuk saiz pixel
terhampir yang sesuai untuk gambar.

Langkah 10.

Kini kita perlu selarikan basemap dengan skala yang tepat pada aplikasi OOM agar semua symbol dan
garisan mengikut saiz yang betul. Langkah ini agak rumit tetapi amat penting kerana memudahkan
ketika kita melakar peta dan untuk memastikan hasil peta kita mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

10.1 – Sila Zoom garis skala Basemap yang terdapat di sebelah kanan bahagian bawah peta. Kenalpasti
skala yang telah di save daripada Google Earth. Sebagai contoh, basemap saya berskala 20m.

10.2 – Seterusnya klik symbol pada 709.1 (Out-of-bounds areas) untuk membuat satu garisan di
bawah garis skala pada basemap.

10.3 – Seterusnya klik bahagian Measure lengths and areas dan 1 popup window kecil akan keluar.
Drag window kecil itu tadi ke bahagian sebelah garisan skala basemap.
10.4 – Buat satu garisan di bawah garis skala basemap. Anda perlu mengubah saiz garisan sehingga
sama dengan skala basemap. Panjang skala garisan di lihat pada popup Measure. Harus di ingatkan
bahawa sila FOKUS PADA SKALA MEASURE, BUKAN PADA SKALA BASEMAP.

Skala
basemap

Skala
measure

10.5 – Buat satu garisan di bawah garis skala basemap. Anda perlu mengubah saiz garisan sehingga
sama dengan skala basemap. Panjang skala garisan di lihat pada popup Measure. Harus di ingatkan
bahawa sila FOKUS PADA SKALA MEASURE, BUKAN PADA SKALA BASEMAP.

10.6 – Klik pada fail basemap diruangan Templates dan klik pada icon adjust di sebelah bawah kiri
window. Satu popup window baru akan terbuka untuk kita mengubah kedudukan basemap.
10.7 – Pada window Template adjustment, klik pada butang New.

10.8 – Klik pada penjuru garisan skala basemap dan kemudian klik pada penjuru garisan skala
measure. Ulangi langkah ini untuk setiap penjuru mula dan akhir pada skala basemap.
10.9 – Pastikan kedua penjuru itu adalah setepat yang mungkin untuk mendapatkan skala yang tepat
sebelum kita melakar peta di atas basemap. Setelah itu tekan Apply & clear all.

10.10 – Setelah kesemua langkah tadi dilakukan, kita telah memperbetulkan kedudukan skala
basemap dengan skala OOM. Maka dengan itu barulah kita boleh mula melakar peta menggunakan
symbol dan warna yang sesuai.
Langkah 11.

Setelah menyamakan kedudukan skala pada basemap, barulah kita boleh melukis dan mewarnakan
peta. Anda disarankan untuk bermula dengan mewarnakan kawasan bangunan dahulu.

Setelah itu anda boleh mula mewarnakan kawasan jalanraya dan kawasan berturap, pagar, pokok
dan warna lapangan.
Langkah 12.

Akhir sekali, anda boleh mula membuat kekemasan terhadap peta anda seperti, Tajuk, Skala, Garisan
melaras utara dan sebagainya.

Untuk menyimpan peta ini, anda digalakkan untuk menyimpannya dalam bentuk PDF. Klik pada file >
Export as > PDF. Kemudian satu popup window baru akan keluar. Sila pilih :
- Page format : A4
- Page orientation : bergantung kepada saiz map anda.
- Map area : single page
- Klik pada : Centre map area
- Klik pada Print in different scale dan ubah scale sehingga sesuai dengan saiz map anda.
Kemudian maklumat skala pada peta itu di nomborkan mengikut skala yang telah anda
dapat.
- Dan akhir sekali klik Export dan pilih folder untuk penyimpanan peta anda.
- Dah siap…..!!!!

Anda mungkin juga menyukai