Anda di halaman 1dari 5

Inovasi diplomatik Malaysia harum di Mesir

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140115/re_07/Inovasi-diplomatik-Malaysia-
harum-di-Mesir

DASAR Malaysia tidak mencampuri urusan dalaman negara Mesir telah menyaksikan rasa lebih
hormat pemimpin negara berkenaan dan sekali gus mengeratkan lagi hubungan dua hala yang
sedia wujud, terutama dalam sektor pendidikan.

Perkara ini menunjukkan komitmen Malaysia untuk menjaga hubungan baik dengan Mesir,
khususnya presiden universiti yang sentiasa terbuka untuk menerima pelajar negara kita
mengikuti pengajian dalam bidang agama dan perubatan.

Perkembangan sihat ini tidak langsung terjejas walaupun Mesir diancam keadaan tidak
menentu, malah penuntut Malaysia yang belajar di lebih tujuh universiti seluruh Mesir telah
diberi pujian di atas sikap berkecuali mereka dalam isu politik dan sentiasa dilihat mempunyai
adab dan cemerlang dalam bidang pembelajaran.

Duta Besar Malaysia ke Mesir, Datuk Ku Jaafar Ku Shaari dalam pertemuan dengan Utusan
Malaysia di 21, Al-Aanab Street, Mohandessine, Giza, di Kaherah menjelaskan, rasa kagum
pemimpin Mesir terhadap kerajaan Malaysia yang membangunkan dasar pendidikan
menampakkan ia telah mara ke hadapan dan contoh utama kepada negara Islam.

‘‘Kita mendapat khabar baik daripada presiden-presiden universiti yang mahu berkongsi
pengalaman dengan kerajaan Malaysia untuk meneroka cara pengurusan pendidikan baharu
yang lebih mapan dan diadaptasi dalam pengurusan mereka untuk lonjakan yang lebih hebat.

‘‘Malah atas dasar keterbukaan Malaysia ini, saya sendiri telah banyak ditemubual pihak media
yang berhasrat mencungkil rahsia dan komitmen negara kita dalam urusan kecemerlangan
pendidikan ini. Dasar pendidikan kita amat dikagumi mereka," katanya.

Bukan itu sahaja, kejayaan kerajaan membangunkan Malaysia dalam pelbagai bidang termasuk
ekonomi dan membina landasan betul ke arah negara maju pada tahun 2020, juga membuka
mata banyak pemimpin negara Islam, terutamanya Mesir mencontohinya.

‘‘Atas sebab itu, mereka mahu lebih ramai pelajar Malaysia datang ke sini melanjutkan
pengajian dalam bidang Sarjana dan Doktor Falsafah (Phd), yang ketika ini jumlahnya masih
kurang," katanya.

Di atas faktor kestabilan Malaysia dan minat yang tinggi dalam kalangan pemimpin pendidikan
di Mesir maka sewajarnyalah jumlah pelajar Mesir di Malaysia juga diperbesarkan.

‘‘Ketika ini pelajar Mesir berada dalam pelbagai universiti dan institusi pendidikan di Malaysia.
Ini perlu diperbesarkan melalui ‘pelancongan pendidikan’, yang diharap dapat memberikan
kesan baik kepada ekonomi negara," ujarnya.

Bagi menghadapi beberapa kekangan termasuk aspek pengangkutan udara yang dijadikan
alasan membantutkan penambahan tersebut, Ku Jaafar memberitahu usaha sudah pun
dilakukan untuk memudahkan perjalanan rakyat Mesir ke Malaysia termasuk mengadakan
perbincangan dengan syarikat penerbangan Egypt Air yang mempunyai penerbangan terus ke
Jakarta, Indonesia agar melakukan hentian (transit) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur (KLIA).

Pada masa sama, hubungan antara anggota ASEAN di Mesir ini diperhebatkan terutamanya
negara yang banyak menghantar pelajar mereka ke bumi anbia ini seperti Indonesia, Thailand
dan Filipina.

‘‘Malaysia sentiasa ke hadapan dalam hubungan ini dan banyak pemikiran kita dikongsi
bersama. Apa yang pasti, kita amat dihormati rakan negara ASEAN dan Islam lainnya," ujarnya.

Hubungan tradisi antara Malaysia-Mesir yang kian mengukuh ini adalah bukti bahawa kerajaan
negara kita berpandangan jauh dalam mengeratkan hubungan antarabangsa dan pada masa
sama meletakkan kepentingan rakyat Malaysia di luar negara sebagai keutamaan dalam semua
aspek.

Oleh itu, pembaharuan pemikiran yang dibawa Ku Jaafar bersama agensinya di sini dan pegawai-
pegawai khas di rumah negeri masing-masing dalam menjaga hubungan baik kerajaan Malaysia-
Mesir dan antara kedutaan besar dengan pelajar dan rakyat negara kita di Mesir menyerlahkan
istilah ‘inovasi diplomatik’ yang semakin disenangi semua.
Kedinamikan sistem pendidikan negara

http://www.utusan.com.my/rencana/kedinamikan-sistem-pendidikan-negara-1.422458

Sekali lagi, jelas kelihatan mentaliti masyarakat kita lebih terarah kepada bilangan A berbanding
proses pendidikan itu sendiri yang akan mengubah mentaliti dan tingkah laku murid dan pelajar.
Walhal, sebenarnya bilangan A adalah sebagai penanda aras pengukuran keintelektualan
pelajar.

Dengan kata lain, kepintaran dan kecerdikan pelajar semata-mata tetapi belum lagi merangkumi
aspek-aspek kebijaksanaan yang sebenar lebih menyeluruh dalam membolehkan murid dan
pelajar berhadapan pelbagai cabaran dalam kehidupan mereka pada masa akan datang.

Apa yang dilakukan kerajaan adalah untuk menambah baik sistem pendidikan negara agar lebih
dinamik berteraskan situasi semasa dan masa hadapan.

Jika dahulu sistem pendidikan negara lebih untuk membasmi buta huruf dalam kalangan
masyarakat agar mereka ini mendapat pendidikan sebaik mungkin, kini sistem pendidikan
negara perlu lebih menekankan bagaimana untuk mengubah mentaliti dan tingkah laku
masyarakat daripada mendiami sebuah negara berpendapatan sederhana kepada sebuah
negara maju berpendapatan tinggi.

Dengan ini, kebijaksanaan adalah tunjang kepada memperkasakan masyarakat Malaysia.


Kebijaksanaan di sini bermaksud masyarakat kita sentiasa bermentaliti dan bertingkah laku yang
positif, mampu menyelesaikan masalah dengan baik dan pada masa sama memberi manfaat
bukan untuk diri sendiri sahaja tetapi kepada orang lain.

Aspek keterangkuman dan mampan menjadi intipati utama selari dengan sistem pendidikan
negara yang dinamik ini. Semua pihak mendapat pendidikan terbaik tidak hanya golongan kaya
sahaja tetapi juga golongan miskin yang berada di kawasan-kawasan bandar, luar bandar dan
pedalaman.

Mereka ini juga penyumbang besar terhadap kemakmuran negara Malaysia. Melalui sistem
pendidikan negara yang dinamik, masyarakat kita tidak boleh hanya melihat bahawa
kecemerlangan peperiksaan sahaja memberi kesan terhadap masa hadapan pelajar. Walhal,
banyak lagi aspek lain seperti kemahiran teknikal dan penguasaan pelbagai bahasa serta
kebijaksanaan dalam perniagaan, kreativiti dan inovasi juga boleh melonjak keupayaan
seseorang pelajar.

Maka, ada yang bersetuju agar UPSR juga ditukar pada masa akan datang agar selari dengan
kehendak semasa. Cuma apa yang perlu ditekankan di sini, jika berlakunya penukaran UPSR
dengan pentaksiran baharu untuk pelajar darjah enam pada masa akan datang, semua pihak
yang terlibat perlu bersedia dan dilengkapi dengan kefahaman dan penghayatan menyeluruh
mengenai sistem pentaksiran yang akan diperkenalkan kelak.

Ini termasuklah ibu bapa yang perlu diberikan pemahaman sewajarnya kerana mereka inilah
kelompok terbesar dalam masyarakat yang semakin kritikal terhadap sistem pendidikan negara.
Mereka perlu dibawa dalam arus perdana untuk menyampaikan pandangan terhadap kerajaan.
Di samping itu, peranan guru juga tidak boleh dinafikan. Mereka inilah barisan hadapan yang
akan mengajar generasi muda pada masa akan datang agar memahami dan menghayati serta
bertingkah laku yang mendatangkan manfaat kepada diri sendiri dan masyarakat Malaysia.

Malang sekali jika kita terlalu teruja dengan kecemerlangan pelajar berdasarkan bilangan A,
walhal pada masa sama gagal mendidik mereka agar menghormati orang tua, pihak berkuasa
mahupun sesiapa sahaja.

Lebih teruk lagi, sistem pendidikan tidak mampu melahirkan masyarakat yang terdidik dan
bersahsiah tinggi. Inilah yang lebih perlu diutamakan berbanding hanya mendapat sebanyak
mungkin A dalam peperiksaan.

Hal ini perlu dibimbangkan kerana masyarakat kita pada masa kini berada dalam persimpangan
menuju ke arah negara maju berpendapatan tinggi, maka sudah tentulah sistem pendidikan
negara perlu dinamik dalam membantu proses perubahan ini.

Misalnya, jika dahulu masyarakat kita lebih bertindak secara kolektif melalui kerja gotong-
royong tetapi kini masing-masing terutamanya yang menetap di bandar-bandar besar lebih suka
menjaga hal sendiri. Di sinilah pentingnya kedinamikan sistem pendidikan negara dalam
membantu peralihan ini supaya masyarakat mengetahui peranan mereka.

Malah, dengan ledakan teknologi terkini, sistem pendidikan negara yang dinamik akan sentiasa
menekankan terhadap murid dan pelajar betapa pentingnya kebenaran sesuatu maklumat
dalam apa jua pembuatan keputusan.

Segala kedinamikan inilah yang akan membantu membentuk kebijaksanaan kita menjadi sebuah
masyarakat yang sejahtera dan serba maju dari segi ekonomi, sahsiah dan berupaya
menyumbang kembali kepada kehidupan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.
LAPORAN PARA AHLI : MESIR HADAPI KRISIS EKONOMI MENUJU KEBANGKRUTAN

http://www.mirajnews.com/2015/07/laporan-para-ahli-mesir-hadapi-krisis-ekonomi-
menuju-kebangkrutan.html/78957

Kairo, 27 Ramadhan 1436/14 Juli 2015 (MINA) – Satu tahun setelah Abdel Fatah Al-Sisi menjadi
presiden Mesir, krisis ekonomi di negara tersebut telah memburuk menempatkan masa
depannya beresiko, menjurus kepada kebangkrutan Almesryoon.com melaporkan.

Laporan itu menguraikan masalah-masalah serius yang sedang dihadai Mesir di bawah
kepresidenan Al Sisi.

Para ahli mengatakan Pemerintah Sisi telah gagal menangani krisis cadangan keuangan negara,
dan apa yang dikatakan sebagai proyek-proyek besar baru-baru ini nyatanya hanya
“kebohongan” belaka.

“Ketidakmampuan pemerintah untuk membayar gaji dan kegagalan proyek yang diusulkan
selama Konferensi Ekonomi empat bulan lalu, adalah bukti bahwa ada masalah,” demikian
laporan para ahli, yang diungkapkan Middle East Monitor (Memo) dan dikutip Mi’raj Islamic
News Agency (MINA), Selasa.

Selain itu, investasi asing senilai 11,4 miliar pound Mesir langsung berhenti setelah dikudetanya
presiden pertama yang dipilih secara demokratis, Muhammad Mursi, Maret 2013, yang
dilakukan militer pimpinan Jendral Al-Sisi.

Dilaporkan berikutnya, bank-bank di Afrika, bersama dengan banyak negara-negara donor,


menolak permohonan pinjaman Pemrintahan Sisi karena besarnya pinjaman sebelumnya
diperkirakan bernilai sekitar lima miliar pound Mesir, dan belum ada usaha Mesir untuk
merundingkannya.

Sumbangan dari negara-negara Teluk kepada Mesir juga telah berhenti.

Ahli ekonomi Ahmed Al-Khuzaim mengatakan, “Negara Mesir ini memiliki sumber daya lebih
yang tidak terpakai; perkiraan menunjukkan bahwa 62 persen dari lahan negara tersebut tidak
digunakan, 20 juta pekerja yang menganggur dan 27 wilayah yang tak menghasilkan apa-apa
dan tergantung pada bantuan negara.”

Ahmed Al-Khuzaim menambahkan, ” KURS dolar AS naik karena Mesir merupakan negara
pengimpor yang besar”, dilain fihak Mesir telah menjadi negara yang tergantung pada
sumbangan dan bantuan.

Semua pejabat di negara itu mengadopsi ide-ide yang tidak efektif mengenai investasi dan ini
akan menyebabkan Mesir harus berakhir dalam kegelapan. mungkin menjadi kebangkrutan ”
“Ini adalah kegagalan jelas dari rencana ekonomi pemerintah Al Sisi”, katanya .(T/P002/P2)

Anda mungkin juga menyukai