Anda di halaman 1dari 4

Pada pendapat anda,

mengapa pentingnya
seseorang memahami
konsep dan jenis nilai
dalam kehidupannya.
Bincangkan.
Menterjemahkan sikap positif individu
 Sikap positif seperti yakin terhadap diri sendiri adalah sangat
penting. Keyakinan terhadap diri sendiri dapat membantu seseorang
individu fokus untuk memanfaatkan kelebihan dan tidak risau
terhadap kelemahan diri.
 Contohnya, seseorang yang mempunyai sikap positif keyakinan
terhadap diri sendiri akan sentiasa sedia menerima sebarang cabaran
yang dihadapinya dengan hati yang terbuka dan sentiasa yakin
bahawa sendirinya mampu untuk menanganinya.
 Malah, pada individu yang sering mempunyai fikiran/sikap negatif,
mereka akan berputus asa dengan mudah dan susah untuk mencapai
sesuatu kejayaan.
Sentiasa prihatin dan sebagai seorang pemaaf
 Seseorang yang memahami nilai toleransi akan sentiasa berprihatin
terhadap individu di sekeliling dan bersedia untuk menjadi pemaaf
jika berlaku perselisihan faham.
 Contohnya, individu berkenaan tentu akan mengambil prihatin
terhadap agama dan budaya yang diamalkan oleh pelbagai kaum
serta mengenalinya dengan lebih mendalam supaya dapat
mengelakkan sebarang perselisihan faham kaum berlaku.
• Individu tersebut juga sentiasa menjadi pemaaf apabila
berlaku sebarang kesilapan. Individu tersebut tidak akan
menyelesaikan konflik dengan cara yang tidak tepat seperti
menggunakan percakapan yang kasar, malah dia akan
memaafkan orang lain dengan hati terbuka bagi
mewujudkan suasana yang tenang dan aman.

Anda mungkin juga menyukai